Pages

24 August 2011

~Pasal Perlu Settle Dulu~

Oh. Tggl 2 ari je lagi ari bekerja.
Ada menda2 yg perlu di settled nih.
Baik dlm bidang keja. Mahupun bidang rumahtangga.
Haha. Rumahtangga halanya. Poyo.

Bidang keja ni aku agak menyampah. Aku dah bajet tak nak last minit. Last minit jugak halanya. Bkn salah sesapa. Mungkin salah haku jugak. Hurm. Tkpe. Rasanya itu adalah under control.

Next thing bidang rumahtangga.
*Umah tak bersapu. Habuk merata ceruk. Nati balik cuti lagi byk habuk. Tatau bila nak sapu.
*Kain baju kena basuh segala. Takkan nak tinggal tak berbasuh (plan B : tk smpat basuh-bawak bakul2 skali ke kg)
*Baju baru tak basuh lagi - ni  mmg tak smpat dah ni - balik kg je basuh. 
*Barang2 nak wat triflle tak beli lagi - esok mlm. Samada JJ AU2 atau Care4 Wangsa Maju. Triffle nak wat utk raya kononnya. Da beli sesiap bekas kekecik yg utk dadih tu. Buat dlm tu senang.
*Igt nak letak 'batu' kat baju aku yg plain tu - sempat ke ta? kalo ke Wangsa Maju tu leh gak la usung baju tu skali.
*Dan last skali - sotong ada lagi rupanya dlm fridge. Acena? Maleh dah nak masak. Takkan nak bawak balik kg. Ada 2,3 eko je aku rasa. Haha. Tp kalo terpaksa. Usung je.

Dah. Oh. Aku balik nati tatau la jem ke tak. Ingat nak singgah sahur kat Mekdi je nati. Harap2 tidak la byk kenderaan kan. Eceh! bunyi cam kg aku tu jauh bebenau la smpai nak singgah sahur bagai. Haha. Oke. Saja. Nak seronok2 nak balik kampung. Huhu.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign