Pages

29 August 2011

~Artikel Ramadhan 29 : Adab Berhari Raya~

" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur."
Ayat 185, Surah al-Baqarah

Pertama:

Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada hamba-hambanya.

Kedua:
Menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat tasbih hukumnya adalah sunat.

Ketiga:
Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidulfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.

Keempat:
Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

Kelima:
Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya.

Keenam:
Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.

Ketujuh:
Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya: Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

Kelapan :
“ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal adalah itu puasa setahun “ Riwayat Muslim.

Kredit : here

Malam Aidil Fitri

1. Banyakkan bertakbir.
Mulakan selepas salam pada solat Maghrib dikuti dengan bertahmid, bertasbih Takbir boleh dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama-sama keluarga. Pada zaman Rasulullah SAW takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

2. Berdoa dan berbuat kebaikan pada malam raya.
Imam Syafie berkata doa itu mustajab pada lima malam berikut iaitu Malam Jumaat, malam Hari Raya Aidilfitri, Malam Hari Raya Haji, Malam Awal Bulan Rejab dan Malam Nisfu Syaaban.

Sumber : here

*niat mandi sunat aidilfitri :
niat dihati “sahaja aku mandi sunat aidilfitri pada tahun ini kerana Allah swt”.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign