Pages

1 June 2012

Edisi Wedding Anak Buah : Sanding

Pak pak gebung gebung...
Oke, seterusnya 27 Mei 2012 - Ahad. Hari bersejarah utk anak buah aku ni lah. Time kita dah berlalu. Mari bagi laluan pada pengantin baru plak. Haha.

Pagi tu, ada marhaban. 

Makcik2 nya, yakni akak2 ipar aku, menyiapkan hidangan pengantin. Ye, si mama pengantin [akak aku la] nak buat hidangan pengantin sendiri. Jadi, akak ipar n co [anak2 buah aku] pun turut la sama mengadun hidangan pengantin. Makcik a.k.a Maksu? Takpe lah.. pakai baju putih on dat day, nati kotor. Haha. 

Tp aku tolong kat meja bufet kat khemah. Ngan Paksu nyer skali. Kasik doorgift lah. Kadang jadi penyambut tetamu juga sbb kakak aku sudah entah ke mana. Tak dpt dikesan. Jenuh la bagitau 'adik tuan rumah, adik tuan rumah'. Padahal org kata 'ada aku tanya'. Haha. Tp kami dpt name-tag camni. 

Kan aku dah buat WW tu ari. Satu tu utk aku as aunty [hehe. Oh My English.. hehe. Auntie or aunt sepatutnya kan. Takpe lah. Bahasa pasar]. Serta uncle, utk Paksu dia lah. Ada cousin, brother, opah, mama n abah. Tp bukan org tgk pun mendalah tu. Sbb tak pakai se-tema boleh la pakai camni. Kalo se-tema, taperlu lah kut. 

Kenduri byk kt tpt lain. Rata2 yg dtg seme kata ada 2,3 buah umah lagi nak pegi. Jadi lauk cam ayam tu pun orang amik sket je. Mujo akak aku ada buat mee rebus (dpt makan semangkuk je, tu pun share ngan mydear. Sedap woh!) then ada eskrem kon. Jadi tumpuan la eskrem tu. Anak2 buah aku ulang 3,4 kali. Aku mujo dapat merasa juga satu. Kut tak..mmg tak la. Dah la ada memacam perasa.


Pengantin mekap kat kedai. Lambat giler. Suppose nikah 1.30pm tp drag smpai kul 2 lebih akibat pengantin tak siap mekap lagi. Ha.. kan... biasa dah tu. Mmg biasa. Hihi. Pulak kata anak buah ku ada 5 pengantin yg di mekap. Mmg buat duit. Kalo dia yg pegi rumah orang, harus tak dpt mekap ramai2. Fuh. Mujo aku dulu mak andam dtg rumah. Senang hati. Tp tak masuk kesah masa menyambut menantu kat sini. Bleh lak mak andam lupa. Ha. Kau.. kul 11 baru muncul. Sudah la mekapnya smpai 2 jam. Org di PJ dah call call macam nak giler sbb lambat sgt. Eh. Tercerita perihal aku plak. Sudah!


Tp kul 2 camtu orang pun dah tak ramai. Tp pengantin lelaki bawa rombongan ramai. Sbb derang tak buat kenduri umah pihak lelaki. Jadi ramai la sedara mara ngikut. Pulak tu udah la dari Pahang. Dan secara kebetulan mengenali kuarga mertuaku. Aaaa... kenapa la salu camtu kan. Pi mai pi mai tang tu jugak..


Jadi, sanding - merenjis - makan. Itu saja. Simple je mereka ni. Potong kek pun takda. Lps tu sesi bergambar bersama family. Lps tu derang outdoor. Sgt beruntung. Sbb duk di Taiping. Harus la taman tasik Taiping jadi saksinya. Harus lah posing2 di tepi tasik. Aku dulu posing tepi sungai ja [eh, terciter pasal aku lagi. Haha]. Kata anak buah aku, ada memacam kaler pengantin ada kat tasik tu yg sesama buat outdoor. Haha. Dia pegi stesen keretapi jugak. Harus gmbr cantik. Aku tak follow derang outdoor. Panas tak terkata time ni, lagi mau nak keluar.


Oh lupa. Ni napak cam karoke, tp bukan. Derang kena intebiu ngan pakcik DJ ni. Ha... old timer oh DJ nyer. Skali kuar lagu nasyid je. Kalo nasyid zaman kini tu takpe la. Ke lagu Maher Zain ke kan. Ni skali kuar lagu selimut putih. Ko mampu? Terus rasa insaf. Haha. Lps tu duk baca doa makan, doa lps makan, doa naik kenderaan. Hihi. Smpai mak aku komplen, kenapa takde lagu selamat pengantin baru. Lagu indon, lagu omputih lagi la kim salam. Hihi. Mujo time aku dulu DJ muda, pulak tu dia tanya apa taste lagu kita, nak lagu camana. Mmg seme orang kata bes la [eh, lagi pasal aku. Sekius moii...]

Itu saja lah cerita cerita perihal wedding anak buah ku [serta citer aku juga. haha]. Sesilap ni kang harus aku menimang 'cucu' dulu. Haha. Mak redho nak....

Last but not least, gambo pengantin ngan mak su beliau.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign