Ok. Bagus. Banyak sgt entry bln ni. So, mau dikurangkan sket.
Ekceli pagi tadi dh nak buat entry baru. Tp masa tak mengizinkan.
Tghari..cam biasa la..kalo takde menda takkan ku duduk kat opis la kan. So, ke JJ Maluri kita. Ngeh he he. Beli adiah kengkawan yg nak kawen. Biasa lah...musim
Nak tunjuk kat korang emel nih. Korang ada dpt tak.
Ce takes time baca jap (ce itu adalah loghat org Perak bagi cuba).
*****************
Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku
benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “ Aku
suka Israel.”
Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada
baju Ipin.
“U” bermaksud “USA”
“I” bermaksud “Israel”
Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi
dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai
jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,
Digimon dan Mamula Moon.
LAGI SATU :
Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah dan
akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah
agenda yahudi. ‘i’ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘Israel’.
4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakan
Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat
kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.
ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..
***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSIKAN
BERSAMA***
WASSALAM..
***************************
Itu lah kandungan emel aku dpt tu.
Perlu aku komen ke?? paling tak buleh blah part yang dia kata solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam. Ok, mari kita google apakah syarat sah solat. Dpt ini dari al azim dot com. Takkan tak boleh dipercayai sumber ini sbb ada tercatat Jabatan Mufti Negeri Melaka kan.
Itu lah kandungan emel aku dpt tu.
Perlu aku komen ke?? paling tak buleh blah part yang dia kata solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam. Ok, mari kita google apakah syarat sah solat. Dpt ini dari al azim dot com. Takkan tak boleh dipercayai sumber ini sbb ada tercatat Jabatan Mufti Negeri Melaka kan.
SYARAT SAH SOLAT
* Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).
Taktau lah nak kata apa lagi dah. Upin Ipin pun dah masuk ini cerita. Tak buleh ke derang positif kan pemikiran jadikan U tu Universiti dan I tu Institusi (tp seeloknya tk perlu nak pikir secara berlebih2..anggap je la sekadar hiburan..asal jgn melalaikan dan melanggar perintah Tuhan sudah)
iPhone4 pun jadi mangsa. I dkt iPhone tu bukan ke menunjukkan information. Bukan ke ada i-tech, i -pad, i-tunes, ivillage dll. Sama la mcm k, e suma tu. Dehh...
Byk lagi maksud2 dlm Al-Quran tu kita boleh kaji dan aplikasi kan selain dari menyemakkan pemikiran kata itu tak boleh, ini tak boleh. Itu idea isreal, ini idea komunisme.
Takpe lah..pilihan juga di tangan memasing kan. Nak antar emel ni pun pilihan memasing jugak. Kalo aku pilih tak hantar pada org lain pun pilihan aku jugak kan. So, sapa nak emel ni..amik lah..pi antar pada kengkawan. Takut nati solat tak sah pulak 40 ari 40 mlm. Kahhhhhh...!!!
8 juta komen
oh yeke uols..haruss kongsi info nie
klu dgr kt budak2 yg buat upin ipin mst dorg kecik ati....
semangat awak nk naikkan nama negara...die kata yahudi lak...
sah2 la yg buat upin ipin ni dak2 melayu.. adehh
oh ye.baru tau k.reen
erkk
macam2lah info sekarang...
pemikiran masih sempit walaupun negara dh maju ke depan
manusia..manusia
ermmm tak tau nak cakap.. ini mmg keterlaluan.. upin ipin tak pasal2 terlibat.. padahal takde kene mengena ngan yahudi.. itu produk msia..
ni bukan berpikiran advance sbnarnye.. tp terlalu kolot/sempit..
Heze :
Tak perlu la kongsi wes. Terhapa je ni..aiols saja je tepek utk kita pikir2 kan bersama
cikbedahlaser :
betul.betul.betul.
EKA :
tak tau pun takpe menda2 camni. Buat semak pemikiran kita jer
Ainilazwa :
Ini menunjukkan dah takde menda berpaedah yg derang buleh kaji.
Yan :
dan terlalu obses sgt. Itu israel, ini israel. Entah la... tatau nak ckp
HAHAHAHHAHAHA Blah la email bodoh. Jepun ngan Yahudi pun tak tau beza.
U ngan I tu boleh maksud kau dan aku.
Sembahyang tak sah? Yg tulis email tu la hidup dia tak sah. Sembahyang? dah tentu yg tulis tu tak pernah sekali pun baca al-fatihah.
Jgn la di-viral kan lagi email yang dah tau bodoh mcm ni wahai saudara Melayuku.
Belle :
Errr...cool babeh cool.. hik hik.. me just paparkan je emel ni supaya kengkawan lain pikir sama dlm zaman ni ada lagi org yg terlalu obses dgn sesuatu.
Org tulis emel tu pun satu hal. Org yg sebarkan emel ni lagi satu hal. Patut dia ignore kan je. Kuasa tau..
Tp mengsebarkan emel dan menempekkan di blog adalah lain yer. Tempek kat blog ni supaya kita leh komen memcam. ngeh he hehe.
Terima kasih atas komen anda :)