Salam Ramadhan ke 15.
Artikel Ramadhan untuk hari ni saya ingin berkongsi mengenai ceramah yg dibuat di opis saya Jumaat lepas.
Ceramah ala ala Semanis Kurma yg namanya Semanis Kurma Ramadhan - Keluarga Syurgawi.
Disampaikan oleh Y.Bhg. Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood & Y.Bhg. Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.
7 Asas Keluarga Syurgawi yang boleh dikongsi bersama
1. Keluarga yang dibina atas landasan iman dan taqwa.
- Antaranya adalah suami yang beriman, setia kepada isteri dan begitu lah sebaliknya.
2. Al-Mawaddah Ar Rahmah - kasih sayang
- Sayang ini datangnya dari a) Kata-kata, dan b) Perbuatan.
- Kita boleh tunjukkan dari bahasa kasih sayang iaitu :
a) dari perkataan - dengan memanggil ahli keluarga dengan perkataan baik
b) Hadiah
c) Sentiasakan luangkan masa bersama keluarga
d) Sentuhan.
3. Pergaulan yang baik
- Sebagai contoh tidak mengeluarkan kata-kata tidak baik kepada anak-anak.
4. Amanah dan Tanggungjawab.
- Bertanggungjawab mendidik anak-anak, keluarga ke arah jalan syurga.
5. Rezeki yang halal.
- Sumber rezeki mesti lah dari yang halal agar mendapat keberkatan.
- Zakat juga tidak boleh dilupakan.
6. Berdoa kepada Allah.
- Selalu berdoa agar Allah melindungi keluarga kita, dijauhkan dari kemungkaran.
7. Keredhaan ibu bapa
- Tanpa ibu bapa tiada lah kita, maka segala perbuatan hendaklah mendapat keredhaan ibu bapa.
Agak ringkas, tp itu lah yang asasnya untuk mendapatkan keluarga syurgawi.
Dan diakhiri dengan gambar kami dengan ustazah. Hihi.
Ramai-ramai.
Me and my adik adik seunit.
Terima kasih atas komen anda :)