Oh. Da 2 ari smpai umah kul lebih kurang 5.30ptg. Ari Selasa n Rabu. Sker. Sker.
Makna, kurang stgh jam je smpai umah (sbb aku tak kuar sharp2 kul 5pm. Aku maleh nak rebut2 naik lif, himpit2 dlm lif dan menunggu lif-biarkan dlm 5.10pm baru turun)
My dear cilok kuar kut jalan KLCC tu utk elakkan jem ter sengguk sengguk kat Jalan Tun Razak. But still bila kuar dari simpang KLCC tu pun terpaksa berhimpit2. Tp tak la lama sgt.
Ari Selasa tu masuk kut terowong, tp tak amik kiri, trus naik flyover (AKLEH), turun IJN, cilok kut HKL. Dan.. taraa...5.35 masuk simpang umah. Hihi. Tp sempat masak 2 lauk je. Ceh. Sama je mcm smpai umah kul 6 tu. Apa kena tah.
Maka ari Rabu iaitu smlm mcm tu gak. Cuma lps kuar simpang KLCC trus amik lalu kut tefik lite Jalan Ampang (Ampang Park). Sesak sket kat dkt2 tefic lite bwh flyover tu je lah. Lps tu da lega. Alhamdulillah. Smpai umah dlm 5.35 camtu gak. Solat seme. Trus la masak.
Smlm da plan utk wat tomyam campur (sotong je, lelain takdak), asam pedas pari, sotong goreng kunyit. Dan paling bes dapat gak masak cucur jagung. Hihi. Lama da aku plan. Asik tak smpat. Tp smlm sempat. Suka hati la. Sempat lagi memarut jagung tu (aku tatau term apa nak panggil). Hihi. Tp lajak jugak ke pukul 7, cuma sblm azan seme da ready. Hihi.
Dan utk diri sendiri ini adalah pencapaian terbaik. Sbbnya 2 menda tu adalah baru 1st time buat iaitu asam pedas n cucur jagung. Ha. Lantak. Aku tau org lain buat menda tu sambil pejam mata je, tp bagi aku yg pemalas nak masak ni, itu kira oke dah tu.
Mmg aku tak penah buat la asam pedas. Sbb aku kureng sket lauk ni. Lps tu cucur tu, jgn kata cucur jagung, cucur apa pun tak penah aku buat. Tu my dear duk ejek ejek "fuyoh..buat cekodok..buat cekodok". Ek eh. Salu aku beli je yg Cucur Segera Adabi tu. (",)
So, aku mau tepek resepi asam pedas dan juga cucur jagung tu utk dibuat panduan aku di masa hadapan. Sapa ada lagi resepi yg bes melampau, sila gitau jugak. Sbb aku jumpa memacam version Asam Pedas ni. Yg aku buat ni la aku rasa paling sng hamat. Huhu.
Asam Pedas
Bawang merah, bawang putih, sedikit belacan, hirisan halia, kunyit dan garam diblend bersama. Tumiskan bersama cili blender. Masukkan sedikit serbuk lada hitam (yg ni lenkali aku maleh letak dah sbb aku kureng sker, tp katanya buh lada itam tu utk ilangkan bau hanyir ikan). Biarkan sehingga pecah minyak dan masukkan ikan, juga air dan air asam jawa. Masuk daun kesom (smlm aku takde daun kesom. Lantak. Belasah). Dan masuk kan bendi sekiranya suka. Biar menggelegak. Siap.
Cucur Jagung
Secawan tepung gandum digaul bersama bawang besar yg dihiris halus, serbuk cili, daun bawang/daun sup, kiub ikan bilis. Parutkan jagung dan gaulkan sekali. Masak air dan bila air da masak, tuangkan cepat cepat ke dalam adunan tepung. Agak-agak adunan tidak terlalu keras / cair utk digoreng. Then goreng la dlm minyak yg panas. Mmg sedap..dan rangup. Oh. Api tak bleh kuat sgt. Kut tak kang, itam. Cam aku buat smlm pun walo api tak kuat, itam gak. Aku kata itam itu menawan bila my dear tanya apsal itam. Haha. Tp rasa sedappp.. rangupp.. makan ngan sos, sedap lah.
My 1st attempt asam pedas. Huhu. Tp bleh lak aku terlupa samada aku da blend skali garam ke tak. Terpaksa buh garam kemudian, tp ada la perasa sket sbb aku buh 'maggi secukup rasa' tu.
Oh. Murtabak itu beli kat opis je. Tp yg sedap Murtabak Keramat gak la. Yg aku beli kat PaRam kat Stadium Cheras tu retu. Mmg tak dapek dah la nak pegi. Takde ruang dah. Dedua wiken ni aku balik kg. Tggu pasau malam je lah nati. Mmg sedap murtabak tu!
Kan. Hitam trus cucur jagung haku. Miahaha. Yg last 2 ketoi tu lagi la. Itam trus. My dear leh wat lawak. Dia amik yg tu, pehtu posing. "cepat cepat. amik gmbr masuk blog" katanya. Hampagas la kan.
Oh. Tomyam aku hangkut skali ngan piuk trus. Nak makan baru kaut dlm mangkuk. Napak kat mak aku mmg kena tempik la sbb bawak piuk skali dpn hidangan. Eh. Piuk lawa. Takpe kot. Hihi.
Itu saja. Rasanya ni last kut aku masak. Tapi tatau la sbb dlm peti aih ada lagi sotong. Ptg ni nak meng INTAI INTAI ngan adik2 opis aku. Lps tu sok buka dlm keta sajork. Hihi. Balik kg.
Then next week da malas masak. Aku nak susun jadual dari ari Senin - Jumaat tu utk berbuka kat luar.
Sekian saja edisi masak memasak di bulan puasa dari saya.
Terima kasih.
Hihi.
Terima kasih atas komen anda :)