Pages

4 May 2011

~Percutian Hari Buruh : Gold Coast~

Lps check out di Palm Garden terus ke Bagan kiter. Bagan mana? Bagan Serai kah??(dulu Hana dok salu sebut Bagan Serai. teheheheh).  Bagan Lalang lah, ato nak glamer sebut je Gold Coast. Tk dpt ke Gold Coast Ostolia, Gold Coast Bagan Lalang pun jadi ler. Hoho.

Lunch kat Nilai 1 lps check out dari hotel. Mula igt nak makan area Kajang or Bangi je. Dah mcm sesat je rasanya. Tak payah la. Maka aku sajes kat my dear makan je di Nilai 1 sbb nati nak ke Bagan Lalang ikut situ. Lunch di kedai paling ujung yg ada jual nasik berlauk. BBN Cafe. Kalo gi soping kat Nilai 1 ni, mmg biasa lunch situ. Pas makan terus solat zohor kat masjid situ. Sonang. 

Then dlm kul 2.30pm perjalanan diteruskan ke Bagan Lalang.
Yups. Lalu kut Nilai jer. Sonang. Straightttttt je no belok2 da smpai ke Bagan Lalang.
If dari KL ni patut leh lalu kut Dengkil seme tu, tp tak reti. Lagipun mak takde GPS noks. Maka, takpe la jalan jauh sket pun. Tp senang kot lalu situ.
Tp singgah kat Sepang (betui ke Sepang?). Yg ada jual buah naga tu. Bes sini. Katebang lalu atas pala. Rendah je. Hahahah.
Tetiba rasa buah ni comel je. Buleh tak tukar nama pnstoberi kepada pndragonfruit. Hahaha

Dlm 3 lebih da smpai Bagan Lalang. Mangaiiii ramai giler org mandi laut. Igt nak mandi gak tp pikir2 nati ssh nak bilas badan bagai, tkyah la kot.
2 keping je gmbr guna cik Nik. Satu yg ni. Huk huk.
Tggu anak buah aku n mak dia (akak aku ler). Tp aku pi booking dulu kat kedai yg kiterang nak pegi tu. Kiterang makan di sini. 
Restoran Senandung Malam.

Sblm gi aku da review kat blog org dulu. Maceh yer utk memana blog aku masuk tu. Makanya aku shortlisted 2 kedai. Satu yg Sri Bagan tu n satu lagi ini lah. Tp aku pilih ni lah. Yg tu da ramai org review kot. Hihi.

Masa booking tu ckp la nak makan dlm kul 7. Anak buah aku smpai dlm kul 5. Solat Asar kat Surau Pusat Latihan LKIM (Shah....ko tak gitau pun opis ko ada tpt leh sewa kat sini eh?? kalo tau, aku check in sini jer). Senang sket. Takde org pun kt surau tu, tpt pun selesa (agaknya org tak pasan kut tu surau). 
Lps solat seme, gi beli makanan laut yg baru naik. Seme fresh tp rega mmg agak mahal ler. Tp baru kan. Sure sedap. Sotong seko pun rasanya da sekilo.
Ni lagi sekeping yg guna Cik Nik. Lps tu takde dah.
 My dear pilih ikan. Beli sekilo. Kasik mak dia sket. Ikan cencaru je. Mmg fresh, tp aku letak lam peti ais tu sama je beli kat pasar sini. Haha.

My akak, my anak buah(s). Anak buah aku kat FB siap tag kat kat Cik Nik yg aku pegang tu - 
kamera takde bateri
Hampagas...jaga..jaga..nati ai repeat balikkkk...

Ni kalo dari Cik Nik lagi bes kan? Uwaaaaa......

Then lepak je tepi pantai. Dlm 6.45pm gi balik kedai tu igt da boleh duduk. Tp ramai. Dia kata kalo kul 7 nak makan, kul 7 baru leh dtg.  So, jalan kaki balik ke pantai. Kul 7 tepat baru gi. My dear kata dah ada ke ni. Aku ckp if takde 'kita bako..kita bako". Ewah..kemahin jer yer.

Tp kul 7pm tu mmg ada meja da direserved. Duduk jap. Dlm 10min seme makanan di hantar. Kalo tak reserved gini la rupanya. 
Tatau la kol brapa derang dpt makan ni.

Maka tips utk  korang nak makan sini kalo cuti ari minggu or public holiday, call or dtg awal dan reserve. Gitau nak makan kul brapa. Nati sng. Kut tak 2 jam tak tentu dpt makan lagi.

Aku order sotong goreng tepung, which aku baca review rata2 blogger kata mmg kedai ni specialize dia sotong goreng tepung ni. Ketam goreng pedas (mmg puas ati giler. Ketam dia bykkkk isiii...). Then pepahat masak apa tah ngan telur (di sajes oleh org kedai tu). Siakap 3 rasa. Kerang rebus. Utk kuah amik sup cendawan. Tp apalah erti dtg sini tak amik ikan bakar kan. Aku pun lupa nak order, tp nyer if amik pun mana nak letak lagi. Samada dlm perut atau pun atas meja. Mmg tak muat. Utk 4 org menda ni aku rasa just nice. Kerang rebus tu aku tak rasa pun. My dear la dok abis kan.

Air kiterang amik satu jag. Air sirap limau.
Utk semua tu beserta nasik dan air se jag harganya RM124. Oke tak? Oke la aku rasa. Mana nak dpt ketam besau camtu. (Haaa.... suci  hati bleh? Asal letak rega je mula rasa gelisah hati tak tenang. Igt org nak menunjuk je. Aku bkn nak menunjuk kata makan smpai beratus2, cuma nak kasik info ke org kut mudah la derang nati nak dtg sini. Suci hati okeh?)

1st time makan pepahat. Oke. Buleh dimakan lagi di lain kali. Boleh masuk kat tekak. Sotong goreng mmg sedap. 2 thumbs up! Ketam masak pedas tu pun sedap. Sbb dia pedas dan ada cili padi. Mmg aku sker la kan. Sedap dan Pedas tu adalah kombinasi yg baek. Hoho

Selepas makan.

Secara keseluruhan oke. Puas ati. Cuma rasa mcm makan dlm keadaan kelam kabut sbb org ramai banget. Kita pun jadi kelam kabut. Teheheh.

Kami langsaikan seme lebih kuang kul 7.45pm. Gi solat kat Surau LKIM tu, baru gerak balik. Mmg ramai lagi yg masuk time tu.

Apa pun, mmg leh repeat lagi. Mebi nati overnite lak lah. Ada chalet Persatuan Nelayan situ. Cam bes je.

Gegambau seme ehsan dari hp anak buah ku. Sian bateri Cik Nik yg da 'penat'.

Info :
Restoran Senandung Malam : 013-3849368/019-2597356 (aku tak call pun, just dtg dlm kul 4 tu booking)

Camar Laut Resort & Pusat Latihan (Pusat Latihan LKIM) : 03-31411912/15

Persatuan Nelayan Kaw Sepang Resort : 03-31413182 (ni mmg berdepan ngan laut)

Selain dari tu ada Hotel Seri Malaysia (jauh sket la dari laut) n Golden Palm Tree

14 juta komen

skunk nie ramai suker makan kat bagan lalang...tapi memandangkan kejauhan nak pegi dgn melampau2 mahal minyaknyer....terus cancel...pernah pegi sekali jerk dulu...memang murah lerrr

mcm best je.. klu yu nk repeat.. yu ajak ai la yu.. hek hek hek...

seronoknya makan2.....


kalau nak tukar nama jadi pndragonfruit garang nya nama tu...tapi comel....hehehehe...macam athur pendragon cerita merlin tu...heheheh




New Entry: Kenangan: Student id card

letak jer rega tu.. tade hal.. org cam akak nih mmg suke bangat kalu de rega2.. senang nak wat bajet.. hehehe

aku rse ok la rege gitu
sbb tgk mcm byk gak jumlah makanan

Bagan Lalang?
tak pernah sampai pun T__T

puan stiberi dah kiut dah tu.. puan dragonfruit macam garang je bunyi nya! hahaha

best nye ketam masak cili tu... emmm... nak cari ketam laa.... ;p

Azueriena :
Tu la pasal. Ramai lak yg buat review kan pasal makan kat sini. Tp mmg ramai lah. Da glamer da situ.
Ai pun baru ni le 1st time pegi. Huhu.

CBL :
Bulehhh... tp yu kan salu sebuk, cena ai nak ajak yu... hik hik

Zahidah :
Ya. Mkn mmg bes. Hik hik.
Kan..mcm garang je sbb ada dragon. Tehehehe. Tp oke, buleh kuar api cam dragon. tehehehe :D

LidaRahim :
Oke kak. da letak pun rega. Hik hik

Syana :
Oke kut. Sbb ketam yg belum masak derang jual sekilo RM24. Laki aku gi bayar kata ketam la palng mahal. Itu je RM52. Huk huk... tp puas atiii.. isi mmg byk la.

Cik Anita :
Nati sila sampaikan diri ke sana yew (",)

~ain :
Tehehehehe... ok..ok..tk tukar dah. kang jenuh lak nak carik background dragon fruit kan. hihik

Maria :
Tu la pasal. Aku pun rasa nak carik je lagi ketam. Tp tu lah. Malas lak nak masak. Hahaha.

alamak kantoi! hahaha..
masa mula2 aku tau ko nak ke bagan lalang,aku wat senyap jek...huhuh
malu plak nak promote chalet pusat latihan camar laut & PNK Sepang tu kat ko...tmpt tu rasa mcm biasa2 jek...oleh krn dah biasa sgt aku ke sinun,maka nyer aku rasa mcm xde ape pon yg special nak suggest kat ko...huhuhu

cikCHa :
Ah..menyampasssss....

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign