Pages

4 June 2012

Edisi Wedding 3 June

Kerja penting.
Tapi pada masa yang sama family juga penting.
Namun, sekiranya tidak dpt dielakkan pasti kerja menjadi keutamaan.
Tapi, kali ni aku terpaksa memilih keluarga kerana mak berharap nak tgk cucu saudaranya menikah.
Mak ikut balik KL lps wedding anak buah kat Taiping tu.
Kalo ikutkan mak mmg tak larat. Dah uzur pun mak aku tu. Jalan pun guna tongkat skang ni.
Tapi...dia kuatkan gak smgt. Demi nak tgk cucunya.
Aku hantar dia tido kat umah org tu 2 mlm. Bukan tak boleh aku nak kata "mak, tak payah la dtg KL, bukan penting pun kenduri tu. Lenkali kita pegi jenguk diaorang. Saya nak pegi Kelantan. Main sukan"
Tapi, tergamak kah???

Kalau ikut, aku mmg boleh je tak pegi kenduri. Boleh je pegi Kelantan. Aku pun bukan nak pegi sgt kenduri tu. Penat tau. Tetiap minggu ke sana ke sini. Kenduri sana, kenduri sini. Tapi kasihan mak. Takde rumah lain di KL ni yang mak boleh menumpang. Takkan aku bawak ke KL, lepas tu terus hantar ke rumah sedara aku tu. Lebih baik takyah dtg langsung. Pun kalo aku tak bawa ke KL ni pun, dia pun tak dtg. Lagi pun abang yg jaga mak aku kat kampung tu balik umah mertua dia. Takkan aku nak tinggalkan mak aku yg uzur tu kat rumah kampung seorang diri. Mungkin orang lain boleh buat begitu pada emaknya. Namun, tidak bagi aku.

Yer, kalo tgk, mmg mak aku tak larat nak jalan. Tp digagahkan juga. Sbb tu aku cam terhiris btul hati bila ada yg pertikaikan. Lepas tu dikatakan plak aku control suami. Astagfirullahalazim... Aku tak pernah kata pada dia "jangan pegi". Tidak sama sekali. Demi Allah. Untuk apa? Terpulang dia lah nak pegi ke tak. Kalo control, aku ni 24jam nak dia ngan aku. Ni kat ofis, lunch pun tak penah skali bersama (kecuali kalo ada event).  Susah. Memang susah kalo seofis, terutamanya bila jawatan berbeza. Sbb tu kalo ada peluang aku nak g tpt lain je.   Sbb tu aku nak sgt sgt sambung blaja. Itu la satu2 nyer jalan yg ada. Ya Allah, bantu lah aku. Kenapa aku selalu terduga dgn kata kata orang. Ya Allah.... berilah kekuatan pada jiwa aku ni.

Takpe lah. Aku serahkan semuanya pada Allah.


Oke, ni je gmbr aku amik masa wedding 3 June tu. Dah masukkan pun dalam FB. Panas sgt time tu. Pengantin pun dijanjikan kul 1.30pm, smpai kul 2 jugak. Biasa...biasa dah tu.



Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign