Pages

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

15 May 2018

Kenduri Kawen Dan Ke GM Klang

Hoih.
1st time mak Rizq pergi GM Klang ni tau.
Okay. Jap lagi kita citer.
Sekarang kita citer pasal kenduri kawen dulu.


Ini adalah kenduri office mate.
Memang ini pasangan office juga.
Tak sangka, after 10years kami kawen, ada lagi yang ikut jejak kami.
Yang ini lagi tak sangka sbb memang tak sangka (apa punya banyak tak sangka daaaa...).
Deme ni entah bila bercinta.
Tetau tetiba w.app tanya ada kat rumah tak.
Tu lah. Yang adik jantan sorang tu.
Dia tu memang lah rapat dgn kakak dia ni.
Dan mak Rizq pun apa2 hal berkaitan IT memang refer ke dia je.
Pastu, ada satu hari tu lps balik office duk tanya kita ada kat rumah ke dak.
Siap call asben bila tak dapat call mak Rizq.
Eh. Macam penting sgt ni.
Siap suh send no rumah segala.
Okay lah.
Sekali ttiba dalam kul 7pm tu terjengui muka dia depan pintu.
Terperanjat giler! Pastu bagi kad.
Pastu bila baca.
OMG! OMG!.
Dan pastu rupanya dia bawa juga pasangan dia tu.
Haha.
Pasangan dia ni pun mak Rizq rapat juga, tapi tak la se rapat adik jantan sorang tu. Yang tu memang dari muda dulu kiterang byk gi sana sana sesama. Ngan kengkawan lain lah. Masa tu mak pun dah kawen. Kira kuar in grup.





Ini lah dinamakan jodoh kan.
Semua orang office pun tatau. 
Terharu juga sbb depa sampai datang rumah nak bagi kad jemputan.
Alahai.. sayang sangat ni kat depa ni.
Maka, kami pun pergi lah ke kendurinya.
Lps pilihan raya - 12 Mei 2018. Di Klang.
Tu yang weols decide nak balik mengundi Perak dulu.
If not, mmg balik PJ then baru balik Perak.

Weols mmg jarang turun area Klang ni.
Itu yang terus ajak ayah Rizq pergi GM Klang.
Bukan tau kat mana. Guna google maps lah. Itu pun sbb tgh buat jalan kat situ, jadi macam ada terlepas jalan jugak. Aiyooo....
Ambik gambar sbb kang melarat entah ke mana.

Budak kecik ni mmg taknak pakai stroller.

Best lah GM Klang ni.
Best dari Kenanga.
Masa tu, kira cam da nak petang kiterang sampai tu.
Ingat macam susah la dpt parking.
Bila masuk tgk, eh, okay ja.
Pastu sbb dia besar, orang mmg ramai, tapi dalam tu takde la sesak ke apa.
Okay ja.
Cuma laluan tu mcm kecik jugak lah.
Kenanga luas sket.
Dan barang lagi murah dari Kenanga.
Sbb kat sini, beli dalam 2,3 helai pun dah boleh dpt harga borong.
Beli ikat tudung tu - satu RM10, dua pun RM10. Ha..acena. Harus lah beli 2. Haha.
Ayah Rizq pun kata best. Dia suka situ dari Kenanga.
Ini sudah bagus. Hahahaha (gelak gembira).
Lagi pun sebenarnya dari KL senang juga nak pergi. 
Masuk ikut Kesas je. Exit Bandar Botani.
Nak balik pun, masuk je Kesas. Terus je lah.
Jauh memang lah jauh. Kot sesekali boleh la.

Apa je kiterang beli situ. Sbb bkn nawaitu nya nak soping sgt pun.
Dapat la blouse ngan skirt utk mak Rizq. 4 helai RM100. Haha. Cheapskate. Jadik lah utk pakaian harian ke office.
Pastu utk Rizq dapat la kemeja ngan seluar. RM60 - 3 helai. Siap akak suh ambik lagi satu. Dia bagi RM20 gak. Huwaaaa... godaan betul.
Pastu ayah Rizq beli seluar jogger pants tu. Ngan jam.
Pastu tgh jalan2 tu, nampak mak pak tolak anak dia ngan magic stroller tu.
Kiterang fikir, mesti menda tu ada kat situ.
Ye, mmg ada. Tingkat 3.
Tanya 2,3 kedai ja.
Terus angkat. RM70.
Yang gini.
Kiterang amik kaler hitam tu. Rizq mmg suka naik jenis2 camni. Orang tolak2 dia kan.
Ayah Rizq kata, rugi ja beli stroller ribu riban dulu. Last2 guna stroller 70hinggit. Haha.
Tapi, menda camni murah lagi kat situ dari Jalan Raja Bot tu.

Best lah. Nanti nak pergi lagi lah.
Hohohoho.

2 May 2017

Abang Zahir Dah Kawen

15hb April 2017.
Sabak Bernam.
Majlis Nikah dan Persandingan.
Annisa x Zahir.





22hb April 2017.
Taiping.
Majlis menyambut menantu.
Zahir x Annisa




Alhamdulillah.
Selesai semua.
Lebih 3 bulan mak pak sedara n kakak dia dok diskas thro w.app grup pasal kenduri ni.
Nak pakai baju apa.
Nak buh apa dalam gudies.
Sampai nak bergaduh2 lah.
Haha.
Lawak.

Di Sabak Bernam kami sewa homestay.
Homestay tengah bendang.
Pemandangan yang cantik.
Cuma bukan musim padi menguning.
Yang ni nanti Mak Rizq pun entry khas okay.

Di Taiping pun kami duk homestay.
Homestay tu juga jadi rumah pengantin.
Alhamdulillah.
Besar dan selesa.
Pun nanti mak Rizq citer di next entry ya.

Apa pun.
Selamat pengantin baru untuk anak buah.
Yang ke2 berkahwin.
Tapi derang ni PJJ - Pengantin Jarak Jauh.
Hihi.
Sorang di Sabah. 
Sorang di Terengganu.
Bertabah je lah.
Huhu.

13 October 2012

Budaya Orang Kawen Sekarang

Yang aku rasa tak berapa nak sesuai, tapi aku dulu pun ada gak terbuat. Haha.

Ala, aku tulis2 ni sekadar pendapat ja. Jangan plak kecik hati, amik hati, terasa hati dan segala hati2 yang lain lah. Aku tulis berdasarkan pengalaman. Ada setengahnya pun, aku pun buat masa aku kawen, dan sbb aku ada rasa cam 'terkilan' tu yg aku rasa cam tak berapa nak sesuai. 

Memula aku tgk bab outdoor photoshoot. Mmg dah jadi kewajipan kan. Sapa tak pegi tu akan terasa tak lengkap lah mahligai nya. Ada setengah amek pakej outdoor sahaja pun takpe, takde orang tu buatkan album, printkan gambar pun takpe, asalkan 'aku ada amik gambo outdoor'. Begitu. Apa la, bagai nak rak posing2, album apa pun takde. Dah posing tu, amik la pakej skali. Nak harap print sendiri tu mmg tak la. Tp kalo mana yg rajin dan ada masa tu buleh la amik kat Groupon kan. Buat sendiri. Dah alang2 buat photobook la. Baru la buleh tgk smpai ke anak cucu. Tp jgn jadi cam aku, tetiba semut bersarang dlm photobook kawen. Haha. Tu la.. manesss sangat!

Yg nak jadi budaya tak berapa nak sesuai tu bukan pasal photobook tu. Soalnya bila ada pasangan pengantin baru ni pegi outdoor time sedara mara masih ada kat rumah. Ye lah, outdoor biasanya lepas pihak keluarga pengantin dah balik. Dlm kul 3,4 ptg camtu derang keluar. Kadang tu kawan2 dari jauh pun ada datang lagi, sedara mara pun ada lagi. Yang mana nak balik tu, tanya lah mana pengantin, mana pengantin. Mesti lah nak jumpa pengantin. Kita pun sebagai pengantin, sebenarnya mesti nak ucap terima kasih pada family n sedara mara yg berpeluh2 tiak membantu kita. Tp kita takde pulak time derang nak balik tu. Napak tak berapa nak 'kena' kan. Dan aku sendiri pun buat camtu dulu. Mmg bila balik outdoor tu, mak kata makcik2 dah balik, sepupu sepapat dah balik, mmg aku ada rasa "Ya Allah hai...kenapa aku buat camtu... rasa tak sopannya. Padahal derang dah berpanas2 cedukkan lauk utk orang seme" Lps tu ramai lagi kawan2 yg dtg time kita outdoor tu. Mujo cam aku, aku outdoor dkt je. So, abg aku suh derang tggu, dapat la jumpa. Ni kalo outdoor jauh2 melantun. Yg malam baru nak balik. Hurm. Sendiri mau ingat lah. Ada gak aku penah tau kejadian kawan pengantin jejauh datang lps tu tak dpt jumpa pengantin, masa tu nak ajak makan dlm rumah dia takmau (sbb catering dah wrap up). Ye lah, kawan tu pun segan lah, unless kita sbg pengantin (juga kawannya) yg menjemput. 

Tak salah nak buat outdoor bagai, tp cuba carik time yg sesuai juga. Cam ada member aku, sbb dia nikah petang sehari sebelum majlis persandingan, dia buat outdoor pagi sblm majlis sanding tu. Awal pagi, dlm kul 10 camtu. Takpun buat keesokkan harinya. No hal kan. Mmg la cam bayar mekap 2x plak, tp cuba pikir balik kesesuian kita yg meninggalkan ahli family gitu saja. Mana yg jauh tu, esuk raya la baru kita jumpa jawabnya. Tak macam org dulu, aku igt lagi time abang2 kawen, pas abis majlis derang gi round seme rumah sedara. Mungkin la ada yg buat camtu. Tp kadang, lps kawen dah sebuk honeymoon pulekkk (yer, saya lah tu.. haha).
Cam aku masa wedding kat PJ, mmg plan nak buat outdoor sebelum majlis sanding, tp sbb mak andam buat hal. Buleh lak terlupa nak mekapkan aku, dtg lambat, so, plan tu hancur. Tp kami tetap ber outdoor. Haha. Lps sanding. Tp tak jauh. Jalan kaki je dari umah mertua aku. Kira panggil pun dengar. Oke gak gambar. Lagi unik hapa. Kat mana? 

Ha, tgk... ada yg kata 'kat lalang mana ko amek gmbr ni Ida oiii"

Itu kat ladang tebu oke. Kelas kau jahhh...ko hado outdoor tepi ladang tebu??. Takyah gi putrajaya bagai. Haha. Tp lps tu ada member ofis (bukan member pun, Pengarah Bhgn Kewangan) datang, kami sempat layan lagi. Masa tu mmg dah wrap up seme makanan, and kami dapat ajak derang makan dalam rumah. Fuh... Alhamdulillah yg sini. 

Satu lagi yg aku rasa budaya orang kawen skang yg tak berapa nak sesuai adalah bila DJ meleret entah hapa2. Pulak tu kuat sgt speaker nya. Ko apa kes ni?? Nak cakap pun kena jerit2. Ntah..tak minat btul aku. Yg si DJ bijak pandai tu plak hala speaker tu ke arah khemah yg orang tgh makan tu. Ntah, bagi orang lain, aku tatau, tp bagi aku annoying. Lebih annoying bila ada plak yg karoke. Hok bersuara emas tu takpe la, ni hok buleh buat pecah pintu tu.. Adoi.. but then aku salute la orang yg camni. Punya level of confident yg tinggi! Buleh la masuk rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa tu. Biar Azmeer tu peringatkan ko sket. Haha. Jahatnya haku ni.. oke, maaf yer.. saja bergurau lah. Tp seyes, menda2 camni tuan rumah kena perhalusi sket. Kita nak bagi keselesaan pada orang yg tgh menjamu selera kan. Ni macam nak pecah gegendang, nak bercakap pun smpai sakit tekak apa kes.
DJ satu lagi. Cuba la jgn amik DJ syok sendiri. Lagu dia suka je dia pasang. Pastu menceceh apa2. Eh, apa lah ertinya majlis perkahwinan kalo takde lagu bertema perkahwinan tu, at least lagu selamat pengantin baru tu pun oke dah. Pelik sungguh rasanya. Aku bab DJ ni, masa aku kawen dulu mmg aku carik bebetul lah. Aku takmo yg mmg orang kampung aku (sbb biasa aku tgk mmg derang amik org kg situ je, main tangkap muat je rupanya). Entah apa menceceh2. Pastu kang layan lagu lama je. 60-an seme. Mmg la orang tua sker, tp yg datang bukan seme orang tua yer. Dan DJ aku amik tu pun bagus. 2 hari sebelum majlis, dia dah dtg rumah, tnya aku nak lagu apa, nak ada karoke ke cemana. Dan selepas tu seme pun puji dgn DJ aku amek tu. Mmg thumbs up. Tak sesia smpai ke Ipoh aku amek. Haha. Sbb aku kata, aku sker lagu cinta2 indonesia, mmg byk dia pasang - akak aku kata pun bes. Pastu lagu2 lama sket cam lagu Kau Yang Satu kump Wow tu. Awal pagi, sbb umah aku takde marhaban segala, dia pasang marhaban yg Mawi tu. Yg tu mak aku puji. Lps tu takde orang nak menyumbangkan suara. Haha. Sbb orang luar, jd orang kg aku pun segan. Bagus. Takde memekak majlis aku. Haha.

Lagi, pasal door gift atau nama glamernya goodie bag. Goodie bag ni kan, lps kawen baru aku cam terasa, kenapa aku tak bagi bunga telur je. Mengapa. Mengapa. Mengapa. Rugi betul bila aku ilangkan adat tu. Pasal goodie bagi ni lantak lah, korang nak bagi apa pun. Tp better bagi makanan la kot. Kalo menda ngarut2 tu orang buang abis. Eh, ada yg simpan, tp ada yg buang. Aku memula mmg simpan, tp bila dah pindah, aku tgk byk giler plak segala towel la apa la, aku campak buang dah. Hoho. Dan aku rasa tak perlu la kot asing kategori. Yg ni utk kawan, yg ni utk sedara, yg ni utk ex-bf. Kalo awak ada situ, takpe.. ini orang lain yg kasik, tak kenal pun kawan2 awak tu. Tp tak kesah la tu. Bagi je lah kan. 
Aku pun buat gak yg ni. Tp sbb tukang bagi tu adalah kawan ofis aku juga, so derang kenal. Lagipun masa majlis kat rumah aku, kawan ofis dari KL datang satu bas, maka senang la kenal. Mungkin yg terlepas pun kawan2 lama la. Tp tu lah, aku rasa aku dah tersilap utk konsep nih. 

Lagi satu, pasal air basuh tangan. Eh. Ni bkn budaya. Saja nak cakap. Aku cukup annoying kalo gi kenduri yg tak sediakan air basuh tangan yg mencukupi. Fedap tul. Tp skang oke dah la. Derang bawak cam tpt sinki tu kan. So, basuh di situ saja. Oke la tu.

Eh. Panjang sudah membebel, saja... dah lama kot tak bebel2.. tetambah di hari minggu. 
Untuk semua, selamat Pengantin Baru dengan ucapan sbg pengantin mmg kita tak terpikir sebelum tu, tp bila dah lepas, baru kita rasa agak terkilan, tp yer lah.... cemana nak puaskan hati semua orang, ye dok?? 

30 April 2012

Edisi Pengantin Baru : Nurafliana

Selamat Pengantin Baru Afliana.

Kami kat opis panggil Yana/Liana. Tp kengkawan dia panggil dia Nana. Dia ni bff nyer si Nana Ibu Damia n d'gang tu. Kami dulu satu unit. And masuk awal2 masuk keja dulu, mmg aku rapat la ngan dak Nana ni. Celebrate beday sama la apa la. Sbb beday dia dkt2 ngan beday aku. Skang da tak unit sama, pulak dgn tanggungjawab makin bertambah, jadi jarang la nak jumpa2, sembang2 cam dulu.

Berkesempatan la gi makan kenduri nya 29 April. Meriah. Ramai tul orang walo aku smpai dkt2 nak kul 3pm dah. Orang masih ramai. Bajet smpai lewat sket da kurang lah. Rupanya tak.
Tp takpe. Asal dpt jumpa pengantin pun dah oke.

Aku rasa ini la kenduri paling cepat aku balik. Smpai je pengantin tgh sanding. Amik gmbr sat. Hadiah pun kasik ke Nana Ibu Damia je. Aku da tak napak dah mana mak pengantinnya. Mujo ada Nana je. Huhu. Lps tu trus makan. Makan pun laju2 sbb ada orang nak duduk. Lps makan, amik gmbr ngan pengantin jap. Pastu balik. Dah. Settle.


Panas weh... tp mujo tak peluh tiak sgt la. Peluh je la. Tak la smpai lecak. Haha. Ai pakai stick deodoran uols. Tak la lecak. Haha. *eh. tp org kata tak elok plak pakai deodoran yg sekat kuar peluh tu, nati jadi tak sihat sbb peluh tak kuar. Pulak hai. 

Eh. Pehal citer ketiak lecak lak ni. Yg ni kasik je 'mek berdua' tu je cerita tu kan. Huhu.

So,  utk adik ku Liana - Selamat Pengantin Baru ye yunk. Moga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.

p/s : skang trend semorang sanding pakai dress dan lelakinya segak ber tuxedo yer. Aku tingin gak dulu nak buat, tp kalo buat time tu, mesti kena pandang serong. Tp my dear cakap "ala..kan da merasa, masa malam potong kek ngan bukak adiah tu" Hihi.

9 April 2012

Terlewat 3 Hari Dan Out Of Space

Sebelum berciter pasal lewat 3 hari tu, meh tgk apa yg Out Of Space.
Mendalah ni dah kuar dari last week. Ada dlm entry mana tah aku bebel2 kata gmbr tak buleh upload sbb da limit. Ada 2 org tanya apa yg aku katakan pasal over limit tu. Ni la pasalnya.
Halus plak dah. Klik kasik besau. Yer. Incik blogger kata suh beli kalo nak lagi space.

Tp idak la aku nak beli. Pe kes plak kan.
Maka, tambah saja author. Skang ni aku pakai author lain lah ni.
Mmg agak melecehkan la.
Last week, time dia kuar warning ni aku guna gak author baru. Tp lelama dia oke. Bleh je upload. Ni dia jadi balik. 

So, itu lah halnya. Adoi. Mana la aku byk upload gmbr. Pun idak la besau2. Seme halus je. Bleh lak da limit. 

Oke, skang apa yg lewat 3 hari?
Huhu.

Kalo 3 hari lepas, sure aku leh capture 'we have been married for 3 years, 3 months, 3 weeks & 3 days'. Jadi 3,3,3,3. Hihihiks.

Emmm. Da masuk tahun keempat. Takpelah, yakin dan percaya Allah dah tentukan yg terbaik untuk hambaNya :)

20 February 2012

Selamat Pengantin Baru : Fida & Haziq

Lama dah tak pegi kenduri kahwin. Yelah, kawan2 mmg mostly abis da..seme da kawen. Yg opis pun rata-rata da settle. Paling rancak, mmg tahun aku kawen tu. Tahun 2008. Bleh katakan mmg ada je jemputan tetiap bln. Kalo cuti sekolah lagi la. Berlapis2. Skang da kurang.
Yg kawen sekitar2 tahun 2008 ngan aku tu pun skang seme mengendong anak. But for me?? 
Ah. Lupakan, namo selit citer berbaur emosi plak di sini kan.

So, menghadiri kenduri adik manis aku sorang ni. Affida. Sabtu - 18 Feb.



Ya, beliau memang manis berlesung pipit. Ramai oh cuba nak mengorat beliau masa dia keja kat sini. Masa aku jumpa dia retu, (masa outstation ke Pahang), ada yg bagi no phone kat dia time kiterang makan. Manis cam gula ini orang. Hihi.
(dan sblh dia tu masin, tkpun masam. Da tau gomok lagi  mau berkebaya bagai kan. Agagagagaaa. Lps tu bershawlicious bagai. Aww..aww...)

Tp ni kenduri kat belah lelaki. Yg belah dia kat Kuatan, aku tak dpt pegi, balik kampung time tu. 4 Feb kalo tak silap aku. Time tu yg cuti dabel tu kan. Kalo tak, mmg bleh la pegi sbb kenduri aku kat Perak tu ari pun dia dtg.

Ekceli dedua pun kenal. Fida ni dlu satu unit ngan aku masa dia memula masuk opis aku ni (thn 2007 kot). Lps tu dia tukar bahagian, then dia berenti bila dpt keja kat Unimap. Jadi pegawai library kat situ.

Dan pasangan dia-Haziq pun seopis gak ngan kiterang.
Entah bila mereka menyulam cinta, tatau la. Haha.

Suka sgt ngan tema derang ni. Moden kontemporari. Haziq ohsem, dan Fida sgt gojes. Sker sgt.
Kek derang pun cantik. Aku dtg da agak lewat. Tau je lah Sabtu tu KL ujan lebat, dah tu jemmm plak. Maka kul 3 baru aku menjelma. Kek pun da siap potong. Tp kek dia adalah sebegini. Ohsem.
*hasil cilokan gambar dari FB tukang amik gambo tak rasmi derang. Huhu*



Apa pun, Selamat Pengantin Baru buat Affida dan Haziq.
Moga berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu.

21 November 2011

Sirih Junjung vs Tepak Sirih


My adik ipau mau bertunang ari Sabtu ini.
Maka aku sekali lagi ditugaskan utk buat sirih junjung sbb retu masa kak ipau kawen, ai yg buat. Huhu.

Yg belasah je lah tu.
Tp walo belasah mmg aku tak sker buat keja cincai cincai.
Belasah dalam erti kata nak buat yg perfect. Begitu.... poyo
Owh. Nak tgk yg dulu nyer, leh selak di helaian sini - wedding kak nisah
Takde la perfect nau kan. Tp boleh la, dari takde kan.
Takat ni mmg aku tatau nak design cena.
Cuma aku ada tgk2 kat web. Aku sker sirih junjung yg agak tinggi.
Sbb itu lah dinamakan sirih junjung. Kalo hanya merimbun tu namanya sirih rimbun.
Huhu. Memandai mandai saja lah aku ni.

Oke.
Kali ni igt nak pakai fresh flower lah.
Cakap kat mydear "saya nak guna fresh flower, jadi saya nak bgn kul 4pagi utk gubah. Poyo tak saya?"
"Poyo!" sahutnya dgn yakin.
[sungguh jujur jawapan mu incik my dear. Hau hau]

Tgk la keadaan. Sbb jauh rombongannya. Nun di Palong sana kami nak berpergian nati. Tidak kah layu bunga itu?? Pikirkan.Pikirkan.

Oh. Kali ni aku tak terlibat dlm membuat touch up hantaran.
Ada yg lebih arif.

Jadi, tiadalah plan utk menonton Puss In Boots ari Jumaat tu sbb nak buat hantaran.
Yea. Aku telah berjaya sebanyak 80% menghasut my dear teman aku tgk movie tu.
Dia masih belum memberi kata putus. Mungkin boleh dihasut lagi.

Gi tgk ari Senin masa cuti Maal Hijrah tu pun chara jugak kan.
Amik early bird.

3D tentunya. *wink wink*
Tapi aku tatapppp kecewa sbb tak dpt tiket pree dari Nufffnang. Sobss.. kalo tak, bleh tgk esuk dah. Sobsss... tp esuk pun kena berduty smpai mlm kat opis ni. Ada diner malam mesra media plak. Sobsss...

Oke lah. Ni nak citer pasal Puss In Boots atau sirih junjung?

Eh. Cop. Nak tanya. Salu org bertunang bawak tepak kan?? ke tak perlu pun takpe. Sbb aku bertunang ada tepak. Anak sepupu aku bertunang last week pun ada tepak. Tak napak pelik ke takde tepak? Adat tu kan.
Bkn gambar hiasan.

Tu masa aku tunang.
Tepak dibuka masa derang berbincang.
Tanda pembuka adat meminang.
Ewah..cakpong..cakpongg....

18 November 2011

Nikah


Kredit : gambau sendiri. Haha.



PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH (LELAKI)


  ** HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
  ** DAPATKAN BORANG 2A DI JAIS/ PAID ATAU DOWNLOAD BORANG DI SINI.
  **


DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN UNDANG-UNDANG  KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
 
**


LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN (3 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
  ** DAPATKAN PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH QARIAH
  ** DAPATKAN KEBENARAN BERKAHWIN DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID)
  **


SERAHKAN KEBENARAN KEPADA PIHAK PEREMPUAN

Itu adalah contoh Prosedur Pernikahan utk lelaki di Selangor.
Detail : http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=168

Pendek kata untuk mendapatkan permohonan bernikah bukan lah sesuatu yg mudah. Amik masa. Bkn bleh utk 2,3 ari. At least seminggu gak la. Tp skang nak kursus kahwin pun bkn sng nak masuk camtu ja. KL la esp. Kena book tarikh gak. Tpt lain mungkin la leh walk-in je kut.

So, bila dah kursus, ready utk HIV Test plak. HIV test ni pun tak easily bleh pegi je. Ada date tertentu dia.
Bila dah siap tu, pihak lelaki kena settlekan borang dia lak. Lps tu kasik ke belah perempuan. Perempuan pun, kena gak settle kan hal wali segala *if ayah dah meninggal la*
Bkn perkara mudah. Mmg bukan perkara mudah.

Tp kenapa ya, kalo kat drama MELAYU seme hal nikah kawen ni napak senang sangat??
Bleh tak berpijak di bumi yg nyata?
Jangan la buat citer cam ni 'Aku dah mengandung, ko kena kawen dgn aku!' Dan seterusnya esuk lusa nya dah kawen.
Atau pun 'korang ni kena kawen cepat2 ni, tak elok duk berdua dlm rumah ni kalo bukan muhrim'
Tup2 esuknya dah kawen. Tah mana wali tah mana kursus jauh skali cucuk jari wat HIV.

Mudahnya la hai.

Menyampah haku.

[menyampah nyampah pun tengok jugak drama tu kan. Choiii....]



28 December 2010

~Wrap Up 2010 : Pertunangan/Perkahwinan~

Source : Here
Tahun ni berkesempatan menghadiri beberapa kenduri. Ekceli da tak ramai dah rakan sebaya yg kawen sbb suma skang ni pakat tggu anak plak yg kawen kan. Teheheheh. Tp ada gak la. Mana yg takde aral melintang, aku dtg je. Antara yg aku pegi thn ni  :

Selamat Pengantin Baru untuk
# Epol - kawan My Dear - April 2010
# Firdaus - Adik kakak ipar aku - May 2010
# Kak Mas - room mate masa DPA - July 2010
# Sara - adik se opis - Oktober 2010
# Zana - rakan se opis - November 2010
# Rina - adik se unit - November 2010
# Fiza - rakan se porem - Disember 2010

Dan selamat Bertunang utk akak ipo ku. Insyaallah bln 6 tahun 2011 nih beliau akan melangsungkan perkahwinan.
Kak Nisah - June 2010

Utk mereka suma, semuga hubungan berkekalan hingga ke akhir hayat!

10 November 2010

~Pasal Jemputan Kawen~

Ok, amik masa jap. Tetiba ada idea nak menulis. Ni berikutan kad jemputan da mula memenuhi board Unit/Bahagian la kan.
Owh. Tahun ni mcm aku kawen 2 thn lps. Hehari Tetiap minggu ada jemputan. Thn lps cam kurang sket. Tp mmg tak dpt la memenuhi sumanya kan. Ada yg mmg jauh. Kadang tu smpai timbul rasa serba salah. Sbb ada 2 jemputan yg mmg mcm wajib utk dipenuhi. Mmg la org yg menjemput tu tak berkata apa, tp keutamaan tu patutnya pada derang. Kita lak rasa mcm tak patut.

So, smlm berbalas msg kat FB ngan adik kat opis ni. Dimulakan dgn status aku yg lebih kurang gini : "banyaknya dpt jemputan, pegi mana yg bagi kad personal je la". Lps tu adik tu pun jawab "org pun nak buat camtu gak la". Lps tu aku kata "buleh je nak buat, mana yg tak bagi kad personal pun leh consider la kalo dia ajak personal gak". Pas tu dia jawab "akak buleh la, da lepas, org ni kang, tkde sapa nak dtg lak umah".

Ok, persoalan aku nak timbulkan adalah : kenapa kita ni mesti nak balas2 kalo dtg kenduri. Tk paham konsep gitu. Ko dtg kenduri aku, aku dtg kenduri ko. Eh. eh. No..aku bukan maksudkan adik yg balas komen aku tu (kang jadi isu plak..udah la beliau baca blog ni. Nana, akak bkn point to u yer..cuma komen mu itu mendapat idea utk akak menulis pagi ni. Thanks ek. Udah la skang ni mcm lampu idea nak tulis blog tak berapa nak kuar. Teheheheheh.)

Aku dulu mmg bagi kad jemputan pada suma org opis ni. Tp yg hadir tak smpai 30% pun, baik kat umah aku baik kat umah my dear (kad aku tuk org opis HQ saja masa tu dlm 2rat keping). Walo bas disediakan ke Perak sanun, tp tak penuh. Smpai aku lak rasa, iskk..rugi, better amik van. Sbb amik bas tu sbb derang amik nama mmg ramai, sudahnya on dat day, berapa ketul je yg naik. Tak kesah la kan. Takkan nak paksa paksa org dtg kenduri kita. Pastu sbb umah aku jauh, ramai yg pegi umah my dear, tp tu pun.. tp ok..aku tak kesah..bersangka baek la. Sbb aku nyer wedding mmg aku pilih time peak season org kawen. Pepaham je lah sendiri.
Yang menjadi kesah aku adalah bila sblm aku kawen, asal org jumpa je muka aku ni, baik kat lif, baik kat kantin atau memana lah mesti nak tnya "hai Ida, bila nak antar kad ni". "Eh, Ida, bila nak makan nasik minyak neh". Smpai satu part aku sudah hangen dgn soklan derang aku jawab "ok, nati saya bagi kad, saya amik  nama sapa tanya ni, kalo tak dtg saya mintak surat tunjuk sebab". Rimas okeh. Tanya, tanya...nati org bagi la. Tak sesabar nak tau aku kawen bila tu apsal.

So, aku pun sebulat suara ngan my dear utk bagi satu sorang kad jemputan pada suma org opis. Cuma mungkin ada gak terlepas mcm bebudak praktikal. Sbb aku siap mintak list nama kat HR utk staff yg ada masa tu. Dan akhirnya org yg sebuk2 tanya tu tak dtg. Siap lari2 dari aku bila aku masuk keja pas kawen. Takut kena fire ngan aku la kan. Ha..tu la pasal. Lain kali, kalo ko cannot make it, jgn la sebok2 tnya macam ko la nak basuh piuk belanga masa kenduri aku. Tp aku idak la sebok2 nak tanya balik "naper tak dtg kenduri saya". Kuasa la aku..ikut suka ko la nak dtg ke tak, kita dah menjemput. Pepandai ko la pikir. Mcm klik seunit ngan aku ni, dia pun tak dtg kenduri aku belah Perak n belah PJ. Padahal dia baik tu ngan my dear. Takde la aku nak tnya2 dia. Walhal aku tgk suma kenduri lain dia dtg je. Meskipun jauh di sudut hati aku, mmg aku terasa, tp lantak ko lah situ. Malas nak pikir pepanjang. Suci hati sudah. Ada la hal dia masa tu kan.

Dan, aku pun takde la nak amalkan konsep ko dtg kenduri aku, aku dtg kenduri ko, walo hakikatnya salunya begitu lah kan. But then, oleh kerana tak ramai yg dtg kenduri aku retu, aku seboleh2nya akan memenuhi jemputan org yg dtg kenduri aku retu. Sbb aku hargai derang. Tp...pada yg tak dtg, aku idak la pulak membalas dendam taknak dtg. Ok je. Aku dtg je kalo aku takde masalah. Esp, bebudak unit/bhgn aku. Pada yg datang kenduri aku, dan mmg aku tak dpt dtg aku cover la bagi hadiah bes bes sket. Ye lah..org berbudi kita membalas la kan. Mungkin atas dasar ini jugak la timbulnya konsep balas membalas ni kut.

Sebenarnya yg penting dlm memenuhi jemputan ni adalah keikhlasan. Kan mmg apa saja kita buat mmg kena ikhlas kan. Konsepnya mudah. Tak perlu nak dptkan balasan.

Ni this coming 27hb ni mmg ada kenduri yg sama. Satu di Keramat, satu di Melaka. Yg mana tidak boleh tidak aku kena hadiri kedua-duanya. Yg di Keramat itu mmg dtg umah aku dulu kat Perak. Naik keta sendiri lagi. Then yg kat Melaka, anak buah aku kat opis ni. Takkan taknak dtg kan. So, plan ngan adik2 opis ni, pegi kat Keramat tu malam or masa dia nikah je. Melaka tu gi on dat day la kan.

Tp ada gak main bg gitu je kad jemputan kat bahagian. Satu kad ko share la satu bahagian. Tak perasan pun kadang tu nak kawen. Patutnya masa bagi tu ckp la gak by personal. Takkan kad je jadi pengantara kut, org nye tak menjemput pun. Tidak la aku katakan harus nak bagi satu sorang. Ok je nak bagi 1 unit/bhgn share reramai, tp nyer boleh tak ko sembang2 tu ajak skali. Tp takpe la..itu cara org, yg aku nak rasa annoy apsal. Giler kah??? Ok, ok, sori eh..

Tu tak citer jemput by emel rasmi opis. Main sent to all. Lps tu tak kenalkan diri dari Cawangan mana. Ni biasa org cawangan negeri lah. Tau tau attach je kad. Ckp menjemput suma staff bla bla bla.. ek eh. buleh tak lenkali tulis duk cawangan mana. Yg bes, buat cam adik dept aku yg kawen last 2 week tu. Siap ada gmbr dia sekali. Kan bagus tu..takde la org tertanya2, ni sapa ni. Unit mana ni, cawangan mana ni.

So, itu la citer ari ni. Nenati citer lagik. Owh.. pada rerakan opis yg baca ni usah la nak sebar2 lak pasal entry aku ni. Ni pendapatan aku je. Pendapatan korang lain, korang leh tulis sendiri dlm blog. Kalo terasa aku ckp pasal kawan korang ke korang ke aku mintak maaf sesiap dan tahu la waktu aku menulis ni aku tak maksudkan sesapa pun. Ni secara umum je ni. Takyah la susah2 nak jadi internet bergerak nak sebar2kan citer aku ni. Takde keja lain ka. Baik capai SKT yg tak abis tu dulu dari duk menyebar2 citer aku ni. Tak reti reti???

Pada yg langsungkan perkahwinan tu, ku ucapkan Selamat Pengantin Baru.

30 October 2010

~Selamat Pengantin Baru Sarah~

Musim kenduri kawen dah tiba. Kad2 jemputan dah mula diterima. Dah bila musim ujan ujung2 tahun ni kena la bertemu musim ujan jugak. Pepagi ni tadi ujan melebat giler. Heemm...kena campak baju pengantin atas atap napak gayanya nih. Huhu.

Ari ni - 30 Okt 2010- memenuhi jemputan kenduri rakan seopis.
Harus pegi sbb dulu dia dtg umah aku, then bekas anak buah aku gak. Lagipun dkt je.
Pegi pun da kul 1 lebih. Seb bek tak panas kan. Kut tak...harus peluh tiak bagai.

Tema pengantin merah-putih. Uik..mengambil tema sempena piala Malaysia mlm ni ker?
Huhu. Kelantan katanya. Ok. Takde kena mengena.

Elok pun kami dtg lewat sket sbb pengantin bersanding dlm 2.30ptg.
Aku cam biasa la..harus nak selit2 masuk amik gmbr pengantin. Huhu. Entah..suka je nak wat collection gmbr2 pengantin ni.

So, tgk gambau je lah kita.

Dimulakan dgn pengantin lama. On d way. Nak tgk muka beso pinggan ke beso talam. Hua hua hua. Motip laki aku bawak keta smbil tido tu. Ngeh he hehe..

Yey!! kawen. kawen. kawen.


Selamat Pengantin Baru. Selamat menempuh alam baru. Dan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.

23 October 2010

~Pasal Perkahwinan : Part 2~

Ok. Kita smbg la cite kawen kawen nih. Retu pasal tgkp muat eh. Aku benti kat mana eh retu. Owh. Yg kata kalo tak kawen tu bukan penyudah kehidupan tu kan. Oh. Seblum tu, nak ucapkan trimas kepada pengkomen2 entry tersebut. Suma bagi pendapat memasing, saya suka. saya suka. Thanks eh. Nati kalo kelapangan saya masukkan komen2 tu dlm satu entry khas.

Ok berbalik pada kesah kawen kita. Di mana tadi. Oo..tang kalo tak kawen bukan penyudah kehidupan. Ya. Betul. Jgn risau la kalo kita ni tak kawen2. Jgn la tetiba jadi kelam kabut tgk ada kengkawan yg sebaya dah beranak pinak. Tgk kat FB kawan tu anak2 dia dh besar, kita ni masih lagi tercari2 pasangan idup. Ah.. lantak kan situ. Itu rezeki mereka. Rezeki kita sapa yg tau.

Ye lah. Mungkin ada yg kata, 'eleh..dia sng la ckp, dh kawen kan'. Btul la, aku mmg dah kawen, tp tau tak aku kawen umo berapa. Selangkah lagi kaki nak masuk 3 series tau. Tu pun seb bek aku lahir bln 12. Kut aku lahir bulan 1, thn ni kawen, thn dpn da genap 30thn. Ha. Sapa tak risau wes time tu. Aku pun risau. Mak aku lagi la risau. Udah la ayah aku tak sempat  nak nikahkan aku kan. Tp mak aku tak penah la mengajukan kerisauan beliau tu kat aku, mungkin dia taknak aku risau, tp aku tau dia risau (eh..berapa byk risau daaa).

Aku penah bertemu ngan insan yg risau amat tak kawen. Telefon aku gitau dia risau tak kawen, SMS itu ini. Penah skali tu dia SMS ke call tah menyatakan kerisauan dia. Masa tu aku igt lagi ari Ahad. Kan dlm paper ari Ahad tu ada ruangan cik kiantan ke apa ke tu. Yg org ngadu, then ada yg bagi jawapan tu kan. So, kebetulan pulak masa tu ada kuar permasalahan pasal kawen ni lah. Aku pun kata kat dia, pi beli paper sekian sekian, baca mukasurat sekian sekian. Aku tatau la dia baca ke tak. Hihikks. Dan skang org yg risau2 tu pun dah kawen. Suaminya hensemmmm... berpelajaran tinggi, keja pun beso. Ha..apa lagi. Tgk, Tuhan mmg nak bagi yang terbaik utk kita. Sbb tu di lambatkan nya jodoh tu. Tp tak lambat mana pun. Aku ni lagi lambat ha..pulak tu dpt org yg tak kenal spongebob. Ehh..eh..ter melalut.
Gmbr hiasan-makan beradap di opis plak. Huhu.
Then aku jumpa gak org yg aku napak tak risau, tp sebenarnya dia risau. Bila dia risau dia mcm ter cari cari sapa la leh jd calon ni. Dia kejar laki tu pun takpe. Kuar smpai tgh mlm ngan lelaki yg diminatinya yg mana aku rasa laki tu taknak pun ke dia. Sudahnya takde apa2 ngan org tu, kawen ngan lelaki lain. Tkpe la..dah jodoh katanya. Tp ingat..jgn bersusah seorang diri, jgn bergolok gadai sebelum & selepas kawen dan yg penting jgn mendukung biawak hidup di bahu anda (eii..geli oih..tetiba terbayang biawak komodo di selepangkan dia bahu ku ini. awww..gelisss nyerrr).

Jgn kata plak aku takde kawan yg umo dah 30++ tak kawen lagi. Ada... tp aku suka lihat cara dia. Dia dah ada umah sendiri, dia jalan2 seluruh dunia ngan kengkawan dia. Have fun, gi sana gi sini. Takde hal pun. Yelah, mungkin dlm hati dia ada taman sapa yang tahu kan. Tp dia tak la menunjukkan "alamak..cemana ni, aku tak kawen lagi..mati la..mati la". Aku pulak jeles kat dia. Gi Europe tour lah, gi Vietnam la. Mana negara la dia ni tak pi agaknya. Huishh...bes gilak. Aku nak ikot..tp aku mampu ke Bandung je ngan dia. Huhuhuuu..

Aku dulu pun ada target gak. Konon nak kawen masa umo 26thn. Ceh. Ada target konon. Sekali tersasar 3 thn. Ngeh hehe. Tak payah bertarget2 lah hai. Jodoh pertemuan ni suma Allah dah tentu. Mmg kita usaha, tp kalo itu bukan utk kita maka bukan lah. Sama juga mcm zuriat kan. Kalo Allah kata belum lagi maka belum lah lagi. Tp ingat...usaha tu mmg kena ada. Jgn ko duduk saja, tggu pinangan memana anak raja kan. Sama gak mcm nak dpt anak tu. Dah tau sethn lebih tkde anak tu pepandai la pegi sana pegi sini carik rawatan kan. Takkan nak main dan main dan main je. Eh. Eh.. 

Bila masa target aku dah ter lari sket tu takde la aku meratap hiba ke apa kan. Walo ada sekelumit rasa mcm 'alamak..bila la aku nak kawen ni' kan. Life must go on. Kita carik la sesuatu yg menghiburkan kita. Make new friends. Kuar ngan derang. Yups. Aktiviti sosial (ceh..sosial katanya..jgn so sial sudah yer) aku byk aku buat dgn kawan yg bukan kawan pejabat, bukan kawan sekolah dan jua bukan kawan se UiTM. Aku byk hang out dgn kawan alam maya. Haha. Aku ada kawan rapat dari porem mesra dot net. Sedari tahun 2005 camtu aku rapat dgn derang. Yg boleh share sesama masalah. Mmg bes lah. Karoke pun mmg wajib dgn derang nih. Tgk movie together gether. Shoping2, makan2. Berjalan smpai ke Cameron, ke Penang, suma dgn derang. Derang pun masa aku kawen, tunang pun dtg dr KL nih. Sayang derang ni. Hugs kuat2 utk derang (they know who they're).

Sebenarnya kalo kita rasa susah, ada lagi orang yang susah dari kita. Kita lambat kawen, ada lagi lambat kawen dari kita. Jd toksah nak bimbang2. Yang paling penting kita kena bina hidup kita ni sesempurna yang mungkin. Ya..aku tahu bukan sng nak mencapai kesempurnaan tu. Tp kita try la buat our dream come true. Takat mana yg boleh. Mcm beli umah tu kan. Dh keja sethn 2, boleh la beli umah. Lagi plak thn dpn nih, bajet 2011 retu dah umumkan pasal pembelian umah buleh  buat loan 100%. Dulu staff govt  yang pinjam ngan MOF dpt kelebihan nih. Tp skang suma dah dpt. Tp kena la ada dlm 2,3 ribu gak dlm tgn walo 100% loan. Yelah..legal fees lah, S n P lah, stamping fees lah dan etc etc. Aku ngan bebudak baru masuk ni mmg aku advise beli umah dulu. Yelah..aku dah rasa menyesal dan sakit dah. Keja dah 6 thn baru nak merangkak beli umah. Pulak tu umah makin mahal makin mahal. Tp biasa la..bebaru masuk, suma mcm tak hal je. AKu dlu pun camtu gak bila org advise. Rasa mcm ''eh..apahal aku lak nak beli umah, bio  la laki aku beli" tu utk pompuan la kan. Utk laki mesti rasa ''eh..bia la aku beli keta dlu, baru nak pkir pasal umah". Ha..beli la keta tu. Keta makin lama makin susut reganya, umah baru setahun dah naik reganya. Pikir-pikir kan lah.

Eh. Dah kelain citer nyer kome.. ok lah. Got to go lah. Lagi panjang lagi lebih merepek nya lagi menyampah org nak baca. So, kita jumpa di lain part plak. Mungkin citer pasal perkahwinan pasangan seopis. Haaa... Ngeh hehe.

16 October 2010

~Pasal Perkahwinan : Tangkap Muat~

Ari ni mcm nak bercerita soal yg seriyes sket. Aku tau aku bkn ariff utk memperkata persoalan mcm ni. Perkahwinan sendiri pun...bkn je baru setahun jagung. Tentah belum pun setahun jagung. Genap 2 bln lagi baru menjengah 2 tahun. Kan..sgt sgt baru.

Tp tak salah kut kalo aku just nak memberikan idea/pendapat berkaitan perkara ni.

Kali ni nak citer pasal perkahwinan tangkap muat.
Ada ke org yg kahwin atas dasar tangkap basah muat. Cemna nak kata eh. Entah, bila aku pikir2 balik, patutnya manade perkahwinan tgkp muat sbb jodoh itu telah ditentukan di Luh Mahfuz lagi. Maknanya mahu tak mahu, muat tak muat mmg itulah jodoh kita. Boleh kah kita menolak jodoh persoalannya.

Dalam memilih pasangan mesti kita carik yg hampir menepati citarasa dan dirasakan sempurna utk kita (kalo org lain rasa tak sempurna lantakkan..yg nak peluk hehari, kita jugak kan.. eh eh..hihi). Senang kata yg sekufu lah. Bila tgk sekufu salu org pandang tentang kerjayanya, ttg pendidikan nya dan taraf hidupnya. Mmg dalam Islam pun digalakkan mencari pasangan yang sekufu supaya mudah melayari bahtera rumahtangga tu. 

Ingat mudah mencari yg sekufu? Dah jumpa sekufu pasal yg ini, ada pulak yg tak sekufunya. Perjalanan aku sendiri mencari pasangan sekufu tu pun bukan mudah. Hampir 10 thn wes. Ha...bermula dari zaman belajar, org yg dah chenta maut dgn aku, aku dump kan sbb rasa 'oh..aku da blaja smpai degree..dia apa yg ada'. Mmg he's not meant for me lah aku rasa masa tu. Haha.. Mmg masa tu tak matang lagi kan. Sesuka hati dump kan org tak memasal. Mmg aku rasa berdosa sgt.

Seterusnya mcm dah berjumpa yg sekufu bila di thn akhir degree. Yg sama2 berlumba-lumba utk dpt DL setiap sem. Tp bila memasing dah kerja, dan si dia pula meng syaratkan itu ini pada aku jika kami berkahwin, yg mana aku rasa aku belum bersedia utk kesemua syaratnya maka hubungan kami berakhir. Aku percaya he's not meant for me juga. Tkpe lah. Padahal masa tu aku da mula rapat dgn org lain yg aku rasa 'ini mmg paling sekufu lah ni'. 

Yelah. Jawatan sama, umur sama, pendidikan sama eh tak..dia dip je..tp takpe..tak kesah asal ada diploma, dan kerja tpt yg sama. Mmg chenta giler jugak inih (wahh..pernyataan berani mampus nih..dah la ramai budak opis bc blog aku nih..tp ahh..derang pun tau kesah aku tu. Itu citer lama pun. Skang da nil dah perasaan tu. Haha). Tp kita je rasa dia meant for me, tp Allah lebih mengetahui dan tidak mengkehendaki dia tu utk kita. So, atas sbb2 tertentu, kami mengakhiri hubungan kami. Secara baik. Sememangnya aku redha, dia juga not meant for me. Dan hingga kini kami boleh bekerjasama. Profesional. Oh..harus diingatkan, hubungan aku dgn setiap org yg aku anggap kononnya 'meant for me' tu mmg baik..kami tak pernah bergaduh. Malah, apa2 je aku mintak tolong, derang pasti tolong begitu sebaliknya. 

Hinggalah aku bertemu yg benar2nya meant for me yg mana jika ditengok dari mula mmg aku tak anggap meant for me lah. Tidak sekufu jika dilihat dari segi kerjayanya, dari segi pendidikannya. Tp jika Allah telah menetapkan bahawa org itu adalah soulmate kita, itu lah jadinya. Kun Fa Ya Kun rite?. Benar.. pasangan ku ini jika dilihat secara prima facie (motip masuk word legal lak ni. Secara sepintas lalu lah) mmg bukan la sekufu. Tu lah yg menyebabkan ada yg hampir nak pengsan bila tau kami bertunang. Haha. Derang igt aku ni bakal pilih pegawai2 besar kut. Ada yg kata aku ni high maintenance. Dan ada yg penah kata kat laki aku, kalo ko berani pi la tackle dia. Haha. Aku bukan high maintenance yer. Aku tak penah berangan nak pakai h.bag LV, Coach ke dan tah apa2 lagi yg ada butik kat tgkt 2 KLCC tu. Aku boleh je pakai jeans Lady Like. Cumanya..aku ni mementingkan kualiti. Buat apa nak beli brg kat pasar malam kalo kita buleh dpt harga yg sama atau lebih murah kat dlm mall sana. Kan?? Mebi gaya la kut napak cam high maintenance..tp hakikatnya idakk.. aku bershopping pun ikut kemampuan. Tkde la terpaksa gali lubang tutup lubang bila nak bayar kad kredit. Buat apa nak bergaya smpai bergolok gadai kan. 

Bkn gambar hiasan. Gmbr outdoor masa 14 Dis 2008.
Dan igt senang ke aku nak buat keputusan utk mengahwini (?) my dear aku skang ni. Solat hajat, solat istikarah suma aku buat. Pastu tanya sekelian umat yg rapat dgn aku. Tnya pendapat derang. Bukan sng woh nak buat keputusan nih. Ye lah, dulu ko beria sgt kan nak org yg at least ada diploma la apa la..skali yg ni tak menepati ISO. Hah!. Smpai la org 'atas' pun aku tnya. Ni sapa yg follow blog lama aku tau la kan citer ni. Dan bukan sng woh kalo ia menjadi persoalan saudara mara. Masa tunang pun kazen aku ada tnya "Da..tunang tu pegawai eh?". Kan..bkn sng..bkn sng. Maka jawapku adalah simple.. "emm..keja satu opis je".  Mmg tak menjawap persoalan betul. Smpai skang ada antara family aku yg tatau my dear keja apa. Bukan nak rahsia kan..tp aku rasa tak penting pun utk derang tau. Yg penting mak aku tau. Dia tak kesah. Aku pun tak kesah. Tp ngan family mmg bkn sng la sbb adik beradik aku suma berkerjaya bidang kerajaan-gomen-cikgu. Suma ber pendidikan lebih sket dari SPM la pendek kata walo cuma diploma pendidikan kan. So, aku risau jugak my dear susah nak masuk ngan family aku, adik beradik aku. Tp aku tgk dia ok je. Pepandai bawa diri la kan.

Ekceli aku pun tak kesah la bila org tu takat SPM ke apa, cuma yg aku nak dia tu ada rasa tanggungjawab. Masa kawan ngan my dear, jarang2 bawak keta aku. Suma naik keta dia. Dia antar, dia amik. Cukup la kalo aku tgk yg itu dulu. Yg penting tidak menggunakan kesenangan aku. 

Kenapa aku kaitkan citer ni dgn citer kawen tangkap muat. Sbb mebi ada yg tatau  kisah aku, kata aku ni kawen tgkp muat je la. Maklum la. Aku kawen masa tu umo da 29. Mesti ada yg kata "ala..Ida tu tgkp muat je tu kawen sbb takut tak kawen nati/ takde org nak ke dia dah tu". Haha. Tp percaya lah. Bkn mudah aku buat keputusan nih. Tambahan pula se pejabat. Tapi... jgn la kita kawen atas dasar 'alamak..kalo aku tak kawen skang nati tak kawen2 plak'. Lalu tertangkap pula biawak hidup, yg kita kena tanggung hatta seluar dalam dia pun kita kena belikan.

Perkahwinan ini bkn utk sehari dua. Pikir lah masak2 sebelum buat keputusan terutama yg memilih pasangan yg agak tak berapa nak sekufu tu. Pada masa skang ni duit bukan segala-galanya, tp segala-galanya perlukan duit. Dah la org kata duit ni berantu. Family, adik beradik pun buleh berantakan pasal duit apatah lagi suami isteri kan.

Tak ber kahwin bukan penyudah kehidupan. Jangan la risau-risau kalo tak kawen.

Dah panjang giler. Nati org nyampah nak baca. So, nati aku smbg lagik lah. Part 2 plak. Hohoho.

20 July 2010

~Pasal Wedding Kak Mas~


Ini ari Sabtu lepas. Pegi memenuhi jemputan wedding. Kak Mas nama dia. My dorm n room mate masa kat Lendu dulu. Ok. kiterang masa part 1 mmg dok dorm. Tah pehapa. Aku masa tu pikir konon masuk ITM (ketika itu hingga part 3/4 diploma) dah duk bilik. Sekali...mcm masa sekolah jugak.. duk dorm. Tp takpe.. ai tak kesah. Dorm pun dorm lah.

Da lama lost contact dgn ini akak. Then dlm bln lps dia call. Naik plak nama dia dlm screen tipon tu. Tipon aku ni giler. Org2 yg baru aku masuk no dah takde..org lama dia ada save. Aku rasa sbb aku save dlm sim card dulu kut. Yg ilang tu sbb aku simpan dlm phone. Bila phone tukar no pun ilang lah. Apa2 je lah. So, bila dia kata kenal tak? Aku trus bangga je. "Kak Mas la..org ada tak penah buang tau no. akak". Haha. Kehal...aku pun tak ingat no dia ada dlm phone tu. Haha.

Lps tu dia ajak kenduri dia. Lps tu aku mcm xcited nak pegi. Lps tu kad pun takde antar. Just tag dlm fb (ok..ini tidak annoying sbb ada keperluan utk tag). Aku pun print je lah. Hai la hai.

Aku mmg xicted je nak pi kenduri member2 lama ni. Cam kenduri sorang akak tu retu. Tp bila org yang menjemput tu plak tak excited bila jumpa kita aku adalah rasa mcm terkilan. Layan pun ada tidak (oit..derang kan sibuk, mana nak melayan ko sorang). So, yg ni pun rasa antara nak pi ke tak, nak pi ke tak. Nati da pegi, kena lagi mcm retu, lps tu lost contact sbb masa nak kawen je ada dlm fb. Lps kawen ilang..so..mcm da serik. Jadi tanya kat bff aku yakni Pn Juwita , dia nak pi ke tak. Kalo dia pi, harus aku pun zass pegi. So, dia kata Insyaallah dia pi.

Aku pun zas zas pi beli adiah kat JJ Maluri time lunch ari Jumaat tu. Skali ngan adiah Ijat n Ila (eh. dia dpt ke blum tak adiah tu. Ila..incik Bob awak da bwk balik ke blum adiah tu. Kalo takde sila tuntut dgn dia okeh). Tp aku risau je bff aku ni last minit kansel nak pi. Aku print kad wish nak tempek dkt adiah tu pun buh dabel sided tape. Bbetul nak pi baru aku tempek. Ha... jaat giler kan. Mcm tak ikhlas. Ah..aku ikhlas lah. Tp aku kadang2 aku cam terkilan lepas gi tu, baik aku tak payah pegi kan.

So, dkt kul 1 baru gerak. Dlm FB aku mention gi kenduri Kak Mas tp aku tak mention dkt mana. Maleh aku aih. Sbb aku tau akan ada org kuar statement "ko taknak singgah umah aku pun" Maleh aku aih. Annoying je. Bukan intention aku nak singgah2 umah org lain. Aku nak pi kenduri, aku pi kenduri je la. Kalo nak singgah2 aku kabo. Tp kalo singgah aku nak makan nasik. Minum2 teh aku takmo. Wahhh..sombong.. lantakkk...

Smpai da dkt kul 2. Dak Ita da siap makan pun. Aku mmg msg ke dia suh tggu aku tak kira apa keadaan. Haha. Sian mak buyung tu da kepanasan. Kak Mas da sanding, makan suma dah. So, sng nak jumpa dia. Dia dari jauh da napak aku. Peluk2, muaah2, dgn dia baru makan. Bess.. ha..camni la bes. Bkn kita yg xcited dulu, dia yg dari jauh da sedia nak muaah..muaah..dgn kita.

Sembang2 ngan Ita. Lama gak lepak. Para suami kami tu kalo da jumpa mmg memacam sembangnya. Derang plak yg payah nak berenti sembang sbb Ita da sibuk2 ajak laki dia gerak. Derang nak gi Seremban. Aku lak trus balik kg. Haha. Kg my dear la. Dokek je dari situ (still aku tak mention kat mana wedding nih. Haha).

Seronok jumpa balik room mate nih. Cuma kurang sorang iaitu Putri. Mana la dia pegi. Langsung tak dpt dikesan. Tskkk... tingat kenangan dedulu. Nati la. Aku nak upload gmbr kiterang ber4 yg ikat tocang duk posing atas katil dabel decker tu. Haha. Aku terbayang nih. Umm.. lebih 10 thn dah pun. Kejap je masa berlalu. Ita pun anak nak masuk 2 dah. Rindunya that moments....
Us. Aku kembang. Ita takpe gak kembang..ada hasil. Aku nih. Tskkk.

Nati kita jumpa lagi yer Ta. Lps ko pantang lah. Kan kita plan nak cuti2 together. Tkpe..usung je anak2 ko nati. Safiya pun ok je dgn aku napaknya. Saja je tnya kat dia 'ini (smbil tunjuk diri aku) kakak ke auntie?' Dia jawab 'auntie'. Alahai..baru bangan dia kata kakak. da napak tua rupanya aku nih. Haha. Kata Ita kalo bwk anak dia tu ke opis, anak dia akan panggil sendiri, kakak ke auntie ke nenek pun ada dgn kawan2 opis Ita. Heh. Seb bek dia tak kata aku nenek. Wakakakaka.

Seronok nya jumpa derang nati. Tkpe..nati mebi leh ajak Kak Mas join skali kalo nak gather2. Hehe.

PnStoberi : rindu serindunya

9 May 2010

~PnStoberi di Wedding Kulai & Sentul~

Ke Kulai Johor on d 1st Mei.
Kan..hampir seluruh semenanjung aku pusing dlm 3 wiken nih.
Cuma Kelantan n Terengganu je tak lalu.
Lain2 suma lalu.
Nak ke Perlis, lalu Perak, Penang n Kedah.
Pehtu ke Pahang.
Then ke Johor, lalu N9 n Melaka.
Phew..

Kali ini ke Johor gi ikut rombongan utk ke rumah pengantin. Mcm menghantar pengantin lah. Tp tidak juga lah sbb pengantin dan beberapa ahli keluarganya da pegi dulu utk nikah. So, kami 1 bas dtg kemudian lah.
Ini adalah majlis perkahwinan adik kepada kak ipar aku. Oh. Family kami mmg rapat dgn family belah akak ipar aku ni. Aku pun slalu je bertandang [jika ada urusan lah] ke umah parents kak ipar aku nih. Retu ke Perlis pun kiterang suma tido umah adik kak ipar aku ni lah. So, agak merapat di situ which aku da kenal suma adik beradik kak ipar aku ni. Jd takde la rasa cam janggal ke apa kan.
Bertolak dr Sentul lebey kuang 7.30 camtu. Tup2 kan elok smpai Seremban perkara tak diduga telah terjadi. Elok2 baru nak warm up atas bas tu ttiba terdgr satu letupan. Owh. Mujur juga bas tak laju. Mujur juga bas duk di laluan kiri shj. Bayangkan kalo bas laju dan duk di lane kanan. Giler. [kenapa eh? bila je kita ditimpa bencana ke apa mesti kita ada ckp "naseb baik / mujur"] Itu maknanya Tuhan masih beri kita peluang kan. Emm..muhasabah sket. Huhu.
Dan once again naseb baik juga bas tu tayarnya meletup kat hentian Seremban. 2 kali jugak aku ke tandas Petronas tu. Pulak tu smpat la kami makan nasik lemak yg dibekalkan oleh tuan rumah. Huhu. Ini benarnya dlm plan mao makan kat hentian Pagoh ke mana tah.-kak ipar aku a.k.a ketua rombongan
-bas walo bas sekolah tp selesa. Siap ada tv flat screen dpn dan di tgh2. Ate' tgk dvd je la aku. huhu.
-tu dia..ttiba jem menghala Seremban n Melaka. Gileww..
-Tayar yg pecah.
-Madear yg makan sik lemak.

2 jam stuck di situ menantikan org w/shop tukarkan tayar. Uihh...haiii...
Smpai Kulai dlm kul 3 lebey. Prut masing2 da lapa trus makan lah. Makanan adalah sedap. Daging masak apa tah. Tp sedap. Aku da tak larat la nak pi amik gmbr dkt2. Ini mmg hampas la jadinya sbb cuma zoom dr tpt duduk je. Huhu. Tp pelamin adalah me lawa. Kerusi itu aku sker. Dulu tk smpat nak pakai sbb masa aku kawen dia baru nak start pesen camtu. Rasa mawi yg start pakai camtu dulu. Mawi adalah kawen seminggu slps aku [motip nak kaitkan dgn perkahwinan Mawi??]
Dan lps tu trus balik. Tk singgah memana. Mula mcm nak singgah la Ayer Itam ke mana ke. Namun hanya tinggal impian sbb mcm da lewat. Jd trus balik. Singgah solat kat hentian Machap rasanya [eh. hentian ni mmg byk lalat ek? Tp bagus gak sbb f.court dia pakai air-cond. Ngeh].
Lps tu berenti makan kat..alah hentian mana tah. Sblm hentian jejantas air keroh tu. Yg ada gerai Tu Dia Pak Tam tu. Bes jugak hentian ni. Napak cam bes je makanan2 dia.
Smpai umah dlm pukul 10 lebey camtu. Ok. Pengalaman pergi makan kenduri sejauh 300++km. Pegi-makan-balik. Huhu.

Then minggu ini di Sentul la plak. Majlis menyambut menantu. Kat Dewan Komuniti Sentu. Ini ada byk la gak gmbr but then aku suh anak buah aku je amik. Tema hijau. Walo panas tp selesa sbb kami dpt rileks kat bilik VIP yg dikhaskan utk family nak berehat. Lama gak la melepak. Dari kul 12 smpai kul 2 camtu. Then balik lah sbb aku nak kena keja plak malam tu.

So, apa pun Selamat Pengantin Baru utk Firdaus n Norizah. Pasangan ini juga sepejabat spti kami. Hihoww.

PnStoberi : Goodie Box dia cantik

11 April 2010

~PnStoberi & Wedding di PJ~

-Sewaktu entry ini ditulis, penulis baru shj pulang dari menghadiri majlis kenduri kahwin-

Panas membahang. Aku dh agak mesti peluh tiaknya lah. Nasib la umah sang mantan pengantin hanya sekangkang kera shj jaraknya dr umah in law. Kalo bawak keta, paking jauh, bkn sj peluh tiak malah merembes di merata2 celah gamaknya. HiHowww...

Ok. Ini adalah kundury [ini style dik Liana tulis dlm fesbuk beliau- Na, Kekda tiru ya.. HiHowww] kahwin kawan setaman my dear. Jd kena pegi. Tp mcm vongoks aku ni..buleh terlupa nak beli adiah. Bengong. Masa siap2 baru tingat. "eh. Apsal mcm takde menda je nak bwk gi kenduri nih" Tp my dear kata takpe..dah bagi duit share2 ngan kawan2 dia retu. Ok..tkpe lah.. Kawan kau kan. Aku tk kesah. Kalau kawan aku, aku kesah. HiHowww.. [eh..mcm sdp plak sebut HiHowww. Muehehehe].

Pegi. Trus makan. Lepas tu tgkp gmbr. Lepas tu balik. Kuasa aku nak tggu lama2. My dear aku suh la pi balik jumpa sohabat lama beliau. Yelah, beliau da lama tk jumpa rakan2 setamannya tu. Nati mereka kata "Eh, bini ko control kau eh?" Not good. Not good. So, pegi la. Mlm td pun beliau melepak smpai kul 2.30pg. Aku cuma msg sekali je. Sbb nya aku da tertido dpn laptop yg line internet nya melampau lembap mcm hamjadah. Pastu terjaga. Lps tu tak buleh tido dah. Lps tu trus msg beliau. Adakah kebarangkalian sbb aku tk buleh tido sbb beliau tiada di sisi?? Haha. Melampau. Aku kalo da ngantuk takde dikiranya. HiHowww..muekekekek.

Tp kan, aku rs mcm kesombongan plak sbb balik awal dan my dear ada di sana. Yelah, td aku napak wife nya kawan beliau ada kat dlm umah pengantin tu. Tp aku malas nak masuk. Sombong kan aku? Haha. Bukan per. Nati aku tatau nak borak apa. Seriyes. Aku ni mmg ramah tamah tp kan kalo org tu bukan..err..bukan apa ya nak kata. Mcm bukan se aliran kut. Eh, bukan. Se karier. Lagi bukan. Ok, camni..mcm dia tak keja ke kan..ha..aku da lost point nak sembang apa. Dan ditambah plak kalo org tu pun idak menanya2 ke aku. Ha..gitu. Lgpun retu aku da penah skali bersua. Kira mcm ttiba senyap..ttiba senyap. Mmg not me la kan yg suka prong prang prong prang berckp ni kan. Maksudnya PR aku masih di thp low la sbb tk reti bersembang mengikut situasi.

Jd, balik umah in law. Buat entry ini. HiHowww...

Pengantin memakai biru turqoise. Nice.


Dan kami memakai baju kuning yg menambah bahang. Pun nice la ngan peluh tiak suma. Muekekekek :P

Untuk mereka Selamat Pengantin Baru. Cepat2 lah beranak, kut tak nati cair telinga mendengar soklan sebagaimana kami ni. Waah..class ucapan gituwww

PnStoberi : Bes kan sanding *tetiba*

2 January 2010

~PnStoberi ke Darul Ehsan Kelab~

Eish. Byk lak citer bes mlm ni kat tv. Mana 1 nak tgk nih. Cekerama ke, Idola Kecil Final ke, jap gi tv2 pun ada drama.

Ok.
Tajuk cam gempak.
Darul Ehsan Kelab la pulak kan.
Bakpe la plak nak pegi ke situ? Main golf kah?
Haha.

Ada undangan perkahwinan.
Ini sedara sebelah ayah my dear.
Masa nak masuk keta nak pegi tu aku tnya my dear apa hub. dia dgn pengantin. Sepupu ke apa ke. Dia kata "sedara". Ok..

Gi umah PIL, amik derang then pusing balik KL utk ke Darul Ehsan Club nih.
Mulanya aku ingat majlis adalah di rumah shj. Tup2 rupanya di kelab ini. Udah la tak bawak adiah [ha..my dear mmg cenggitu. Tk payah, tk payah itu la je dia ckp]
Mujur jugak la aku berpakaian ala2 bersesuaian dgn majlis di kelab2 nih. Mmg mulanya ingat nak pakai baju basahan gi opis tu saja. Hehe.

Best la buat di kelab ini.
Ada pokok2 menghijau. Ada ikan2 yg berkumpul menanti kita mencampakkan makanan bila kita dekati jematan tu.

Kami smpai agak awal. Disambut oleh remaja lelaki yg berpakaian ala scottish band-uik, mula ingat da silap majlis ke apa.
Ok, aku mmg sker je majlis kat tpt2 selesa camni. Takde lah nak berpeluh panas. Lagipun aku pakai tudung lilit2 tu kan.
Pengantin pun tiba agak awal. Sblm pukul 1.

Pengantin diiringi flower girl yg comel.
Pengantin juga adalah sgt cantique. Hehe.

Tp selain flower girl, pengantin bkn diiringi dgn paluan kompang.
Tp ini.
Patut la ada bebudak ini kat depan tadi. Pengantin diiringi dengan scottish band dari sekolah mana yer. Ada pengacara tu ckp. Setapak High School ke apa ke tah.
Bagus. Ada kelainan.

Bila di kelab2 ni pelamin pun harus la cantik kan.
Aku mmg sker je tgk pelamin cecantik nih. Jd harus la amik gmbr [walhal tak kenal pun pengantin tu. Muahahahaha..gasakkk]


Pelamin simple tapi menarik. Cantik. Guna fresh flower.

Lepas my FIL n MIL jumpa sedara mara derang k'org pun balik lah. Tnya kat MIL ttg hubungan kekeluargaan mereka. Rupanya bapa pengantin adalah sepupu kepada my FIL. Owh. Makna my dear ngan pengantin adalah 2 pupu. Gitu kan? Yelah kut.

Apa pun diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka.

Dari kami sekeluarga. Ngeee [nak jugak enteprem. Amikkkkk]

Pnstoberi : Moga kekal hingga ke akhir hayat

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign