Sebagai seorang Islam tentunya kita menyedari bahawa dalam menjalani kehidupan ini Allah SWT telah mengurniakan berbagai-bagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya samada dalam bentuk keamanan, kesejahteraan, kesihatan, kebahagian, kekayaan, umur yang panjang dan sebagainya. Firman Allah SWT di dalam surah an-Nahl ayat 18:
Bermaksud:“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah kamu dapat menghitungnya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ”
Namun begitu, kadang kala dengan nikmat yang melimpah ini menyebabkan seseorang itu lupa dan lalai bahawa sebahagian itu adalah ujian dari Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Sebagai umat Islam kita dituntut agar mesyukuri segala pemberian dari Allah SWT. Kita hendaklah mengurus segala pembelanjaan untuk keperluan hidup dengan sebaik-baiknya setiap masa samada di waktu senang, lebih lebih lagi di waktu susah. Sekiranya kita mengabaikan perkara tersebut dikhuatiri kesan daripada kelalaian kita menguruskan pembelanjaan hidup boleh menyebabkan kita meninggalkan generasi yang mundur di kemudian hari serta menyebabkan negara kita berada dalam mundur dan terkebelakang.
Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya berbelanja, tetapi agama Islam mendidik umatnya tentang kaedah berbelanja secara berhemah iaitu dengan memberi keutamaan dan mendahului kepada perkara-perkara yang penting sahaja. Dalam hal ini Prof. Dr. Yusuf Qardhawi ada mengatakan bahawa: sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun.

Perlu difahami gaya hidup berhemah berkait rapat dengan sifat berjimat cermat dan tidak membazir. Islam melarang dan menegah umatnya daripada membazir kerana ianya perbuatan keji. Islam menyifatkan pembelanjaan boros dan pembaziran adalah perbuatan keji kerana ia tidak memberi faedah kepada masyarakat dan menjauhkan lagi jurang golongan kaya dan miskin. Jika dasar berhemah ini di ambil kira, maka hak-hak serta kebajikan orang-orang fakir dan miskin dapat ditunaikan sepanjang masa. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan dan syaitan amat suka kepada orang yang boros dan bebelanja mengikut kehendak nafsu. Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 27:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.
Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA mentafsirkan ayat ini, bahawa pembaziran itu bermaksud perbelanjaan atau menggunakan harta benda bukan pada tempatnya yang sebenar. Begitu juga dengan pandangan Imam Syafie bahawa pembaziran itu ialah membelanjakan harta benda bukan pada jalannya.
Sumber : Khutbah Jumaat JAKIM
Bacaan Seterusnya :
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/khutbahjakim/upload/rumi/doc/berjimat_cermat_amalan_mulia_rumi.doc
Bacaan Seterusnya :
Terima kasih atas komen anda :)