Pages

13 March 2012

Prosedur Pembaharuan Passport

Ding dong ding dong da hampir 2 thn passport aku tu.
Buat dulu time nak pegi ke Bandung. Aku amik 2 tahun je.

Info : Bayaran Pasport
RM100.00 untuk 2 Tahun
RM300.00 untuk 5 Tahun

So, skang ni da nak 'luput' lah tarikhnya. Kena la renew sbb tak bleh 'terbang' kalo kurang dari 6 bulan kan. Bln dpn lah baru renew. Baru guna beberapa page je. Haha. Tahun 2010 ke Bandung, 2011 ke Sabah *ceaa...saja gatai nak suh cop kat passport* dan ke Hongkong. Itu je aku guna. Kasihan kan?? Huhu. 

Meh kita tgk Prosedur Pembaharuan Passport

Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter
Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada permohonan gantian pasport.

Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
Bukan kes hilang atau rosak
Bukan kes dalam siasatan
Bukan permohonan gantian pasport untuk tempoh sahlaku dua(2) tahun

Dokumen yang diperlukan :
Pemohon bawah 18 tahun
  • Sama seperti dokumen yang dinyatakan pada kali pertama permohonan kecuali sijil lahir yang hanya diperlukan jika anak di bawah usia 12 tahun bagi tujuan dokumen pengenalan diri.
  • Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)        
  • Kehadiran ibu/bapa/penjaga sah untuk tujuan kebenaran permohonan.
Pemohon atas 18 tahun
  • MyKad Pemohon
  • Kad Pengenalan Sementara (Resit JPN.KPPK 09 atau 11)(sekiranya tidak memiliki MyKad)
  • Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Kredit : IMI

Selain kat kaunter, bleh gak renew kat kiosk yg disediakan. Bleh tgk video ni cemana nak renew melalui kiosk - Renew melalui kiosk

Selain dari tu boleh melalui online jugak. Prosedur dia - Passport Online

Apa pun, aku rasa senang nak berurusan kat kaunter. Download borang dan isi sesiap, gi sana trus amik nombor dan terus buat je. Senang. Tak smpai setgh jam settle.
Tp bila baca prosedur tu yg dia kata - Bukan permohonan gantian pasport untuk tempoh sahlaku dua(2) tahun - meaning aku kena renew 5 tahun la yer. Kalo nak 2 tahun aku kena buat baru la semula. 5 tahun?? RM300?? Adoii...... effect la gaji baru ai.. hahaha. Mengadassss....

Jadi, 
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

Haha. Tau kan lagu apa? Memula aku igt 'buku merah' dia kata tu buku orang pregnant check perut kat spital kerajaan. Hahaha.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign