Pages

8 June 2012

Menahan Marah


Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Menahan marah
Hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“ Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”

Riwayat al-Bukhari

Huraian
1. Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya.
2. Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat.
3. Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.
4. Sesuatu persoalan atau wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang, janganlah diminta secara mendesak atau menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah menggunakan tutur kata yang baik, bersopan dan sabar.
[sumber : e-Hadith]

#walau banyak negatif yang dilihat pada aku ini, tapi aku juga berusaha untuk memperbaiki diri. Tapi, kpd yang tegar asik memberi kata negatif tu, renung kembali kepada diri sendiri, adakah terlalu 'tawadduk' hingga layak menggelarkan orang lain dgn kata kata yang menyakitkan?
Renung renungkan lah..
Selamat berhujung minggu.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign