Pages

3 March 2012

Sharing Saturday : Hemat Berbelanja


Dipetik dari website Majalah EH!
kredit : google
5 cara hemat berbelanja :

1. Kad Ahli

Sememangnya kad keahlian dapat membantu anda membayar dengan harga yang lebih murah. Kad istimewa ini boleh didapati di mana-mana butik, stesen minyak mahupun gedung membeli-belah. Bukan saja dapat menerima potongan harga keahlian, malah, ada juga kad keahlian yang menawarkan sistem pengumpulan poin bagi setiap pembelian produk. Berhibur kala berbelanja dengan memiliki kad keahlian sebanyak mungkin
-Seme orang ada menda ni kan. Aku takde la byk nau. Yg aku ada kad Jusco, Tesco pehtu apa tah lagi. Lupa dah. Dan sbb aku sker beli tupperware, maka tu yg aku terus jadi ahli tu, maka dpt la harga consultant kan.

2. Kupon Murah

Tidak salah rasanya membeli kupon murah untuk menerima tawaran diskaun hebat. Jangan pandang remeh padanya, kerana ia dapat membantu anda menerima harga diskaun lebih 90%! Daripada membazir wang beratus ringgit ke spa atau pusat pelangsingan badan, lebih baik anda membeli kupon murah. Penampilan cantik, harga pun jimat!
- Ini tak perlu diterangkan secara detail lah. Sapa baca blog aku ni tau lah yg aku amat gemar berbelanja dgn cara ini. Huhu.

3. Jualan Gudang

Ada diantara kita impikan barangan jenama terkenal dan mahal yang tidak mampu dimiliki. Usah risau lagi kerana dengan adanya jualan gudang anda mampu memilikinya! Jualan gudang biasanya diadakan sekitar hujung tahun dan pastikan anda sentiasa mengikuti informasi terkini tentangnya supaya tidak terlepas peluang keemasan untuk memborong produk!
- Oh, aku bukan tak suka dgn jualan gudang, tp jualan gudang ni salunya jauh dr tpt aku. Then org pasti la ramai. So, yg ni tak berapa kena.

4. Promosi

Bulan promosi ini selalunya diadakan secara besar-besaran di pusat membeli belah dan tiket-tiket penerbangan. Bagi mereka yang mengimpikan percutian ke luar negara atau tempat yang tidak pernah dilawati, rajin-rajinlah melayari internet untuk mengetahui informasi mengenainya. Inilah peluang yang dinanti-nantikan dan sememangnya ia cukup berbaloi!
- Harus la kan. Tp kalo tiket flight tu manjang je tak dpt. Kalo dpt pun da ujung2. Tp kadang2 tetap berbaloi. Contoh : Tiket flight MAS ke HK ari tu. 

5. Hari Rabu

Menonton wayang bersama rakan-rakan memang menyeronokkan. Tetapi lebih seronok lagi jika harga tiket murah. Bagi kaki wayang di luar sana, tontonlah filem kegemaran anda pada hari rabu kerana pada hari tersebut harga tiket wayang lebih murah!
- Sgt jarang. Sbb asben tak sker tgk wayang ari keja. Maka biasanya kami ke wayang ari Jumaat malam. Kalo ada kelapangan buleh buat sbb kiterang pun bukan la 'kaki wayang' sgt :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign