Pages

4 August 2011

~Pasal Cubit Peha Kanan, Peha Kiri Terasa Juga~

Nak tulis ni 2,3 ari  lepas. Tp takde kesempatan.
Ni pun berkesinambungan dari entry kawan aku yg jauh nun di perantauan sanun. Yg tak dpt balik beraya tahun ini. Hihi. [link entry tiada-utk menjaga keamanan sejagat]

Sbb tu aku namakan entry ni [cubit peha kanan, peha kiri terasa juga].
Tak caya, sila cubit skang. Kalo cubit sebelah lagi, sebelah lagi sure rasa mcm pedih juga.

Ni ptt aku tulis kat blog sanun, sbb seme entry berunsurkan menda cam ni ada 'umah' dia dah sendiri. Tp takpe. Sesekali. Sanun seme senasib, seme memahami. Saja la aku tulis sini, sure ada pro n kon dia kan.

Aku menulis ni bkn aku nak menyibuk plak tetiba, tp cam tajuk tu lah. Cubit peha kanan, peha kiri terasa jugak. Sbb kami ni senasib. Hanya org senasib je memahami perasaan yg senasib (nasib la kalo tak paham sbb byk sangat nasib nye)
Kadang kan, aku pun tatau. Dgn 'nasib' aku (kami) skang ni, adakah kami ni terlebih sensitif dan memikirkan org lain tak sensitif. Entah. Aku malas cam nak kata org yg tak sensitif dan perlu menjaga hati kami2 ni. Tp tu lah, kadang bercakap (or menulis) tak kena pada tempat.

Contoh, macam kawan tu bercakap (or menulis) kat org lain - siap ada tag nama kawan dia tu, tp yg org tu pi menyibuk dlm tu apsal. Plak tu menyibuk takde hal berkaitan. Oh. Mungkin beliau pikir apa beliau yg komen tu ada kaitan sbb status tu ada tulis pasal 'yang berkaitan' tu jugak la kot.
Tp bila aku yg takde kaitan ni baca, aku pun rasa lain macam oh. Apsal beliau tetiba bagi soklan tu kat dia eh?

Yep. Aku mmg takde kaitan dalam status kawan tu, tp aku tetap rasa tak sepatutnya org lagi satu tu memberi komen sebegitu. Apsal dia nak tanya soklan tu, takkan dia tatau. Dan aku rasa mustahil dia tatau. Walo dia tak keep in touch ngan kami, tp dia KIT dgn kawan2 lain. Tapi saja tanya gak soklan tu. Last2 dia kaver balik. Plak tu kaver dgn ayat yg mcm aku pun sama emo. 

Oke. Fine, mebi kami yg 'istimewa' ini cepat terasa. Ye lah, org ada 'kekurangan', mmg la sensitivity nyer berlainan, tp nyer korang tak leh samakan dgn korang yg punya 'kelebihan'. Mungkin korang tak rasa soklan tu bleh 'membunuh' mood kami, tp bleh tak kalo nak bersembang pun, mulakan dgn tanya kabar dulu ke apa ke, ini terus2 tanya pasal tu. 

Aku tamo tulis pasal apa. Pada yg faham, tentu faham. Kut org berkenaan terbaca pun, aku harap moga kita sesama lebih sensitif pasni. Bagi pihak kami, kami akui emosi kami mmg cepat tersentuh, esp bila berkata bab satu itu. Dan kami minta maaf kerana membangkit isu ni. Bkn kami nak carik pasal ke carik gaduh ke jauh skali carik timba [oke. aku tau tak lawak], cuma kami ni perlukan sedikit pengertian. Mungkin selama ni korang tak tau yg menda tu mengundang sensitif, so skang da tau kan. Kira take it positive way la. Bukan la maksud aku, korang je kena positive. Sesama la. Kiterang pun positive tp menda2 camni merimaskan kiterang. Sbb nyer kiterang tau, korang bkn tatau, tp bebuat tatau dan tanya lagik.

Kita kawan lama kot. Takkan nak putus sahabat sbb menda kecik ni, cuma macam aku kata la, aku nak sampaikan la yg menda camtu mmg mengundang kami terasa hati. Tau tak, aku ada sorang kawan. Yg aku kenal melalui blog je, tak penah jumpa pun. Tp dia leh faham perasaan aku. Dia emel aku, nak bagi aku satu ayat suh aku amalkan. Punya la dia minta maaf takut aku terasa la apa la sbb ayat yg dia nak bagi tu mungkin leh jadikan amalan utk dptkan rezeki yg aku belum dapat tu. Byk kali dia tulis minta maaf, minta maaf. Ha... kau mampu jadi camtu? Walhal dia nak bagi menda elok tu. Tu pun dia risau kita terasa ke apa ke. Kawan tak penah jumpa tu. Pun faham nak jaga hati kita. Dan juga sedia nak bantu. Yg lelain mampu? lagi nak bagi soklan yg menyakitkan. Takde pun nak bantu ke apa, dok la tanya bila? bila? bila?. heh!

Bkn tak leh tanya langsung, tp tak berapa manis la kot kalo nak mulakan perbualan dgn soklan tu. Lain la, kita mmg sedari dulu akrab. Ini tak jumpa berapa puluh tahun kot, byk lagi menda lain bleh tanya kot. Ke takut nak tanya menda lain sbb takut 'kalah' dgn kami kami yg punya  banyak rezeki lain selain dari itu. Haha. Loser sgt la kalo ada perasaan camtu kan. Dgn aku pun loser jugak kalo aku rasa camtu. Bahahahhaa.

Pada yg membaca dan tetiba rasa mcm nak menyampaikan plak dan nak print ke emel ke hapa jadah plak, aku harap renti2 kan la jadi batu api penyampai berita. Jgn plak ko pegi ke org tu dan kata 'eh, ko tau dak Ida tu citer pasal ko kat blog dia, pegi la tgk. Ni kat link ni'. Ko tau tak, dgn sikap ko tu, bkn bleh memperbaiki keadaan, tp memburukkan keadaan.

Hek eleh. Takde keja dah ke. Bln puasa kot. Better ko layan anak-anak and laki/bini  ko dan masak utk derang buka puasa lagi bagus. Jgn nak bawak2 citer hokeh. Lain citer leh jadi fitnah yer. Aku pun tak tulis nama, tak tulis tentang apa, kut tetiba ko rasa aku citer pasal kawan ko plak kan. Dan jgn ingat aku tak bleh trace sapa menyampai2 ni. Retu punya kes pun sekejapan je aku tau.

So, itu je. Maaf merapu plak malam2 ramadhan ni.

Tp tu lah. Cubit peha kanan, peha kiri terasa jugak.

Salam Penuh Takzim,
Pnstoberi 

Dan komen disable utk entry ini. Nak balas gi anto kat FB aku sanun.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign