Pagi Jumaat yg agak 'tenang dan basah'. Bumi KL dibasahi hujan renyai-renyai pagi ni.
Takde idea utk menulis sebarang entry.
Tp bila buka dashboard. Mata terus tertancap pada satu entry.
Oh. Mmg nak msg dia tnya apa keadaannya. Sbb tau dia due dlm 25hb camtu.
Tp dek kesibukan HKK ni, langsung tak tersempat lagi nak bertanya.
Zahra Khadeeja. Sedap namanya, secomel babynya.
Kenapa ada entry khas utk Zahra Khadeeja?
Sbb aku nak dedicate utk ibunya - Marliza.
Perkenalan kami bermula bila Mar hantar emel. Kami sama2 TTC masa tu.
Emel pertama. Bulan April tahun 2011.
Kami sama-sama bertukar cerita.
Pernah jugak berjumpa sekali. Orgnya sweet je.
Masa tu dia belum buat any treatment. Dan aku plak masa tu da start dgn LPPKN.
Tp kerana kekangan masa dan tugas, dia memilih utk treatment tpt lain.
Dan Alhamdulillah. Kurang setahun dari tarikh kami berkenalan, akhirnya rezekinya sampai juga.
Sengaja juga aku buat entry ni supaya aku lebih bersemangat, lebih bermotivasi. Aku mmg salu je motivate org yg emel aku, tp aku.... haha. Aku yg buat sekerat jalan. Apa nak jadi kan?
Juga mungkin boleh jadikan pemangkin (eh..tetiba ayat kemain haibat. Haha) kepada yg sama2 ber TTC agar kita tak boleh berputus asa. Rezeki itu pasti ada.
(Mar kawen tahun yg sama dgn aku. Tp dia bulan Mei, aku lak bulan Disember)
Apa pun, utk Marliza, tahniah akak ucapkan.
Doakan lps ni ada rezeki utk akak pula ya dik.
Akak doakan Mar dan baby Zahra sihat sentiasa.
#suppose entry ni dlm blog khas TTC tu, tp aku da tutup utk sementara waktu. Biarlah dia berehat situ.
##Dah 2,3 orang yg emel aku, share cerita, dan tak lama lepas tu derang pregnant. So, sapa2 tgh TTC tu, meh la emel saya yer. Mana tau... Hahaha *oke, joking...*
Terima kasih atas komen anda :)