Pages

Showing posts with label photobook. Show all posts
Showing posts with label photobook. Show all posts

25 April 2018

2 Years Old Boy Photo Shoot

Rizq dah nak turn 2 tak lama lagi.
So, jom kita carik idea apa props yang akan kita gunakan utk photo shoot tahun ni.
Last year, idea je ada di sini.
Tapi, yang jadi adalah begini.

Best gak studio photo shoot  ni.
Jadi, tahun ni mak Rizq decide untuk studio photo shoot lagi.
Tema dah ada sebenarnya.
Slot untuk photo shoot pun da booked.
So... tungguuuuuu...

Sekarang ni kita nak carik props dia ja.
Jom tengok!

Last year mak Rizq buat sendiri number 1.

Rasa memang nak beli lah blackboard kecik tu.
Huruf tu boleh order kat shopee ja.

Yang ni kang nak kena usung pulak segala keta dia.

Pegang 2 belon.


Atau nak senang beli no. 2 ni ja.
\
Saja letak gambar ni.
Smart kan. Mak suka.
Tapi, tak sesuai dengan cuaca negara kita
nak pakai camni. Huhu.

p/s : Dah lama juga tak buat outdoor photoshoot. Maybe nak buat masa 10th wedding anniversary nanti. Macam best jugak kan. Dapat buat kat tepi pantai ka, kat Cameron Highland ka. InsyaAllah. Boleh..boleh...

17 November 2014

Photobook n Canvas Photo

Mihmihmih

Photo canvas.
Mihmihmih.

Cam biasa, ai beli dari Groupon lah.
Promo yang ini - Groupon Photo Canvas
Ai beli yang RM25 punya. 8x8. Kalau yg RM15 tu halus nau pulak kang.
Ai beli dua.

Nak beli yg besar saiz A3 tu, dah ada 3 kat dinding.
Semak pulak lah kalau semua besar2.
Ye lah, sementara takde anak, meh la kita taruk muka kita dulu ya.
Dah ada anak, kita buka cerita lain pula.

Photo canvas ni dari syarikat Photobook Malaysia. Aku pernah buat photobook dari sykt ni. Oke. Bagus juga service nya. Cepat. Dalam 1 week lepas send design tu (redeem) dah sampai.
Tapi, kita kena redeem satu satu. Sbb dia ada caj pos RM10 utk satu barang sahaja. Gitu.
Pandai meniaga depa nih.
Cuma, kalau compare dengan canvas photo yg pernah aku buat sebelum ni, yg ni tak berapa best sgt lah. Tapi, buleh la..buleh la...


Lepas tu.
Mihmihmih.
Wah. Pantas kau kan puanstoberi.

Ha, sementara semangat Perth ai masih wujud di jiwa, better lah ai settle kan.
Sbb kalau kau malas.. mmg lah takkan jadi best photobook ni.
Percaya lah. It's depend pada mood uols nak design nih.

Aku beli dua (tatau lah dah pernah cerita ke belum pasal satu lagi tu. Yg tu buat untuk cruise trip bulan Januari tu). Masa buat yg cruise punya, Ya Allah..mmg aku malas giler nak design. Malas yg mmg malas. Mmg tak lawa. Semua petak petak gambar.

Sbb, satu, mmg masa gi cruise tu tak amik gambar banyak. Dua, sbb dah lama pergi baru nak buat, terus jadi tak semangat.
Dia mmg balik je kena terus buat. Semangat tu masih ada orang kata. Cewah.

Yang ni aku amik dari sykt Pixajoy.
Sbb aku memang puashati dgn Pixajoy nih.
Gambar mmg clear color dia apa semua.

Aku pernah buat sebelum ni hardcover.
Yang ni cover nya nipis je.
Sekarang dah habis promo yang ni, tp buleh tgk sini - Softcover Photobook.
Kut kut ada lagi nanti buleh beli.

Ai pun dah tak ingat beli berapa ringgit.
Rupanya RM39/photobook. Okay lah kan RM39. Takde caj pos. Jadi, mmg berbaloi lah.
Nak harap pergi print? Memang jangan diharap lah.

Eh. Yang ni rasanya dalam sejarah paling pantas dapat.
Ai send (redeem) pagi Selasa, pagi Jumaat dah sampai. Pantas nau mereka nih.
Harap terus kan perkhidmatan yang pantas ini ya.

Jadi, ai mmg recommend Pixajoy nih.
Dengan pixajoy rasanya ada 4 dah kot photobook. 2 hardcover. 2 softcover.

Jadi, skrg ada berapa photobook?

Termasuk photobook kawen, baru ada 9.
Nak kumpul lagi. Sbb suka lah. Saya mmg suka photobook!
Yang pasti, setiap kali pergi jalan2 atau bercuti yang best best, mesti ada satu photobook untuk dijadikan kenangan :)

Mostly photobook ni beli voucher dari #Groupon.
So, terima kasih Groupon kerana merealisasikan minat saya dengan harga mampu milik

10 September 2014

Wordless : Photobook


Lama kot dah tak ber photobook.
Satu sebab malas nak design.
Satu - manade gi jalan mana dah. Sedih kan. Rupanya last year takde ke mana. This year pun. Eh. Ye ke. Cam tipu je..cam tipu je..









Setelah sekian lama, maka merajinkan diri gak la buat satu photobook. Beli - redeem - design terus. If not, mmg burnt nanti. Biasalah, beli saja dari Groupon (Pixajoy punya).
Malas sangat nak design. Mmg ku design biasa biasa je.
Ingat nak guna template dia je. Ku godek2, tak mahu pulak di donlod. Entah. Salah donlod kut.

Jadi lah tu. Asal ada gambar kenangan cruise nih.

Eh. Kata wordless. Dah jadi wordmore jugak. Haha.

p/s : Beli dua terus photobook nih. Satu lagi utk cuti2 next month. Ngeee..ngeee..ngeee... 

21 January 2013

Edisi Photobook

Aku mmg suka photobook. Sebab tu masa kawen dulu, yg mana masa tu p.book baru nak ada kat pasaran, aku rela berhabis habisan. Smpai kena tipu lah. Bukan kena tipu la, tapi album tak siap dkt nak setahun. Heh! berangin. *mmg dah penah citer byk kali dah ni kan. Huahuahua.

Jadi, bila da berjinak2 dgn deal, salu je ada deal photobook. Jadi, laju je beli. Hihi. Seme pun deal pbook aku beli dari Groupon.


1st time beli adalah dari Ecazstudio. RM58.00. Mmg ini la pun 1st deal yg aku beli kat Groupon. Ngeee. Aku buat gmbr Cuti Cuti Cinta 2011. Combined seme gambar cuti-cuti dalam tu. Kat Sabah, Cameron, Penang, Bukit Merah suma aku sumbat dlm tu. Software dia hanya guna photoscape. Mmg bagi setengah orang agak leceh, tp sbb aku da biasa guna utk gmbr blog, aku mmg sker. Mudah nak design. Cara hantar ke dia pun mudah. Tp aku lupa dah cemna. Guna emel ke. Lupa plak dah.
Kualiti photobook dia oke. Senang juga berhubung melalui FB.


Second dari Photobook Malaysia. RM64.00. Gambar apa ku masuk? Campur2 gmbr. Ada gambar kat ofis, gambar ngan TTCian, gmbr g Langkawi, sambut bufday, jalan2 kat Langkawi, dan tetiba ada gmbr kat kursus. Haha. Kes tatau nak buh gambq apa la tu. Pahtu dah lambat design, jadi kena la laju2 design sbb voucher dah nak expired. Software dia ni sama macam software Pixajoy. Tp lagi banyak design.

Third is, dari Time Ventures. RM69, ku letak gambar2 kat Hongkong. Mmg satu buku tu gambar kat Hongkong saja. Ini klaka sket. Dah rupa buku budak tadika. Ngee.. Dah la aku buh gmbr kat Disneyland banyak, tema katon2. Ha, memang sesuai lah kan.
Tapi, software sykt ni bes. Giler byk design. Rambang mata. 


4th, dari Pixajoy. RM78. Mahal sket. Tp aku rasa antara 3, yg ni bes. Kualiti kulit dia, kualiti paper dia seme pun lawa lah. Suka aku. Cuma design tak banyak. Software sama macam Photobook Malaysia, tp tu lah, design lay out dia tak banyak. Cam terhad sket. Ini aku letak seme gmbr kat Krabi.

5th, Pixajoy jugak RM55. Sekali lagi dari Pixajoy sbb aku puashati dgn kualiti p.book dia cantik dari yg lain. Servis pun oke. Senang nak redeem. Sbb dedua sykt sama ni aku tersilap2 nak redeem tu ari. Haha. Masa buat yg ni, software dia da update. Dah byk design dah. Suka... Aku buat gmbr kat Redang.

Tu je lah pun. Baru ada 5 ja. Pastu 2 photobook masa kawen. Konon cam nak buat koleksi la kan kumpul photobook nih. Tapi kalo dah takde gmbr menarik, nak buh gmbr apa je pun. Takkan gmbr makanan nk buat photobook. Haha. Semua itu PO-YO! [nada Johan yer].
Oh. Lupa nak cakap, thank you Groupon, atas deal yg oh-sem ini!

**edit sket nak reply komen Nad. Akak kasik pendapat kat sini la Nad yer. Pendapat akak la kan, kalo camtu, sian akak yg takde DSLR ni tak buleh nak buat photobook. Btul, kalo guna DSLR gmbrnya cantik, tp mostly software utk buat pbook ni buleh di edit dan di kreatif kan dgn pelbagai cara. Akak amik gmbr guna kamera biasa je tu Nad. Ngan kamera phone pun ada akak letak. Nak wat cemna.. nak ber DSLR mak tak mampu nak... huhu. Takpe.. asalkan ada kenangan di setiap tempat yg di pegi tu dan abis puas hati dah Nad :)

16 November 2012

Edisi Photobook : Due tahun 2013 lah!

Kuikuikui.
Mengong.
Ini ada kaitan dgn entry tersilap design photobook ni.
Hua hua hua.

Tp ada kaitan juga dgn tabiat suka membeli photobook.
Oleh kerana dah byk sgt membeli, aku da tak igt mana aku dah redeem mana belum.
Mengong.

Rupanya, yg aku design 1st tu mmg betul saiz photobook tu.
Phew.. mujo aku tak buang lagi design tu.
Sbbnya aku da re-design balik, aku dah redeem siap, skali time nak masuk code tu dia reject. Try - reject - try - reject. Berkali kali pula. Trus aku emel ke Pixajoy (yer, ini photobook kedua aku dgn Pixajoy, sbb aku suka kualiti gmbr dia).
Sambil2 tu, aku tgk semula aku punya order. Ada 2 order. Aku dah rasa, code yg aku masukkan tu aku dah redeem. Muahaha. Yer, aku pasti. Aku dah redeem buat gmbr masa kat Krabi. Awal2 lagi aku dah redeem yakni sebelum ke Redang! Miahahaha. Dah tu cemana?

Service Pixajoy amat memuaskan. Tak lama lps aku emel derang balas emel aku tu. Laju. Dan spti yg aku jangka..mmg code tu dah di redeem. Haha. Mengong btul.

Aku pun balas, bagitau aku confused sbb ada order 2 photobook tu hari. (cover malu lah. Haha).
Tp Su Yin (org Pixajoy) ni rajin pula. Minta plak code aku yg lagi satu, dia nak check (skali dia gunakan.. ha.. ayok.. hihihiw)
Aku pun bagi, dan dia reply kata yg tu due dia 23-2-2013. Yer, tahun 2013 yer. Haha. Yg aku duk kalut pasaipa. Buleh letak segala gambar lagi. Tp yg ni limited sket. Dlm 30page camtu je. Yg hok aku order 1st tu, dpt 40page. Nak buat 30page pun buleh, tp dpt album besar saiz A4.
Tapi, tak pe lah. Dah siap pun aku design gmbr kat Redang. Nati hantar je lah.

Lps tu nati utk anniversary ke Vietnam ke Langkawi ke apa seme tu, beli lagi satu. Kuikuikui.
Napak cam ada iklan photobook baru tu. Hihi.

Tengok.. mmg tak serik serik..

9 November 2012

Edisi Tersilap Design Photobook.

wOHOHOhoww....

Geram betul neh.
Bila masa plak aku beli satu lagi photobook?
Geram btul lah.
Oleh kerana aku tatau aku dah ter beli satu lagi photobook, aku dah tersilap design.
Huarghhh....

Sudah la due date dia 23 November.
Mmg la napak cam alah, lambat lagi. Dan lagi nak buat time cuti byk2 tu.
Tapi.... time tu aku balik kg.
Seme keja dlm pc sini.
Huarghhhhh......

Pulak tu, yg photobook satu lagi tu lain plak dia nyer jenis.
Haish.
Dah design baekk punya. Siap dgn quote bagai.. dia leh salah plak.
Huwarghh... *tarik wambut*

Aku dah terbuat photobook yg latest aku beli.
Yg tu due dia bulan Feb 2013.
Tu aku kompius. Bila masa aku beli?
Utk apa aku beli?
Biasanya aku beli kalau aku dah tau nak letak gmbr apa.
Yg photobook due 23hb tu, aku letak gmbr Redang.
Dah tu yg latest tu aku nak letak gmbr apa?
Gi Vietnam? Itu bukan nak pegi jalan2. Itu nak shopping je. Itu pun tak tentu nak pegi lagi. Eh. Tercakap plak aku nak ke Vietnam. Haha (T____T)

Jadi camna?
Dgn asaiment tak siap.
Photobook tak siap.
Takkan nak burnt.
Giler!

Tu la..giler lagi photobook.. padan muka!
Gambar hiasan.

3 October 2012

Edisi Photobook : Addict!

Aku rasa aku ni addict dgn photobook lah.
Entah ek. Rasa cam nak beli je photobook ni walo tatau nak buh gmbr apa.
Padahal tu hari dah beria berjanji ikrar dgn diri sendiri tak mahu lagi tambah photobook.
Tapi rasa ter mahu jugak  nak beli.

Oh. Aku ada satu photobook yg masih belum di redeem.

Entah bila due dia. Thn dpn kot.
Tp nak buat awal2 juga, buleh redeem awal2. Senang sket.

Itu aku nak buh gmbr kat Redang tu ari.
Yer, dah tahap melampau bila pegi satu tpt, satu photobook.
Retu sapa yg dtg rumah aku masa HW tu ari, dpt la tgk hasil-konon-cam-kretip buat photobook tu. Huhu. Seme photobook tu dari sykt berlainan.
Cuma yg aku dah beli dan masih belum redeem ni aku ulang beli dari Pixajoy.

Pixajoy ni kualiti kertas n kaler gmbr dia mmg mantap.
Tp tu lah. Dia nyer design tak byk. Kalo rajin, buleh la edit sesiap dgn design, lps tu baru tempek dlm photobook tu. Tp aku rasa dgn keadaan skrg ni, aku tak serajin itu.



Dan skang ni tgk kat Groupon ada lagi promo.

Nak beli taknak..nak beli taknak....




Konon ingat nak buh gmbr2 masa masuk rumah baru tu hari.
Dari awal rumah kosong takde apa, smpai dah masuk barang.


Tapi, gambar housewarming tak banyak.
Tetiba rasa rugi tak amik gmbr HW guna kamera bebtul. Tp mana la sempat kan. Takkan nak hired official PG cam majlis kawen kottt... *eh, why not kan kalo kita nak jadikan kenangan masuk rumah pertama. Sure gmbr mmg cecantik kalo ada official PG*


Nak beli taknak eh?
Ada 4 hari lagi buleh pikiaq.

1 August 2012

Edisi Photobook : From Pixajoy (again)

Kuikuikui...
Lagi lagi photobook.
Kuikuikui... *gelak cam Feimou

Petang2 dalam sesibuk tu *ntah, ptg tu sebuk nau, persediaan interview, memo itu ini, satu unit bz smpai bos pun ada kat luar. Haha*
dpt emel dari cik Awin.

assalamualaikum kak...


nk tumpang tanya, photobook pixajoy ok x? akak prnh redeem dari pixajoy?



Aku kata oke pixajoy tu. Among the best lah photobooknya.
Pastu dia balas

oo...kat grupon ni ada promo RM55

Aku cam eh..eh... cena leh tak perasan nih.  *bz katanya kan, tk smpat nak jenguk2 apa promo bes kat Groupon ini hari. Laju2 tgk Groupon.
Eh betul lah. Biasa RM78, tp ni RM55.
Murah sbb biasanya 40pages, tp yg ni 30pages only.


Pikir pikir.

Aku mmg nak letak gmbr kat Redang kan.
Tak la byk sgt gmbr, tp ada la.
Just nice kut 30pages je.

Yey!! Beli je lah. Toksah duk pikir sgt. Tu ari ada promo dari Pixajoy itself. Sama cam rega aku beli dr Groupon tu ari. 40pages lah. Tak sempat nak grab sbb 4 ari ja.
Mujo ada lagi ni. Kuikuikui...
Korang nak beli leh gi - Groupon.

Ada lagi masa nih. 5 hari lagi.
Cepat...cepat...


Ada entry berkenaan photobook aku tak publish lagi. Nati eh...

11 July 2012

Edisi Photobook : Pixajoy

Last week. Before nak cuti ke Redang tu. Jumaat.
Smpai satu parcel.
Pulak tu org Skynet tu sendiri call aku. Sebab dah lps waktu ofis. Derang takut aku dah balik. Kan Jumaat tu, ujan lebat ptg tu. Jem. Dia tak smpat nak smpai waktu ofis.
Sokay la. Aku pun masih ada di ofis.

Tp aku tatau plak parcel amende.
Ada la Pixajoy emel kata da deliver aku nyer photobook. Emelnya 5hb. Jumaat tu 6hb.
Takkan awal sgt tiba kan.

Tapi. Betul la. Photobook dari Pixajoy. Cepat btul ya.
Aku redeem 29 Jun. Dlm masa 1 week da smpai.
Tak perlu pun nak tggu 14 hari ke apa.



Bukan cam sykt canvas yg aku citer tu ari.
Kalo nak tau, sampai skang ni tak tiba2 lagi photo canvas dia.
Pagi tadi, dlm pening2 weng weng tu aku emel lagi (sbb aku bajet, parcel ada atas meja aku dah, skali takde. Ha, mendapat la kan).

Pjg lebar aku komen. Padan muka. Aku cc kan skali pada MilkADeal.
Buat hal.

Dan dan dia emel balik kata suruh bersabar. Sbb kena tggu 14 hari dari tarikh gmbr aku yg aku hantar lps di edit tu (21 Jun). 14 hari la sangat kan. 14 hari dari tarikh 21 Jun is 4 Julai. Lps tu masa 2 Julai dia emel kata  nak sent out tomorrow (3 Julai lah). So, itu yg aku tggu punya tunggu tu. Takde juga. So, dah 1 week kan. Amik la kau kan. Lps tu dan dan la kata dah sent out. Ini emel dia.

As we stated process time will take 14 working days from date 21 June not including delivery lead time. By the way your canvas have been sent out and your courier no 238 00003 434 4 (skynet). Please be patience as it will reach your doorstep within 2 days according courier service.

Dia igt aku ni baru sekali dua amik menda2 camni kut. Siap suh aku 'please be patience'. Elo. Elo. Kalo smpai dekat nak sebulan, apa tak bersabarnya. Aku rasa yg remeh cam photobook tu pun tak jadi camni. Da dpt sesiap duit, ko buat lambat2 kan. Apa kes? Aku amik 2 unit plak tu.  Sykt lain pun state 14 hari juga, tp tidak la berlanjutan. Kalo ikutkan dari date aku redeem tu - 11 Jun tu, dia leh senyap smpai la aku emel semula on 20 Jun. Lps tu kata nak hantar. Tp lepas tu dia call suh edit. Aku edit. Then senyap. Emel semula. 

Bila aku tracking nombor tu, dia sent out 10 Julai. Semalam hoke... apa yg ko kata 3 Julai tu ari? Seminggu utk kata 'tomorrow' tu.

Haih. Nak buat photobook pun tak seteruk ini tau. Dah... mmg serik la. Sori mori aku nak buat dr sykt tu dah. 

Tapi...photobook dari Pixajoy ni mmg memuaskan hati. Aku rasa dalam banyak2 photobook aku amik, Pixajoy yg paling bes kualitinya. Gmbr cantik lah. 

Takpe, nati aku leh compare gmbr2 dari sykt photobook aku amik. Sbb tu amik sykt berbeza beza. Nak tgk mana paling bes.

5 June 2012

Nak, TakNak, Nak, Taknak : Pbook Lagi

Aku dengan mendalah ni mmg 'kalah' lah.
Giler murah lak deal kali ni.
Cena nihhh..?? Cenaaa??





Alaaaa...... mmg geram. Tp usah turut rasa lah sgt.
Nak buh gmbr apa. Mmg ada tempat nak g bulan Julai ni. In fact mmg dah pre-booked with deposit pun. Tapi, tak buleh nak cakap apa2. Rasa cam ada yg kena burnt RM100 neh... adoi *tepuk dahi*

Bes kan album ni. Bleh tgk deal Groupon sanun.

14 May 2012

Photobook : Terjebak Lagi


Haha. Pepagi dok bebising nak amik ke tak.
Tup tup, da tghari trus.. ah, amik je lah.
Mahal tu sebenarnya.
Aku tak penah lagi amik photobook yg rega lebih RM70.
Tp sbb aku ada credit RM12 dalam mycredit Groupon, maka tolak yg tu je lah.
Ini aku dpt masa dia suh antar gmbr apa tah kat FB Groupon tu. Enjoy moment ke apa tah tu.

Jadi bayar RM66 cuma. Hihi. Suka.Suka.

Jadi, bleh la start men-design photobook baru dari Pixajoy ni yer. Gmbr Krabi tak banyak sgt. Tp boleh la penuhkan 40 pages tu. Apa adahal. (T____T)
Aku mmg saja nak terai dari memacam sykt. Nak tgk, sykt mana bes, lepas tu baru leh repeat order walopun takde groupon. (tp better tggu, ada je kat groupon tu).

Ada sesapa nak beli sila klik je -  Groupon Photobook Pixajoy

# software design dia adalah sama dgn Photobook Malaysia yg aku penah beli tu hari.

11 April 2012

Wordless Wednesday : Be My Friend

Love them so much!

2 April 2012

Photobook : Selamat Diterima


Dapat dah. Alhamdulillah. Takde masalah nak dptkan 'buku foto' ni. Start dari upload smpai la tiba ke tangan aku sebentar tadi. Kebetulan time GDEX tu smpai aku pun ada kat tpt parcel smpai tu. Hihiks.

Suka la. Kualiti agak oke berbanding previous photobook aku buat hari tu.
Aku saja terai sykt lain-lain.
Last minit je aku buat ni.
Mujur tak burnt gitu je kan.


So, pasni menanti satu lagi photobook.
Dah hantar. Tu pun dari sykt lain.
Ingat nati nak try Pixajoy plak. 
Ada deal dia kat MilkADeal tu.
Cuma lum klik 'buy' je lagi.

Tp takpe... lps aku balik bercuti la baru beli kut.
Kang...jd camni lagi. Last minitnye keja.

Apa pun bes!

Thanks Photobook Malaysia
Thanks Groupon.

**aku dah tak bleh upload gmbr dlm blog ni kalo direct dari PC sbb dah limit. So, kena guna author lain. Tp kalo dari URL still boleh. Hadoihainyer pun!

31 March 2012

Photobook Lagi : Shipping Confirmation

Hari wiken je citer pasal photobook. Huhu.
Bukak emel. Tgk ada emel dari sykt yg redeem voucher last week tu.
Alhamdulillah. One week je masa dia amik utk production then dah hantar shipping.
Rasa cam berpuas hati gak sbb aku redeem mmg da nak due sgt. Lps tu ngan org lain seme bebising kan FB kata tak bleh nak upload la apa la. Aku kalo da hantar redeem tu, tggu je lah (walo dlm hati mmg kalo bleh esuknya nak dpt dah kan. Tp agak2 la. Udah la kita hantar lambat, lagi mau awal. Tp disebabkan kita tak bising2 ni la senang je dpt)


Jadi, harap bersabar menanti 'buku-foto' tu ke tangan aku next week yaw.
Derang pakai kurier - GDex - bkn Poslaju.

Siap kasik tracking number seme dah.
Oke la kan.
So, aku nak pulun siapkan sebuah lagi photobook.

Walo pun due nya May 2012, tp aku takmo lagi lambat2.
Ni pun lama da aku design.
Yg ni dia nyer software utk design tu mmg bes dan cantik2.

Tp nak upload utk redeem tu cam agak sukar sket.
Tatau lah. Aku pun lum hantar lagi kan.
Kut ada poblem, emel je nati. Kalo time skang ni oke lagi derang layan.
Kalo buat last minit, ha.. mmg jadi cam yg lelain tu la. Call tak pick, emel pun tak balas.

Server down la, nak upload ada problem la.
So, sesapa yg ada voucher tu harus la redeem cecepat.
Problem nati, susah derang nak assist bila orang terlampau ramai yg hantar.

Kasik teaser sket buku-foto yg nak dihantar nati nih.

Hihi.
Yerps. Itu seme aku buh gmbr kat Hongkong. Kalo bleh rasa nak buh seme, tp cam melampau la plak kan. 40page je dia bagi.

Ada yg kata rajin aku buat photobook ni. Hihi. Aku mmg minat mendalah ni. Minat gambar diletakkan dlm style buku tu. Minat gak design2 ikut citarasa kita. Sbb tu dulu masa aku kawen, masa tu photobook ni pun tak berapa nak glam lagi, aku usaha gak carik (sbb time tu tak ramai PG buat photobook) walo rega orang cam kata, hukaloh, gambar je kot, bakpe buat mahal2. Idakkk... aku sker je. Suka nak kumpul photobook nih. Kalo bleh satu tpt gi bercuti, satu buku. Ha. Begitu.

Dia kalo minat mmg datang la rajin tu kan. Walo retu aku rasa cam malas giler nak buat - malas nak redeem. Tp bila da buat, tk smpai sehari settle. Tp takde la ayat2 berbunga-bunga ke apa. Tempek2 gmbr, design2 sket je.

Jadi skang udah rasa cam gedik2 nak beli satu lagi.
Nak buh gambar utk this coming hanimun-bulan May. 
Pixajoy ada tu. Tp cam mahal plak. Tkpe. Tggu dulu. Nanti2 ada lagi tu.

24 March 2012

Fuh....! Akhirnya Redeem Juga

Memula mmg igt nak burnt dah. Lantakkan situ. Mmg malas giler nak design.
Tp bila tgk kat FB derang ni
Derang extend sampai 26 Mac. Tp still rasa tak rajin nak buat.

Cumanya bila ada masa terluang duk stanby petugas HKK ni, godek2 kejap.
Bila tgk kat FB derang, ramai yg bagi -ve comment. Mula rasa cam ish, tak bes la plak.

Tp buat gak. Sedikit demi sedikit.

Kali ni mmg takde ayat2 berbunga lah. Mmg tak kuasa.

Pun rasa, cam server problem la apa la. Dah nak last day katanya kan.
Malas. Kang penat2 buat, server problem. Lagi la terhapa.

Tp buat gak, smpai la abis 40pages. Tekan gambar 'cart' tu. Cuak bila kena byr lak. Mula la serabut pikir nak emel segala. Tp katanya dah biasa redeem voucher, harus la memujuk diri, jgn panik, sbb kang sure dia ada mintak no. voucher. Teruskan klik continue seme, dan akhirnya....
Alhamdulillah.

Dan server pun takde masalah. Proses upload ke server Photobook pun berjalan lancar. Lega sesangat rasanya.

Cuma bayar RM12 utk delivery charges. Tkpe lah. Byr je. Kang marah lak dek laki aku ni pi menjajau ke Kota Kemuning bagai kan. Satu hal plak. Better la dia hantar je. So, tggu je. 

Dulu pun masa aku order kat Ecazstudio tu pun camtu gak. Ramai yg bagi feedback negative. Tp bebuat cool je. Malas nak bebising. Hantar je, lps tu tak lama pastu dpt lah. Takde apa pun. 

So, skang tggu je lah. Nak tgk teaser?
Hehe. Mengada je kan.

Itu adalah cover dpn belakang.
Gmbr kali ni campur2. Tak mcm dulu khaskan utk cuti cuti cinta.

Upcoming, redeem sebuah lagi photobook. Syarikat lain, tp voucher Groupon gak. Yg tu khas utk Cuti Cuti Cinta Hongkong. Yey! *giler lama dah... baru nak buat album*

Bila nak buat album baru rasa amik gmbr kemain banyak, tp cam rasa takde gmbr yg bleh dimasukkan dlm photobook. Huhu.

25 October 2011

Hantu Fotobook.


Berhantu.

Itu saja yg dpt aku katakan.
Mmg aku berhantu ngan deal fotobook.
Something I can't resist!
Haha.

Poyos.

Tp seyes la. Aku da giler nak buat fotobook.
Dah redeem ada satu, akan redeem ada satu, dan beli satu lagi ni.
Tp utk keselamatan dan mengelakkan kekecewaan,
ketiga2 ni dari sykt berlainan.
Harus terai satu persatu.
Mana bes, nati leh jadi regular customer trus.
Igt yg ni trus nak redeem utk Cuti Cuti Cinta ni nati.
Yg lama tu nak buh gambar raya tu bertema maroon tu ari. Mak dah bising sbb tak cuci gambar. Yelah, takkan nak beli utk mak aku Ipad utk save gegambar tu dan tgk je *motip nak save dalam Ipad?? Haha*

Why photobook?
Sedari time aku kawen dulu - 2008 - which masa tu photobook baru nak berkembang, aku da mmg sker. Perkhidmatan amik gmbr ngan photobook masa kawen retu sememangnya lebih dari rega pakej pelamin ngan baju aku. Haha. Dulik la. Asal aku dapat photobook. Walo 'terkena' ngan PG kat belah aku tu (8  bln album tak sesiap lagi), tp aku tetap tak serik. Maklum la masa tu mana ramai PG yg bleh wat photobook, nak2 plak area luar KL. Mujur dapat refund. Dan aku anta la gambar2 tu ke tpt lain utk wat photobook. Gembira amat. Citer gembira ada di sini. Ce tekan - http://pnstoberi.blogspot.com/2009/08/akhirnya.html Awwwww..

Selebihnya sbb aku sker amik gmbr (dari kamera sendiri, kamera org lain, aku segannn..awww..mengadas. Sila sepak laju2), tetapi asik tak ber cuci. Maleh tul nak singgah Ampang Park tu gi develop. Macam terpikir nak beli printer Pixma yg Yuna jadi duta tu pun ye gak. Tp lagi leceh. Printer, ink, paper. Isk. Baik la gi anto kedai gambar, sok leh kutip dah. Tp tak terpegi. Padahal lalu lalang je Ampang Park tu. Last aku anto cuci masa kawen tu la. Ngan gmbr2 honeymoon. Lps tu nan hado.

Lagi sbb kita leh reka sendiri design. Nak tulis tulis ke hapa. Isk. Mmg aku minat tu. Hihi.

My dear pun tak kata apa, sokay lah. Dia lak yg cadang, nati umah baru beli lemari kaca, letakkan fotobook ni dlm tu dengan terbuka. Kira camni la. 

kredit : uprint

Cewah. Gud idea by the way, dear. Haha.

So, sesapa lagi mau menambah koleksi fotobook, meh join me. Trus ke link groupon ini - fotobook.
Jangan lewat..nati menyesal. Awwww.....

*eh. mcm penah tulis je kata takmo beli deal dah. Hurm. Masa tu mmg la apa pun tak boleh. Tp da tgk ni, seme jadi boleh. Awwww.....Tweheheew....

20 October 2011

Fotobook Saya : Ecazstudio

MOoooooddd ada hepi menjelang tghari dan petang.
Hihik.
Smlm dpt emel dari Ecazstudio.
Ala hok aku beli deal dari Groupon tu dulu.
Katanya fotobook aku da siap.
Yey!.
Akhirnya.
Walo aku tgk ramai je bising2 marah kat page derang kat FB tu, aku ilek je.
Sbb aku pun antar da lewat kan. Org lain seme antar sblm raya.
Aku anta 22hb September (sbln sblm due dia)
So, last week je aku tanya status fotobook aku tu kat FB derang.
Derang reply tgh binding.
Sokay la. Tggu je. Tak perlu rush rush. Walo kalo bleh mmg la nak cpt.

Dan minggu ni dia emel bleh collect.
Dah bleh collect mmg hati tak keruan la.
Igt nak gi sendiri, tp my dear kata dia nak kuar area Damansara.
Apa lagi, pucuk dicita la.
Kut tak aku da siap nak install GPS Papago dah. Huhu.

So, beliau je amik.
Maka ini lah hasilnya.

Himpunan gambar Cuti Cuti Cinta kami dari Jan - Julai 2011. Memang setiap bulan tu ada xtvt jalan-jalan. Maka bleh la buh gambar beserta date setiap bulan.
Dimulai dengan percutian di Kundasang hinggalah ke Cameron Highland.


Hihik.

Sbb awal2 tu aku pakai camera biasa je, maka tak berapa nak clear.
Tp ujung2 tu da pakai kamera oke sket (tp bkn tahap DSLR la), napak oke la gambar walo gelap jugak. Itu tukang  amik gambo tak reti nak bajet penataan cahaya tu. Hahah.
Tp kalo ada DSLR lagi lumayan.

Bes oi. Berbaloi2 buat ni dgn rega RM58.

Now ada lagi satu.
KIV lps balik HK baru design. Ni dari syarikat lain lak.
Itu mmg dia sediakan software dia sendiri.
Yg aku dah dpt ni derang suh guna Photoscape je.

Buleh la beli lagi ni.
Eh. Bkn pagi tadi macam da tobat nasuha taknak beli apa2 deal lagi kah???
Agagagaa.... tweheeheee....

4 August 2009

~Akhirnya.....

Akhirnya apa nih? Hoho (gelak jahat dulu)
Gara-gara posting ini ..
Juga merebak2 di fesbuk berikutan status yg mengatakan ku hepi.. makanya ramai yg meneka berita baik tlh terjadi..hoho.. (gelak jht lagik)

Hoho. (comey kan booties tu..pink utk gegel,biru utk boboy) Hoho. Gmbr from here

Tk jadi aku nak teruskan surprise aku nih.
Kang makin ramai lak wat spekulasi nih.
Ingat nak bagi la sesapa voucher mekdi yg berakhir mac 2010 nati. Tkpe la. Nati wat soklan suprise lain lak kan. Bila tiba masanya.. Hoho.

My dear friends..my dear adik-adiks, yg puanstoberi dok hepi kan tu sebenarnya adalah ini....





CUSTOM ALBUM KU......


Hoho..kan..pnstoberi penah citer yg custom album wedding kat Perak ada poblem.
PG sana wat hal. Janji tinggal janji..main sub kat org pulak..haiya...
Dan...akhirnya puanstoberi wat la dgn PG lain. Yg wat promosi kat opis masa Promosi Kerja Kahwin last month.3 minggu siap.

Puas ati ai. Dpn belakang ada gmbr dicetak. Buat kat GI Photoshoot. Opis derang kat SS 14. Ahad retu amik. Ini web derang : http://www.giproduction.com/.
Rega buleh thn la sbb retu ada dlm 5 PG la yg masuk buat promosi nih..rega album derang la paling reasonable. Tp tatau la kalo pakej skali amik gmbr cemana. Tp aku rasa ok kut. Derang pun ok. Kalo kita tak cerewet derang pun ok je.

Dan...stlh 8 bln dpt la tgk custom album yg ai tunggu2, idam2.

Haha..berkenaan sedara mara tu..
yelah..masa raya nati kompem la derang tanya "Da..mananya album gmbr kawen kamu?? nak la tgk"
Ha..takkan la ai nak kata "tak siap lagi"
Tak ke haru biru dan malu rasanya. Dulu beria ber photographer bagai..tgk gmbr tak canggih mana. Mana buleh..baju berwarna ijau pucuk pisang pun buleh bertukar jd kaler ijau katak pisang. Hoho.

Nak tunjuk album sticky sahaja? No. No. No. Ai nak custom gak. Ai kan mmg mengada. Hoho.

Skang ai da puas ati la.
Ai ada custom utk kawen di Perak.
Ai ada coffee table book album utk kawen di PJ.
Dan ai ada sticky album utk kedua2nya.
Tak lupa ai ada sticky gak utk majlis makan beradap di opis ai sendiri..
Hoho. Complete.

Jadi..ai suka la...itu shj..
Ai tak pregnant la kawan2..
Tp..doa dan spekulasi tu mungkin akan termakbul satu hari nati...lagi2 menghampiri Ramadhan ni kan.. mengambil kab ba ro kaf alif ta nun.... Aminnnn...

So..kalo entry sblm ni buat korang tersilaf tafsir.......



Bye...

Pnstoberi: masih mood happy..dun wori..
Za-jgn marah ek..akak harap doa Za tu termakbul.
Shah- aku tak memalu dah gitau apa yg aku seronokkan nih.
Kak Lyn (dr fesbuk) - da boleh joging kan...
Hasta (dr fesbuk gak) - ini la perkara sebenar..aku terima congrate ko in advance. hoho.
Dee (dr fesbuk gak) - yu teka nk betul dah ler..ai rasa ai buleh belanja yu ni..yu mmg alert tau ngan perkembangan ai kan..igt je apa yg kita penah ckp/citer..
Sue - hik hik..aku nak gelak jer..

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign