Pages

21 August 2011

~Artikel Ramadhan 21 : Manfaat Maaf~

Manfaat Maaf Terhadap Kesihatan
Oleh SMAHADZIR

Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam al-Quran adalah sikap memaafkan, yang bermaksud: “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang cerdik sungguh..”

Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia al-Quran akan merasa sukar memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap apa pun kesalahan yang diperbuat. Padahal, Allah s.w.t telah menganjurkan orang beriman bahawa memaafkan adalah lebih baik: “... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (At-Taghaabun: 14)

Juga dinyatakan dalam al-Quran bahawa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji. “Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”

Berlandaskan hal tersebut, orang beriman adalah orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, “... menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.” (Ali Imran: 134)

Para pengkaji percaya bahawa pelepasan hormon stres, keperluan oksigen yang meningkat oleh sel-sel otot jantung, dan kekentalan yang bertambah daripada keping-keping darah, yang mengarah kepada pembekuan darah menjelaskan bagaimana kemarahan meningkatkan risiko terjadinya serangan jantung. Ketika marah, detak jantung meningkat melebihi batas wajar, dan menyebabkan naiknya tekanan darah pada pembuluh nadi, dan akan mengakibatkan kemungkinan terkena serangan jantung.

Pemahaman orang beriman tentang sikap memaafkan amat berbeza daripada mereka yang tidak menjalani hidup berlandaskan ajaran al-Quran. Meskipun banyak orang mungkin berkata bahawa mereka telah memaafkan seseorang yang menyakiti hati mereka, namun memerlukan waktu yang lama untuk membebaskan diri daripada rasa benci dan marah dalam hati mereka itu. Sikap mereka cenderung memperlihatkan rasa marah itu.

Oleh sebab mereka tahu bahawa manusia diuji di dunia ini, dan belajar daripada kesalahan mereka, maka mereka berlapang dada dan bersifat pengasih. Lebih daripada itu, orang beriman juga mampu memaafkan walau sebenarnya mereka benar dan orang lain salah. Ketika memaafkan, mereka tidak membezakan antara kesalahan besar dengan yang kecil. Seseorang boleh saja menyakiti mereka tanpa sengaja. Bagaimanapun, orang beriman sedar bahawa sesuatu terjadi menurut kehendak Allah, dan beriringan sesuai dengan takdir tertentu, dan oleh sebab itu itu, mereka berserah diri dengan peristiwa ini, tidak pernah terbelenggu oleh amarah.

Sumber Artikel : Halaqah.net

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign