Pages

13 August 2011

~Pasal Akhirnya Ke PaRam Jugak~

Ok. Akhirnya lebur sudah rekod ku utk tidak pergi ke Pasar Ramadhan. Di ari ke 13 ni akhirnya ku berbelanja juga di PaRam itu. Kami ke PaRam yg dkt HUKM sanun (Stadium). Jauh nyerr... ye, mmg agak kejauhan, igt nak carik agar2 pelbagai rasa sbb thn lps ada jual kat situ. Tp malangnya takde plak macik tu jual. Tkpe lah.

Mujur berhabis kurang RM20 saja.
Murtabak daging - RM2.50
Gulai lemak ikan keli - RM4
Rendang kerang - RM2 (tu pun gigil2 tukang kedai tu nak buh bila kiterang mintak 2hinggit)
Gulai Kawah - RM3
Ayam Percik - RM3
Air limau kasturi asam boi - RM2

Tp sapa kata cukup je bawak seploh hinggit ke PaRam. Cukup kalo tak beli lauk pauk. Kalo  beli lauk pauk mmg tak dapek la. Memula my dear nak beli sambal sotong. Mintak 2hinggit. Org jual tu kata tak bleh. Kena RM3. Ah. Tk payah lah. Kang tak abis, satu hal plak. Dah. Kalo nak, esok gi paso, sekilo saya leh masakkan ye abang. 
Terpaksa sebenarnya ke PaRam ni. Sbb aku gi claim MAD yg aku beli tinted kat solar tint tu. Smpai kat kedai tu kul 11 lebih, tp duk situ smpai kul 3 lebih. Memacam hal lak jadi. Tu nenati la aku citer. Mmg nak dijadikan citer btul lah. Bleh lak ada kebakaran kat kedai tu. Mujo ngan keta keta aku tak ter baka skali. Abis, da blogger katanya, harus la ada picca picca tpt kejadian. Sok sok aku citer yer. 

Sempat la aku merayap ke NSK la, kedai lampu la, kedai elektrik la yg ada sekitar2 tpt kedai tinted tu. Haih. Memacam hal tau. 

So, esuk harap aku dpt masak la. Igt nak wat bihun sup, ikan pari bakar, ngan sayur goreng. Tgk la sayur apa. Semangat nak bako ikan sbb tadi masa gi NSK tu, beli tpt bakar ikan yg cumel. Hihi. Tu pun nati aku jajakan citer nyer yea. Haha.

Esuk pepagi gi paso lah. Lps tu cam igt nak pi carik jeans lah. Kat mana tatau lagi. Sogo la kut. Retu gi BTS tak jumpa yg berkenan.

P/S : Nak tau gak, apsal time bln puasa ramai carik murtabak eh? Hurmm..




Gambar hiasan ehsan google

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign