Pages

24 August 2011

~Artikel Ramadhan 24 : Bersihkan Jiwa~

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Kebersihan batin penting bagi umat Islam bagi menjadikan dirinya insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati daripada akhlak tercela.

Rasulullah bersabda maksudnya:

*Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati.* (Hadis riwayat al-Iman Muslim)

Jelas bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji.

Antara penyakit hati yang keji itu ialah berperasaan hasad dengki, sifat riak, ujub, takbur, terlalu banyak cakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.

Dalam hal ini juga Allah mengingatkan manusia terhadap musuh dalam diri mereka yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.

Firman-Nya bermaksud:

*Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.* (Surah Yusuf, ayat 53)

Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai dan ditawan oleh syaitan, maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka dengan mudah mengikut telunjuk dan kehendak nafsu syaitan. Nafsu syaitan mahu mencorakkan hati manusia dengan sifat tercela atau mazmumah. Apabila sifat ini berputik dan bertapak pada hati manusia, maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa saja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit hati.

Oleh itu, umat Islam hendaklah menguatkan iman mereka bagi melawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk menderhakai Allah.

Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai dan leka.

Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit hati melainkan yang ditunjukkan oleh al-Quran dan sunnah.

Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah.

Jika penyakit itu melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah.

Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab itu.

Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, reda dan cinta terhadapnya. l Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan. Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh
terlepas daripada keputusan Allah. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan.

(bacaan seterus nya : http://www.al-azim.com/~beringin/bicara/taubat.htm )

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign