Oke, sblm mengarut lebih panjang, meh kita bercerita sket pasal drama Semadikan Aku. Cerekarama semalam. Lakonan Siti Saleha n Sein
Aku tak nak komen pasal lakonan derang tu. Oke lah. Takde apa perlu dipertikaikan. Lelebih lagi si "Nora Elena" tu kan. Not bad je lah dia berlakon.
Tapinya jalan citer tu. Adoiiii... dah sejam ni, bleh lak mimpi rupanya. Mula dah mimpi sekali. Oke la. Igt da betul la smpai kampung. Skali da smpai kampung, gi kutip cili, menangis nangis pas solat sbb bunyi hp tapi tak jumpa, skali plingggg..... mimpi. Boleh???
Patut la si Sein tu asik pakai baju belang. Hahahaha.
Entah la. Patut boleh buat lagi bes dan menyeramkan. Part dalam keta tu yg si "Saleha" (yg jadi antu tu, namanya Saleha la pulak..) tumpang keta derang laki bini tu seram la sikit. Sikit je lah. Tp byk tak logik lah.
Tp yg cam tajuk aku tulis tu - lain orang lain persepsinya. Skali tgk kat twit, TV3 retweet balik ada yg puji plak citer tu. Bagi 5 bintang. Aku macam... eh, ada gak yg sker yer. Tkpe. Pendapat masing-masing.
Serupa lah bila ada yg kata Adnan Sempit Menjengkelkan. Huppp..... berpikir seketika, adakah aku menghina bangsa aku sendiri bila aku ketawa melihat lakonan derang?? Haha. Tkpe lah. Pendapat memasing.
Just satu je aku nak tanya, ada ke citer kat Malaysia ni, yg tak menjengkelkan? Filem la kot. Kalo drama kang berkajang2 plak senarainya. Ombak Rindu tak menjengkelkan?? Kalo orang lain tak terasa apa-apa dan open minded bab berkemban atas katil tu, aku kata itu menjengkelkan sbb filem itu utk tontonan U - (pendapat memasing kan). Khurafat? KL Gengster? Hantu Bonceng? Hantu Dalam Botol Kicap (which tgk tajuk pun dah menjengkelkan). Drama lain-lain yg tetiba ada adegan gesel2, laga2 hidung walo berlakon antara kekasih (drama Patah Seribu).
Tkpe la kalo dia rasa yg pegi tgk ni yg mentertawakan melayu sendiri, atas alasan hiburan. Aku mmg menganggap citer tu hiburan, tp langsung tak terpikir aku nak gelakkan bangsa aku sendiri. Tapi cemana dgn Raja Lawak, Maharaja Lawak segala tu??
Tak menjadi nanah, tak menjadi kudis pun citer tu dlm life aku ni. Tak memberi impak pun. Secubit pun takde. Bukan citer ni je, citer lelain pun sama. Tak penah la aku rasa, lps aku kuar pawagam aku akan rasa - oh, aku perlu jadi mcm sekian-sekian dlm citer tu. Hebat, bleh jadi ahli 'koperasi', ahli 'wooden tiger'. Sama je, baik citer omputih ke melayu ke cina ke apa pun lah. Aku tatau orang lain, tp kut ada filem yg tagline utk menyedarkan masyarakat, mengingatkan masyarakat bla bla bla ke hapa tu, mmg takde impak pun ke aku. Aku nak tgk pasal aku nak tgk. Takde la sbb aku rasa, oh citer ni bleh menyedarkan aku. Haha.
Tapi tu lah. Manusia punya pelbagai pendapat. Lps ni yg 'celik seni' pasti mengatakan Bunohan itu filem melayu ter best dan ter baik dan dikatakan pada yg 'buta seni' ni - itu lah, citer macam ni lah harus ditonton, bukan filem yang menjengkelkan yg dapat berjutaan ringgit dalam masa sehari dua.
So, tepuk dada tanya selera. Tapi kalo nak diberikan kesan dari tagline "filem kita wajah kita", mungkin kot aku terima pendapat, filem itu menjengkelkan. (T_____T)
Tukar tagline bleh??? - Filem Kita, Hiburan Kita. Teeheeeee......
Tukar tagline bleh??? - Filem Kita, Hiburan Kita. Teeheeeee......
Terima kasih atas komen anda :)