Imej : google |
Selamat Hari Guru - utk semua guru-guru. Utk kawan2 saya yg bergelar guru, utk abg2 n akak saya juga dan paling utama utk guru2 saya yang menjadikan saya sebagaimana saya pada hari ini.(sama cam status kat FB aku)
Sebenarnya mmg dari kecik aku dikelilingi oleh guru a.k.a cikgu. Adik beradik mmg seme nya cikgu. Cuma mak ayah je tak cikgu. Aku pun tatau cemana derang seme leh jadi cikgu. Tp time tu senang je nak jadi cikgu kot. Cuba skang tgk. Ko amik la exam KPLI tu patploh kali pun tak tentu lagi jadi cikgu. Abis, da beratus ribu permohonannya.
Ekceli mak ayah aku kalo buleh mmg nak aku pun jadi cikgu. Masa lps SPM dulu derang dgn rajinnya hantar aku amik exam utk masuk maktab tu. Aku sambil2 lewa je buat. Aku bkn nak jadi cikgu sgt. Walo pun masa sekolah cecita aku ada lah - guru (tp bila aku da masuk kelas sains aku da tukar, nak jadi Pegawai Perubatan. Huhu. Dtg cikgu aku dia potong, dia tulis doktor. Aiyark. Lain ke sama Doktor n Peg Perubatan.? Aku rasa lain).
Namun, kalo hati tak hendak, mmg takde la kan. Jadi aku tak dpt masuk maktab. Tp aku masuk ITM dgn course yg mmg tiada kaitan dgn cikgu. Jadi da lari tajuk la kalo nak jadi cikgu. Ditambah plak smbg degree yg mmg takde kaitan langsung dgn subjek pendidikan.
Tp exam KPLI 3x gak aku amik. Eh. Ke 2x. Tak igt. Tp dah dikatakan takde kaitan langsung mmg sah sah la kena reject kan.
Tp nak taknak tu aku penah jugak jadi cikgu- Guru Sandaran Tidak Terlatih or nama glamer nyer GSTT. Kontrak setahun. Hihi. Merasa la gak jadi cikgu. Masa tu mak n arwah ayah suka la. Sbb seme kelima-lima anaknya cikgu. Nak kata seronok ke tak tu, seronok la gak. Pengalaman kan. Ada org kata GSTT ni keja sambil lewa, nak tak nak je mengajar asalkan dpt gaji. Tp aku tak rasa pun camtu. Ye lah. Tanggungjawab beb. Lagi satu ada ke org nak tgk anak didiknya tak berjaya. Seboleh boleh, walo aku takde basic mengajar apatah lagi dpt latihan di maktab, aku cuba jugak mengajar. Cuba gak memahamkan anak2 murid aku. Udah la aku dpt kelas yg mmg budak2 nya tak berapa nak pandai (dia ada 2 kelas, satu kelas mmg budak pandai, satu kelas lagi tak berapa nak pandai). Bebudak tu darjah 3. Ada gmbr dia, tp tatau mana tah aku taruk. Kt kg kut. Skang yg ajar tu pun da form 5. Dan kalo jumpa derang still panggil cikgu Ida. Hikss.
Jadi tu lah. Pengalaman aku. Aku tau keja cikgu skang mmg bkn sng. Walo kita je napak derang byk cuti dsb nya. Tp derang lah kerani, derang la setia usaha, derang le event manager dan pelbagai lagi lah. Apa pun, itu amanah Allah yg perlu digalas. Allah letakkan mereka sbg guru, sbb Allah tahu mereka mampu menggalasnya.
Kalo tak tunjuk ajar dari mereka, aku mungkin tak berada di kedudukan aku pada masa ini.
So, utk mereka. Again. Selamat Hari Guru.
Kami ingat setiap masa....
Jasa guru pendidik bangsa..
Sambutlah ini ucapan kami....
TERIMA KASIH CIKGU..........
Jasa guru pendidik bangsa..
Sambutlah ini ucapan kami....
TERIMA KASIH CIKGU..........
4 juta komen
betul betul betul...nampak je ngajar setengah ari.tp balik umah usung buku2 semua...tp cam kekda cakap kan...tugas guru merupakan tanggungjawab yg besar...penentu masa depan ank bangsa...harap eka dpt jd cikgu yg baik
selamat hari guru kak reen!
sebab akak dah pernah jadik cikgu kan, kira boleh lah nak wajib.hehe
cikgu ni mmg cita2 Nita dari kecik, tapi tah jadi tah tak..huhu
ramai yg anggap keje cekgu senang.. ce cuba ngajar tengok.. silap2 meleleh ayo mate yak..
Eka :
Insyaaallah..buleh tu Eka. Seme keja besar tanggungjawab nya dan kita terpilih utk menggalas t/jawab tu :)
Cik Anita :
Mintak KPLI pas ni. Buleh la jadi cikgu cam cikgu Eka kat atas ni :)
YOb Samad :
betui..betui..betui.. :)
Terima kasih atas komen anda :)