Pages

23 October 2010

~Pasal Perkahwinan : Part 2~

Ok. Kita smbg la cite kawen kawen nih. Retu pasal tgkp muat eh. Aku benti kat mana eh retu. Owh. Yg kata kalo tak kawen tu bukan penyudah kehidupan tu kan. Oh. Seblum tu, nak ucapkan trimas kepada pengkomen2 entry tersebut. Suma bagi pendapat memasing, saya suka. saya suka. Thanks eh. Nati kalo kelapangan saya masukkan komen2 tu dlm satu entry khas.

Ok berbalik pada kesah kawen kita. Di mana tadi. Oo..tang kalo tak kawen bukan penyudah kehidupan. Ya. Betul. Jgn risau la kalo kita ni tak kawen2. Jgn la tetiba jadi kelam kabut tgk ada kengkawan yg sebaya dah beranak pinak. Tgk kat FB kawan tu anak2 dia dh besar, kita ni masih lagi tercari2 pasangan idup. Ah.. lantak kan situ. Itu rezeki mereka. Rezeki kita sapa yg tau.

Ye lah. Mungkin ada yg kata, 'eleh..dia sng la ckp, dh kawen kan'. Btul la, aku mmg dah kawen, tp tau tak aku kawen umo berapa. Selangkah lagi kaki nak masuk 3 series tau. Tu pun seb bek aku lahir bln 12. Kut aku lahir bulan 1, thn ni kawen, thn dpn da genap 30thn. Ha. Sapa tak risau wes time tu. Aku pun risau. Mak aku lagi la risau. Udah la ayah aku tak sempat  nak nikahkan aku kan. Tp mak aku tak penah la mengajukan kerisauan beliau tu kat aku, mungkin dia taknak aku risau, tp aku tau dia risau (eh..berapa byk risau daaa).

Aku penah bertemu ngan insan yg risau amat tak kawen. Telefon aku gitau dia risau tak kawen, SMS itu ini. Penah skali tu dia SMS ke call tah menyatakan kerisauan dia. Masa tu aku igt lagi ari Ahad. Kan dlm paper ari Ahad tu ada ruangan cik kiantan ke apa ke tu. Yg org ngadu, then ada yg bagi jawapan tu kan. So, kebetulan pulak masa tu ada kuar permasalahan pasal kawen ni lah. Aku pun kata kat dia, pi beli paper sekian sekian, baca mukasurat sekian sekian. Aku tatau la dia baca ke tak. Hihikks. Dan skang org yg risau2 tu pun dah kawen. Suaminya hensemmmm... berpelajaran tinggi, keja pun beso. Ha..apa lagi. Tgk, Tuhan mmg nak bagi yang terbaik utk kita. Sbb tu di lambatkan nya jodoh tu. Tp tak lambat mana pun. Aku ni lagi lambat ha..pulak tu dpt org yg tak kenal spongebob. Ehh..eh..ter melalut.
Gmbr hiasan-makan beradap di opis plak. Huhu.
Then aku jumpa gak org yg aku napak tak risau, tp sebenarnya dia risau. Bila dia risau dia mcm ter cari cari sapa la leh jd calon ni. Dia kejar laki tu pun takpe. Kuar smpai tgh mlm ngan lelaki yg diminatinya yg mana aku rasa laki tu taknak pun ke dia. Sudahnya takde apa2 ngan org tu, kawen ngan lelaki lain. Tkpe la..dah jodoh katanya. Tp ingat..jgn bersusah seorang diri, jgn bergolok gadai sebelum & selepas kawen dan yg penting jgn mendukung biawak hidup di bahu anda (eii..geli oih..tetiba terbayang biawak komodo di selepangkan dia bahu ku ini. awww..gelisss nyerrr).

Jgn kata plak aku takde kawan yg umo dah 30++ tak kawen lagi. Ada... tp aku suka lihat cara dia. Dia dah ada umah sendiri, dia jalan2 seluruh dunia ngan kengkawan dia. Have fun, gi sana gi sini. Takde hal pun. Yelah, mungkin dlm hati dia ada taman sapa yang tahu kan. Tp dia tak la menunjukkan "alamak..cemana ni, aku tak kawen lagi..mati la..mati la". Aku pulak jeles kat dia. Gi Europe tour lah, gi Vietnam la. Mana negara la dia ni tak pi agaknya. Huishh...bes gilak. Aku nak ikot..tp aku mampu ke Bandung je ngan dia. Huhuhuuu..

Aku dulu pun ada target gak. Konon nak kawen masa umo 26thn. Ceh. Ada target konon. Sekali tersasar 3 thn. Ngeh hehe. Tak payah bertarget2 lah hai. Jodoh pertemuan ni suma Allah dah tentu. Mmg kita usaha, tp kalo itu bukan utk kita maka bukan lah. Sama juga mcm zuriat kan. Kalo Allah kata belum lagi maka belum lah lagi. Tp ingat...usaha tu mmg kena ada. Jgn ko duduk saja, tggu pinangan memana anak raja kan. Sama gak mcm nak dpt anak tu. Dah tau sethn lebih tkde anak tu pepandai la pegi sana pegi sini carik rawatan kan. Takkan nak main dan main dan main je. Eh. Eh.. 

Bila masa target aku dah ter lari sket tu takde la aku meratap hiba ke apa kan. Walo ada sekelumit rasa mcm 'alamak..bila la aku nak kawen ni' kan. Life must go on. Kita carik la sesuatu yg menghiburkan kita. Make new friends. Kuar ngan derang. Yups. Aktiviti sosial (ceh..sosial katanya..jgn so sial sudah yer) aku byk aku buat dgn kawan yg bukan kawan pejabat, bukan kawan sekolah dan jua bukan kawan se UiTM. Aku byk hang out dgn kawan alam maya. Haha. Aku ada kawan rapat dari porem mesra dot net. Sedari tahun 2005 camtu aku rapat dgn derang. Yg boleh share sesama masalah. Mmg bes lah. Karoke pun mmg wajib dgn derang nih. Tgk movie together gether. Shoping2, makan2. Berjalan smpai ke Cameron, ke Penang, suma dgn derang. Derang pun masa aku kawen, tunang pun dtg dr KL nih. Sayang derang ni. Hugs kuat2 utk derang (they know who they're).

Sebenarnya kalo kita rasa susah, ada lagi orang yang susah dari kita. Kita lambat kawen, ada lagi lambat kawen dari kita. Jd toksah nak bimbang2. Yang paling penting kita kena bina hidup kita ni sesempurna yang mungkin. Ya..aku tahu bukan sng nak mencapai kesempurnaan tu. Tp kita try la buat our dream come true. Takat mana yg boleh. Mcm beli umah tu kan. Dh keja sethn 2, boleh la beli umah. Lagi plak thn dpn nih, bajet 2011 retu dah umumkan pasal pembelian umah buleh  buat loan 100%. Dulu staff govt  yang pinjam ngan MOF dpt kelebihan nih. Tp skang suma dah dpt. Tp kena la ada dlm 2,3 ribu gak dlm tgn walo 100% loan. Yelah..legal fees lah, S n P lah, stamping fees lah dan etc etc. Aku ngan bebudak baru masuk ni mmg aku advise beli umah dulu. Yelah..aku dah rasa menyesal dan sakit dah. Keja dah 6 thn baru nak merangkak beli umah. Pulak tu umah makin mahal makin mahal. Tp biasa la..bebaru masuk, suma mcm tak hal je. AKu dlu pun camtu gak bila org advise. Rasa mcm ''eh..apahal aku lak nak beli umah, bio  la laki aku beli" tu utk pompuan la kan. Utk laki mesti rasa ''eh..bia la aku beli keta dlu, baru nak pkir pasal umah". Ha..beli la keta tu. Keta makin lama makin susut reganya, umah baru setahun dah naik reganya. Pikir-pikir kan lah.

Eh. Dah kelain citer nyer kome.. ok lah. Got to go lah. Lagi panjang lagi lebih merepek nya lagi menyampah org nak baca. So, kita jumpa di lain part plak. Mungkin citer pasal perkahwinan pasangan seopis. Haaa... Ngeh hehe.

1 juta komen:

SAlam PnStoberi...

betui tu..kita jgn risau bila tgk org dpt dulu apa yg kita tak dapat..

rezeki, jodoh semua dah ditentukan utk kita..

just nk tambah.. nanti bila dah dpt anak seorang pulak...akan ada suara2 lagi yg akan kata " eh sorang jer ker?? bila nak tambah??" bg yg amik port..mmg pressure laa nk buat anak kedua.. so kita jgn terlalu pening2 pk.. nk bg anak pertama ke, anak kedua ke semua kerjaNya.. dah kita usaha tp belum diizinkanNya maka bersabarlah shj..

bab beli kereta tu pun deqlis pun tak reti gak dulu2...so beli keta dulu... keta susut nilai..jual pun tak balik modal...huhu... sadis..klu tau mmg dah beli rumah dulu... so adik2 yg masih dalam alam persekolahan/universiti..amiklah pengajaran...jgn dok beli keta dulu..beli laa rumah..alah rumah flat pun takper..janji ada aset bernilai... lagi satu sekarang ni tiap2 bulan ada duit lebih belilah dinar emas dari dimasukkan dalam ASB..

so aper2 pun buatlah pelaburan yg bijak..no stress klu tak sampaijodoh lagi mahupun takde baby lagi..

betui tak??

alamak terlebih sudah...komennyer hehe
jgn mare yer pn stoberi..

http://ellismelia.blogspot.com

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign