Pages

2 March 2012

Corat Coret Course di Morib (2)

Oke. Dah abis paintball tu kiterang buat highrope lak.
Ada 7 halangan. Mula2 pikir mmg cam tak bleh la. Tambah lagi yg takde pemegang tu. Grrr... tp aku saja nak buat awal. Abis citer. Takde la nak berdebar2 sgt kan. Join grup lelaki yg buat.
Paling mencabar adalah yg cam buaian ni. Tau je lah kaki cumil kan. Patut tak perlu buh dedua kaki atas tu, tp da jadi terbuai2 atas tu. Huwaaaaa.........



Akhir skali adalah flying fox. Tu takde masalah kot. Penah buat gak masa induksi dulu. Tp tinggi tak tinggi sgt la high rope ni. Aku rasa lagi gayat time aku buat canopy walk kat Poring tu. Lagi gigil rasa nak pusing balik.

Sokay la. Rest jap. Makan2. Ready utk kayak plak. Ni mengong. Sian kat Iza blkg aku. Kayak asik ke tebing je. Huhu

Settle tu kiterang dpt lagi satu task. Ecochallenge katanya.  Ikut grup lah.
Kena berenang amik sebijik buah tembikai (2 org).
 Lepas tu kena berkayak. Bawak temikai tu
 Dah abis, simpan kayak, meniti batang pinang plak. Bawak temikai tu gak.
 Lps tu kena lompat bintang, da siap kena merangkak atas pasir.
 Then kena tanam dugong - sorang lelaki la timbuskan.

And last skali makan temikai yg duk bawak tu.
 Owhh... abis tudung Ariani ku kena bola paint ball. Uhuks. Jadi belasahan je lah pas nih.
Kena makan smpai abis tinggal yg putih tu. Aku mmg tak makan yg tu. Jadi, bagi je ke orang lain perabiskan. Tak geli2 dah. Sbb kira adik badik je. Huhu.
Settle menda tu pun da nak senja. Malam tu kena siap2 utk dinner. Seme da mcm lembik dah. Patut ada persembahan kumpulan, tp urus setia sian kat kiterang, tak buat pun.

Dinner adalah bes. Ada bbq kambing bakar bagai. Mula2 nak buat kat luar. Dah siap dah ni pihak hotel buh bufet, tapi, malam kat situ bau adalah semerbak. Bau apa?? ce google area Morib ada pencemaran bau apa waktu malam. Sapa selera kan?. So, our KP mintak tukar tpt, masuk dlm dewan.
Ni waktu memula kat luar. Mmg la bes, dkt laut, tapi bauuuu..
Esuknya ada xtvt grup lagi. Tp combined 2 grup. Explorace plak. Carik menda2. Yg tak tahan tu, kena carik seorang security (ha..ni grup kiterang dpt), then carik cicak, cacing, lipas (ni kiterang tak dpt). Sbb kiterang berjaya bawak security maka kiterang menang. Huuhu.
Dan sesi akhir. Penyampaian hadiah dan tangkap gambar ramai-ramai. 


Apa pun... mmg bes course camni. Dah lama tak buat xtvt camni. Walo badan2 sakit2, tp pengalaman yg dpt mmg bes....

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign