Pages

16 August 2011

~Pasal Nuzul Al-Quran 1432~




imej - I luv Islam

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

Sumber : Halaqah

*****

KL esuk tentu tentunya dikunjungi oleh org yg bekerja di Selangor. Salu nyer mmg camtu lah tetiap tahun. Tahun ni apatah lagi lah sbb da bonus katanya kan (oh. kami blum sbb mungkin disatukan terus dgn gaji - mebi esuk atau lusa).

Juga utk org yg bekerja di Kelantan, di Pahang, di Perak, di Perlis, di Pulau Pinang serta Terengganu.

Errr.. saya yg ber IC - 08 ni kira aci tak kalo cuti skali. Hihik.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign