Pages

17 October 2010

~Pasal Belanjawan Berkaitan Org Gomen~

Ramai dah buat citer pasal bajet kan. Ok..byk la yg dibentangkan memberi faedah kepada rakyat. Tp oleh kerana aku ni mmg di bawah tagline "S.Y.M.P" maka ku keluarkan yg berkaitan dgn org2 yg before sign kat surat ada SYMP je lah yer. Hihikk.

76. Sememangnya pun, Kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita.

Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan.

Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, Kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini.

Kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
(300 hari sepanjang perkhidmatan okeh. Bkn dpt 90 hari bagi 4,5,6 mahupun 10 org anak. Aku rasa kelakar sbb blum apa2 kat opis kecoh suma ber lawak kata nak beranak tetiap thn bagi smpai opis kosong. Haha. Bebaik cik kak..jgn smpai cuti tanpa gaji pula nati. Hik hik. For me.. cukup la kut.. 100 ari sorang anak, dpt 3 anak. Tu pun kalo smpat 3..umo pun dah lanjut ni..cena?? haha)

106. Strategi keempat adalah memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.

Dalam mengemudi Malaysia menjadi negara maju, Kerajaan yang kini mempunyai RM1.2 juta penjawat awam perlu mengoptimumkan sistem penyampaian Kerajaan di mana penambahbaikan sentiasa wajar diambil untuk mempertingkatkan produktiviti negara.

107. Jelasnya, fungsi kerajaan adalah pemudahcara bukan penghadang. Berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan seharusnya bersifat menyenangkan bukan menyusahkan.

Untuk itu, Kerajaan akan terus mempermudahkan lagi sektor swasta berurusan dengan agensi Kerajaan.

Ke arah ini, inisiatif MyCoID Gateway yang menggunakan nombor rujukan tunggal Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi menjalankan urusan telah pun dilaksanakan.

Inisiatif MyCoID ini akan diperluaskan ke agensi-agensi dan kementerian lain.
(aku sendiri yg keja kerajaan ni pun cukup takut kalo nak call jabatan kerajaan lain. Sure aku terpelanting sana sini baru dpt berckp dgn person in charge..tu pun kalo naseb baik. Kalo tak...jawapannya adalah "maaf cik, Pn xxx / Tn xxx ada meting". )

110. Penjawat awam selaku pelaksana dasar adalah komponen yang amat penting di dalam usaha negara merealisasikan wawasan kebangsaan.

Tanpa agen pelaksana yang cekap, berkesan dan dinamik wawasan negara, akan hanya tinggal sekadar matlamat murni.

Sehubungan dengan itu, dalam usaha berterusan menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambilkira maklumbalas penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan atau PTK dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam menjelang Jun 2011.
(eh, ni kira 46 soklan tu takyah buat la ni yer. Hihi. Dan..pheww...lega jap sbb aku tak perlu amik PTK lagi kat jawatan baru nih. Haha..)

111. Di atas segalanya, Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan penjawat awam yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif Kerajaan, termasuk Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

Dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, Kerajaan akan:

Pertama: Meringankan beban penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500
(Alhamdulillah..dulu dpt RM500 masa raya, kali ni dpt lagi..bagus gini sbb barang takde la naik mendadak. Bayangkan kalo dpt lump sum..harus esuk pagi juga kuih karipap jadi singgit sebijik. Padahal dptnya bulan 12 nati. Giloss)

Bantuan kewangan ini akan diberi kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara Kerajaan. Pembayaran akan dibuat pada bulan Disember ini;

Kedua: Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000 berbanding seribu ringgit pada masa ini selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.

Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara Kerajaan; dan

Ketiga: Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh setahun lagi.
(fuh..ini aku lega sbb aku ada 5 org PKS di bawah seliaan aku. At least derang leh tulung lagi buat aset tu. Dan..harap mereka kerja lah sebaik mungkin)

Kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan Pegawai Khidmat Singkat baru.

112. Tambahan dari itu, bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki lagi syarat-syarat untuk membuat pinjaman perumahan, Kerajaan akan:

Pertama: Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik;

Kedua: Menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000 berbanding RM10,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua; dan

Ketiga: Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa kini.

Kesemua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.
(ni pun Alhamdulillah gak sbb harga rumah makin naik. Dgn kelayakan aku tu, hanya leh dpt umah tak bertanah je di KL neh (umah yg baru la tapi). Dah bertambah ni, nati leh pikir nak beli 2nd home lak kan..tp idak la skang..mau 10 atau 20 thn lagi lah. Huhu )

Sumber : Here

4 juta komen

anak azi dh ada sorang, rancang klu ada rezki nak 4 orang...hi3
so cukupla 300 hari perkhidmatan...

ha..bagus kan..siap leh plan lagik. Huhu..

akak, tak paham statement yg ini

"Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa kini"

yang rumah pertamaku tu pulak camne.yg 220000. eka tertarik yg itu,since lom ada rumah lg....tse tse tse..tp bila pk balik,nak beli umah 220000 ka png, besar mana la sgt.penuh dgn ca ya nun alif

akak keje jabatan apa

EKA :
Skang had max loan rumah adalah 360k sajork. ikut kelayakan gaji memasing lah kan.
So, skang derang dh naik kan. So, bila yg atas skali dah dpt 450k, mesti yg lelain pun naik skali.
Nati sure ada pekeliling baru yg cakap berapa kelayakan baru nih. Eka leh tgk kat sini kalo nak tau lebih lanjut.http://bpp.treasury.gov.my/web/

Eka leh wat combine loan ngan asben gak utk bagi byk sket value dia.
Akak bdn berkanun (agensi) - kraftangan malaysia

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign