Pages

13 March 2012

Tanggungjawab itu Bukan Beban

Google
It's about responsibility.
Takpe lah. Bagi je lah semuanya.
Biasa la tu. Kalo nak minta pada kita, dapat je walo semua tu bukan tanggungjawab kita pun. Tp kalo kita pulak nak dapatkan satu satu menda, mmg takkan la dapat. Senang je cakap 'mintak la dgn si polan, si polan'. Padahal bukan tak boleh bantu. 

Kalo ikutkan aku pun boleh buat camtu. Tp nampak sangat kita ni 'pemalas', aku da ajar adik2 unit aku ni, bantu lah selagi boleh, sediakan lah apa yg org mintak tu, walo kita susah. Walo pun ada yg mintak suh sediakan laporan dlm 2,3 jam je.. Takpe, mungkin susah sekarang, tp kemudian nanti kita yg senang.

Takpe lah. Serah je lah apa patut diserah. Lepas tu leh la cuci tangan kan. Apa2 nati org tanya, bleh trus kata 'eh, tu bukan kat saya lagi, saya tatau apa-apa, tu saya da bagi kat sipolan, polan, dia uruskan'. Senang kan? Takpe, aku rela terima responsibility. Cuba buat sedaya mampu aku. 

Konsep aku senang je skang ni.
Buat sedaya mampu, kalo boleh bagi lebih, jgn kurang. Tapi kalo tak mampu, tak daya, itu je lah aku boleh bagi.

Terima tanggungjawab mmg kengkadang rasa 'suck'. Pulak tidak dibekalkan dgn apa2. Nak segala maklumat, kekdahnya pi la mintak kat orang lain, jgn mintak kat aku.

Memberikan responsibility pada orang lain mmg bukan perkara yg bijak.
Dan penerima tanggungjawab jangan lah merasakan itu adalah beban, kerana itu adalah pengalaman. 

Ada lagi menda nak bagi?? Meh la..meh la... bagi la segalanya...


Sekian.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign