Pages

24 May 2011

~Pasal Kahwin Lewat~

LPPKN pandang serius kahwin lewat

KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.

Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang. – BERNAMA

kredit : Utusan

----
Abis kalo serius pun nak wat cemana? Kalo da tak smpai lagi jodoh nak buat cemana kan? Kadang kita dah pun berusaha. Da elok2 rasa mcm ha..ni la dia my soulmate. Da ada instinct yg sama, sehati dan sejiwa, kengkadang cakap pun menda yg sama, pikir pun menda yg sama, tp kalo bukan tu jodoh, mmg bukan la (eh. mcm bercakap soal sendiri je. Hahah)
Kalo nak ikut mmg la aku ckp pasal diri aku sbb aku pun dlm kategori kawen lewat. Aku kawen genap umo aku 29thn dan smpai skang takde anak lagi. Mungkin faktor zuriat jugak derang amik kira la sbb ni dari LPPKN kan.

Satu lagi bercakap soal calon yg sesuai ni, mmg kena la tgk jugak kan kesesuaian tu. Takkan nak tgkp muat je. Bahaya oih. Kang terpaksa menanggung biawak idup lagi parah. Tu bagi yg pompuan la. Yg lelaki pun sama kan. Takkan nak amik entah sesapa mana dtg asal usulnya nak buat bini.
Bak kata org sekufu. Dan aku pun da ada tulis pasal ke sekufuan ni thn lps. Walo aku pun dpt pasangan tak berapa nak sekufu. Makna kata aku da gugur kan satu ke sekufuan ni dlm memilih calon. 

Jadi, apa yg akan dicadangkan untuk mengatasi masalah ke seriusan ni??? Byk lagi kot masalah serius yg lain yg perlu diambil berat sbg contoh barang tgh naik rega ni. Kalo yg lambat kawen tu selesa, tkpe la kan. Kut tak selesa tau la dia berusaha. Toksah duk rungsing la aih.

4 juta komen

soal jodoh kan rahsia Allah..kt hanya mampu berusah dan merancang..Allah yg mengatur sgalanya..lambat atau lewat..berserah..

hm... no komen.. hehe boleh kan..

hehehe!!...aku tergolong...ingat senang ke nak cari calon yg sesuai...yg dijumpa semua tak boleh buat calon suami...malaysia mengalami kepupusan 'lelaki baik' yg serius...harus aku cari kat gunung everest...hahaha!!!
apa masalah kalo kawen lambat....masalah buang bayi lagi serius...

NAZ :

Itu lah. Mana la nak buatnya lambat ke cpt. Adehh..

MAZ :

Ok. buleh je no komen :)

KEKUCING :

Btul.. apa la dia nak risau sgt tah. Bkn tak usaha dan bkn sng nak carik yg sesuai. Walo bkn la kita nak yg perfect tp at least yg ada 'hati' sket la. Bkn kita nak pakai setahun 2 kan?

Tah la.. deme ni duk pikir menda2 yg remeh sgt ni apa sal la???

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign