Pages

31 May 2011

~Pasal Vadei vs Masalodeh~

Lodeh mak lodeh. Lodeh anak pak saleh. Cucu Osman Janggut. Kaki untut hingus meleleh.
Hahahaha.

Oke. Oke. Ni bkn pasal lagu Mak Lodeh tu.
Cuma nak tanya yg ni panggil vadei kan??
Kredit : Here
Ke ni panggil vadei?
Kredit : Here
Tp yg ni masalodeh kan.
My MIL sgt tera buat kuih ni.
Dan sedap.

Jadi persoalannya vadei ke masalodeh???

*Adik seunit aku, Ros la yg menimbulkan persoalan ni, sbb ada demo buat kuih ni skang sempena Promosi Kerja Kahwin. Sila lah dtg yaw.. teheee.

~Pasal Fraud oh Fraud~

Ni emel fraud lagi la ni.
Kali ni dari CIMB plak. Dulu kan heboh Maybank je.
Aku da 2 kali dpt emel ni.
Ke emel rasmi plak tu (emel office).
Tatau samada kengkawan lain dpt ke tak.
Konghajo tul.

Aku nak je bkk doc yg dia attached tu tp takut virus ke hapa ke kan.
Jadi aku amik tindakan delete je. Lps tu delete lagi kat trash.

Napak beno nipunya sbb tgk la emel address tu.
Kantoi di situ.

Lama dulu aku dpt gak dr Maybank. Ni lagi kantoi nipu sbb dia send kat emel cikstoberi tu. Aku tak guna emel tu utk urusan rasmi. Haha.

Tp memacam la skang ni. Hiiweee... jenayah...jenayah...

30 May 2011

~Pasal Teruja Oh Teruja~

Ari ni dpt 2 surat. Aku mmg surat2 kebanyakkannya di alamat ke office. Esp surat2 yg agak 'official'. Tp eh, kadang kawan2 blogger nak bagi 'cenderahati' pun aku kasik alamat office. Terjamin selamatt... Insyallah.

Satu surat bil tepon. Biasa da tu. Bil mmg tak byk da skang. Rasa mcm da wugi plak amik yg plan RM50 pree tu sbb aku tak guna pun buat call smpai RM50. Tkpe la. Tgk cena nati. Tp utk pakai prepaid semula mmg tidak la kan. Kuwasa. Mmg tak kuwasa dah nak topap topap ni (eh.. cop, no offense tau utk org pakai prepaid. Org lain mungkin selesa tp aku ni pemaleh nak topap topap ni. Cam bil ni sonang..trus je byr sebulan sekali)

Then another 1 surat yg buat aku teruja. Yey!. Tk amik gmbr tp ini lah antara kandungannya
We are pleased to inforn you that the construction of the above mentioned project is NEARING COMPLETION and we are in the midst of applying to TNB and SYABAS bla bla bla bla.....
Saja nak capslock kat nearing completion tu.  Bdk Poyo Mmg Camgini. HaHa.

Ini surat suh bayau deposit utiliti utk mansion ai tu. Teeheee.
Mmg retu balik dari K. Lipis sengaja lalu kut DUKE sbb nak tgk umah ni. Tgk mmg da siap! Takde kelambu hijau da mcm aku pegi tgk retu.
My dear lagi la tapehapa. Dia tak pasan. Bleh lak kata 'eh, mana umah kita ni, ni bkn ni..lain ni'.
Padahal itu la dia. Mmg da siap pun. Sbb tu dia mcm tak pasan.
Napak tgh nak betul2 kan paking je.

Korang, korang jgn la bosan yer dgn citer pasal umah ni je kan.
Biasa le. Org baru nak merasa duk umah sendiri. Mengkeme da lama dok umah sendiri dah. Siap ada 2,3 bijik dah. Dari umah takde tanah, da beli umah ber tanah. Aku ni je ha. Aku ni baru nak ter gedek gedek nak beli mansion atas kayangan kan. Sedihh... tp bagi can je la yer tuan tanah nak teruja ye mengkeme. Huhu.

(namo guna ayat cliche - blog aku sukati aku la nak tulis apa, mmg la sukati, tp ada org baca, jd kena la prihatin sket kan. Tmbh lagi ramaiiiiiii SR (bukan Sikeret Resipi yaw) skang ni. Hai to the SR.. Haiiii...

Oke la korang. Ada je gmbr aku amik time lalu kut DUKE tu, tp malas nak upload. Dlm Che Nik. Leceh.  Oke, tumpang lalu, ai nak pegi berangan yaw.. Hahah.

~Pasal Macaron oh Macaron~

Yeps. Aku mmg ketinggalan.
Org da berjaman makan mendalah ni.
Aku baru nak menerai.
Yeps. Ari Jumaat lepas la 1st time ever aku makan mendalah yg bernama macaroon ni.
Beli di gerai yg amik bhgn dlm Promosi Kerja Kahwin ni.
Oh. Boleh la tahan.
Aku beli kaler pink n putih.
Pink tu perasa stoberi (of coz) n putih tu isi dia cekelat.
Sedap la. Bleh la kena dgn tekak.
Ejamaria beli kaler ijau n pink.
Tp dia kata ijau tu mcm manis sgt.
Tkpe la. Nati nak beli lagi lah. Kaler lain plak. Huhu.

Oh. Mendalah ni RM2.50 seketui.
Selain tu ada cheese tart dan memacam lah cookies. Sedap gak.


Aku carik2 balik pamphlet dia. Takde plak. Mana tah aku tereban kan ntah.
Tkpe. Jap gi buleh amik balik.
Sapa nak rasa meh la dtg promosi ni yea.

update :
ni blog pembuat cookies ni - http://cheesepassionate.blogspot.com

29 May 2011

~Pasal Jiran oh Jiran~

Jiran bermaksud :




ORANG YANG TINGGAL BERDEKATAN DENGAN RUMAH KITA SAMADA DI KANAN, KIRI, DEPAN, BELAKANG, DI TINGKAT ATAS, DI TINGKAT BAWAH HINGGA 40 BUAH RUMAH DARI SETIAP PENJURU
kredit : here
Kita mmg la tak bleh lari dr hidup berjiran ni kan. Dan mcm aku yg duk umah takde tanah ni lagi la jiran tu dekatttt sgttt kan.

So, dulu aku ada citer pasal jiran sebelah yg entah -apa-salah-aku-asik nak menghempas pintu kalo aku lalu dpn umah dia. Smpai skang pun cenggitu. Aku baru nak senyum bammm dia hempas pintu. Itu mak nye lah. Anak2 dia kadang2 oke kadang2 tak. Yg si bapak oke la. Ada la tegur2 laki aku.

So, lantak pi la situ kan. Kalo dulu ngan jiran lama ada masak apa2, aku kasik gak cam laksa ke hapa, skang ni mmg takde la. Aku risau kut aku  bagi kang di tong sampah kan cena. So, biar dia buat hal dia aku buat hal aku.

Lps tu jiran bawah lantai aku ni plak. Lantai aku-bumbung dia. Ha.. begitu.

Aku ni kalo ada beras2 yg da berabuk, ada bubuk tu aku simpan sbb nak bagi burung2 makan. Kat sini byk burung merpati lepak. Cam aku penah citer dulu (mana tah entry tu malas nak cari balik). Kita tabur je atas atap then derang dtg makan.
Lama da aku tak bagi burung2 ni makan, so reni aku bagi.
Da ptg pun, dkt kul 5. Aku kalo tghari, dlm kul 2,3 tu aku tak bagi la sbb aku tau org nak tido  nati bising bunyi burung tu tup tap tup tap pagut makanan kan. Sbb penah skali tgh tido terjaga sbb dengar burung ni makan. Org atas bagi roti. Tp aku nak kata apa. Tkpe lah. Bkn lama pun.

So, bagi.
Skali aku dengar degang degang org bawah ketuk kayu kat bumbung.
Bertebaran la burung tu lari.
Then tak lama burung tu dtg balik. Time tu azan Asar tgh berkumandang. Aku igt org bawah tu tak la bising lagi. Ala, lagipun apa la sgt. Kejap je burung tu makan kot. Abis beras tu dia blah la.
Skali org bawah tu menjerit, time Azan tu
"hoi! jangan la bagi makan burung tu. Bodoh betul lah" lps tu entah apa dia bebel lagi.
Time azan dia boleh jerit dan bodohkan org.
Aku simpati. Simpati kat org yg menjerit dan burung2 tu.
Tk abis lagi beras tu. Burung2 tu pun duk la kat atas tali letrik. Tp aku jaga jugak. Usah la burung tu makan dulu. Nati entah apa la dia maki aku lagi.

Ye lah kot. Aku bodoh. Bagi burung tu makan atas bumbung dia. Tp aku da pikir. Time tu da Asar. Mungkin org pun da tak tido lagi time tu. Pulak tu bkn lama. Burung2 tu makan2, pehtu dia terbang la balik.

Lepas ni mesti dia tulis kat ketas A4 dan tampal kat keta dia lagi. Mesti dia tulis 'hoi bodoh, apsal kau bagi makan burung. Bodoh'

Sbb apa aku kata camni, sbb ari tu ada sekali dia tampal ketas kat cermin keta dia 'lain kali nak bukak kereta tgk kereta org sebelah'.
Secara kebetulan mmg keta dia paking sebelah keta aku. Aku tnya laki aku sbb dia yg bkk pintu keta belah keta org tu, ada ke dia bukak kuat2, laki aku kata mana ada.
Tp secara logik pun kalo kita bkk pintu mana la buleh meng effect smpai tercalar balar keta. Keta ko pakai cat minyak ke sket2 da tercalar balar? Sapa suh pakai keta tin milo tu kan. Aku nak je sound org tu. Nak kata 'abang, teruk sgt ke pintu kereta tu. Meh saya nak tgk, lps tu report polis, saya tanya peguam, lps tu baru saya bagi ganti rugi' Ha.. mmg poyo giler la smpai nak ke peguam, tp kut dia mmg tak puas ati, buleh je. Apa ada hal.

Lelaki tu mmg tak keja. Duk rumah dan bini dia yg keja. So, bila da tk  keja carik keja la kan. Mana la rezeki nak murah kalo dgn binatang pun nak berkira.
Tp nak kata dia tak suka binatang tak plak. Sbb dia bela kucing. Tp kalo kucing dia berak merata takde org bising pun. Aku bagi makan burung di bodohkannya.

Tp kalo dia tulis gak kat cermin keta dia aku mmg nak jumpa je dia. Aku nak tnya apa yg dia marah sgt dan suruh dia yg pandai sgt tu bagitau kenapa aku tak buleh nak bagi makan kat burung tu.

Tp asben aku tak bagi. Ye lah kan. Buat apa kita nak gaduh ngan orang 'pandai' camtu kan. Tp aku pelik saja. Apsal dia tak puas ati ngan kiterang eh. Hurm.... ko da mister mama tu buat la cara mister mama, tak perlu kot nak carik gaduh ngan jiran tetangga.

Aku pun bkn baru je duk komuniti sini. Dah masuk 8 thn pun. Masa tak duk sini pun, aku mmg salu je dtg sini sbb abg aku dulu duk sini. Maka, jiran2 pun ramai aku da kenal n kenal aku. Cam kak As umah bawah ni mmg salu je bertegur sapa. Kut napak lain je dia  mesti tegur, mcm kalo tak gi keja ke, tetiba pusing balik ke. Ni aku tak la kategori kan sbg kak nap yg menyibuk. Oke gak la sbb nati if jadi apa2 dia leh tau kan. Kita ni mmg la tanak cari pasal dgn jiran seboleh-bolehnya sbb kut nati nak mintak tolong ke apa kena carik jiran jugak.  Tp bila org dah bodoh2 kan kita, jerit time azan tu mmg aku tak bleh stand la.

Tkpe lah. Aku pun bkn lama lagi nak duk sini. Maleh aku nak layan kejiranan yg bijak pandai yg anggap aku bodoh ni. Biarlah derang. Org tu mesti terlebih pandai sbb tu dia duk rumah je. Bkn ada anak pun nak jaga, tp sengaja duk kat rumah. Hurmmm... 

27 May 2011

~Pasal Keranamu Gelas~

Ari Jumaat je malam makan McD. Makan McD je ari Jumaat. Acena??
Adehh... gilos tul.
Keranamu gelas, tiap mggu aku jadi pengunjung setia McD.
Igt minggu ni tak perlu la nak pegi dah.
Lagipun ada org tu kata nak belikan aku tiket wayang Nurkasih.
Pehtu dia tak jadi nak bagi.
Aku mintak tukar kata bagi je gelas McD.
Last week dia tak bagi, lagipun aku da ada glass pink. Yg aku p beli lalu terjumpa Abg Jem tu kan.
Then this week pun cam taknak bagi je, padahal aku pun mmg tk sker kaler ijau.
Skali Yana kata glass tu cantik.
Rupanya lime green. Bkn la green bebtul tu.
Oke. Lawa la.

Dah aku pun bkn la nak meminta2 kat org menda2 pree ni.
Bukan kata aku nak belagak byk duit la, tp mampu lagi la kut beli 1 set  McD beserta glass ni.
Aku saja je nak duga. Lagipun, sapa la nak bagi menda ni pree. Time skang ni manade menda pree ye dok??  Tp saja la aku nak tgk derang ni murah hati ke tak. Jauh di sudut ati, aku pun takde la nak paksa dia  bagi pun.  Tau, menda tu bkn murah, mungkin dia takde bajet.  Baik dia simpan duit utk kawen kan. :))

Dan aku pun, kalo ada rezeki lebih, mmg aku share la ngan bebudak unit aku ni. Insyallah, kalo kita berkongsi rezeki tu lagi murah rezekinya kan. Jadi, kut ada nak share sesama rezeki ni meh la masuk unit aku ne. 

Aku pun tau, takde yg percuma kan dlm dunia ni. Jgn kata nak masuk tandas, tisu nak lap pun kena beli skang ni kan.

Eh. Dah ter bebel pjg lak. 

Anyway. Ini glass ijau.


Dan 3 ni je la kut aku beli. Pas ni pun tggl satu  je lagi, kaler ijau. Nxt week. Tak beli dah la kut. Cukup la, last year 3, this year 3.

~Pasal Pelamin Pelamin~

Takde apa nak citer. Just nak tunjuk gmbr2 pelamin serta pengantin yg sempat di snap semlm n ari ni.
Pameran Pelamin 1 Malaysia

Pelamin by our designer's

Pameran pelamin dari butik2 pengantin

Pelamin DNA. huhu. Tp aku sker la.

Simple tapi menarik

Pun suka gak.

Pelamin angsa.

Actually byk je lagi, tp tak kuasa la kan nak pi snap seketui2. Tgk la kalo ada kerajinan kasik snap lagi yaw.

~Pasal Stats Minggu Ini~

Salam pagi Jumaat. Minggu2 yg penat utk 2 minggu ni. Selain Promosi Kerja Kahwin kat opis ni, berlaku juga Kerja Kahwin yg betul punya. Kat umah PIL ai la. Kerja Kahwin akak ipar ai nati. Esuk pun tak leh rest ni. Kena gi Kuala Lipis lak. Wedding di sana. Mebi balik ari sbb Ahad tu kena duty kut.

Lupakan sementara kepenatan, kelelahan tu. Skang kita citer pasal stats plak.
Ni amik blogger nyer stats instead of salu amik kat Nuffnang kan.
Ni di capture smlm. Jadi kita leh tgk dari mana dtgnya para pengunjung.

Traffic sources utk 19/5 - 26/5

Makanya diucapkan terima kasih kepada penyumbang2 aliran traffic tu. Seme tu aku kenal dan tau tu kecuali yg ada mcm bahasa German tu. Cena dia leh jadi penyumbang trafic?? pelik. Bkn sekali plak tu. 5 kali okeh. Aku masuk balik blog tu, skali seme bahasa German daaa... Tkpe la kut. Abaikan. Ke tak boleh abaikan?? Huhu
Maifara.. ai nak glamer kan yu lagi skali ari ni yer... jgn maree... awwwww.... :D

Then kita tgk search keywords lak.


Apa maksud 'tasik asikvideo xxx' ?
3 kali dia link masuk sini. Nati aku terai gugel gak lah. Entry yg mana ada menda pelik tu.
Seterusnya ada gak yg nak carik 'gbr tupai'. Tah entry mana la buleh dia terlepas tu.
Dan satu ni nak ketawa pun ada, nak sedih pun ye gak.
'kecewa nak mengandung period'

Saya tumpang simpati. If bbetul kecewa, kita ada ramai kawan senasib. Buleh pegi blog saya satu lagi. Situ ramai kawan2 senasib yg memahami. Jadi jgn kecewa2 yea...

26 May 2011

~Pasal Selesai Hari Pertama~

Launching settle.
Bkn la launching sgt pun. Sidang media je.
Timbalan Menteri dtg.
Rasa nak tercabut kaki sbb duk folo rombongan tu.
Ate' kata protokol kan.

Gmbr byk sbb anak buah aku dtg.
Jadi aku suh dia amikkan.
Tp nati la ku aplod kan.

Lawa btul la pelamin skang ni.
Tp rega pun lawa la.
Manade da pelamin kubah D ke kubah C ke apa tu dah.
Manade da scallop2 bagai tu.
Yg kain tarik2 tu.
Tu mmg outdated la tu.
Kira time aku guna retu pun da ujung2 kan.
Time tu byk guna wrought iron.
Tp aku kan tak byk bajet. Guna la pelamin kubah tu je. Tp kira da in trend la gak kan. Teeeheee.
But 1 thing yg mujo adalah time tu da ada trend amik gmbr outdoor dan aku merasa la amik gmbr outdoor dan gmbr edit trus buat album photobook tu. Wiiee (yg pastu kena kuntau ngan PG. Dkt setgh thn gmbr tak siap, which sudahnya aku antar kat org lain yg masuk dlm promosi opis ni. Apa raaa.... Ni yg kawen kat Perak. Mujur dpt refund balik duit dari PG tu and dpt CD dia)

Skang ni seme pakai panel je.
Ada satu siap ada gmbr angsa putih. Humang ai.
Nati aku kasik upload gmbr eh.

Oh. Ada 20 pengantin gak tadi. Ada pengantin betul2. Ada pengantin tipu2. Ada gak bakal pengantin. Tengok je la. Takde la rasa mcm eh, nak sanding sekali lagi lah. Tebiat ke hapa. Haha. Cukup la Promosi Tahun 2009 dulu da jadi kan. Haha.

Oke. Bai. Tak larat dah. Sapa nak dtg sila roger2. Kut nak gift tu nati aku carik la kayu2 kat mana yg napak kraf kan. Ku bagi je. Teeeheeee (T__T).

~Pasal Kerja Kahwin Punya Promosi~


Datanglah beramai-ramai yer.
Nak carik2 idea perkahwinan ke. Byk ni pelamin2 di pamerkan.

Kalau nak buat rombongan, kut ada kelab pejabat ke Puspanita ke pun di alu-alukan lah.
Kalo lawatan secara formal ada la keistimewaan sket sbb ada guided.
Lps tu ada la cendarahati sket.
Sila call untuk appoinment.

So, sila lah berkunjung ya.

Terima kasih.

~Pasal Pegi Beli Hadiah~

Ni citer ari Senin retu. Eh. Senin aku ponteng coti. Ni citer ari Selasa la maknanya.
Sebelum tu nak say hi hi pada Kak As - BSK, Zura n Kak Nurul - opis TKP... tenkiu yer sudi baca blog saya, segan ai tau pasni...seme uols tau da. Ai makan kat mana, ai hanimun bercuti kat mana. Tp takpe, kalo uols nak lebih info uols call je extension 201 atau kalo nak komen2 ke leh dial trus gak no tu. Tkpun terus je ke 223. Miahahah. Love uols lah.. :)
Oh dan utk seme2 lah kengkawan opis. Napaknya makin ramai oh tau blog ni, jd pas ni mmg saya tulis yg bebaik saja utk opis tercinta ni. Yg tak baik kita guna password. Err.. hahaha. Poyo tak saya?? Harusss. Miahahahah.

Oke dah. Ni pasal gi JJ. JJ mana lagi kan. Tentu lah JJ feveret kiterang tu. Nak beli adiah kawen utk akak ipar ai yg kawen on 4 Jun ni serta kazen my dear yg kawen kat KLipis Sabtu ni. Bes. Aloike je beli2 adiah ni. Maka dpt la sandwich maker hok tekup2 tu utk kazen n rice cooker utk akak ipar. Aku mcm geram je ngan rice cooker tu sbb cam bes. Ada tpt kukus sekali. Buleh  buat pau. Hahha. Motip nak buat pau???  Tp rice cooker aku guna skang elok lagi. Sayang tu rice cooker tu. Arwah ayah belikan. Masa memula aku merantau ke KL ni. Eh. Merantau halanya. Hahaha.

Lps da beli adiah, gi renew Jcard. Kali ni amik gmbau pemandangan KLCC. Tp eh, patut aku mintak balik kad lama tu kan. Mengong lah. Salu dia bagi balik ke dia amik ah? Lupa dah. Abaikan. Point aku pun tk byk lagi. Baru 6k. Dia perlu ada berapa k baru leh redeem ah. Tggu masa bufday aku nati lah. Ada la dia bagi samting samting.

Then tetiba rasa mcm nak amik gambau umah kaca AF tu. Ha..selama lama ni mmg tak penah pun nak amik. Mcm heh! nak buat ke hapa. Tp kali ni amik la gak sbb mengkalo aku dtg lagi nati kut da roboh da kut umah kaca ni. Yelah tinggal 2 minggu kan AF ni. Jadi amik la wat kenangan.
Dari atas.

Atas gak

Kelihatan wilcha di situ.

Mcm malu gak nak amik. Tp masa ni org takde. Derang benti sbb time tu maghrib.
Bintang AF

Mila n Zahid

Mr Bola bola

Kosong

D sudah ilang la...

Lps tu tak lama baru ada bebudak tu. Napak Azri n sapa tah pompuan sorang tu. Lina ke apa. Tp bkn Fina tu. Hok tu aku kenal. Rambut pendek. Ni yg rambut panjang. Dia nanges2 tgh cakap2 dari dlm umah kaca tu ngan bapak dia kot. Hihi. Aku nak amik gmbr, my dear kata ,
'takyah la. Poyo'

Okeeee.... fineee...... aku pun tatau maksud dia poyo tu aku ke yg poyo atau budak tu. Aku la kot. Hahahah.

Jadi tu je lah citer dia. Gi JJ beli adiah, renew kad n amik gmbr umah kaca. Hihi. Masuk gak kat supermarket dia tp buat julung2 kalinya aku rasa mcm takde apa nak beli dan mmg kuar je tanpa membeli apa2. Hahaha.

Tp aku ada citer la sebenarnya pasal JJ ni. Nenati lah. 1 swit day nati aku citer.

So, bye bye. Ada byk hal perlu diuruskan sbb ari ni launching Promosi Kerja Kahwin. Tp takde majlis pun. Just sidang media je. Timbalan Menteri je pun dtg. Sapa ada kesempatan sila la dtg yer. Kut nak tgk pelamin ke apa.

So, bye2 Maifara, Ija n sesapa lagi lah yg kat opis tgh baca blog ni. Love u muah muah la frens... ngeeee :D

25 May 2011

~Pasal Gem Island~

Aku pun tak pernah dgr nama Gemia Island ni.
Smlm la. Belek2 majalah Jusco bln 5 tu. Majalah Pearl ke apa tah namanya tu.
Napak la Gem Island Resort and Spa.
Mmg napak sgt la bes. Cam resort2 pulau luar negara.
Ni kat Terengganu.
Tp dia kata cam private island. Jadi kalo private island harus la harga mencekik kan.
So, kasik gugel tgk.

Cuba la gugel di sini.
http://www.gemisland.com.my/Dan pakej nya adalah di sini.
http://www.gemisland.com.my/packages/
Pakej tu utk per pax kalo tak silap aku.

Humang ai...

Tkpe. Kita kumpul 5 inggit sari, buleh la kut dpt pegi thn dpn. Teheheh.

Tp bila pikir2 balik takut pun ada. Buatnya ada kita je kat situ. Heh!

~Pasal Tempat Peranginan Di Malaysia~

Penuh pelamin da opis aku ni ha.
Sesapa nak tgk pelamin meh la dtg opis yer.
Start esuk smpai 6 Jun nati.

Oke. Malas nak promote pasal tu. Lagipun ramai da kawan2 dah kawen kan.

So, nak citer pasal tempat peranginan kat Malaysia ni.
Buntu da aku nak carik tempat peranginan a.k.a tempat cuti cuti a.k.a tempat honeymoon. Ewahh.
Ini utk bln Januari nati.
Yeps. Aku mmg nak buat camtu la every year (Insyallah) kalo takde apa2 hal.
Sempena anniversary kekdahnya. Huhu. Suppose anniv bln 12, tp tau la bln 12 kalo nak cuti2. So, bagi laluan pada org yg ada anak sekolah.

Dah jenuh pikir nih. Ada yg suh pi Semporna la, Sipadan la. Oh. Last year da ke Sabah. Nak la pi tpt lain kan.
Sarawak?? Ada apa menarik sana?? Gua Mulu?? Tp boleh dipertimbangkan jugak. 
Lps tu kalo sini, nak gi Redang/Perhentian segala pulau tu tak buleh pegi on Januari. Laut bergelora. Da tak buleh. Tp kalo nak pegi, pegi Terengganu je lah. Tp mcm rugi plak sbb da smpai Ganu tak pegi Redang. So. KIV yg tu.
Then lagi, tanah tinggi la. Cameron? Genting? Tu tak anniv pun leh pegi. Ha..jgn sebut Bukit Fraser, da merasa retu mcm nak muntah ijau. Huhu. 
Tah. Tatau dah nak pegi mana.

Pi mai pi mai ke sini la gamaknya
Kredit : Here
Tp nak ubah sket dari kebiasaan. Pegi naik tren - turun Perlis - naik bot - sewa keta - balik naik flite. Oke da kut. 

Ke ada idea lain?? ce bagi idea sket ke aku kut ada tpt menarik lain yg nak dibuat tpt anniversary cum hanimun juga. Tptnya selain dari aku sebut kat atas n Kundasang n Pangkor.

~Pasal Tedi Bear Stoberi~

Yey!
Saya ada seekor tedi bear.
Tedi bear saya tedi bear stoberi.
Dia stoberi sebab badan dia corak2 stoberi.
Badan dia kaler itam dan stoberi dia kaler merah.

Tedi bear ni bes sbb leh gerak-gerakkan kaki dan tangan dia.

Tedi bear ni handmade tau.
Saya tempah dgn cik ana. Eh. Puan Ana.
RM20 hinggit saja.
Tp rega ni kena deal la kut sbb tedi bear ni saya request nak ber kain stoberi.
Mcm zoo kan PC saya.

Kalo sesapa nak tempah sila kontek Puan Ana- Home Sweet Home ye.

Saya mmg rasa nak tempah lagi 5 ketoi. Tggu ujung tawon nati.
Ada adiahkan pada adik2 saya.

Oke seme. Babai dari tedi bear stoberi dan puanstoberi.

Takde motip tul amik gmbr duk bawah kusi.

24 May 2011

~Pasal Kahwin Lewat~

LPPKN pandang serius kahwin lewat

KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.

Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang. – BERNAMA

kredit : Utusan

----
Abis kalo serius pun nak wat cemana? Kalo da tak smpai lagi jodoh nak buat cemana kan? Kadang kita dah pun berusaha. Da elok2 rasa mcm ha..ni la dia my soulmate. Da ada instinct yg sama, sehati dan sejiwa, kengkadang cakap pun menda yg sama, pikir pun menda yg sama, tp kalo bukan tu jodoh, mmg bukan la (eh. mcm bercakap soal sendiri je. Hahah)
Kalo nak ikut mmg la aku ckp pasal diri aku sbb aku pun dlm kategori kawen lewat. Aku kawen genap umo aku 29thn dan smpai skang takde anak lagi. Mungkin faktor zuriat jugak derang amik kira la sbb ni dari LPPKN kan.

Satu lagi bercakap soal calon yg sesuai ni, mmg kena la tgk jugak kan kesesuaian tu. Takkan nak tgkp muat je. Bahaya oih. Kang terpaksa menanggung biawak idup lagi parah. Tu bagi yg pompuan la. Yg lelaki pun sama kan. Takkan nak amik entah sesapa mana dtg asal usulnya nak buat bini.
Bak kata org sekufu. Dan aku pun da ada tulis pasal ke sekufuan ni thn lps. Walo aku pun dpt pasangan tak berapa nak sekufu. Makna kata aku da gugur kan satu ke sekufuan ni dlm memilih calon. 

Jadi, apa yg akan dicadangkan untuk mengatasi masalah ke seriusan ni??? Byk lagi kot masalah serius yg lain yg perlu diambil berat sbg contoh barang tgh naik rega ni. Kalo yg lambat kawen tu selesa, tkpe la kan. Kut tak selesa tau la dia berusaha. Toksah duk rungsing la aih.

~Pasal Jambu Bol~

Ari minggu retu. Tgh duk makan mempelam (mangga laaa). Tetiba terlintas di pikiran.
Jambu bol.
Imej - google

Berapa lama dah aku tak makan jambu ni.
Seingat aku last  masa sekolah kot.
Ha. Kat umah aku dulu ada 2 pokok jambu ni.
Smpai musim mmg lebat buahnya.
Time berbunga lak merah je tanah sbb bunga dia kaler merah dan panjang2 cam jarum.
Imej - google

Dan tingat jugak makan jambu ni ngan kengkawan.
Ada yg kat umah punya tp nak gak ikut kengkawan pi kait kat umah org lain. Haha.

Warna dia merah kalo da masak.
Google

Dulu masa kekecik mak salu potong2 kan.
Lps tu mak buat cicah dia. Taruk kicap gula n sedikit cili padi.
(eh. rupanya aku ni dari kecik kuat pedas eh. hihi)
Ya Allah hai..terliur lak rasa.
Skang mmg susah dah rasanya nak carik.

Aku igt dulu nama bol ni sekadar panggilan tpt aku  je. Rupanya mmg diterima umum ya. Incik Wiki pun ada menerangkan pasal jambu bol ni. Hihi. Leh baca - jambu bol.

Dan bila tingat jambu bol ni otomatik tingat kat jambu susu gak. Ha..ini lagi susah nak carik nih. Dulu aku makan pun bukan dari pokok kat umah aku. Ni tatau mana tah aku amik. Tp mmg penah makan la. 
Google
Aku risau satu je. Kut aku ter mengidam makan dedua jenis jambu ni mmg pitam laki aku nak carik. Moga2 tak igt la aku pasal jambu ni kalo aku mengandung sok. Huhu.

23 May 2011

~Pasal Tiket Sekupang~

Sana sini org sebok  nak dapatkan tiket rega sekupang tu yew.
Aku yg memula cam taknak tp ter jebak sbb tgk sng plak nak masuk.
Duduk kat 'waiting room' pun tak lama.
Dan dapat pun date yg cantik, masa yg cun serta rega yg yummeh utk g Langkawi.
Tp nyer da smpai nak penghujung garisan dia leh stuck plak time nak bayar.
ko apa hal?
sbb aku nak terai guna maybank 2 u.
Yelah, below 100 je kan, maleh la nak ber CC.
Tp lantak la situ.
Tk dpt pun. Dan mmg takkan dpt la balik rega tu sbb bila tgk seme da jadi RM83.
Kalo rega tu stick ngan plan aku utk gi bln Januari nati je lah. Sempena ma wedding anniv katanya.
Gi naik tren. Balik naik flite.
Cik Bedah Laser, jom plan. Tp ai nak balik naik flite la sbb fenat. huhu.

Tp eh. Gi Singapore cam byk je lagi.
Hurmm...

~Pasal Makan Ikan Bakar Dekat McDonald~

Huhu. Mc Donald ada buat menu baru kah?
Eh. Btul wat? See. Ada Mekdi

Tehehe. Akhirnya. Lepas jugak hajat nak menikmati hidangan kat Sekinchan Ikan Bakar.
Sblm pegi aku baca gak review blogger yg lain.
Memacam input la aku dpt.

So, zasss.... review aku plak eh.
Aku n my dear je pegi mlm minggu retu. Kasik terai test dulu. If bes buleh bawak mak n famili abg cik nati. Nxt week cuti sekolah derang nak mai. Yeh yeh mak dtg sini..!


Oh. Kami makan di Sekinchan Ikan Bakar Cawangan Jalan Pahang. Dkt McDonald yg ada drive thru tu.
Senang baitu je nak paking sbb boleh paking dlm area kedai jual keta mewah tu-IBM. Kira mmg kedai Sekinchan ni dlm area kedai jual keta tu.
Maka masuk je ada guard yg akan tunjuk mana nak paking. Skali gad tu siap ada senapang ko. Terkejut mak noks. Abih katanya kedai keta mewah kan.

So, apa yg aku order?
Utk yg di bako bako kiterang amik ikan pari, sotong 2 eko n kerang.  Nak amik ikan lain mcm 'sakit mata' je ikan tu. Sini mmg takde nak goreng tepung ke, sweet sour ke, 3 rasa 4 rasa ke yer. Semenya mmg kita bako...kita bako...
Lepas tu up dgn nasik lemak. Tu aku nyer. Sbb review kata nasik lemaknya adalah bes. Then my dear amik nasik putih biasa. Up dgn ulam-ulam.
Air lak mine- epal asam boi n my dear jus oren.

So, my rating?
Ikan pari - oke. Sedap (RM15 - 100g/RM7). 

Sotong ok. So-so.(RM20 - RM10/ekor).  

Kerang ni nxt time aku tak amik la kut (RM8 - 1kg/RM10).

Seme bako bako disediakan wif cicah ni. Yg kicap tu sedap.
Nasik lemak ok. Sedap (RM2.50). 

Betul la mcm org ckp tu. Rasa purely nasik lemak kampung. But then sambal bilis tu mcm byk sgt kot. Kurangkan sket oke kut. Nasi putih (RM1) tp my dear kata sket je nasik dia. If utk buka puasa kena mintak nasik tambah  ni katanya.

 Ulam-ulam (RM2). Tak abis pun. Ada memacam. Aku makan daun selom je. 

Jus epal asam boi is my fevereto ever (RM4.00). Mmg aku rasa sedap je.
Jus oren my dear aku tak rasa. Sedap la kot (RM3.50).

Nak tau total seme tu, kira la sendiri. Hoho. Ok. Ok. Total RM56.00

Oke ke tak oke? Aku gi Bagan Lalang retu RM124 utk 4 org makan. Tp ada ketam la pepahat bagai.

Entah. Aku pun tatau  nak kata. Mahal ke tak. Oke la kot. Bkn nak makan selalu pun. Tp kalo kami berdua je lenkali pegi makan ikan bakar je satu jenis pehtu amik nasik lemak. Mesti lebih kurang RM30 je.

Pasal environment kedai - Bagi aku oke la. Paking pun senang. Lps tu staff pun oke. Tgk order kita tak smpai je kejap2 ada yg dtg tnya. Tp mungkin aku pegi tu baru kul 8pm camtu. Org tak ramai. Masa nak tggu ikan bakar pun tak lama. Dlm 10-15min camtu je kut. 

Overall Oke. Not bad for the first timer cam aku. Idak aku berasa serik utk datang lagi.

Ok je kut kalo aku nak booking utk majlis perpisahan ke makan2 ke dgn bebudak seopis aku. Kalo nak tempah call je sini.
Dia bukak 12pm - 12 am.

Diakhiri dgn muka tuan tanah yg excited dpt makan ikan bakau. huhu

* pertama kali kesemua gmbr yg aku amik masuk seme dlm satu entry dan pertama kali gak seme gambar ni ada kat FB. Hoho. Salu mmg aku malas nak buh byk2 gmbau dan kalo da ada blog or FB or vice versa mmg aku tak rajin nak tempek lagi. Jadi sesapa ada berkawan di FB tu makanya tgk gmbr ulang tayang ler. Terlebih rajin nak tempek sbb amik dgn Cik Nik. Ngeh ngeh ngeh.

22 May 2011

~Pasal Like Like Like~

Apa fungsi button like kat FB ni sebenarnya?
Utk menunjukkan kita suka kat statement seseorang dlm FB tu? atau gmbr yg ditepek? atau apa2 je lah berkaitan? 

Nak kata utk suka statement org, kadang ada yg 'like' statement sendiri. Kadang takde org lain pun like. Dan kadang takde org pun komen. Sekiannn... Kesian. Eh. Tentah aku pun ada buat dak ghoper itu. Jap nak recall. Tp rasa takde la kut sendiri buat statement sendiri like. Huhu.
Oke. Aku tak kesah pun. Sket pun aku idak annoying. Sukati mengkome ler yer nak. Kut nak sendiri like ke hapa ke. Bkn menyusahkan perut aku pun. Aku percaya org yg buat camtu sure ada motif nyer tersendiri. Jadi kita kena hormati motif tersebut.

Then mungkin juga utk like statement org lain yg kita rasa cam bagus...bagus..bagus.. 
Ini oke la kut. Btul la kut penggunaannya.

Tp ada gak kegunaan utk meraih undi.
Yo. Ini sgt glamer skang yo.
Kalo yg ni, kengkadang aku dpt gak org suh like. Tp jgn kata aku menyombong taknak like plak ye. Sbb kadang ada page lain yg perlu di like. Dan aku tak sker nak like like page lain sesuka hati. Jd itu le sbb kadang aku tak ter like derang nyer permintaan tu. Tp nyer kalo hanya kena like gmbr or apa2 je yg dipertaruhkan, ha..itu tak ngapa. 40x like pun takpe. 

Seterusnya kalo ada citer kematian. Aku tatau apa fungsi bila ada org like. Aku pelik pun ada. Ko like sbb ada org meninggal ke, ko like sbb statement tu. Kompius.

Maka sbb tu la kuar entry ni. Tadi kat FB aku tgk kat FB TV3 Malaysia. Derang up pasal Tragedi Hulu Langat tu la. Dgn tajuk Abang Dan Adik Antara Korban Runtuhan Hulu Langat. Motip ada 39 like dah??? Aku tak reti nak relevan kan makna like tu pada citer ada yg terkorban ni.

Aku rasa derang maleh nak komen, jadi klik like tu je.

Hurm. Nak kata annoying tu tidak la. Tak menjadi kudis pun malah tak cacat pun wall FB aku. Cumanya aku nak pikir, apa yg derang like pada status tu. Anyone tulung clear kan kat aku sat.

Oh. Smlm adik Faizullah kata 'klong, kalo ada org antar pasal dislike kat FB, klong jgn kelik tau. Itu spam'

Oke. Klong pun idak siyo (taknak) nak kelik sebarang2 ni. Napak pelik je klong biar kan je. 

Tp kesian kalo bebtul ada button dislike ni. Mungkin buleh buat gaduh. Hahahhaha.

*Memacam menda FB ni. Patut kena ada code of ethic for FBians neh. Huhuhu. Nati ada lagi entry aku nak buat, juga pasal FB. Haha

~Pasal Nak Terbang Lagi~

Tadi jalan2 kat website AA.
Lps tu tgk kat blog dak Nana jugak smlm.
Hurm. Ada sale start ari Senin ni.

Hurm.
Mmg nak carik tiket utk ke satu tpt ni.
Utk thn dpn la. Sbb rasanya utk tahun ni cukup da kot.
Lps ni da nak puasa, pehtu raya, pehtu Okt, pehtu da masuk cuti sekolah.
Kalo cuti sekolah mmg kiterang jarang la plan utk travel sbb bagi laluan pada cikgu cikgi (ehem...utk dik Eka yg berada di Sawak tu. teheheh) serta ibu bapa yg bawak anak2 cuti sekolah. Plus, waktu ni mmg peak season. Rega hotel mencanak2 naiknya.

Makanya mebi utk wedding anniversary iaitu sebagaimana yg dibuat pada tahun ini iaitu pegi a month after. Bes. Jalan2 pada bulan Januari adalah bes. Sbb baru lps cuti sekolah. Tp kalo musim ujan berlarutan mungkin agak terganggu sket perjalanan, tp skang ni pun sepanjang tahun ujan dah.

Igt nak buat trip yg adventure2 sket. Macam pegi naik bas/ketapi then balik naik flight.

Tp nyer. Aku rasa aku tak buleh nak berebut2 la utk beli tiket sekupang tu.
Sbbnya 23hb tu tu leklok je aku ada appoinment doktor. Tp dia smpai 26hb eh. 
Tapi travelnya kena start dr 6 Feb lak.

Takpe. Nati beli tiket biasa je la kut. Tgk try2 ada jugak rega bes. Sbb aku tak beli tiket return. Ai terai oke.

p/s : Asik pikir nak travel je. Ate bila masanya aku buleh plan nak conceive ye dok?? gilosss...

21 May 2011

~Pasal Blogger Ibu & Anak~

Aku mmg mengikuti blog mereka.
Kagum dgn kejelitaan kedua-duanya.
Dan ari ni aku suh my dear beli Berita Harian pun semata2 nak baca pasal derang.
Teheheh.




Kredit : Berita Harian Online
Tp kalo beli paper lagi dpt 2 muka citer meke je. Ngeeee :)


Cunh la Hanis Zalikha ni.
Mak dia pun sama.

Suka. Suka. Suka.
Tgk kedua-duanya.

Dan paling aku sker tentang HZ ni, walo dia da dikenali, da glamer tp dia tetap tak meninggi diri. Kalo baca blog dia mmg leh tau la. Tak penah citer secara direct pun income dia dpt dr ber blog (which mmg dipercayai mmg lumayan la. Iklan NN yg Hongkong tgh duk menari2 kat blog - tp kat blog aku takde pun- ada selit muka dia. Bes nyer tgk. Ni yg wat ai tak sabau ke Hongkong niehhhh...!)

Jadi Keep It Up Hanis Zalikha.
And Kak Nani Rostam jugak. Igt nak tempah la kuih raya kat dia tahun ni. Teheheeh :D

~Pasal Nombor Tak Berapa Bertuah~

Tehehe. Bes sungguh. Tapi sebenarnya takde apa pun. Hanya kebetulan kot.
Bkk desktop PC kat opis ari ni (yeps. aku rajin mai opis ari ni. Haha. rajin katanya. Kehal mmg da ada keja kan. Kut tak jgn arap. Tido lagi bes).

Kat desktop mmg aku ada set kira2 berapa hari da kawen (hikss... poyo sgt ke weh? Hahaha).
Skali tgk ari ni dah 888 days. Hik hikss.
Atak ong ini nomot - 888 
“Nombor lapan membawa maksud kekayaan dan kemewahan di dalam masyarakat kami.setipa nombor membawa symbol tertentu dan yang paling diminati tentunya nombor lapan,” ujar Lee.
Kredit : Malaysiamaya
Lps tu tgk kat dashboard blog lak - utk blog ni entry yg da ku buat (b4 entry ni) adalah 999 (ada jugak entry tak di publish. Just draft je tp tak delete). Maka entry ini adalah entry ke 1000. Huye! Huye!. Nak buat GA lah sempena entry ke seribu neh. Hahah. Tak kuwasa mak noks..
Lps tu utk blog satu lagi tu pun da 66 post.
Dan aku sker tgk bila mana follower blog ni bertambah, follower blog lagi satu tu pun bertambah dan takat ni no dia seiring.
Utk blog ni, sehingga ke hari ini follower adalah 332. Dan blog lagi satu tu 42. Dia mesti selari no ujung tu. Teheheh. Tu takat ni la. Mungkin nati dia da tak selari. Tp aku rasa bes je tgk. Huhu. (mekasih pada pem follower sekalian. I love u muah muah lah. Hihi)

Jadi ni citer perihal nombor yg cantik ni lah.
Mmg napak cam takdak idea kan? Hahah

Ari kawen - ke 888
Entry telah dibuat utk blog ini - 999
Entry telah dibuat utk blog satu lagi - 66
Follower blog ini - 332
Follower blog sanun - 42

Nombor yg cunh utk di capture pada hari ini - 21052011 (tak cunh lak date ari ni. Tehehhe)

~Pasal Gelas Pink Dan Salih Yaakob~

Semakin lama, semakin tak bersemangat plak aku nak meng go blog nih. Mencikkk. Tkpe. Kalo takde kat sini, makna aku ada kat 'sebelah' la tu.
Ari ni seb bek ada citer utk di buat entry walo aku tetap rasa mcm eh itu pun nak citer ker. Entah ek. Aku rasa mcm skang ni byk menda yg tak patut aku buat citer da jadi citer. Mcm seme nak citer smpai aku sendiri rasa OMG! OMG!
Tkpe. Tkpe. Mebi sekejap je kot perasaan ni. Lagipun aku da ter stuck kat porem cari tu. Tgh duk sedap baca pasal tpt aku nak travel tu nati. Rasa mcm semangat giler walo nak peginya 5 bulan lagi noksss. Gilos.
Oke. Citer utk ari ni.
Aku nak beli can glass coca-cola McD ni. This week kan pink karer. Selain purple aku juga peminat fink, jadi harus la beli.
Pink Karer- Imej Google-

Siang tak dpt beli. Sbb gi KLCC. Org ramai giler. Eh. Nati citer pasal KLCC ni gak. Nyampah tau. Rasa nak pangkah je masuk KLCC tu dah.
Jadi mlm, pas maghrib baru kuar gi Ampang Park beli. Reason mls nak gi drive thru sbb kalo drive thru sure la ayam la abis, beger mc ciken takde, tah pehapa la. Kata 24jam tapi segala bala takde apa kes. Ewah. Marah la plak.
Ok. Maka berpergian la kami ke Ampang Park. Masuk je pintu napak abg jem uolss.. (hahaha. poyo).

Igt nak la gak tgk dgn sapa la dia dtg. Tp tak sempat. Sbb org tak ramai. Maka kami terus kena order. Haih.
Tp aku berselisih la dgn pompuan yg dtg skali ngan dia. Tp tak berapa cam. Adakah gadis yg dikatakan akan mengambil tempat untuk nombor empat? Tak pasti.

Jadi, abis seme kiterang ke Guardian lak. Smbil2 tu sembang2 la ngan my dear
"Eh. Itu la kut dia budak pompuan tu. Kecik tul. Kecik dari saya" Mmg org tu kecik. Aku perasan sbb dia lalu sebelah aku dlm McD tu.
"Tentah anak dia tak?" aku sambung.
Secara kebetulan ada 2 org pompuan jalan sebelah kiterang. Seolah memberi jawapan pada persoalan aku.
"Eh. Itu anak dia la" separuh menjerit okeh pompuan tu cakap. Aku mmg pikir yg derang tu merujuk kpd Abg Jem la. Mungkin derang pun berselisih. Mungkin kawan dia kata itu lah pompuan yg nak kawen dgn dia tu kut.

Entah. Aku pun tak pasti sbb tak berapa nak tgk sgt muka pompuan tu. Rasa mcm dia ni.
Kredit : Here
Tapi kalo si Emi ni, mmg la dia comel je. Buleh katakan kecik je dari aku. Kecik?? Umm..kurus la dari aku. Tp tatau la kut anak dia ke kan. Ceh! nak bergosip. Tp tak pandai. Hahahhah

Paling tak buleh blah masa dlm keta nak balik
"Apsal awak taknak amik gmbr dgn dia? buleh masuk blog" 
Tau je lah kan sapa cakap tu. Choiii....!

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign