Pages

12 August 2011

~Artikel Ramadhan 12 : Isu Halal~

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik" 
(al-Maaidah: 88)




Sumber : Utusan
Aku mmg jarang, amat jarang masuk memana kopitiam. Mmg tak stylo dan happening la life aku ni sbb takde dok lepak2 kat kopitiam smbil ber wifi.
Tp ada takde pun, aku penah makan Old Town. Itu pun sesekali.
And Papa Rich. Sekali je penah makan Papa Rich.
Cendol dia mmg la sedap.

Lelain tak penah, walo aku mcm tingin nak makan roti bakar la apa la.

Tah, susah nak cakap pasal ni sbb bila mana kita cakap pasal status HALAL ni, akan ada yg ckp, 
'apa kedai kau makan, yg pastinya org Islam masak tu, yg kita 'rasa' mmg halal, tu tahap kebersihan dia terjaga, elok, terkawal bla bla bla'
Aku pun kadang ada perasaan tu. Sbb bila mana kedai melayu (islam) mmg takkan ada la logo halal.
Dan kita pun masuk tanpa ragu-ragu. Tp tu lah. Tahap kebersihan tu mmg kita tak tau la kan.

Dan akan ada yg kata 'eh, da ada logo Halal tu, tak kesah la JAKIM ke tak, Halal la tu'
Tp aku petik balik dari artikel kat atas ni :
Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.

Dan mesti ada sebab kenapa derang ni (selalu sykt besar) tak mintak sijil halal Jakim. Suppose kalo ada sijil Halal Jakim lagi la org ramai masuk.
Oke lah. Senang camni la, kalo rasa was was - so, tak perlu masuk kedai tu dan makan.
Lagi pun tak mati lah kalo tak makan situ.
Nak roti bakar - ha, buat je sendiri.

Tp kalo takde was was - dan percaya pada logo Halal-bkn dari Jakim tu, makan je lah.



Google
Ni bulan Ramadhan ni mmg hangat balik la isu Halal dan logo Halal ni. Terbaru pasal berus SimplySiti tu kan. Ntah. Baca gitu2 je la. Aku pun da tak guna da produk SimplySiti ni. Return balik pakai Loreal. Cuma pencuci muka aku da tukar Safi Rania. Saja nak terai. Kot muka bleh berubah jadi RCW. Bahahahhaa.

Akhir sekali,

Dari Hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud:
“Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah.”
Sumber : sini

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign