Pages

Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

29 October 2015

Promosi Hiasan Dalaman Dan Seni Taman

Jemput datang.
10 pagi - 10 malam.
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Bermula hari ini sehingga Isnin depan.
(29 Oktober - 2 November 2015)



10 September 2015

Festival Kraf Antarabangsa

Jemput datang....

3 July 2015

Promosi Warna Warni Aidilfitri 2015

Lambat pula aiols war warkan promosi nih.
Semalam baru dirasmikan oleh Menteri.
Promosi Warna Warni Aidilfitri.
Bermula 2 hingga 3 Julai 2015.
Jemput lah datang. Cuci cuci mata.
Aiols pun tak sempat jalan tgk apa yg ada.
Tapi, ada nampak instant shawl yang cam best ja.
Hihi.
Tapi, ada kawan cakap tahun ni kuih muih biskut raya tu macam tak byk.
Takpe lah pun. Orang bukan nak carik biskut raya sgt pun kan.
Pastu ada demo masak.
Rendang ketupat semua tu lah. 


Okay lah. 
Jemput datang uols.
Bosan bosan weekend tu, meh dtg.
Parking pun byk. Dalam office ni je.
Pastu semua kawasan ber air cond.
10 pagi - 10 malam.





18 December 2014

Festival Kraf Johor


Sapa sapa yang berada di Johor, boleh la pergi kalau ada kesempatan.

Menarik juga ni.
Ala ala macam hari kraf jugak lah.
Memacam produk kraf ada.

Sila lah berkunjung ya.
Tuan kebun stoberi tahun ni tak pergi.
Kita tgk dari jauh je la ye. Hihi.

Maklumat lanjut [link : Festival Kraf Johor]

30 October 2014

I Want To Touch A Cat

Ha gitew.

Eh. Sebenarnya I want to keep cat. Keep ke? Simpan? Bela? Pelihara?
Wat eva. 


Mari penyekkan muka dia..
Gewam oi!
Amboi.. seronok betul jilat bulu ye.
Taknak pandang kamera pun.
Meow.. meh tgk sini.
Malas nak layan.
Tido lagi best!
Model kucing. Hikhikhik.
Sebenarnya ni kat ofis aku je. Sempena promosi hiasan dalaman tu. Ada letak skali booth kekucing ni. Boleh adopt jugak. Tapi yg adopt tu idak la kucing berbulu lebat mahupun muka penyek tu. Kucing stray yg dah cantik comel la kan.
Kalau weekend ada pertandingan kucing. Weekend ni pun ada.

Boleh tgk FB - The Official Site of Kelab Kucing Malaysia (KKM).


Aku sebenarnya teringin nak bela sekor.
Tapi yamtuan kat rumah tu macam taknak bagi.
Pujuk pujuk pun tak lepas. Pujuk lagi, dia kata "boleh nak bela, tapi nak bagi makan ke, kalau nak bersihkan berak dia ke apa ke, dan segala berkaitan dia taknak ambik tahu. Kalau awak pergi kursus ke apa, mmg dia takkan take over kucing tu bagi makan ke apa"


See.. mmg tak bagi la sebenarnya kan.

Makanya, tengok dari jauh je la yer.. sobsss....
Meoww....

28 October 2014

Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2014



Sebok pasal Perth sampai acik lupa nak promote.

Promosi Hiasan Dalam & Seni Taman.
Kompleks Kraf Jalan Conlay.
Datang la uols.

Tapi, perlu diingatkan ni bukan promosi landskap tumbuh tumbuhan macam Floria tu yer. Ini seni taman. Seni taman yang berasaskan kraf. Jadi, yg banyak adalah gazebo, kraf2 hiasan kayu, ada juga yg ala ala bali. Yang kalau berangan dapat rumah banglo best lah letak kan halaman. Gitew.
Dapat kat rumah tak bertanah cam aiols tu.. tengok sahaja lah. Hihi.



Walau taman, tapi jualan batik tetap jugak ada.
Sapa nak carik batik, meh la datang.
Banyak jugak nampaknya ada.
Produk kraf lain pun ada.

Selain tu ada pameran kucing jugak.
Tgk meow yg comel comel.
Yang boleh adopt.
Ala.. aiols tgh pujuk mr aiols utk benarkan aiols bela kucing.
Tak lepas lagi. Siap dia bagi syarat yg macam sebenarnya taknak bagi bela.
Wuwuwuwu.

Detail : Kraftangan Malaysia

10 July 2014

Promosi : Warna Warni Aidilfitri 2014


Jemput datang uols.
Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Cuci cuci mata.
Cuci cuci poket.
Macam macam ada.
Kuih raya ada.
Baju raya ada.

23 April 2014

Promosi Kerja Kahwin 2014


Jemput lah datang!

4 March 2014

Edisi HKK 2014 : My BFF datang shopping

Ni kejadian masa hari perasmian.
Kat instagram pun da berlambak aku buat live update (ko pikir ko sapa nak live update segala kan?) Hoho. Tapi, takpe. Meh ai share sket gmbr hari perasmian.

Perasmian oleh
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor;
Isteri Perdana Menteri Malaysia.

Persembahan oleh adik2 comel.
Permata Seni Tari.

Persembahan pembukaan 

Hari perasmian - Khamis - 27 Februari 2014.
Bertugas cam biasa. Kumpulan sambutan dan protokol (usherrete).
Meriah kan uniform weols?? Tsskk... Masa Datin Paduka Seri bagi speech, dia kata usahawan jangan buat design yang ala ala gunung berapi / tsunami. Adakah baju weols ala ala gunung berapi? Huhu (T___T).

Tapi ye lah pun kan.. tetiba oren gitu. Mujo aku amik saiz XS. Kalau tidak... Huhuhu -_-"
Lps tu, tetiba my bff w.app, kata nak dtg.

No hal je.. kalau HKK ni kiterang oke je nak entertain kengkawan. Tak tu pun mmg aku selalu bawak lawatan berpandu.
Dalam kul 1 lebih dia sampai. Dia g solat apa seme. Aku pun masa tu baru settle abis bertugas. Makan dulu. So, lps tu baru entertain beliau. Call myDH skali turun sbb asben mmbr aku ni mmg dah kenal asben aku. Derang mmg boleh ngam la.

Seronok rasa sahabat dtg kan.. 
Ye lah.. sbb kiterang tak planning pun. Tau2 dia sampai je sbb kebetulan dia cuti.
Lps tu pulak dia pun membeli gak. Tu lagi bes.
Smpai asben dia kata 'Aku syak korang ada share la kat kedai2 korang bawak ni'

Haha.


Kat kedai ni dia beli batik sepasang - cotton - yang dah siap - dapat RM140. Oke sgt sbb kalau yg belum siap pun, biasanya dalam 130 camtu. Pastu asbennya dapat batik crepe (long sleeves) - RM140 gak. Murah gak tu. Biasa crepe cam mahal gak la. 

Jalan lagi, beli lagi sepasang. Kat sini, aku pun terjebak. Arghh.. cemana aku pun boleh terjebak nih. Siap cakap ni baju raya kedua. Giler..giler.. sebelum smpai raya ke tujuh, cecepat tarik derang keluar. Huhu. Pastu derang ada gak beli baju kaftan (baju tido) utk anak2 dara derang. Cumil angattt... :D

Then ada lagi la derang beli kat tpt aneka kraf. Dgn brooch nya, dengan gelang nya.. tu yg laki dia kata kiterang ada share ngan usahawan tu. Haha. Mana ada la. Tp biasanya ngan staff, lagi plak usahawan kiterang dah biasa, harga tu bule la lebih kurang. 

Derang balik dalam kul 6pm. Huhu. Lebih kurang 4 jam gak la derang abiskan masa dalam tu. Tu aku cakap, sapa nak dtg, takyah la kata 2jam. Harus terlebih. Ada 500 lebih usahawan dan pelbagai produk kraf. Ce kabo, kat mana lagi kita boleh dapat tgk pelbagai produk kraf (buatan Malaysia) yg duduk setempat. Masa Hari Kraf Kebangsaan la.

Aku biasa bawak lawatan. Cam Puspanita jabatan2 la kan. Derang selalu cam terperanjat bila tgk sendiri keadaannya. Sbb tak sangka sebesar ini dan seramai ini usahawan yg berkumpul. Apatah lagi bila tgk batik kan.. itu mmg rambang mata la. Sini la tpt dia. Harga? Sendiri turun dan bandingkan lah. Aku tak nafikan mmg ada yang mahal. Tp ada gerai yg menawarkan harga terbaik dan terpulang pada kemahiran kita lah untuk tawar menawar. 

Jangan lupa dtg ya - 
Hari Kraf Kebangsaan. 10 pagi - 10 malam.
Sehingga 10 Mac 2014 (Isnin)

25 February 2014

HARI KRAF KEBANGSAAN 2014



Ok. Ok.
HKK.

Jemput lah datang!
Lokasi : Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Map : Here
Keterangan lanjut, klik : HKK 2014

27 September 2013

Promosi Hiasan Dalam Dan Seni Taman


Jemput lah datang yea.. 
Pada sesapa yg minat nak deco deco rumah ke deco laman ke (kasihan..rumah aku takde laman).
Nak deco deco dgn sesuatu yg lebih kreatif dan inovatif (dan mungkin lain dari yg lain).

Dan lebih utama deco dengan kraf Malaysia.



Baru start hari ni. Hingga lah 6 Oktober 2013.
Memang bes nih utk cuci cuci mata. Aku mmg suka la menda deco deco nih. Walau pun duk umah yg konsep moden (konon lahhhh khennn), tp dalam tak sedar, bila tgk balik, rumah aku pun dah byk hiasan produk kraf ni. Jadi, konsep umah aku moden kontemporari lah kononnya. Konon lah kheen... padahal konsep tak nampak konsep namanya. Takyah nak konsep bagai lah heh!
Tapi, biasa lah. Bila banyak produk kraf, itu lah dinamakan rumah staff kraftangan. Laki bini plak tu kerja sini. Kihkihkih. 

Oke. Datang tau.
Nak buat lawatan ofis pun boleh.
Utk keterangan lanjut - klik saja kraftangan.

25 July 2013

Promosi Kraf Aidilfitri 2013 : Kompleks Kraf KL

Upsss... ai lupa nak promote plak.

Promosi datang lagiii...
Ha. Baru je abis Promosi Kerja Kahwin kan. Dah ada Promosi Kraf Aidilfitri.
Meh la uols datang.
Cuci cuci mata.
Cuci cuci poket.

Kuih raya, baju raya, tudung raya, brooch raya semua pun ada.

Aiols??
1st day lagi dah rembat... tu lah masalahnya.... mmg masalah kan.

Shawl dari Khaylaa Couture.
Dia ni meniaga kat FB. Tp dia amik booth kali ni masa promosi.

Shawl yg bila 'diadun' jadi begini


Nampak cam dua lapis, tp selapis je. Sweet kan??
Smlm member datang, dia pun beli sehelai. Kaler pink cam atas ni gak.

Tapi tu lah, aku ni macam takde kaler lain.
Lagi lagi pink. Pink lagi lagi.
Sebenar nak match ngan baju raya ai lah.
Walo ai dah beli tudung che fareeda dah (yg dah pakai pun..pftt... tak sesabo nak tggu raya kan)
Kalo suka, buleh la tgk kat FB. Search je Khaylaa Couture.
Senang je pun cara pakai dia.

Lagi,
Ada ter minat sepasang baju kurung pahang plak.
Plain. Dan cotton.
Tapi tu nanti dah pakai lah kasik jaja di sini ya.
Tu kena carik tudung gak tu. Shawl seploh ringgit udah ler yer.. Huhu.

Oke lah. Takde buat apa ujung2 minggu ni, jemputlah datang.
Sehingga 3 Ogos. 10 pagi - 10 malam.
Jangan risau tak selesa sbb semua ruang jualan adalah berhawa dingin.
Kuikuikui. Baek punya promote kan :P

18 June 2013

Edisi Promosi Kerja Kahwin 2013

Esok start.
Sapa nak carik2 barang kahwin ke butik2 ke apa ke, boleh la dtg.
Selain tu jualan2 kraf lelain pun ada jugak. Batik2 pun pasti la pun ada.
Aku pun tak tahu berapa ramai usahawan masuk, tema apa seme sbb aku masih ber M.C
Selamat la tk jadi usherette masa perasmian. Haha. Tp dengarnya hanya Press Conf je pun.

Boleh klik sini lah utk tahu detail - Promosi Kerja Kahwin

4 March 2013

Edisi HKK 2013 : Instagram #2

Nampaknya kena gak buat disclaimer walo kat atas tu terang2 dah tulis HKK 2013.
Oke, aku tak marahkan korang. Mungkin ada yg tak tahu apa kah jadahnya HKK tu kan.
Takpe. Aku rajin nak repeat lagi buat kesekian kalinya.
Dan acapkali juga tiap kalo aku post berkaitan HKK. Aku akan buat disclaimer.
HKK itu adalah Hari Kraf Kebangsaan. Yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Yang terletak di Jalan Conlay. Sehingga 11 Mac 2013. 
Nak citer panjang, aku tak larat. Tolong la rajin2 klik link ini : HKK 2013.
Kalo nak detail info, baru tanya.
Tapi, jgn la bila aku dah cerita yg seme gmbr ni dari HKK, tp ada yg tanya lagi, "beli kat mana tu, dapat mana tu, dsbnya"
Boleh gitu. Deal ya. Deal. Good.

Oke, ni gmbr2 instagram seterus. Sekitar HKK. Takde kat memana. Hanya di HKK. HKK. HKK. (3x dah aku berzikir ni... harap dimaklumkan yer sekalian yg membaca)

Persediaan untuk majlis perasmian. 3 ribu goodie bag
disediakan. Oh. Kelihatan adik ku yg berdedikasi.
Tak sesia ai bagi tinggi markah utk LNPT :)

Mar dtg bawak Deeja ari Sabtu.
Dia nak beli batik. Awal dah smpai. Tp dia tggu aku
abis rehearsal. Kejap je dia beli. Zass zass.. siap!
Hihi. Harap puas ati dengan rega batik RM330 utk
2 pasang crepe tu ya :)

Majlis perasmian. 4 Mac 2013.
By Permaisuri Agung.
Bertugas sbg petugas sambutan & protokol.
Debo oii buat menda ni. Risau sehingga lah tamat majlis.
Ye lah, nati kut ada yg tak dpt makan ke, tak dpt beg ke.
Risau! Tp semuanya goes well.
Alhamdulillah.

Nasi tumpang n wajik.
Dpt masa hari perasmian. Tak penah makan nasi
tumpang ni, tp aku terus kata aku tak suka. 
Jadi, sbb org dah bagi, aku try lah. Wajik tu mmg aku
suka. Lagi plak dia buat dgn gula enau. Sedap.
Entah. Cam mengimbau kenangan waktu kecil je 
makan wajik ni.

Wall of fame HKK2013.
Haha.
Sebahagian dari petugas sambutan & protokol.
Yg pakai pink tu mmg org kraf lah. Yg grey tu
dari KPKK. Minta bantuan meke juga :)

Jadi, itulah. Kali ni takde gmbr2 produk kan. Kalo ada yg bes nati, ai update lagi yaw.
Lenguh kaki dah.
Nak rest kan kejap kaki nih.
Bai!

update : Ada yg kata masuk kena bayar ke tak? Rasanya takde mana2 pameran dan jualan anjuran kerajaan yang mengenakan bayaran. Kraftangan Malaysia adalah sepenuhnya kerajaan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Kerajaan ya. Cumanya kami ni badan berkanun persekutuan. Tp tetap kerajaan. Jadi, begitu jugalah HKK ni. PERCUMA. Parking pun PERCUMA. Siap ada disediakan pengangkutan terus ke kawasan pameran. PERCUMA jugak. Shuttle (van) dari LRT Ampang Park pun PERCUMA. Yg kena bayar bila nak membeli dari usahawan2 tu. Kalo seme nak pree, tokei mas pun bule bankrap...
Takkk.... acik tak marah lah... acik cakap ja.. walo sebenarnya, dlm iklan, dalam laman web, dlm banner dan apa sajalah yg tunjuk pasal HKK ni dah tulis 'masuk percuma'. Takpe... saya akan tulis ni juga byk2 kali. 

7 December 2012

Edisi Promosi : Plaza Angsana

Ada hal yang tak dpt dielakkan.
Jadi, 2,3 ari takde entry gamaknya.
Dari itu, blog ini ditinggalkan dgn publisiti yg berkaitan ofis ai je lah yer.

Satu.
Keterangan lanjut : Kraftangan

Pada sesapa yg berada di Johor - boleh la datang yer.
Ni kira mini HKK gak ni.
Tahun lps aku kena bertugas masa perasmian
Tp tahun ni mintak pelepasan.
Perasmian bebetul masa befday aku. Mana bolehhhh... muahahaha. Takde lah.. sebuk wat asaimen lagi neh. Byk lagi yg belum hantar. Kelas dah nak abis, asaimen blum siap. Acena?

Dua.
Pada yg tgh mencarik2 kerja.
Sila la beli paper Utusan Ahad ni (Mingguan) ari Ahad ni.
Ada la 3 jawatan kat situ (Nama jawatan tu, tak leh la gitau lagi kan. Hihiw.)
Kalo takde apa2 masalah, Insyaallah ada la keluar (ni kira 1st time me n my team kuarkan iklan jawatan kosong kat paper. Kiterang trus je berurusan dgn Utusan Media n Sales)
Kalo tak keluar - pitam! Hahahaha.

So, itu saja. Happy weekend (walo weekend aku tak berapa nak happy sgt ni. Sobsss)

30 October 2012

Promosi Kraf Inspirasi Alam


Jemput datang yer...
Start besok sehingga 11 November.
Kali ni kraf yang bertemakan alam lah.
Kalo nak tengok hasil2 seramik (pasu semua tu lah), hasil kayu kayan, buluh mmg byk lah ni.
Lepas tu design2 pun harus yg bertemakan alam.
Aku dulu ada berangan juga nak buat tema rumah aku - kraf-kontemporari. Tapi.. huh, tak payah lah. Dah sempit dah rasa rumah tu. Tapi tatau lagi lah. If dapat idea, boleh gak diselit-selitkan.
Nati besok-besok, kalo rajin ai update lah apa yg derang jual kat bawah tu.

4 August 2012

Edisi Hari Raya 2012: Kuih Raya Bukan Untuk Raya

Beli kuih raya kat Promosi Kraf Aidilfitri.
Bukan nak simpan untuk raya.
Saja, nak buat kunyah kunyah memalam.
Pusing punya pusing, seme pun kuih yang sama. Almond london, shortbread tu (dulu aku sker ni,tp tak seme pun sedap), simpulan kasih, bla bla bla.. kuih yg sama lah. Rega pun seme 20 ke atas. Utk berapa bijik tah. 50bijik la kot.

So, jumpa satu gerai yg ada cookies lain sket.
Masa tu gi ngan Dee. Dia dtg dari ofis dia (CTbank), nak beli tudung. Tu dia kata kuih yg dlm balang merah tu sedap. Dia penah rasa katanya.
Jadi, trus la beli. Setiap satu ni RM28. Beli 3 dapat RM80 (pergh... kue raya 3 balang da dkt seratus. Mmg tak dah la aku nak beli).
Dah rasa pun malam tadi. Sedap. Dia nak buat ala2 cam coklat milo tu. Yg nugget milo tu kan. Tp idak la coklat dia terasa sgt camtu. Dan tak manis sgt. Ada gak badam hancur. Jadi oke la kunyah2 pun rasa la badam tu.

Kuih yg cam stick tu tak rasa lagi, blackcious ke apa tah namanya satu lagi tu pun tak rasa. Tp napak cam sedap yg hitam tu. Bagi habis satu2 baru bule bukak.

Yang kuih raya untuk raya aku dah booking kat member ofis ja. Mmg tetiap tahun pun order dari dia ja. Wife dia buat, mmg satu ofis pun order dgn dia.  Cuma semalam time buka puasa kat ofis tu derang kasik gak kuih bangkit yg demo (demo utk promosi ni) punya. Sedap plak... lain dari kuih bangkit biasa tu. Igt nak order 3 balang. Satu umah mak, umah mak mentua n umah ai. Hihiww..

2 August 2012

Promosi Kraf Aidilfitri

Kalo ada yang perasan, dah selalu keluar iklan Awal n Scha untuk Promosi Kraf Aidilfitri ni.
Jadi, sila sila lah datang pada sesapa yg ada kelapangan ya.
Start 1 Ogos until 12 Ogos 2012
Sehingga jam 10 malam.



Nati ai review secara detail apa yg bes yer.
Sbb dah 2 hari, ai pun tak sempat turun lagi.
Sebukkkkk nak interview mggu depan. *good luck pada semua calon.. nak soklan bocor?? Muahahahah...*

Ingat nak turun gak. Nak beli kuih raya - bukan utk hari raya, tapi nak buat kunyah2 memalam.
Hihiw.

Sila lah menjamu mata.
Kalo kat jalan TAR sanun panassss... sini sejuk ber air-cond. Hiwhiwhiwww
(lepas tu orang kata - kat jalan TAR jual murah2, aku kata situ buleh la.. jualan lambak..bersesak sesak)

*baik punya promo kan. Ngeh!

20 June 2012

WW 2 : Promosi Kerja Kahwin 2012



Info lanjut : Here
If nak buat lawatan/dtg secara berkumpulan, bleh dptkan info lanjut : here

Majlis sidang media : 21 Jun 2012 by Timbalan Menteri KPKK.

Cam biasa, tugas biasa saya


Datang, jgn tak datang!

12 June 2012

Promosi Kerja Kahwin 2012


Pada yg merancang nak kahwin, nak carik idea utk wedding jemputlah datang yer. Byk ni booth dari butik2 pengantin, photographer, catering, kad kahwin dan memacam lah yg berkaitan ngan kawen kawen.

Eh. Yang tak merancang nak kahwin pun boleh.
Sbb jualan kraf pun ada. Ala, macam HKK tu lah. 
Kalo nak dtg ngan kawan-kawan, boleh la buat dtg secara lawatan berpandu. Dialu alu kan. Info lanjut bleh klik sini.

Datang jangan tak datang.
Datang jangan tak datang.
Ewahhh......

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign