Pages

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

10 September 2019

Pesta Sukan 2019 : Kuching, Sarawak (1)

Ini kali ke3 turut bawa Rizq bersukan.
Kali pertama di Pahang. Kedua, last year di Langkawi dan tahun ni di Kuching.
Usung la Rizq sekali.
Nak tinggal mana udah mak paknya memang satu office.
Beliau ni kan anak kraf.
Haha.

Kami pergi hari Khamis - 29. Ogos. 
Flight suppose 9.10am.
Tapi diawalkan. Jadi pukul 8.10 am. Sebab ada rehearsel Merdeka di Putrajaya.
Laluan udara ditutup pada jam 9pagi.
So, kena la sedia dari awal.
Kul 3.30pagi dah gerak.
Tak mahu lagi kejadian macam last year nak pergi Terengganu terjadi lagi.
Berhambat marathon nak pergi gate sbb da lambat boarding.
Acap (anak buah) amik dari KSU. Mudah. Dia mmg buat Grab, so kita grab dia je lah.
Kul 4.30pagi dah sampai KLIA2. Hambik kau.
Takpe, kita rilek2 je. Takde nak rush2.
Sampai, terus ja print luggage tag. Sekarang ni semua kena buat sendiri.
Print tag. Pastu bawa ke kaunter. Naikkan bag kat atas carousel tu (carousel eh panggil menda yg gerak tu). Scan boarding pass, scan bag. Settle.
Sbb tu kena pergi awal. Kalau tak lagi kita kalut.
Then kiterang malas nak tunggu kat luar, terus masuk dalam ja. Senang nanti.
Lepak kat depan gate terus.


Ramai juga seofis dalam flight tu.
Kami pergi dulu sbb petang ada meeting MBJ.
Sampai Kuching sekitar jam 10 lebih.
Masih awal.
Ada bas pick up kiterang.
Terus di bawa ke Cawangan.
Lepak2 sana. Kul 11 lebih baru gerak utk lunch.

Office cawangan bawa makan kt Kriung apa ke ntah.
Lepas tu baru ke hotel utk check in.
Kami stay di Waterfront Hotel.
Agak lama juga menunggu utk check in.
Kesian pada dak Rizq ni ja. Walo dia takde la cranky ke apa. Sbb dia tak mandi!
Awal pagi keluar jam 3.30pagi tu terus je pikul dia ke airport.
Kat airport baru tukar baju dia.
Jadi, masa kat hotel tu dah dekat pukul 2ptg. Melangas rasa. Comot nau tgk dia.

Dapat ja kunci terus mandikan dia.
Dah segar2 tu, dia tido. Jam 4pm - meeting MBJ (pre-council).
Balik kui 6, tgk dia tido lagi. Ha kau.. penat.
Kul 7 turun dinner.
Ayah Rizq dinner sendiri sbb dia bukan ahli MBJ. Kalau dia ahli, siapa pula nak pegang / jaga Rizq. Naseb baik. Bawah hotel tu ada food court. Senang.

Malam meeting lagi bersama Pengurusan pulak.
Naseb KP nak abiskan awal. Dalam jam 10 camtu settle.
Malam tu juga orang hantar kereta. Suppose nak ambik esuk. Hari Jumaat. Tapi dia kata nak hantar awal. Okay lah. Kami booking Axia, tapi dapat Myvi. Takde caj tambahan. Okay lah tu kan. Harga RM100/day.

Selesai hari pertama di Kuching.
Hari pertama hanya meeting. Sukan belum start.

Hari kedua - Jumaat- 30 Ogos - bermula dengan meeting sukan. AGM. Lantikan utk Pengerusi, AJK etc etc. Buat di Cawangan Sarawak. Dalam 15minit dari hotel.


Daftar tapi tak masuk pun meeting. Rizq tak suka tgk orang ramai2 tu.
Lepak2 luar dewan ja. 
Lps abis meeting, kembali ke hotel.
Lepas tu lepak McD kat mall bawah hotel.
Haha.
Senang idop.

Petang dah mula acara.
Aiols masuk lawn bowls.


Not bad. 
Kami team wilayah dapat no 2. Silver medal.


Best la main lawn bowls ni.
Ada masa, nanti aiols cerita pasal peraturan lawn bowls ni.
Biasa tgk kat tv macam bosan je kalau ada lawan sukan ni kan.
Tapi, sebenarnya ia sukan yg bagus. 
Otak dan minda kena fokus.

Masa ni juga, ayah Rizq ada game.
Agak jenuh juga nak meng-handle Rizq seorang.
Ke hulu ke hilir usung dia sambil main lawn bowls.
Adoi! Memang lawak.

Ayah Rizq main bola sepak 9 sebelah.
Kena main sbb dalam tu kena ada orang veteran.
Ayah Rizq kategori veteran dah. Haha. Umo 40 tahun.

Game ayah Rizq lagi lama. Kui 7 baru habis.
Kiterang ni dah comot giler dah.
Malam tu, ayah Rizq beli McD ja kat bawah.
Tak larat dah nak keluar memana.
Settle hari kedua.
Hari kedua ni takde makan2 makanan Sarawak pun.
Just makan McD ja. Haha.
Nanti kita sambung hari ketiga pulak.

1 October 2018

Jalan-Jalan Di Langkawi


Ewah. Ewah.
Kau pergi berjalan ke nak pergi bersukan ni?
Semua lah.
Pegi meeting, pegi sukan dan pegi jalan. Hehe.

Mesyuarat MBJ hari Khamis, hari Jumaat malam baru ayah Rizq masuk tournament karom. Haha. Tournament halanya. Gold medal oiii.. haha. HQ memang padu. Tetiap tahun HQ pasti ju-wa-ra. Kihkihkih.
Sabtu pagi perasmian sukan. Ahad malam dinner.
Jadi, kami free utk hari Jumaat siang, Sabtu petang n malam, Ahad siang.
Ayuh lah kita berjalan sket.

Oh. Kiterang tak shopping sgt pun. Lagi pun duk di hotel HIG. Agak2 nak beli coklat, turun je bawah. Senang banyak. Haha. 

Jumaat pagi - ke Dataran Lang.
Ada juga orang. Tapi tak ramai.
Tapi panas melantun.
But, being Rizq Iskandar kau ingat dia kesah walo dia dah peluh macam mandi. Kul 10 pagi dah panas macam apa je.
Tangkap gambar sesket pastu balik.


Hey. Tak Langkawi lah kalau tak datang tgk helang ni.
Buleh bergaduh tau kalau tak amik gambar kat sini.
Muahahaha.

Next.
Langkawi Wildlife Park.
Before, pegi Langkawi tak ke heran pun nak pegi tempat ni. Dia cam, nak buat apa. Tgk binatang je pun. So, skrg dah ada anak, ayuh la kita pergi. Apatah lagi anak yg sejenis pencinta haiwan. Rizq ni kan sejak kecik memang tak takut binatang. Lagi suka ada. Eh. Dia memang suka sgt bagi makan kat binatang. So, kita carik tempat yg macam petting zoo.
Masuk sini RM24 utk warga yg guna Mykid.
Utk kekanak atas 3 tahun baru bayar. Tapi nati buleh dapat makanan utk diberikan pada haiwan. Tiket ongtua tak dapat. Jadi, kami tak dpt lah makanan tu. Nak beli - RM6. Malas, sbb org tu kata nanti kat tempat rabbit ada org jual.
Dalam tu kebanyakkannya - burung lah. Dan sedikit haiwan lain.


Dan rabbit.
Yallah, jinaknya rabbit ni semua.
Tak macam rabbit yg pasif kat Kundasang tu.
Sini, mengerumun kita macam hapa ja.
Dak Rizq bila reramai banyak camtu dia cam geli sket. Tapi, bila sekor, ha, tu takpe. Suka sangat nak bagi binatang.


Yang burung tu, dia nak bagi makan macam campak2 gitu. Mana mau nya. Burung tu kena letak makanan atas tapak tgn, nanti dia mai turun makan kt kita. Dia punya lah kelam kabut nak suruh burung tu makan apa dia bagi (-_-")
Boleh la. Dalam sejam kiterang pusing dalam tu.

Tempat lain - tak pegi. Baru je pegi tahun 2015 dulu kan. Masa tu Rizq dalam perut, skrg dah kat luar perut dan berlari tak henti. Haha.

Makan pulak kat mana?
Masa hari sebelum masuk Langkawi tu, kiterang dinner seafood lah.
Bosan dah asyik kedai mona je, try kedai lain.
Ha, baru kau tahu tak best. Sotong liat macam selipar goreng celup tepung.


Lepas tu laksa.
Turun je feri terus carik laksa ikan sekoq.


Selama ni pergi Langkawi tak pernah try pun. Sbb macam tak best ja.
Tapi, kali ni moh la try. Apa yg best sgt.
Hasilnya - memang tak sedap. Yang win adalah pemandangan.
Tapi, kami duk situ kejap je. Elok abis makan, angin kuat menderu, lantas hujan. Huhu.

Laksa kedua adalah laksa penarak.


Laksa yang memang wajib makan setiap kali gi Langkawi.
Sedap hoih!
Lokasi - food court Dataran Lang - kedai paling hujung.

Laksa ketiga - Laksa Kak Su. Ni bukan kat Langkawi lah tapi. 
Sapa tatau laksa ni. Laksa paling ter femes di Kuala Perlis.
Yang ni, memang speechless kesedapan dia.


Kami order sepiring sorang.
Tapi, lps tu tambah lagi sepiring utk share dua orang (rasa kalau tambah 2 piring pun boleh habis).
Sedap. Giler.
Sekian. Haha.
Order juga kopok leko dia. Ni pun sedap. Apsal sedap semua. Orang kata pulut udang dia pun sedap. Kami tak terai sbb tak suka.
Kedai Kak Su ni bersih amat. Kenapa ada 'amat'. Sbb baby chair dia pun bersih atas bawah depan belakang. Jarang jumpa kedai yg bersihkan baby chair dia.
Salute.
Jadi, memang recommend 100% utk merasa laksa kedai Kak Su ni. Terbaik!

Oh. Lunch kat Langkawi.
Sempat pi kedai Kak Yan. Yang ni kalau google kira macam most recommended lah.
Sebab dia ada bronok. Pernah dulu masuk tv3. Lama dah. Pastu aku macam teringin juga nak rasa. Tapi tak pernah berkesempatan. So, kali ni, sbb bukan cuti sekolah, mari lah kita pergi. Jauh juga dari Kuah tu. 
Kiterang dah tau dah taktik nak makan lunch tempat2 glamer ni. Ko buat brunch - breakfast n lunch bersekali. Kiterang breakfast so-so ja kt hotel. Tak kenyang sangat. So, lepas jejalan kat Dataran Lang, dalam kul 10 lebih dah gerak ke kedai tu. So, dapat lah makan dengan tenang.

Ye ke tenang? Sangat lah. Dak kecik riang gembira main ais. Pastu tumpahkan ais tu. Habis satu peha mak. Haaaa.. kauuuu.. naseb masa tu ayah dia dah abis makan. Terus ayah dia pikul bawak masuk dalam keta while mak teruskan meratah lauk2 yang ada walau peha sejuk kena ais. Naseb ais kosong. Kalau sirap..memang la menyirap.

Dapat la merasa bronok ni. Kerabu bronok to be exact. Kalau orang tanya apa rasa - dia takde la rasa apa pun. Tapi tekstur dia macam liat2 gitu. Macam tangan sotong tu lah lebih kurang. Okay lah sbb orang ni gaul dengan mangga semua. Sedap je lah. Kedai harga memang reasonable. So, recommended. Tapi, ingat.. ko kena pergi awal. Kul 11 tu memang just nice.

Untuk dinner, kiterang sempat try Uncle Jai Cafe.


Kedai ni pun - kalau kau google, mesti dia akan keluar kedai makanan sedap di Langkawi.
Tapi... ada lagi kot kedai lain yg lagi best.
Masa kami pergi - service out.
Lembap amat. Buleh lupa pulak order kiterang. Giler lama menunggu dekat nak sejam nasik goreng tak dapat. Ya Tuhannnn.

Nasik goreng yang dekat sejam tunggu.
Kena 2,3 kali tanya baru nak buat.
Dah kenapa??


Yang best moi tu. Korang nak makan, order je lah moi. 
Lokasi kat area Kuah jugak. Dekat hotel apa ntah.

Ayah Rizq punya. Okay lah. Buleh tahan.


Itu je lah yg kita pi jejalan.
Tahun ni gak tak pergi tgk orang main sukan pun.
Haih sangat kan.
Layan je lah gambar mana ada ni.

Malam akhir kiterang dinner di office kiterang lah - Kompleks Kraf Langkawi.
Oh. Ayah Rizq dapat cabutan bertuah :P
Dapat hamper.








Settle lah sukan tahunan untuk tahun ni.
Jumpa lagi untuk tahun hadapan.
Di Sarawak.
Ha.. yang ni dah kompom2 tak buleh bawak kereta (-_-")

26 August 2015

Pesta Sukan Kraf 2015

Last year buat bulan 6, sebelum puasa.
This year bulan 8. Selepas raya.
Last year di Melaka.
This year di Penang.
Last year punya sukan kraf entry nya di sini [link : pesta sukan kraf 2014]

Weols suami isteri join jugak lah tahun ni.
Yelah, kalau takde apa2 urusan, why not kita join kan.
Aiols, walau tak masuk acara sukan apa pun (sbb mmg malas nak berpanas peluh tiak bagai. Haha), aiols pergi utk bagi sokongan. Sampai serak2 suara aiols menjerit "kuning! kuning!"
Tahun ni team HQ, team Kuning.
Tapi, kami tak mewakili Wilayah.
Kali ni campur dengan caw. Sarawak jugak.

As usual 3 bijik bas.
Tapi, kami gi drive sendiri.
Eh. Tak kuasa che non nak naik bas. Kang susah ai nak rilek2, pastu nak kena ikut schedule bas kan.

Hari Khamis 20hb gerak.
Suppose pagi tu ada meeting kat Kementerian. Tp tak pergi. My assistant yg pergi. Jadi, buleh la bertolak pagi. Pagi pun tak pagi sgt la. Ding dong ding dong dalam kul 12 jugak masuk highway. Udah la hujan lebat amat.
Tup tup berhenti kat RnR Simpang Pulai terjumpa balik bas 3 bijik tu. Hewhewhew.

Dalam kul 4 dah smpai ofis cawangan Penang. Kat Bertam.
Register apa semua situ, baru pergi hotel. Check in.
Register
Kami HQ stay kat Hotel Seri Malaysia.
Eh. Okay la Seri Msia Kepala Batas ni.

Bilik hotel.
Pemandangan dari tingkat 5.
Phone yang kelam ke tingkap hotel kelam?

Bilik pun okay. Makan (breakfast) pun okay. Takde la pelbagai pilihan makanan. Tapi, makanan sedap lah. Selalu Seri Msia ni kan cam ala ala ja. Cam aku pergi Bagan Lalang tu. Mmg tak lalu rasa nak makan breakfast. Tp tu dulu lah. Dalam 2,3 tahun lepas. Now tak tahu lah kot dah berubah.

Game semua kat ILP Kepala Batas.
Perasmian Jumaat pagi.
Datang lambat, duk la belakang.
Ucapan by our TKP
Antara geng HQ yang hadir.
Lagi akak akak HQ yang hadir.
Lps tu sambung game Netball, Futsal (lelaki sahaja).

Netball. Masa ni langit lawa macam kat Perth.
Depa suruh gak tukar2 jadi C masa main netball tu. Eh. Malas. Ai kan dah kata, ai malas nak panas2, malas nak loncat2..lagipun lama tak main dah. Nanti sakit2 peha apa semua. Malas. Haha (T____T).

Petang tu ada indoor game ja. Cam tele-match lah.
Tapi, dpt buat sket ja. Bila nak tarik tali dah hujan. Lalu balik lah ke hotel.
Malam tu pun indoor gak. Badminton, karom, dart ngan pingpong.
MyDH lawak karom. Menang. Nombor 1. Hewhew.

Pastu Sabtu - pagi tu just main volleyball. Ai bagi sorakan ja.
Lelaki ada lawan sepaktakraw.
Petang lak depa lawan bowling kat Giant Kulim. 

Sabtu malam. Dinnah.


Sapa yang pregnant sebenarnya nih?
Apsal dagu berlapis siap nih?
Ambik aura anak Diana yg cute.
Tkpe. Next year cikDa bawak kembaq 3 teruih na..
Haha.
Persembahan dari HQ.
Juara keseluruhan - Kuning la.. hehwhew.
Last year pun team HQ gak menang.
This year pun team HQ.
Nak wat cemna.. berbulu ja cawangan lain kan.
Hihikkk..
Next year kat Sabah katanyewww.

Oh. Makan2 kat Kepala Batas/Bertam ni pun okay gak.
Kedai nasik kandaq penuh keliling.
Kami makan nasik kandaq Shahul utk lunch Jumaat tu. Tapau ja. Makan kt bilik.
Pastu makan CKT kat area hotel tu ja. Sedap. Dia bukak gerai kat CIMB bank. Tapi, Sabtu malam (malam minggu tak buka). Mula ingat nak melarat p Sg Dua. Tp cam melampau nak kena turun hway balik pulak kan.


Pastu makan pasemboq kat salah satu kedai mamak situ. Okay sedap gak.
Oh. Ada minum Coconut Shake gak. Sedap jugak.

Seme cakap "eh, best la duk cawangan sini. Semua pun dekat2 ja"
Tapi, mmg betul, semua pun dekat2 ja kat sini. Ada mydin mall besar.
Pastu rumah pun semua cam cantik2, design baru.
Eh. Weols siap sempat cuci kereta kat sini.
Haha.
Begitu lah citer sukan untuk tahun ini.
Kali ni takde jumpa kengkawan blogger memana.
Itu pun kalau tidak nak meet up ngan kawan yg sama g umrah tu ari.
Tapi, tak sempat sbb now dia jaga mak dia yg tak sihat.
Takpe, next time ya Ayu kita jumpa.
Nanti akak buat trip ke Utagha plak :)

24 June 2014

Pesta Sukan Kraf 2014 : Jumpa Blogger n Makan-Makan

Oleh kerana bawa kereta sendiri, maka kiterang dapat lah menyelit2 kejap.
Gi makan.
Sampai je Melaka, lps check in, rest kejap, kiterang keluar makan.

Sbb hari Khamis, jalan clear lah kan.
Ce kalau weekend, mintak ampun.
Aku nak beli keria kat Limbungan tu.
Keria Hj Jalil namanya kan.
Sbb dah lama teringin.
Ni 1st time aku makan.
Oh. Aku tak brapa suka pulak keria style ni.
Sbb dia cam besar.
Aku suka keria kecik2 comei tu. Macam kat Coconut Shake Klebang tu ada. Ha, tu aku suka. Kat kedai kuih kampung tu keria kecik. Ailoike.
Tapi, ramai je suka keria Limbungan nih. Aku kan pepelik sket.
Abaikan deria 'rasa' aku. Sbb tu aku tak berapa reti nak jawab if orang tanya 'sedap?'
Sbb orang rasa sedap, aku kata tak - dan begitu lah sebaliknya.
Lagipun, aku bukan jenis 'pemakan'. Takde rasa nak bersungguh menikmati makanan. 

Lagi pelik sbb aku makan gula dia je. Isi dia aku tak makan. Haha. Lagi giler aku ni. 
Gambar takde - tapi uols gugel je lah. Tempat dia kat masjid Limbungan. Kalau dari Masjid Tanah tu, akan jumpa Tanjung Keling dulu, Coconut Shake Klebang dan jumpa lah gerai keria nih. Arah nak ke Bandar Melaka dah. Ada jual laksa gak. Kalau tak silap aku dia tutup hari Jumaat.

Esoknya Jumaat lepas tgk orang main badminton, berpanas tgk orang main futsal (kejap je pun..tp panas melenting), maka carik penyejuk badan.

Taraaaa..... ABC Tanjung dekat Lereh.
Antara yg glamer jugak.
Ada kawan aku pernah bawak sini. Lama dulu. Tahun 2005 kot. Tapi mula tu aku kompius. ABC Lereh ke ABC Tanjung namanya. W.app dia, tp dia lambat reply. Tapi, aku rasa betul dah. Tak lama tu baru dia reply "ABC Tanjung dekat Lereh" katanya. Ha, betul lah tu. ABC mmg sedap. MyDH order cendol. Kureng. Jadi, mai sini order ABC yer. ABC special ni mmg best!

Lps tu msg member aku orang Tjg Keling. Tanya mana nak beli lunch. Dia suggest kat food court Tanjung Keling sblh hotel - dpn pejabat pos katanya. Oke lah. Beli situ je. Tapau. Sedap. Not bad.

Malam tu gi makan kat Kuala Sungai Baru.
Tmpat yg pernah makan gak sekali dulu.
Tapi sedih. Aku makan butter prawn (yer, dalam gmbr bawah ni butter prawn yer..), ketam cili dan sotong goreng tepung. Mujo sotong goreng tu sedap. Mujo sesgt. If not, mmg sedih berganda.
Dah la tak banyak choice.
Pastu terpaksa berlawan dgn kucing.
Eh. Rimas haku aih.

Ustaz Kazim kata kalau ada kucing dtg mintak makan, bagi je. Dia bukan nak semua, dia nak sikit je rezeki kita. 
Jadi, ingat nasihat ustaz tu aku campak la kepala udang - skali kau - 5,6 eko datang.
Siap naik atas kerusi, panjat meja okeh.
Ha. Nak kata apa?

Tak best lah sini. Dulu cam banyak choice, now cam tak kuasa lah nak pergi lagi. Malas nak pergi jejauh cam Alai ke apa tu. Tu kan dah masuk bandar semua. Ni dekat sket dari resort.
Tapi kalau gini keadaannya, carik kedai char kwey teow lagi bagus.

Lunch hari Sabtu.
Sbb kite kelam kabut dek nak siapkan menda yg diperlukan oleh KP tu, sementara tggu assistant aku emel kan dokumen, aku g makan jap.
Ingat nak carik area Masjid Tanah.
Susah aih. Apa ke payah nau. Kuasa lah nak masuk KFC.
Igt nak gi area Alor Gajah. Nasi Ayam Nadia ke apa kan.
Skali on d way tu KP call tanya pasal dokumen. Trus berenti kat UiTM.
Hahahahaha.
Makan kat kedai makan Taman Dimensi. Tempat dating lagi di kenang. Muahahhaha.
Pang! Kena sepak ngan suami. Terus tersedar dari lamunan. Hahahaha.

Dulu ayam hitam tu mmg glamer. Skrg dah kureng rasa dia. Rasa ayam kicap biasa je.

Dan tak lupa.
Coconut Shake.

Aku rasa Melaka dah tak jadi bandar Asam Pedas dah.
Dah di overshadow oleh Coconut Shake (CS).
Agak semua gerai ada jual CS.
Kali ni aku tak beli kat Klebang neither Batu Berendam.
Beli somewhere dari Tjg Bidara ke Masjid Tanah tu je.
Sedap gak.
Bes sbb isi kelapa dia tak blend halus, jadi buleh gigit2.
Syok woo.
Beli kat gerai yg ada payung Wall's aiskrim :)
2x beli. Sebelum balik pun singgah beli lagi. Oh. CS mmg jadi top favourite aku lah pada masa ini. Walau aku tak suka air kelapa muda, tp CS mmg aku suka. Suka sgt!

Sesi bertemu blogger lak.

Ni jumpa Si Ila Kamilah. Asbennya staff Kraf gak. IT Tech kat opis kiterang.
Jadi, dia pun join lah Pesta Sukan ngan anak2 nya.
Anak dia yg kecik tu nak je kat orang. Cute je. Geram!


Pastu jumpa Yani Batik Pink. Ini adalah salah seorang rakan se-TTC-ian aku.
Sblm pergi dah texting Yani kata nak pergi Melaka. Ingat nak jumpa memana je lah kan.
Tup2 dia ajak lunch umah dia.
Huhu.
Org dah menjemput, mari lah kita pergi.
Masa on d way nak balik, singgah la umah dia jap.
Lagipun dekat je ngan Tjg Bidara. Kat Sg Udang. If katanya kt Merlimau ke atau area yg perlu merentas Bandar Melaka tu, mmg ada sedikit keberatan lah kan.

Thank u very much tau Yani.
Susah2 je masak tau. Dengan lauk pauknya. Dengan trifle nya.
Baru tahu full name dia adalah hampir sama dengan nama aku.
Hihi.

Nanti datang KL sila calling akak tau.
Boleh lunch umah akak lak. Akak buat siakap stim special. Mihihihi :D

Oh lupa. Ni pun blogger gak kan. Yang nama glamer dia Phat tu. Hihiw [Eh. Sejak bila mu tuka link blog ni. Cam tak link ke blog akak dah ni]
Tapi tak sempat bergambo dgn syaza yg cumil tu.
Dia pun staff kraf. Tp cawangan Pahang sanun.

Jadi, gitu lah.
Bukan saja untuk bersukan [mmg tak bersukan pun...], tp jumpa rakan2 lama dan juga rakan2 baru.
Gitew :))

Pesta Sukan Kraf 2014

Pesta sukan ofis aiols. Dan juga Family Day lah kiranya.
Tahun ni Pesta Sukan Kraf buat kat Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka.
Tahun ni aku join. 2 tahun lepas buat kat Kelantan. Aku tak pergi. Tak silap masa tu ada wedding anak kazen aku, jadi tak dpt join.

Kiterang bawak CheMerah sbb tak kuasa lah nak naik bas. Kang susah nak gi makan, ke sana sini pulak. Lagipun, aku takde prob sgt area tu. Kira cam familiar lah orang kata kan. 5 tahun katanya jadi kawasan jajahan. Cea. Citer 10 thn lps tu. Huhu.

Takde apa nak cerita sgt. Nak review pasal resort pun malas. Takde yg menarik. Resort ni oke kalau gi cam family day ni. Kalau kiterang berdua je, tak kot pilih dok sini.

Mari tgk gambar je lah masa sukan (juga utk rerakan opis yang tak pergi kan. Hihi)

Start Khamis. Kiterang bertolak dari ofis kul 1.
Ingat tak mo bertembung dgn bas.
Tapi rupanya sampai sama gak dgn bas.
3 bijik bas. Satu utk HQ, satu utk IKN n satu lagi utk Sabah n Swak.
Dah register, dapat baju, dapat no lucky draw, masuk bilik rehat jap.

Malam majlis perasmian.
Planning nya pagi Jumaat baru perasmian, tp sbb our KP ada hal,
maka di awalkan.
Team HQ kaler merah.
Temanya "we're wilayah!"

Siap ada bunga api masa perasmian.
Maklum ler, Melake.. Hehe

Tuan tanah selfie.

Malam tu ada acara gak. Salah satu karom.
MyDH main. Aiols tukang sorak jew..
Ngeh ngeh.

Esoknya ada lawan badminton, futsal n volley ball.
Buat kat Japeron Tanjung Bidara (kalau tak silap).
HQ menang bergaya.
Cewah!

Petang plak ada sukanika kat tepi pantai.
MyDH masuk acara mancing ikan 'papan'
Hihi.
Spti biasa, aiols tukang sorak (^^,)

Hari Sabtu.
Sambung lagi sukan. Tp pagi tu aku a lil bit kelam kabut 
sbb dpt new task dari KP. Pepagi lps bekpas, KP dah carik.
Mujo assistant aku tak pergi. Ada kat KL.
Maka berurusan by phone. Dan terpaksalah dia pergi ofis.
And mujo jugak ada CheNote8.0 aku.
Berguna juga nak send emel bagai.
Fuh.Fuh.
Gambar atas ni masa petang. 

Petang tu ada game berakit. Buat rakit, then berakit.
As usual. Aku tukang sorak lah.

Then acara kemuncak. Tarik tali.
Heh! kalah pulak team HQ. 
Kalah dengan team under-dog.
Muahaha.
Ada kisah lawak time tarik tali ni.
Takpe la. Itu namanya kenangan!

Malam ada dinner.
Muka dah merah2 sbb berpanas petang tu.
Malacca is very hot u know. Cewah. Haha.
Teringat masa sembang ngan sorang akak tu.
Dia asal Melaka. Pastu ada yang tanya dia,
"kak, sekarang Melaka musim apa?"
"Musim Panas!" katanya penuh konfiden.
Mauahaha.
Orang tanya musim buah apa, sbb nampak cam org jual durian.
Dia dgn kompiden ckp musim panas.
Adoiiii....

Tetiba nama naik dapat lucky draw.
Wah. Tanjat gegel.
10 tahun ai keja sini. 1st time ai dapat lucky draw.
Adiah grand malam tu - tv 46inci, full HD. Washing machine pun ada.
Peti ais pun ada. Bes kan.

Aku dapat ni.
Speaker.
Oke lah kan. Dapat menda yg takde.
Nak try letak kat tv lah. Buleh ke tak ni?




Maka, begitu lah ceritanya.
Ahad balik.
Kejap je rasa. Best jugak sekali sekala join menda2 camni kan. Bukan selalu pun buat. 2 tahun sekali. Jadi, if kelapangan, pergi je. Boleh kenal2 ngan staff cawangan lain. Selalu cakap on d phone je. Aku pun, orang buat admin aku biasa lah. Lelain tu jarang gak berurusan.

Tapi, derang ni kan jaki je ngan HQ. Sbb kiterang banyak menang acara. Hihi.
And,
Well, team HQ juara keseluruhan :)

Tahniah Team Merah.
We're! We're! We're Wilayah!

p/s : Next entry pasal jumpa blogger n makan2 masa kat sana.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign