Pages

31 March 2012

PP012012 (Pekeliling Gaji Baru SSM) & PP032012

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012 - Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012 - Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup

Yerps. Pekeliling kenaikan gaji SSM yg baru dah keluar.
Tgk kat FB KPPA ada citer pasal tu. Then tgk kat kat FB Fahidayati. Dia duk share.
Lps tu bukak emel ofis pun ada pekeliling tu HR edarkan.

Maka, klik sini utk baca PP012012
Byk mukasurat gak. Tp carik ikut gred kita sudehhh.

Dan HR hantar gak pekeliling baru yg kenaikan elaun sara hidup tu.
Klik PP032012
Owh. Yg ni sapa duk KL takdak kena mengena la kan.

Maka, selamat berbelanja dgn berhemah yer uols.

## pasrah. Gaji SBPA hari tu lagi tinggi sebenarnya. Tp takpe lah. Lama lagi kot keja kan. So, sila jadikan pasrah itu kepada redha. Nak kira gaji baru - klik web JPA
##jadi ler utk buat belanja jalan2 bulan 5 sok n renew 'buku merah' (still tatau nak renew ke nak buat baru? Hurmmm)

Photobook Lagi : Shipping Confirmation

Hari wiken je citer pasal photobook. Huhu.
Bukak emel. Tgk ada emel dari sykt yg redeem voucher last week tu.
Alhamdulillah. One week je masa dia amik utk production then dah hantar shipping.
Rasa cam berpuas hati gak sbb aku redeem mmg da nak due sgt. Lps tu ngan org lain seme bebising kan FB kata tak bleh nak upload la apa la. Aku kalo da hantar redeem tu, tggu je lah (walo dlm hati mmg kalo bleh esuknya nak dpt dah kan. Tp agak2 la. Udah la kita hantar lambat, lagi mau awal. Tp disebabkan kita tak bising2 ni la senang je dpt)


Jadi, harap bersabar menanti 'buku-foto' tu ke tangan aku next week yaw.
Derang pakai kurier - GDex - bkn Poslaju.

Siap kasik tracking number seme dah.
Oke la kan.
So, aku nak pulun siapkan sebuah lagi photobook.

Walo pun due nya May 2012, tp aku takmo lagi lambat2.
Ni pun lama da aku design.
Yg ni dia nyer software utk design tu mmg bes dan cantik2.

Tp nak upload utk redeem tu cam agak sukar sket.
Tatau lah. Aku pun lum hantar lagi kan.
Kut ada poblem, emel je nati. Kalo time skang ni oke lagi derang layan.
Kalo buat last minit, ha.. mmg jadi cam yg lelain tu la. Call tak pick, emel pun tak balas.

Server down la, nak upload ada problem la.
So, sesapa yg ada voucher tu harus la redeem cecepat.
Problem nati, susah derang nak assist bila orang terlampau ramai yg hantar.

Kasik teaser sket buku-foto yg nak dihantar nati nih.

Hihi.
Yerps. Itu seme aku buh gmbr kat Hongkong. Kalo bleh rasa nak buh seme, tp cam melampau la plak kan. 40page je dia bagi.

Ada yg kata rajin aku buat photobook ni. Hihi. Aku mmg minat mendalah ni. Minat gambar diletakkan dlm style buku tu. Minat gak design2 ikut citarasa kita. Sbb tu dulu masa aku kawen, masa tu photobook ni pun tak berapa nak glam lagi, aku usaha gak carik (sbb time tu tak ramai PG buat photobook) walo rega orang cam kata, hukaloh, gambar je kot, bakpe buat mahal2. Idakkk... aku sker je. Suka nak kumpul photobook nih. Kalo bleh satu tpt gi bercuti, satu buku. Ha. Begitu.

Dia kalo minat mmg datang la rajin tu kan. Walo retu aku rasa cam malas giler nak buat - malas nak redeem. Tp bila da buat, tk smpai sehari settle. Tp takde la ayat2 berbunga-bunga ke apa. Tempek2 gmbr, design2 sket je.

Jadi skang udah rasa cam gedik2 nak beli satu lagi.
Nak buh gambar utk this coming hanimun-bulan May. 
Pixajoy ada tu. Tp cam mahal plak. Tkpe. Tggu dulu. Nanti2 ada lagi tu.

30 March 2012

Alahai UMobile

Aptb! aptb!

Data Network (Internet) Umobile hilang entah kemana sedari malam semalam.
Urgh.
Try pagi tadi pun takdak.
Tghari pun takdak.

Eh. Cemana aku nak antar 'live report' kat FB neh.

Ptg pun takdak.
Dah la ada fashion show time tu.
Geremmm.

Call Umobile.

"Cik di kawasan mana?"
"Jalan Conlay, Kuala Lumpur"
"Dimana tu?"
"near KLCC"
(kesian tpt aku ni..... seme orang pun tatau. Tp suppose dia keja customer service kena tau gak setiap ceruk jalan)
"Oh. Hari ni mmg kita ada buat service upgrade. bla..bla..bla.. area KL, Damansara, bla..bla..."
(eh. Bkn aku da gitau ke aku kat Kuala Lumpur tadik).
"Habis tu bila oke?"
"Malam ni cik"

Oke lah. Aku pun bkn la giler sgt takde internet sbb busy pun kan.
Tp sbb da terbiasa update gmbr dlm FB, membebel2 kat twitter. So, rasa 'semacam' plak.
Adakah internet telah menguasai diri aku?
Hurm.

Apa pun, sehingga kini aku masih berpuas hati dgn UMobile.
Baik untuk broadband mahupun call.
Thumb up!
Tp utk area KL je lah yer. Tweheheheeee.....

Jangan Bunuh Orang Lain

Sakit je hati nih.
Bengong betul. Ko nak bunuh diri ko, bunuh je lah tp jgn sebok nak bunuh org lain.

Yer. Aku geram.


Sumpah tak paham betul dgn perokok2 ni. Dah la mencemarkan udara. Pulak tu tanpa rasa bersalah merokok di sana sini. Eh. Derang tau tak sebenarnya kawasan pejabat adalah kawasan larangan merokok. Tapi sapa nak control tu semua kan. Tp tu lantak la kan. Derang nak bunuh diri, bunuh lah, tp jgn nak membunuh orang lain sama.


Marah nehh...marah.. sbb tadi aku makan, lps tu dtg la plak makhluk dari meja sebelah. Dgn sedapnya merokok dan angin membawa asap ke arah aku. Grrrr.... Rasa nak pitam serta merta.

Pergh. Mmg nak termuntah aku dibuatnya.
Dari elok mood da ceria kekenyangan bertukar rasa annoy giler.

Tak bertimbang rasa langsung kan perokok ni.

Kut ye pun tgk2 la. Dan skang pun nak termuntah.
Rokok ni pun ada jenis2 dia.
Ada yg jenis tak berapa nak termuntah.

Tp yg ni tadi mmg jenis... ah... mmg tahap nak termuntah la. 

Jgn kata la aku benci plak org merokok ni. Laki aku pun merokok. Tp skang dia tak tegar dah. Cuma aku menyampah kalo tak bertimbang rasa ni. Ko sorang makan asap tu dah la. Ni nak suh kita skali telan apa motipnya. Abis segala baju, tudung melekat bau. Sgt la annoying sgt.

Aku dulu mmg tak sker org merokok. Menyampah. Sbb rumah aku, famili aku mmg bebas dari asap rokok. Arwah ayah tak merokok, abg2 pun sama. Tapi tah cemana ada sorang abg aku terjebak. Tp tu takpe. Dia jarang2 balik.
Tp ter kawen plak  ngan org merokok. Kalo tgk cam mmg takkan la boleh berenti. So, akur.

Nak marah2 tu mmg tak kuasa la kan. Prinsip aku, ko nak berenti, ko pepandai la sendiri. Nyawa ko, hidup ko. Org lelaki ni kalo kita marah2 pun bukan dia nak dgr. So, apa yg aku buat, aku tegur secara indirect.

Aku tegur sng je - "saya tak kesah pun abg nak merokok, kalo nak rasa mati dulu silakan lah. Jimat duit pencen saya sok awak tak merasa"
Lps tu kalo ada iklan besar2 kat paper tu aku sua je ke dia. Atau baca kuat2.
Kat tibi tu pun. Yg iklan errr..ekkk...akkk.. yg org cina tu nak cakap apa tah kat anak dia tu kat spital tu aku salu tiru2. Ada je iklan tu aku tiru. Lelama dia pun faham la kot apa aku nak sampaikan.



Lama2 skang ni mmg dia tak merokok langsung kat rumah. Even kalo kuar dgn aku, bercuti ngan aku, balik kg mmg dia tk merokok!
Dia cuma merokok bila dgn kawan2 dia. Dan bila aku takde dgn dia.

Aku tak pernah marah2 pun. Cuma keluarkan kata-kata sinis je.
And it's work.


Tu sbbnya..bukan tak buleh. Buleh je pun kalo nak berenti. Kut tak buleh nak berenti, buleh je kurangkan. Susah nak kata lah. Tak napak apa benefitnya merokok ni. Tp perokok kata derang menjana ekonomi negara. Oke. Terpulang. Tp jgn la libatkan org sama atas hasil janaan korang tu. 


Pendek kata, hari ni aku mmg betul2 menyampah. Lagi plak hari ni siap pakai tudung bawal baru. Abis berbau dahhhhh......
Bengong tau. Bengong sgt.
Ah..nak muntah lagi ni... helpppp.........

Tahniah Mar : Baby Zahra

Pagi Jumaat yg agak 'tenang dan basah'. Bumi KL dibasahi hujan renyai-renyai pagi ni.
Takde idea utk menulis sebarang entry.

Tp bila buka dashboard. Mata terus tertancap pada satu entry.

Oh. Mmg nak msg dia tnya apa keadaannya. Sbb tau dia due dlm 25hb camtu.
Tp dek kesibukan HKK ni, langsung tak tersempat lagi nak bertanya.

Zahra Khadeeja. Sedap namanya, secomel babynya.

Kenapa ada entry khas utk Zahra Khadeeja?
Sbb aku nak dedicate utk ibunya - Marliza.

Perkenalan kami bermula bila Mar hantar emel. Kami sama2 TTC masa tu.
Emel pertama. Bulan April tahun 2011.
Kami sama-sama bertukar cerita.  
Pernah jugak berjumpa sekali. Orgnya sweet je.
Masa tu dia belum buat any treatment. Dan aku plak masa tu da start dgn LPPKN.

Tp kerana kekangan masa dan tugas, dia memilih utk treatment tpt lain.
Dan Alhamdulillah. Kurang setahun dari tarikh kami berkenalan, akhirnya rezekinya sampai juga.

Sengaja juga aku buat entry ni supaya aku lebih bersemangat, lebih bermotivasi. Aku mmg salu je motivate org yg emel aku, tp aku.... haha. Aku yg buat sekerat jalan. Apa nak jadi kan?
Juga mungkin boleh jadikan pemangkin (eh..tetiba ayat kemain haibat. Haha) kepada yg sama2 ber TTC agar kita tak boleh berputus asa. Rezeki itu pasti ada.
(Mar kawen tahun yg sama dgn aku. Tp dia bulan Mei, aku lak bulan Disember)

Apa pun, utk Marliza, tahniah akak ucapkan.
Doakan lps ni ada rezeki utk akak pula ya dik.
Akak doakan Mar dan baby Zahra sihat sentiasa.

#suppose entry ni dlm blog khas TTC tu, tp aku da tutup utk sementara waktu. Biarlah dia berehat situ.
##Dah 2,3 orang yg emel aku, share cerita, dan tak lama lepas tu derang pregnant. So, sapa2 tgh TTC tu, meh la emel saya yer. Mana tau... Hahaha *oke, joking...*

29 March 2012

KLCC Terbakar? Bukan La...

Tgk kat FB. TGV kata dia tutup jap sbb KLCC terbakar.
Aku pun cam eh, apsal? apsal.
Idak la dengar siren bomba ke apa. Ke sbb opis kiterang duk sebok bernyanyi2 bagai kan.

Kebakaran kecil je la. Restoran yg ada kat situ je terbakar. Chinoz ke apa tah.
Agaknya yg macam Maju Junction tu ari la kot.
Tp jgn memain woh. Wisau juga.

Berita selanjutnya tggu la berita malam kang.
Tp kalo nak tau yg tak berapa nak lanjut leh klik sini - Berita Harian

Nuffnang : Non-Exclusive

Dah jadi non-exclusive.
Padan la aku tgk da takde bunga-bunga yg salu pop art out kata bawah belah kanan tu kalo bukak blog ni. Huhu.


Sudah tukar. No more glitterati. (T____T)

Dan penyebabnya adalah blog ini diprivate minggu lepas. Haha.

Takpe lah. 
Takde effect apa pun sgt.
Tp BE yg tgh duk ada tu tak kencang sgt la.
Padan muka aku la kan. Bakpe aku gi private blog tu ari. 
Saja je private. Malas.


Sekali sekali nak juga berhibernate kan.


Nuffnang, kalo nak bagi blog jadi gli gli tu bagilah, tak jadi pun takpe lah. Sukati lah. Tp esuk2 ada balik la status gli gli tu. Retu dulu pun dah jadi dah. Hohohooo.

28 March 2012

Selamat Hari Lahir My BFF(s)

Hari ini 28hb Mac.
Setiap tahun pasti aku igt date ni.
Tarikh hari lahir 2 org sahabat yg kalo zaman ini dipanggil BFF.

Yg pertama nya, Rosfazirah Kamarudin.
BFF sedari kecil sebenarnya. Zaman2 tudung kelepet senget lagi. Oh. Aku ada gmbr pakai tudung kelepet senget benget tu. Dan bila my dear tgk dia ketawa terbahak-bahak. (T____T). Ala, gmbr dajah 5,dajah 6. Mmg la. 


Keduanya, Norzatulifah Ahmad.

Ni bkn BFF sedari kecil, tp sedari UiTM. Sedari UiTM pun sebenarnya start cam BFF bila kami duk umah sama masa buat degree. Diploma sama, tp time tu beliau sombong taknak kawan aku. (T____T)

Kedua-duanya dah pun menjadi ibu.
Kedua-duanya mmg jarang aku jumpa. Zirah tu lagi la. Nama je sekampung, tp susah gak jumpa. Ada takde time raya. Maklum la beliau cikgu. Aku ni plak time cuti sekolah la aku malas nak cuti.

Zatul tu da dkt 10thn tak jumpa. Last jumpa masa konvo. Btul kan Zatul?? Giler lama kot. Tp aku tau, dia sering je jadi SR yg setia kat kebun stoberi aku ni. Maka, dia tau je perkembangan yg aku makin kembang ni. Miahahahha.

Soalannya, bila nak jumpa ni Zatul? Tau2 kang ko bagi kad jemputan nak terima menantu je ni kang. Isk.... tp ko reserved dulu anak ko tu. If aku dpt anak pompuan sok bleh la kita citer panjang. Haha. Boleh tak camtu?? 

So, khas utk kedua-dua nya yg berkongsi date, yg aku sayang sgt sgt dedua ni :


#nak citer pasal FB tu, tp reni da byk sgt entry kuar, so kena tangguh.

Tak Dapat Pun 25hinggit

Haha.
Mengong. Nak tgk yg AAX mmg la tak dpt RM25.
Big tak berapa nak big sale kali ni yer.
Takde kuar gmbr bee bee tu pun.

Aku saja ce-terai-acu-test-tgk.
Golkos.
Yer. Begitu reganya. Aku rasa kalo aku saja ce-terai-acu-test-tgk sblm sale retu cam lagi murah je. Hoho.

Lagi, ce try hok ni plak
RM295 - lowest fare. Mmg la lumayan. Area sana sana ni yg buat mahal adalah airport tax. Even dpt tambang sekupang pun still kena bayar mahal. So, mari kita menyimpan duit dalam tabung buluh (yg beli kat HKK) sehingga penuh.

Kalo camtu celebrate anniv kat Labuan je lah.

Teeeeeheeee....

Calling for Elina..calling for Elina.

#haha. Tak beli pun, saja gatai2 tgk. Takde plan ke mana dah. Cukup2 la berjalan2. Skang tumpu deco2 umah plak (yg entah bila la tahun nak merasa jejak kaki. #menyampahhh!)

Bukan WW Dah : Perform, Focus and Commit

Still busy like a bee. Tp sempat lagi nak update. Haha.
Oke. Ari ni kita belajar tiga word ni.

PERFORM, FOCUS & COMMIT



Tiga-tiga ni mmg harus ada dalam diri setiap pekerja.
Kalo takkkkkk.......

(berkaitan dgn entry ala-ala WW pagi tadi. Maka harus ada lagi kesinambungan nyer. Wait..wait)

Ala-ala Wordless : FB Status

Rule #8,510: When you are friends with your boss on Facebook, do your best not to call him a “pervy wanker” in your status message, lest the following happen:

Copy from here n also here
Aku nak amik yg ni dulu "I guess you forgot about adding me here?"

*Ada cerita berkaitan ini, yg benar2 berlaku. Will update soon.

27 March 2012

AA Big Sale

Aaaa....Aaaa....speechless.
Travel period is within my 4th anniv.
Apa kata???

Aaaa...Aaa... speechless skali lagi.
Nak merasa naik AAX la plak kan. Ngeh.ngeh.ngeh.
Kredit : FB AA
Tp sebenarnya Big tak berapa nak big la pun kan. Rega starting RM25 pun.
Takde la kot. Bukan mudah nak grab rega2 murah tu.

Tp kalo p Labuan bes gak kan.
*smbil kelip2 mata kat Elina a.k.a Carmello. - akak tumpang umah bleyyyy???? Teeheeee :D

HKK 2012 : Belakang Dan Depan Tabir

Penat. Mmg penat. Tp takpe lah. Meraikan 'hari' ofis kita kan.
Memasing ada job task tersendiri.
Aku ni blkg2 tabir je lah. Tp kengkadang ter selit gak lah bila diperlukan tu. Hoho.

Antaranya.
Bawak lawatan berpandu. Lawatan berpandu ni adalah lawatan dari agensi2 atau sekolah2/IPT. Kira cam lawatan formal lah. So, ada lah juru pandu, lps tu dpt gift cendarahati dari kami.

Yg ni masa bawak team Puspanita UKAS, JPM, Putrajaya. (Yallah..moknya akuuu......)

Ni bawak team Puspanita JKM, Putrajaya.

Seronok tgk derang teruja..teruja. Bes. Bes.

Lps tu petugas sambutan n protokol tu biasa lah. Bila ada acara rasmi lah. Cam ni. Kalo hari perasmian tu mmg la kena duty gak kan.

Buat kat Royale Chulan. Yg ni kejap je join. Sbb lepas tu ada lawatan.

Lps tu yg paling penting, selaraskan kupon2 makan petugas. Ini pening. Dah agih, kutip balik, kira, antar akaun plak. Kena cepat2 sbb nak antar cek pada yg peniaga tu. Kang tak bleh rolling dia juai mahai2. Ahkak jugek yg terima aduan kang. Ni seme keja team lah. Buat sorang mmg pitam. 

Lagi, ada la aku selaraskan segala kiraan pengunjung bagai. Tp tu tak buat sgt pun. Ada assistant yg berdedikasi (u know who're kan). Teeeheeee.

Utk kami, selama 13 hari (malah lebih lagi sebenarnya) mmg no weekend for us. Balik pun mmg malam la. Tu blum citer hok yg jaga bhgn promosi.  
Mengantuknya.. nati smbg citer. Pasal hasil 'tangkapan' plak yer. Sebok2, penat2, tp yg 'ditangkap' dan 'tertangkap' ada gak. (T_____T)

Ada sesapa nak dtg. Sempat lagi. Jemput lah dtg.
Hari Kraf Kebangsaan - 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. sehingga 2 April 2012.
Sekian.

New to Old Blogger Interface

Ramai lak buat entry pasal New Blogger Interface.

Ada yg tak suka.
Yelah. Menda baru kan. Cam Timeline kat FB tu gak.
Aku dulu pun menyampah ngan TL tu. Tp lelama, lantak pi lah situ. Tak effect kot kat kesihatan. Jadi, biar. Lagipun bukan tgk sgt pun TL tu. Tp mudah pe. Nak carik gmbr2 yg diupload tak perlu carik kat photo folder dah.

And now, new blogger interface.
Aku lama da pakai interface ni. Dari thn lps lagi dah. Dlm bulan berapa tah. Tp lama sgt dah la. Masa tu dia suruh try ke apa ke tah. Dan aku selesa pakai new interface ni. Sini lagi senang. Nak tgk viewer berapa, nak tgk analytical cam Nuffnang tu pun ada. Tp ada yg tak sker. 

Oke, ekceli buleh je tukar back to old blogger interface tu.
Kan dia ada button cam skru tu.

Klik situ.
Then nati ada keluar byk2 tu. Amik la "old blogger interface"
Maka kuar la hok lama ni.
Kalo nak tukar balik klik je lah Upgrade Now tu. Keluar la interface baru.

Tp aku tatau la selama mana buleh bertahan nyer sbb dia kata Blogger is getting a new look in April. So, rasanya time tu mmg seme la kot kena guna interface baru ni.

Memula mmg tak biasa, tp lelama rasa bes. Try la.
Memula mmg rasa cam susah, tp yg baru ni lebih senang sebenarnya.
Aku skang bila tukar interface lama tu rasa cam 'gayat' lak. Haha.

Oke. Tu je. 

Penat.... nak tido je rasa.
Buat sambutan simposium, bawak lawatan. Penat dah kaki. No weekend for these 2 weeks. Tp takpe lah. Bukan selalu pun kan. Meraikan 'hari besar' ofis sendiri.  Jgn kata seronok leh claim OT lah.. claim mmg bleh. Tp ganti dgn cuti. Hurm. Tgk la. Kalo rajin claim, bleh gak guna utk cuti raya. If not, tak yah la. Cuti tahunan pun byk lagi.

Cepat la 2 April. Dan lps tu cpt la bulan 5.
Lama dah tak pegi bercuti ni. Tak sabar dah heh nak isi borang cuti (n HRMIS lah) n borang g oversea. Hahaha. Oversea la sgt. Chooiiiii.................

Kbai!!

26 March 2012

Sukan : Incredible Blues

Aduyai nyer pun. Lama giler dah kejadian ini berlaku.
Lupa nak letak. Tp kena letak. Sbb nak buat kenang-kenangan di hari tua. Huhu.
Tkpe. Skang letak.

Incredible Blues.
Da incredible, blues plak lagi. Tkpe. Belasah. Suppose team kami grup paling ramai. Tp tah gi mana seme. Maklumlah BKP kan. Situ la ada admin, HR segala.

Tetiba hulk bertukar biru. Ni masa sukan opis tu ari. Lama dah haih. Sama ngan date aku p Grand Lexis, PD tu ari.

Ya. Itu dia atlet handalan. Haha. Handalan la sangat kan. Atlet ekonomi handalan mungkin ya. Choii....
Ni tukar plak. Kejap je da abis game uols. Miahahaha.
Sian geng beregu aku. Dia pun jadi nebes disebabkan dapat pasangan beregu yg terlampau handalan nih. Miahahahhaa. Maafkan saya yer pasangan beregu. Eh. Kelihatan pasangan beregu dunia akhirat (Insyaallah) saya juga disitu. Miahhahaaa. Bleh buat contest ni carik dimana pasangan saya itu. Oh. Seb bek tak berlawan dgn beliau. Awwww....

Lepas tu kan, ada datuk harimau plak. Dept yg theme nya oren bawak tok ghimau ni. Seme kanak-kanak jadi teruja.

Pastu gi kacau org main carom. Eh. Menang plak bebudak ni. Tahniah la uols yer.


Maka, itu saja cerita hari Sukan yang berlangsung 3 Mac 2012.
Sekian.

Mansion : Living Room Design

Ini cantik. Tp kabinet atas tv tu tak perlu kut. Kang silap haribulan dia hempap tibi apa tak dpt. Err.. gmbr pokok 'gersang' tu kenapa tetiba atas tu. Kabinet besar tu pun tak perlu kut. Rugs kaler coklat tu oke, tp kalo buat black n white lagi comel.

Next.
Eh. Apa ni tibi petak-petak ni. Manade orang pkai dah skang. Crowded btul kabinet camtu. Next please.

Nextttt.........

Wah... sampai 3 tibi ada ha. Satu tibi mak, satu tibi bapak dan satu lagi tibi anak2. Tgk yer. Jangan rebut-rebut. Apa neeee??? Tak minat maple maple ne.

Next.........

Besnya rumah tepi laut. Bes. Bes. Eh. Kelain pulak aku tgk. Kabinet itu terlalu besar utk umah comel ku. Huhu.

Next.
Red Apple
Yeah!. Ini la design yg dicari-cari. Sgt berkenan. Atas tv tu nati carik lukisan atau pun letak ayat2 suci Al-Quran. Sofa tu mmg aku suka banget tu. Cam bes je leh letak majalah bawah tu. Area sofa, dinding atas tu bleh letak gambar canvas tempah tu ari. Oke, kira bleh la ni.
Cuma aku tak berapa berkenan coffee table ada tetgh tu. Tak perlu kot. Nak makan minum gi kat dapur sanun. Yerp. Nak buat design camni nati. 

Maka jom kita shooping kat Red Apple. Bleh tgk check tgk lokasi berhampiran kat web dia - store location.

#tetiba. Padahal entah bila nak jejak kaki ke mansion tu. Maleh nak pikir. Lantak ah!

25 March 2012

Dia Maha Mengetahui

Sebuah artikel yg dapat memotivasikan diri saya yg sedang di uji oleh Allah.


Allah bukan tidak menjawab, tetapi Dia Maha Tahu bila hendak menjawab

Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sedangkan yang kita perlu adalah ‘tindakan’, bukan sekadar bicara-perkataan.

Tetapi apabila kita balik kepada hakikat ujian tadi, dan tujuannya, bukankah hati sudah sedikit tenang? Nyata di dalam ujian itu juga yang ada hanyalah kebaikan-kebaikan sahaja.

“Yalah, aku faham semua itu, tetapi aku manusia.”

Ya, saya faham. Saya juga manusia. Sebab itulah saya bermula dengan kebersihan iman, dan mengajak kita memahami hakikat ujian. Sebab saya sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Saya pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan saya yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah saya lalui, yang akan membuatkan saya terlutut semula.

Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

Akhirnya, lama-kelamaan, saya melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya saya berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Bagaimana agaknya, orang-orang yang teruji, sampai rasa tidak punya lagi harapan, dan pada saat itu sampailah pertolongan yang selama ini diharapkan? Bukankah kekuatannya akan lebih tertingkat? Bukankah dia akan menjadi yang lebih bersyukur? Bukankah keimanannya akan melonjak?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 25-26.

Saat-saat sebahagian manusia telah berputus asa dan berundur, dan sebahagian lain pula kekal bertahan dalam keadaan kekalahan, bukankah apabila Allah turunkan pertolongan pada saat itu akan berlakunya peningkatan terhadap yang kekal percaya? Bukankah telah tertapis daripada golongan pejuang itu mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah?

Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.

Dia tahu waktu dan ketikanya.

Yang tinggal adalah kita. Apakah mahu kekal bertahan dan percaya? Atau mengalah, menjadi yang rugi selama-lamanya?


kredit : google

Patah Sayapnya

Hampir terlupa utk berbicara perihal yg satu ini.
Sebenarnya, hanya 3 penerima yg respond mengenai hadiah yg telah diterima.
1 daripadanya adalah penerima hadiah misteri - Kak Anitadiana. Alhamdulillah, hadiah bekas Tupperware telah selamat diterimanya.
Dan 2 lagi respond kat FB. Yg buat aku rasa sedikit ralat adalah kerana hadiah tu patah sayapnya di tengah jalan. Adussss..
Kredit : FB Zatul
Ye, mmg aku tak gunakan poslaju sbb skang ni Pos Malaysia yg biasa pun dah efisien. Sama je cam poslaju. Aku penah hantar (area KL lah), hari ni pos, esuk smpai terus ke penerimanya. Cuma bersetem singgit. Tp kalo adiah besar cam Tupperware Kak Nita dpt tu, aku guna la poslaju.

Jadi, kepada mereka yg menerima dalam helang ni dalam keadaan tak sempurna, saya menyusun 10 jari, memohon maaf kerana hadiah tu smpai ke tangan kawan2 dalam keadaan begitu.
Sungguh, saya terkilan. 

Sebenarnya, kalau anta gift, aku salu balut adiah tu ngan plastik bubble tu. Ala, yg bleh meletop2 tu la kan. Tp kali ni aku tak buat camtu sbb aku tgk cam kukuh je helang tu. Tp....
Sekali lagi, kepada CikPuanFara, Salmi Khairil, Masya, NadMamaZakwan, MixedFamily, NadratulSyazwana, Zatul (unknown) serta Pink Lavender, ampun maaf dipinta kerana ketidaksempurnaan hadiah tu (atau mungkin ada ke yg tak sampai2 adiahnya?? kalo ada sila la gitau juga)

Risau sungguh kalo disalahanggap mmg sengaja nak bagi yg dah tak elok pulak sbb pada awalnya gift tu dirahsiakan. Dan mungkin kerana tu, ada yg tak respond pun hadiah dah selamat di terima.

Apa pun, jgn serik utk join GA atau contest dari kebun stoberi ni (kalau ada rezeki utk buat GA/Contest).  Insyaallah...kesilapan takkan berulang.

24 March 2012

Bawa Aku Pergi, Pacu Laju-Laju

Terlambat pula aku nak publishkan citer ni. Tp takpe lah.
Kredit : Sinar Harian.
Rata-rata da sedia maklum ngan citer ni. Macam-macam hal. Dlm pada tu bleh plak berdedai dedai citer cam ni. Lari Rumah - Culik.

Bleh la camtu kan. Kenapa la byk sgt kes camni. Takkan kerana lagu ni plak kut.

Bawa aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti
bawa aku pergi, pacu laju lagi, malah kita tak perlu kembali


tengah malam nanti, tolong jangan lupa, jangan mungkir janji
aku dah teruja, sudah cukup lama, aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama, tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa


oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

*aduhai.... kalo tgk bait bait lirik lagu ni mmg menakutkan. Tp lagu adalah sekadar hiburan kan. Yang penting hati kita. Kalo elok hati ni, baiklah jadinya.
Apa pun, buku merah aku jugak yg nak dah nak tamat tempoh nih. Cemana nak pacu laju-laju neh.

Fuh....! Akhirnya Redeem Juga

Memula mmg igt nak burnt dah. Lantakkan situ. Mmg malas giler nak design.
Tp bila tgk kat FB derang ni
Derang extend sampai 26 Mac. Tp still rasa tak rajin nak buat.

Cumanya bila ada masa terluang duk stanby petugas HKK ni, godek2 kejap.
Bila tgk kat FB derang, ramai yg bagi -ve comment. Mula rasa cam ish, tak bes la plak.

Tp buat gak. Sedikit demi sedikit.

Kali ni mmg takde ayat2 berbunga lah. Mmg tak kuasa.

Pun rasa, cam server problem la apa la. Dah nak last day katanya kan.
Malas. Kang penat2 buat, server problem. Lagi la terhapa.

Tp buat gak, smpai la abis 40pages. Tekan gambar 'cart' tu. Cuak bila kena byr lak. Mula la serabut pikir nak emel segala. Tp katanya dah biasa redeem voucher, harus la memujuk diri, jgn panik, sbb kang sure dia ada mintak no. voucher. Teruskan klik continue seme, dan akhirnya....
Alhamdulillah.

Dan server pun takde masalah. Proses upload ke server Photobook pun berjalan lancar. Lega sesangat rasanya.

Cuma bayar RM12 utk delivery charges. Tkpe lah. Byr je. Kang marah lak dek laki aku ni pi menjajau ke Kota Kemuning bagai kan. Satu hal plak. Better la dia hantar je. So, tggu je. 

Dulu pun masa aku order kat Ecazstudio tu pun camtu gak. Ramai yg bagi feedback negative. Tp bebuat cool je. Malas nak bebising. Hantar je, lps tu tak lama pastu dpt lah. Takde apa pun. 

So, skang tggu je lah. Nak tgk teaser?
Hehe. Mengada je kan.

Itu adalah cover dpn belakang.
Gmbr kali ni campur2. Tak mcm dulu khaskan utk cuti cuti cinta.

Upcoming, redeem sebuah lagi photobook. Syarikat lain, tp voucher Groupon gak. Yg tu khas utk Cuti Cuti Cinta Hongkong. Yey! *giler lama dah... baru nak buat album*

Bila nak buat album baru rasa amik gmbr kemain banyak, tp cam rasa takde gmbr yg bleh dimasukkan dlm photobook. Huhu.

23 March 2012

Pesona Pop Art

Antara pengisian program HKK 2012.

Pop Art Fashion Show.
Oh. Ailoike. Kaler2 yg ceria. Bes je tgk.

Err... ni nak amik gmbr pentas ke nak amik gmbr model??
Kasihann... maleh nak duk dpn2 amik gmbr. Guna MyS2 je nih.

Saja nak fokus pada sang lelaki yg ber 'hand-bag' tu.
Tp oke gak per.
 Adoi... kecik. Failed!
 Ada joget2 jugak.


Itu saja utk ari ni.
Kalau ada kelapangan, jemput lah datang. Bermula 10pagi - 10 malam. Sehingga 2 April 2012 (Isnin)

T-shirt I Love


I love Penang. I love Cameron Highland. I Love HK. I love Langkawi and I love Port Dickson.
Kegemaran terbaru kalo ke mana-mana.
Dulu tak kesah pun pasal t-shirt ni. Kisahkan utk jadikan buah tgn utk orang ja.
Tp skang kalo gi memana t-shirt "I Love" ni menjadi kewajipan. Harus beli.
Tp kalo pegi tpt berulang, tak yah la kot. Kang tak memasal kena marah ngan laki aku.

Ada yg kata baju camni CM pun ada. Ckp je nak I Love mana.
Btul la. Bleh beli kat CM.
Tp kat CM tak bleh beli sentimental value yg ada pada baju tu.

Memasing ada collectible item tersendiri. Paling org sker adalah FM. Aku plak kurang benda tu. Tp kalo ada org bagi, amik je lah. Jgn banyak songeh. Pun ada jugak FM yg aku beli sendiri kalo gi memana, yg napak unik sket.

Tp satu la cuma, t-shirt camni mmg terhapa sket. Pakai sekali da mengecut. Sangattttt.... Cam I Love HK tu, sgt la menyampah. Low quality. Padan la muka, duk nak carik yg murah sgt. Tp yg Penang tu bes, kain dia sejuk je. Cameron Highland pun oke. Langkawi tu cam pendek plak. PD tu baru pakai sekali.

Oh. I love Bagan Lalang ngan I love Bukit Merah takde pulak yer. Kena carik gak ni. Kat CM ada tak??? (T_____T)

Oren Di Sana Sini

Kelihatan seperti MyVi SE sungguh. Ala.... Myvi oren tu lah.
Kenapa tudung jadi camtu?
Tatau. Mungkin sbb bukan datangnya dari Fareeda..Nyata Jelita. Hahahaha.

Briefing utk tugasan seterusnya.
Pengiring utk penerima anugerah.

 Wajah-wajah ceria.
 Mungkin bleh dijadikan idea utk tema hari raya tahun ini.

Konsep/theme tahun ni adalah Pop-Art. Sbb tu warna-warna ceria je kami kami. Pop Art ye uols, bukan Popcorn mahupun Popkuiz. KPop?? Lagi lah tak masuk list. Hoho.



Selesai sudah perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor pada 22 Mac 2012. 
Jemput lah datang jika ada kelapangan.

HKK 2012 akan berlangsung sehingga 2 April 2012, dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Keterangan lanjut : Laman web HKK 

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign