Pages

Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

15 April 2013

Gerobok Hana. Follow. Share. Win Campaign

Hehe. Kalo perasan rata2 adik2 TTC Corner aku buat entry camni gak ari ni.
Entry menyokong kengkawan namanya.
Sapa nak carik shawl yg ala2 paisley/tribal ke atau apa2 yang tgh IN skrang kan, buleh la masuk blog ini - GEROBOK HANA.
Atau FB atau Instagram (find Gerobok Hana).
Dan boleh dapat special gift - free of course bila membeli. Haaa..... mana nak carik gitu. Cuma bila nak beli tu kena mention code "GHPS". Kena mention code ini bila nak beli, kalo tak...tak dpt free gift tu.

Contoh begini lah - Dah ada yg minat tu, kata nak beli dan bagitahu lah, code saya GHPS.
Pun bolehhh..... :)

Tapi bukan itu saja, tuan punya gerobok skali lagi berbesar hati nak bagi adiah GIVEAWAY plak sempena Grand Opening mereka.
Kepada yg suka join GA, yg suka shawl, tudung dan segala yg cantik2, comey2, buleh la join GA ini.
Ada rezeki, leh dpt adiah juga.

Cara-cara
1. Follow blog ini - Gerobok Hana
2. Buat satu entry yang bertajuk Gerobok Hana Follow. Share. Win campaign.

3. Share banner spti di atas.
4. Include lah blog link Gerobok Hana di dalam entry tersebut - http://gerobokhana.blogspot.com/
5. Pegi ke blog Gerobok Hana. Tinggalkan komen "I Love Gerobok Hana" bersama link entry blog anda tu di dalam entry ini - http://gerobokhana.blogspot.com/2013/04/followsharewin.html
As simple as that kan.

GA ni dari 15 April (hari ni lah) hingga 25 April 2013.
Winners pun di announce cepat. 26 April katanya.

2 lucky followers will be randomly picked to receive a mystery gift from Gerobok Hana.

Oh. Alang2 dah join GA tu kan, boleh la cuci2 mata tgk shawl2 derang ni.
Bila nak beli bagitau je lah kod dia... GHPS.

K. Itu saja. Tata

18 March 2013

Edisi Getaway Gift-away

Nak meng Gift-Away lagi ni......
Sapa nak join??
Huhu.

Takpe, tak perlu tu seme utk kali ini.
Sbb memang dah ada pen-join nyer.

The contestant.



Ada 13 yang meneka.
Hanya 4 yang teka Genting Highland.
U can read my mind lah. Hihi.

Oke, sebenarnya mmg nak ke Cameron. Tp Cameron tu dah masuk area nak balik kampung kan. Jadi, hint nyer, kalo nak ke Cameron, aku mesti balik kampung dulu. Rasa bersalah pulak woh dah smpai area sana tapi tak balik kampung. Rasa cam ter derhaka plak. Huhu.
And Genting ni pun sama gak sebenarnya. Sbb jalan tu hala nak ke kampung myDH dah. Cumanya tak berapa rasa bersalah la sbb parents myDH bukan kat sana. Still kat sini. If kat sana, harus kami lajak terus balik kampung jugak. Begitu.

So, cena nih?
Nak bagi 3 je FM nih. Hihi.
Tapi takpe, kita bagi jelah keempat2 yang meneka ni ya.

@Shiela Salim - akhirnya dapat jugak awak kan FM nih kan..?? Hihi
@Zana Adieyza - Ni nak jumpa ke nak pos nih?? Hihik.
@Mummy Chenta 
@Suri Nasir

3 yg terawal yg teka betul tu, dapat FM jerami yg unik.
Dan yg sorang lagi, Suri Nasir dapat FM Genting Highland.
Boleh gitu??
Boleh la kan.

Rasa utk first 3 tu alamat dah ada. Tapi kalo nak emel kan skali lagi pun tak pe lah.
Dan Suri Nasir, please emel ur address ya - cikstoberi@gmail.com.

Terima kasih pada yg sudi nak teka-teka.
Nati kalo ada Getaway lain, saya buat Gift-away lagi ya.
Tapi rasa takde la masa terdekat nih. Huhu. Matta fair pun tak sempat pegi.
Nak gi Redanggg... Ouch!

5 March 2013

Hadiah Gift-Away Terima Atau Belum?

Perhatian kepada yg dapat Gift-Away yg aku buat last month (Januari to be exact)
Sebenar, adiah tu dah gerak lama dah.
Aku buat 2 peringkat.
Peringkat pertama - yg berat2 (guna setem singgit) - aku pos dlm 16hb camtu. Di pejabat pos AEON AU2. Igt lagi, mmg hari Sabtu sbb tgk2 pejabat pos tu buka.
Peringkat kedua - yg ni guna setem 60 sen ja. Adiah tak berat. Dan mostly sekitar KL adiah tu.

Ada yg dah update ke aku gitau adiah dah smpai.
Dan ada yg tak update. Mungkin sampai. Tp aku rasa tak smpai la tu.
Suppose 20 orang, tp ada yg tak bagi alamat. Ada yg mmg tak bagi alamat, tp aku masih simpan alamat derang masa derang masuk GA dedulu tu.
So, ini lah penerimanya. Mana dah update terima tu, aku tulis terima ya.

1. Shiela Salim - brooch (terima)
2. Jiha 
3. Mama Mirza - brooch (terima)
4. ZUE - Keychain Penang (terima)
5. Anum - Keychain (terima)
6. Masya - terima
7. Karisma Izzah - brooch Sabah (terima)
8. Eida - brooch kraf (by hand)
9. NadMamaZN - (terima)
10. Mikamusz - (terima)
11. MyfaraFLK - brooch Sabah (by hand)
12. Cik Anita
13. Sue-Rya Qistina - note book jerami (terima)
14. Norzie - 
15.Lieya - 
16. Carmello - (terima)
17. Joijoi80 - keychain Sabah (terima)
18. Eka - brooch (terima) 

Boleh tak tolong update sattt...
Pada sapa yg dah dapat tu, tlg gitau kat ruangan komen ya.
Sapa tak dpt lagi tu....
Meh amik kat HKK nih.. Hihihihik... tak..tak.. lawak ja.
Kalo tak smpai tu cena ah? Mungkin note book jerami la ni kut yg tak smpai nih. Sbb dia cam berat sket. Adehh.. acena nih??

*Ada yg saya tulis adiah apa yg dpt, ada yg tak. Yg tak tulis tu, tak ingat plak. Jadi, dapat ke tak dapat ke, do tell me ya. Kat mana lak silapnya, sedangkan dik Eka yg jauh kat Sawak tu pun dah slmt dia terima rama-rama nyer. Hihihiks.

30 January 2013

Gift-Away Utk Kamu Semua!

Ahah!..
Kepada semua si cantik jelita yg telah men-drop komen di sini - Gift-Away, sila emel kepada saya alamat utk di give kan adiah. Semua ya.. SEMUA yang komen tu.. elok2 ja ada 20 orang. Hihikss..

Oke jap..sebelum tu.. nak pilih2 komen.. dan komen yang terpilih, gift nyer mungkin agak special sket kot. Hikhik...

Sheila Salim said...
Assalamualaikum kak reen. hee. ada Give Away? best2. Sheila suka jengah blog akak, penuh dengan kisah suka dan duka. Mostly pasal family. Sheila harap kak reen terus berblogging. Blog kak reen comel, jarang sekali sheila jumpa patern gini. hihi. Semoga mendapat zuriat yang comel2 ye kak reen & suami :)

Haha. Comel tau puanshilot kita ni bagi komen.. manade pasal family dikk... jarang akak buat entry pasal family dalam ni. Jadi, kalo bukan pasal family, pasal apa pulak aku suka update? Entah ek. Aku salu terpikir, apa tema blog aku ni. Tema caca marba mungking. Huhu. Apa je la aku salu repekkan dalam blog ni ah?? Tp mmg jarang update pasal family ni sbb aku rasa biarlah itu jadi private part. Kok semua dibagitau dalam blog, apa yg tinggal. Haha.

deqlis said...
lama dh jd silent reader kat sini..:) dulu mmg selalu komen..tp dok busy selalu...sampai blog sendiri pun terabai..hehe..

pepun kebun strawberry nie ttp diingatan..:)

Kawan lama yg di kenal dari alam blog ni- skang dia jarang update blog. Mengapa Deqlis, mengapa? Huhu. Pernah jumpa gak Deqlis ni skali-masa MLM final last year. Dia bagi kite tiket pree. Hikhik. Cantik beliau ni..

Jiha said...
Nak adiah....hakhakhakhak..

(komen jujur dr hati...huahuahua)

Ha..ni aku suka.. jujur nih.. Jadi, trus pick up komen dia. Hihikss..


Mama Mirza said...
saya nak juga.. selalu datang baca.. arinih baru komen.. hehe.. :)

Ha.... malu rasa org datang baca, tp kita tak balas kunjungan. Jadi, sudah follow blog Mama Mirza jugak..nati saya salu gi sana ya.. maceh salu datang kebun stoberi ni :)

Empat yang atas, dan 16 lagi ni yakni
ZUE, Anum, Masya, Karisma Izzah, Eida, NadMamaZN, Mikamusz, MyfaraFLK, ChentaHati, Cik Anita, Sue-Rya Qistina, Norzie, Lieya, Carmello, Joijoi80 dan Eka

Sila emelkan alamat ya. Mmg ada setengahnya alamat dah ada dalam simpanan. Tp takpe.. takde hal kalo nak bagi lagik.
Oh.. utk yg seofis tu, takyah la bagi alamat.. nati adiah smpai atas meja ja ya..

Hadiah apa ya... tunggu...  supriseeee... !!!! Hikhikhikkk...


22 January 2013

Edisi Menghargai Pembaca : Gift - Away!

Wahaha. Fefeling retis kah nak buat edisi menghargai pembaca bagai. Bagi laluan la sekali sekala. 
Oke. Sebenarnya dah lama tak buat any Giveaway atau pun saja nak bagi2 adiah ke kengkawan yang berkunjung ke Kebun Stoberi ni. Nak buat edisi yang menghargai follower tu pun dah ter berhenti. Tp nati ada masa nak sambung semula. 

Jadi, skang rasa cam teringin nak bagi2 adiah ke pembaca2. Jadi, sbb tu namanya Gift-Away. Alah, takde lah hadiah grand nau. Masa gi jejalan/outstation ke mana2 tu kan ada beli cenderamata tu. Kadang ada je lagi tak abis. So nyer, rasa better di bagi pada kengkawan yang sering berkunjung ke sini. Sebagai tanda persahabatan alam maya dan penghargaan pada yg salu berkunjung ke sini.


Kali ni nak bagi hadiah ni takde peraturan apa pun.

Banyak mana nak dibagi tu tak pasti lagi.
Tapi rasanya dalam 10 orang tu mmg kompem!

Nak buat style Giveaway cam takde idea plak.
Jadi, sapa2 yg sudi, drop je lah komen kat bawah entry ni.
Cara nak memilih pun tak dapat dipastikan lagi.
Nak tulis komen apa?
Tulis je lah apa apa pun. Secara otomatik eligible lah.
Tak komen pun mungkin ada yg eligible. Hihi.
Gitu pulak ya.
Eh. Silent reader esp yg kt ofis saya ni pun ada peluang kot. Hihihiks. 

Apa pun, saya ucapkan terima kasih pada seme yg rajin berkunjung ke kebun stoberi ni.
Saya sedaya upaya akan sentiasa me-reply seme komen2 yg diberikan.
Sedaya upaya juga membalas kunjungan dan meninggalkan jejak di blog kawan2 seme.
Nah amik dulu bunga ros sejambak utk seme..
Google
p/s : rasa cam ada adiah GA dulu yg tak berhantar lagi. Eida Baharum. Igt tak akak nak bagi u something, sudahnya smpai skang tak bagi. Sapa lagi yea..sila claim kalo ada yg tak dpt lagi. Huhu.

1 August 2012

Edisi Banner Comey Dari Zana

salam kekda..
zana nak mintak maaf pasal lambat bagi banner ni.. zana dah tempah lama, but ada masalah cikit di pihak yg terima tempahan.. but now dia dah siapkan banner kekda.. zana ada lampirkan kat emel ni.. if ada masalah, bgtau zana k..
lagi sekali zana mintak maaf yer kekda..

Tehee.... ai da ada banner blog uols.
Tomey tak? tomey tak?
Haha.

Dpt free je ni dari Zana.
Sbb menang kuiz ke apa ke retu dari blog dia.
Mmg totally tak igt dah ada adiah banner dari Zana ni. Hihi.
Sbb aku pun mmg jarang masuk kuiz, GA segala. Then kalo ada termenang tu, dah tak ingat dah. 

Jadi utk Zana,
Terima kasih yer buat dan bagi banner ni utk akak. Nati akak letak tepi blog ni eh.

Zana ini sgt nice orang nya. Kalo nak tgk blog dia, leh masuk sini
http://adieyza.blogspot.com/
Byk kali dah jumpa dia yg friendly ini. Comey plak tu. 
Ujian dari Allah lah yang menemukan kami dan menjadi titik permulaan sebuah persahabatan.

Luy v dik :)

25 May 2012

I ❤ Krabi Giveaway : Pemenangnya

I ❤ Krabi Giveaway
Pada hari Jumaat yang indah ni, mari lah kita announce kan siapakah yg akan menerima gift dari Krabi + Pangkor. Hihi. Semua pun jawab dgn betul. Dan ada yg terlebih tepat jugak bagi kadar tukaran wang tu. Hihi. Ekceli masa pegi tu, kadar tukaran 100baht = RM10 :)

Oke. Memula kita announce kan siapa penerima gajah cumil kaler merah ini.
Yg ni khas utk pengomen tegar kebun stoberi pada bulan April. Rajin dia ni, dtg baca dan drop komen. Boleh katakan setiap hari pasti ada komennya. [Saya kira secara manual yer *haha. gigih giler kot*] dan keputusannya.....

Oke, takpe.. KIV jap pemenang tu. Sbb beliau special. Hihi. Kita announce yang dpt FM Krabi dulu lah.  Mereka bertujuh (7) ni juga saya pilih dari yg rajin drop komen kat blog ni. Sebagai menghargai penat lelah mereka. Maka, ini lah nyer.
1. Masya
2. Anum
3. Sue-Rya Qistina
4. Eka
5. Carmello
6. Nad MamaZN
7. Cik Anita.

Dan 5 penerima keychain selipar cute dari Pangkor. 
1.  Chenta (MummyWannaBe) - thanks sbb rajin buat entry. 
2.  Alynnz - seofis ni, tp kat ofis jarang jumpa.
Nati tuntut kat tpt akak je yew. Hihi.
3.  Nory Zoulkefle
4.  joijoi80
5.  ekinashikin

Oke, skang boleh announce penerima gajah comel tu. Rasanya dia pun tau kot yg dia mmg rajin drop komen. Hihik hik... ya, tak lain tak bukan, beliau adalah
EIDA BAHARUM
Dia mmg cukup rajin komen kat sini. Sgt sgt berterima kasih pada beliau yg mmg tak jemu2 masuk blog ni. Hihi. Utk itu, terima lah seekor gajah dari Thailand. Nati dah lekap kat peti ais sila amik gambo yer. Jgn wisau, gajah ni tak perlu diberi makan. Hihi.

Jadi, kepada seme penerima gift bagi I ❤ Krabi Giveaway, sudi la apa kiranya meng emelkan alamat untuk dihantar gift ke - cikstoberi@gmail.com  dengan subjectnya "Krabi Giveaway" pada atau sebelum 29 Mei 2012.  Kalo takde, adiah akan diberi kpd yg di KIV [ehh..harus ada yg di KIV]

Till then, terima kasih daun keladi, kalo ada GA, sila lah masuk lagi.
Bye :)

24 May 2012

I ❤ Krabi Giveaway : The Contestant

Ada 27 semuanya.
Terima kasih pada yg sudi join. Igt kut ada la 10 orang je join, tp Alhamdulillah.. ada la gak yg sudi dgn gift tak seberapa dari Krabi dan Pangkor tu. Walau tak la smpai beratus kan.

Jadi, mohon double check nama yer, takut ada nama tertinggal. Rasa cam dah takde.. tp mana lah tau. 

1.  Sue-Rya Qistina
2.  Unknown (Osmet Degree Mu)
3.  Mummy Wanna Be (Chenta)
4.  EIDA
5.  SyUhAdA
6.  Cik Anita
7.  Nad @ MamaZakwanNayli
8.  Masya
9.  ch@
10.  aLyNnZ
11.  BaTiK_PiNk
12.  AiTotYati Mat
13.  Nory Zoulkefle
14.  ChentaHati
15.  Carmello
16.  mahujadiibu
17.  Myself
18.  joijoi80
19.  ekinashikin
20.  Ria
21.  pnsusu
22.  Nana
23.  Lida Rahim
24.  anitadiana
25.  eKa
26.  Bitt (double IS)
27.  mrs. fidodido

Buat laju laju ni dgn harapan dpt announce pemenang hari Jumaat - 25 Mei 2012. Sbb hari minggu smpai la hari Isnin, tiada di KL. Kenduri kahwin anak buah. So, mungkin tak smpt nak online ke apa kan. *tatau kenapa, skang blogger tak leh view kat mys2. Grrr... nyampah. Tatau pasal. Tp web lain oke je. *

I ❤ Krabi Giveaway

*sticky post until 23 Mei 2012*

Kling klang kling klang alexenderrr.....  (。◕‿◕。) 

Haha. Tetiba.... 
Saja....  nak launch Giveaway ni.
Yang tajuknya
I ❤ Krabi Giveaway

Syaratnya senang saja. Jawab saja 2 soklan ni kat ruangan komen.
Soalannya :
1. Namakan dua (2) aktiviti tour yang Pnstoberi buat di Krabi.
2. Rate tukaran wang ketika itu : 100baht bersamaan berapa RM?

Itu saja. Tinggalkan jawapan kat ruangan komen dan secara otomatik anda layak utk join Giveaway ni. Oh. Giveaway ni terbuka kepada semua pembaca "kebun stoberi" ini.

Hadiahnya tidak la grand. Cuma something dari Krabi ini je.


7 ketul Fridge Magnet Krabi -
keutamaan kepada yg jawab soklan di atas dgn tepat dan betul

dan;

5 ketul keychain. Tp yg ni bukan dari Krabi.
Ni dari Pulau Pangkor. Beli masa gi course yang kat Teluk Dalam Resort tu hari.

Oh. Ada seekor gajah juga. Haa... yg tu utk pengkomen setia bulan April lalu. Hadiah khas juri namanya. Tu pun kalo org tu join giveaway ni la. Kalo tak... kita cabut kan saja seorang nama yang bertuah.

Bermakna ada 13 orang yg akan dapat kesemua gift ni. Jadi, kalo lebih 13 orang yg masuk, mungkin kita buat cabutan bertuah lah. Kita tgk siapa yg bertuah itewww......
Jadi, kawan2 boleh memberikan jawapan bermula saat entry ini di publish hinggalah 23 Mei 2012 (7 hari).

Kalo rajin, nak buat entry kat blog pun boleh (tinggalkan link nak g jengok), kalo tak rajin, jawab sahaja la.. memana pun boleh lah...
 ❤ (。◕‿◕。) 

15 May 2012

Cuti Cuti Cinta Krabi Giveaway

Hai semua.
*ni ber hai hai plak ni apa kehal nyer ni?*

Hihik. 

Sementelah dok sebuk buat stori mori in d morning glory pasal Cuti Cuti Cinta di Krabi, saya rasa nak buat Giveaway lah. Cam biasa.... kalo lps balik dari Cuti Cuti sure ada gift utk pembaca dan pengunjung kebun stoberi ni. Yang tak jemu2 berkunjung dan yg tak jemu2 meninggalkan jejak.

Giveaway ke Contest yer?
Giveaway la. Senang kan.

Hadiah idak la grand mana.
Ole ole dari Krabi je pun.
Lps tu ada sedikit ole ole dari Pulau Pangkor masa saya gi course dulu.
Kalo nak kata hadiah2 tu tak bes, terpulang. Saya mmg tak mampu nak bagi adiah sebijik kereta Preve' pun. Cuma sedikit tanda ingatan buat kawan2 alam maya saya ni :)

Tp ada sedikit soklan la utk dijawab.

So, bila dah abis seme Edisi Cuti Cuti Cinta Krabi, baru launch Giveaway tu yer.
Dan soklan pun harus dari cerita Cuti Cuti tu. (dan mungkin satu soklan bonus dari entry lepas2. Tp soklan senang banget je pun). Jadi kena baca la jugak cerita Cuti Cuti Cinta Krabi yg banyak2 dan panjang2 tu. yer. Teheeee.

Yg pasti akan ada satu adiah khas *juri* utk pengkomen tegar bulan April.

Oke then... tapi.. eh,ada ke yang sudi nk join giveaway ni??
Ke ai je syok sendiri. Agagaaaa......

8 April 2012

Pemenang GA : Boleh Pulak Tak Perasan

Hadoi. Sorry banget ye dear Liyana.
Mujo dia tak buat syarat pemenang yg tak respond dlm beberapa hari, kemenangan akan dibatalkan. Huhu.

Sumpah la hai aku tak perasan time beliau announce kan tu.

Mungkin time aku private kan blog sbb masa pvte mmg aku pvte kan jugak diri aku dari bw. Huhu. But...but.. but... wait a minute. Date yg Liana publish adalah pada 23 Mac 2012. Yerp. Time tu mmg aku mem bz ngan Hari Kraf Kebangsaan.
Jadi, again, maafin Kekda ya Liyana.

Oh. Apa yg aku bebelkan ni?
Bleh tgk kat link blog adik Liana ni :

Dari entry aku yg kat sini
Sapa2 nak gi Bukit Merah Laketown Resort pun leh klik link tu sbb detail aku kasik penerangan dlm tu. Hihi. Dtg la rajin aku time tu kan. (T____T)

Beliau ni sker buat craft felt dan adiah pun mungkin craft felt yg dia bikin sendiri.
Contoh craft felt yg dia buat leh tgk link sini

So, Liyana, nak akak emelkan alamat ke nak anta by-hand je ni?
Tkpe, nati akak emel/PM yer. Akak jarang lepak kat FB skang ni tp baca2 tu ada. 

Rite then, thanks again yer.
Psstt... jadi ke tak nak pegi Bukit Merah tu? Hihi.

25 March 2012

Patah Sayapnya

Hampir terlupa utk berbicara perihal yg satu ini.
Sebenarnya, hanya 3 penerima yg respond mengenai hadiah yg telah diterima.
1 daripadanya adalah penerima hadiah misteri - Kak Anitadiana. Alhamdulillah, hadiah bekas Tupperware telah selamat diterimanya.
Dan 2 lagi respond kat FB. Yg buat aku rasa sedikit ralat adalah kerana hadiah tu patah sayapnya di tengah jalan. Adussss..
Kredit : FB Zatul
Ye, mmg aku tak gunakan poslaju sbb skang ni Pos Malaysia yg biasa pun dah efisien. Sama je cam poslaju. Aku penah hantar (area KL lah), hari ni pos, esuk smpai terus ke penerimanya. Cuma bersetem singgit. Tp kalo adiah besar cam Tupperware Kak Nita dpt tu, aku guna la poslaju.

Jadi, kepada mereka yg menerima dalam helang ni dalam keadaan tak sempurna, saya menyusun 10 jari, memohon maaf kerana hadiah tu smpai ke tangan kawan2 dalam keadaan begitu.
Sungguh, saya terkilan. 

Sebenarnya, kalau anta gift, aku salu balut adiah tu ngan plastik bubble tu. Ala, yg bleh meletop2 tu la kan. Tp kali ni aku tak buat camtu sbb aku tgk cam kukuh je helang tu. Tp....
Sekali lagi, kepada CikPuanFara, Salmi Khairil, Masya, NadMamaZakwan, MixedFamily, NadratulSyazwana, Zatul (unknown) serta Pink Lavender, ampun maaf dipinta kerana ketidaksempurnaan hadiah tu (atau mungkin ada ke yg tak sampai2 adiahnya?? kalo ada sila la gitau juga)

Risau sungguh kalo disalahanggap mmg sengaja nak bagi yg dah tak elok pulak sbb pada awalnya gift tu dirahsiakan. Dan mungkin kerana tu, ada yg tak respond pun hadiah dah selamat di terima.

Apa pun, jgn serik utk join GA atau contest dari kebun stoberi ni (kalau ada rezeki utk buat GA/Contest).  Insyaallah...kesilapan takkan berulang.

8 March 2012

Souvenir Terbang Ke Penerima

Terima kasih pada yg dah bagi alamat utk menerima souvenir dari Langkawi tu.
Senarai penerima as diumumkan pada 1 Mac retu.
Bleh tgk entry ini
http://pnstoberi.blogspot.com/2012/03/perihal-10-penerima-souvenir-dari.html

Dan yg respond bagi alamat hanya lah
1. CikPuanFara
2. Salmi Khairil
3. Masya
4. Nad@MamaZakwan
5.MixedFamily
6. Nadratul Syazwana
Serta dua penerima adiah misteri tu.

Terima kasih sekali lagi coz sudi nak terima dan alert dgn result ni.

Maka, utk souvenir dari Langkawi tu akan ada 4 lagi lebihnya Jadi, saya akan bagi je pada sesapa yg alamatnya ada dengan saya (GA & Contest dulu2 tu). Jadi, jangan tanjat gegirl tau kalo tetiba dapat souvenir tu. Tak seberapa pun, tp sebagai penghargaan anda menyokong blog ni, selalu berkunjung ke blog ni dan komen. 

Thanks yaw.


p/s : Souvenir akan 'terbang' selewat-lewatnya next week :)

Google

5 March 2012

Mari Mari Bagi Alamat

Aloha.... takmau hadiah ke sayang2 ku??
Atau masih tak sempat nak tgk sapa yg dapat souvenir dari Langkawi tu.
Sila jengah2 link ini -
http://pnstoberi.blogspot.com/2012/03/perihal-10-penerima-souvenir-dari.html

Hanya 7 orang yg baru emelkan alamat
1) CikPuanFara
2) Unknown - Zatul
3) MixedFamily
4) PinkLavender
5) Nadratul Syazwana
6) Nad@Mama Zakwan
7) Kak AnitaDiana
Update
8) Masya
9) Salmi Khairil

Jadi, sapa yg belum emelkan alamat lagi tu, sila sila lah emelkan alamat dan ID blog [dengan subject : Souvenir Langkawi] ke cikstoberi@gmail.com untuk urusan penghantaran souvenir tu yer. Sebelum 7 Mac 2012.

Kalo takde gak, ai letgo je lah pada sesapa yg alamatnya ada pada ai yer. Jgn tanjat boboi lak nati :))

1 March 2012

Perihal 10 Penerima Souvenir Dari Langkawi


Here the list.

1.CikPuanFara - sbb dia yg pertama drop komen. Biasanya dlm memana GA/Contest aku, yg pertama mmg ada peluang utk menang. Idea Fara : Perfume.
2. Salmi Khairil - Idea : Wall Photo.
3. Bitt (double IS) - Idea : Candle Lite Dinner kat rumah
4. Masya - Idea : Perfume
5.Nad@MamaZakwan - Idea : Bercuti ke Pulau
6.MixedFamily - Idea : Buku Umrah & Haji
7.CikRoseCute - Idea : Special Kiss
8.Nureen - Idea : Perfume
9.Nadratul Syazwana - Idea : Binatang peliharaan
10. Unknown - Idea : Rakam video wish happy befday (yg ni takde blog, tp ai know la sapa dia. Huhu)

Mostly yg ni mmg tak penah lagi dpt apa2 gift dari kebun stoberi ni kan. Dan ada juga rakan2 yg baru berkunjung ke blog ni, dan tak kurang juga yg baca secara SR (unknown tu ler. Huhu).

Dan utk hadiah misteri (Misteri la sgt kan. Haha)

kak ita cadangkan ya...masa kat opis kak ita ada bos ne(bos kecil-kecil aje......isterinya selalu buat suprise..bagi jambangan bunga ada ted bear kecil,colkat dan kek yg dihantar ke pada suami...best nya kita org kat opis ne tengok...kek dan coklat dapat lah kita org makan bersama2 bos tu...romantiknya wife dia...

***cadangan Kak Anita ni mmg sebijik plan aku tu. Cumanya kek tu aku da buat in advance. So, kak Nita, kira ai ni romantik la yer. Kui kui kui.

hai reen...


saya follow blog awak n join dis GA..



http://pinknlavender.blogspot.com/2012/02/giveaway-souvenir-dari-langkawi.html

wana cadangkan:

kalau bajet lebih, maybe boleh bawa pi holiday kat tempat yg istimewa mcm kat avillion yg water chalet tuh / belikan perfume lah..tiap2 hari wangi

kalau bajet sket, belikan spender berjenama (sori,nih idea giler..tapi biler teringat mesti akan ketwa terkekek2)

jom ke blog saya juga..

***terima kasih sudi follow blog ni. Cadangan Wana juga hampir2 tepat dgn plan aku tu. Cuma tempat tu lari sket (tp dkt dah tu).
Oh. Hadiah spender berjenama tu saya da buat last 2 year. Kui kui kui. Jadi idea tu tak giler. Cuma saya tambah sket seluar kecik bersama seluar besar (jeans). Hihi.


Jadi, sapa yg ada nama diatas tu sila sila lah emelkan alamat dan ID blog [dengan subject : Souvenir Langkawi] ke cikstoberi@gmail.com untuk urusan penghantaran souvenir tu yer. Sebelum 7 Mac 2012. 
Thanks.

27 February 2012

Perihal Idea Hadiah Birthday

Thanks sgt2 pada 33 orang yg memberikan idea. Really appreciated. Terima kasih juga kerana sudi melayan untuk memberikan idea.  Insyallah, idea tu seme akan digunakan pada masa akan datang. Takyah pening2 lagi kan :)
Dan entry bersama idea kawan2 tu akan "digantung" kat tepi side bar cam contest sedondon tu ari. Mana lah tau, kut dpt membantu rakan2 lain yg dah takde idea nak bagi apa pada si husband ter chenta, bleh la carik2 idea kat situ. Eceh.

So, sebelum umumkan pemenang misteri, juga 10 yg terpilih, meh kita tgk jap antara idea2 dan komen2 yg diletak.

First, ramai yg memberi idea perfume. Ada 4 org. Idea yang baik, tapi saya simpan dulu idea tu sbb masa kat HK retu dah beli perfume. So, thn ni tak beli la perfume sbb perfume beliau byk lagi. Hihik.


Seterusnya idea yg tak pernah saya terpikir pun. Huhu. Dan kalo yg bagi idea ni tambah kata bagi buku agama, atau pun buku2 sirah Rasullah pun oke kan. Tapiii...tapiii.... my dear tu sgt kurang membaca. Satu habit yg amat berlainan ngan si isteri yg amat la gemar membaca. Tp idea tu mmg bes, lain dari yg lain.

Ada yg bagi idea jam tangan. Hik hik. Kalo utk tahun ni mungkin tak la, tp saya simpan utk tahun2 akan datang. Kalo sapa pembaca tegar blog ni tau lah yg saya baru je bagi jam masa wedding anniversary yg ke3 bln December tu ari. Ala, yg masa saya g JPO tu. Huhu. (ewah, macam kan la ada org nak ingat)


Ha...yg ni pun lain gak. Tp awwww.... Suami saya bkn jenis yg romantik yg thp bleh pakai baju camtu walo pun dia tak kesah pakai baju apa. Kalo dia nak pakai baju kaler sedondon pun dah satu rahmat rasanya. Tp kalo t-shirt I love u, u love me ni... Hikhik. Oke, tak bleh nak imagine *tingat masa kat Langkawi ni ada satu couple ni - baru kawen la kot - pakai baju ala2 camtu. Hikss... But, gud idea then. Yg cincin tu boleh dipertimbangkan.


Yg ni.... awwww..... hikhikhiksss... *speechless*

Yang, mana ideanya Yang??? huhu.... tak perlu buat entry pun Yang, yg penting cadangan. Tp takpe, usaha tu ada. Tp penyertaan terbatal ye dik sbb apa yg diperlukan takde (apa yg tak diperlukan pulak ada. Huhu). Tp jgn serik, lain kali join lagi yer :))
Yg ni pun, kali ni terpaksa dibatalkan penyertaannya. Tp btul la tu kan, sbb antara syaratnya adalah drop komen, maka drop komen je lah. Cuma tak memberikan idea je. Terima kasih jugak diucapkan sbb sudi singgah dan trus drop komen. Err...gud luck tu n the best tu utk apa yer?? Utk sambutan beday suami saya yer. Mekasih yer :) 


Ha, ni kawan lama aku. Baca je trus cam tersembur ketawa haku. Hihi. Takde pun la lawak ideanya. Tp tah.... terus aku cam terhibur lak bila bacanya.

Ada yg kata bagi haiwan. Pun gud idea juga. Tp malangnya, suami saya ni, kucing pun dia tak berapa sker. Bila saya sajes nak bela hamster ari tu pun dia reject.  Nak bela ikan pun dia kata 'tak payahlahhhhh' Kemain panjang "lah" nyer tu. Hihi.

So, jawapan sebenar next entry nati. Sbb byk plan plak utk beday thn ni, maka adiah misteri tu jadi dua. Kebetulan ada yg bagi idea apa yg saya plan tu. Jadi, saya pilih dua yg paling ter awal bagi idea tu.

Sekali lagi, terima kasih pada yg sudi memberikan idea. Dan dari 33 penyertaan tu, 2 terpaksa dibatalkan. Maka tinggal lagi 31 penyertaan. Dua lagi berpeluang dapat hadiah misteri. Maka saya akan pilih 10 dari 29 orang utk Souvenir dari Langkawi.


Thanks again :))


25 February 2012

Giveaway : Souvenir Dari Langkawi

*sticy post smpai 24hb. Drop komen n dpt adiah. Hihi*

Nak Bagi Hadiah. Nak Bagi Hadiah.

Ada sapa mau???

Haha. Actually kan, aku nak bagi souvenir ni lama dah. Dari aku balik Langkawi lagi bulan Januari lagi tu dah.  Tp time tu aku tgk ramai rakan2 TTC duk buat GA (Zana, Eida Baharum). Maka aku hold dulu lah.
Lps tu langsung ke terlupaan.

Nak bagi hadiah ni juga sempena :
*Sempena kedatangan BEliau yg pertama utk tahun ni. 
*Sempena cheque Nuffnang yg pertama diterima ari tu. 
*Sempena genap 8 tahun aku bekerja di tpt aku mencari rezeki ini pada 16 Feb ari tu
*Juga sempena menyambut hari lahir insan tersayang pada 24 Februari ini.
Kemain banyak sempena nya. Haha.

Alahai, sblm tu aku nak gitau sesiap le, adiah ni biasa2 je. Mungkin ada yg kata 'tak menarik', tp bagi aku menarik atau tak hadiah tu bukan ukuran, yg penting keikhlasan aku dalam menghargai pembaca2 yg tak jemu membaca bebelan aku di kebun stoberi ni. Yang aku tak pernah lupakan setiap kali aku bercuti. Dan keikhlasan orang yg sudi menerima hadiah tu :). Nak bagi seme mmg tak terjangkau la, tp mana ada rezki tu dpt la.

Ni standard Giveaway je ni. So, bila Giveaway,  takde la bagai-bagai sgt. Suka suka je ni sbb mmg niat nak bagi souvenir dari Langkawi tu ari.

*Drop komen beserta URL blog sahaja
Sebab aku ni salu je pening2 nak bagi adiah apa menjelang beday mydear, maka nak la mendapatkan idea canggih2 dari kengkawan. Ni baru beberapa tahun, udah la anibesari pun ada adiah, so da tatau nak kasik apa.
Jadi drop je lah komen kat bawah ni mengenai "idea/hadiah bes untuk meraikan harilahir insan tersayang".
Contoh : "Kekda, apa kata bagi adiah jam kali ni, bila dia tgk jam, maka tingat la dia pada Kekda"

Sesapa ja bleh komen, samada follower tak follower.  Asalkan bila diumumkan as penerima hadiah ni, dapat respond. Tp jgn lupa, letak URL blog ya. Sng kalo nak follow up suh bagi alamat ke apa kan :)

Seorang utk satu komen.  Kalo byk kali, hanya komen pertama saja dikira.

*Souvenir utk 10 orang
10 orang yg bagi komen paling bes akan dipilih utk menerima souvenir dari Langkawi ini. Souvenir apa, kita rahsiakan dulu bleh? Kalo reveal ada yg kata tak menarik plak. Agagaaaa..... kalo da dpt tu, tak menarik pun kena terima jugak. Kalo taknak mendalah tu, bleh buat GA bagi orang lain plak. Agagaggaa..... (o_O)

*Hadiah Misteri
Sebenarnya ketika ni mmg la aku dah ada idea/hadiah untuk insan tersayang tu, tp kalo ada yg komen menepati apa yg aku plan kan tu, ada hadiah misteri untuk beliau. Hadiah apa tu?? Tokei tupperware haruslah kasik tupperware. (^_^).  Tak menarik? Tak menarik sudah, nama ko bedah. Lalalalalaaa.

Jadi, sapa yg sudi, mari lah bagi idea anda. Boleh mula komen sebaik saja entry ini dipublish hingga la tarikh keramat insan yg saya sayangi tu. 24 Februari 2012 (maknanya jam 11.59 - 24 Februari).
*semua komen akan dipublish, tp komen tak berkaitan tidak akan dipublish.
*kalo takde sambutan, let go je la pada yg rajin dtg komen sini. Huhu.

19 February 2012

1st GA by Leeyanaradhi ^_^

Seterusnya GA dari Yana pula.

1st GA by Leeyanaradhi


Soalan yg perlu dijawab :
1) Tarikh Birthday saya (Yana) - Clue *1st trimester of the year  =)
31 Mac

2) Tarikh Birthday Radhi - Clue *3rd trimester of the year =)
22 Ogos

3) Tarikh saya (Yana) & Radhi disatukan - Clue * 2nd trimester of the year (,")(",)

5 Jun 2010 
4) Cadangkan tempat untuk saya dan big family saya untuk bercuti nanti. Saya berhasrat, InsyaAllah kalau ada bonus yang mantop tahun ni, lepas bonus saya nak bawak family saya bercuti-cuti =)

Dalam Malaysia aje tau...hiih.

*********

Oke, cadangan utk family bercuti ni lain sket dari bercuti cuti cinta. Sbb akak salu gi cuti cuti cinta. Tp takpe. Meh akak bawak Yana menyusuri percutian akak ngan famili akak thn lps.
Tempatnya : Bukit Merah Laketown Resort. *akak tak pasti samada Yana da pegi atau blum. Tgk pada blog Yana takde lagi cuti2 ke Perak ni.

Apatah lagi tahun 2012 Tahun Melawat Perak, maka, tolong la support kan. Apa? Takut Rotavirus?? Takde lah, terkawal tu. Lagipun tu area belah Selatan Perak, Bukit Merah Laketown adalah terletak di Utara Perak. Berhampiran Taiping.

So, kalo ke Bukit Merah ni, percutian 3 hari 2 malam atau pun 2 hari 1 malam sudah mencukupi. Oke, skang akak andaikan Yana nak pegi 2 hari 1 malam ya.
Dan akak andaikan Yana bertolak dari umah Yana yg secara amnya dari KL la. Oke, dari KL ke BMLR ni dalam 3 jam lebih kurang. Exitnya mmg Bukit Merah.
Kadar tol (if Yana dari Tol Jalan Duta) ke Bukit Merah adalah RM36.60. Kalau Yana dari tpt lain, bleh semak kadar tol kat sini http://www.plus.com.my/calculator/index.asp

Utk bermalam, ada 3 jenis accomadation :
a) Water Chalet (Kampung Air) - yg ni kalo nak honeymoon oke la
b) Laketown Hotel (Hotel rooms) - oke, ni bilik hotel biasa la.
c) Suria Service Apartment (studio n 1 or 2 bedroom apartment) -  ni paling sesuai dgn family. Luas gak la kalo nak makan2.
Akak retu amik yg Suria Service Apartment -1 bedroom apartment. Tp dia ada katil tambahan jugak. Kira mmg sesuai lah utk family. Then ada sofa gak yg bleh dibuat tido.


So, akak cadangkan Yana n family amik apartment tu. Just nice la.Harga bermula dari RM200 ke RM400. Utk detail rate Yana leh tgk sini

atau booking thro Agoda je. Sini - Agoda

Kalo ter sampai awal (i.e : sblm waktu check in pukul 3pm), bleh la round2 kat area theme park tu. Tak perlu masuk theme park pun takpe sbb cam rugi la pulak kan. Dah lewat nak masuk. Jadi bleh jalan2. Kat situ ada Ecopark. Tiket masuk : RM14 (dewasa), RM11 (kanak-kanak) 
(info : http://www.bukitmerahresort.com.my/ecopark.htm)
Menariknya kat sini, haiwan2 dia jinak jinak belaka. Kalo beli tiket kanak-kanak, rasanya akan dpt pakej makanan haiwan (kalo tak silap la). So, kanak2 sure seronok bagi rabbit makan, rusa makan, monyet makan. Eh, nak kata kanak2, org tua pun sama. Tgk akak pun teruja ha. Hihiks.


Settle situ bleh la check in kat apartment tu then bleh gak mandi manda kat pool dia yg besau. Ada pool utk kanak2 and pool utk dewasa. Bleh la mandi. Sgt bes. Kalo duk apartment tu kena jalan kaki sket la. Dkt je pun.


Ni pool dewasa. sanun tu pool kanak2

Makan malam tak perlu kuar kut. Bila dgn famili ni, bawak bekal je. Itu pun dah sedap kot. Kiterang dulu bawak bekal je


Seterusnya xtvt utk esuknya - bleh la pegi Waterpark. Tiket masuk : RM29 (dewasa), RM25(kanak2).

Kalo nak check out, bleh check out dulu, tp kalo nak sambung utk tido satu mlm lagi pun oke juga. 
Bleh la melawat Pulau Orang Utan plak.  Tiket masuk : RM28 (dewasa), RM25 (kanak-kanak)
(info : http://www.bukitmerahresort.com.my/orangutan.htm)
Jadi, cemana?
Sesuai tak? 
Kalo dapat bonus tu bleh la Yana blanja famili utk overnite kat apartment tu ke, atau pun masuk waterpark ke.
Dan kalo nak have fun lagi, bleh lajak ke depan sket. Dah smpai Penang.
Atau bleh gak terus ke Bandar Taiping. Jalan2 ke Taman Tasik Taiping. Bleh masuk nite safari Zoo Taiping.

Oke tu je. Done utk giveaway Leeyanaradhi. Sapa nak join, leh klik sini
http://leeyanaradhi.blogspot.com/2012/02/1st-ga-by-leeyanaradhi.html

My 2nd Anniversary GiveAway : By Msieda Gedik

Hari  minggu ini mari kita publishkan GA-GA yg da didraftkan. Bermula dgn GA dak Eida ni. Berpeluh tiak ni nak carik jawapan. Dah tahap contest ne..... mujo adiah pun tahap contest. Jadi mari join. Huhu.
Soklan 1-3 dah tulis kat komen blog dia. Maka, ada jawapan ke 4 je.


4. Komen membina untuk blog ini - Tak kesah nak kutuk ke, nak puji ke, nak bagi cadangan (sangat dialu alukan!!) *Komen ini sedikit pun tidak mempengaruhi markah, sekadar ingin tahu pandangan uols semua tentang SiGedik*

*Takde apa dah pun yg perlu dibina kot.
*Interface putih - mudah dibaca dan kelihatan kemas. Yg pasti napak ceria cam orangnya *akak mmg tak berapa nak sker blog yg latarnya gelap. 
*Entry lama disusun mengikut label - mudah nak carik archive entry.
*Gaya tulisan santai - oke je.
*Pendek kata kemas dan oke dah. Takde komen nak bina apa dah. Tp patut Eida suh komen tuan blog skali, baru panjang leh komen. Hahaha.


Saya tag : 
#Cikgu Eka yang jauh nun di Bintulu. Huhu.
#Zana Adieyza
#Yannie Bunny
#Yana Radhi
#Fika 
dan seme-seme rakan TTC. Hahah (T____T)

Sapa2 yg rajin nak join, sila terjah

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign