Pages

5 June 2012

Edisi Menginap Di SSL Traders, Taiping

Masa yg anak buah aku kawen tu, aku nginap kat SSL Traders.
Mmg mengada2. Bukannya ramai pun kat umah akak, tp saja nak tido hotel.
Alah, bkn otel mahal pun. RM100/nite. Includes breakfast. Murah kan.
Aku booking sejak dari bln 3. Yang aku ngengada kasik teaser kat entry sini.

Sbb aku tau time itu adalah peak season. Sure penuh kalo tak book awal2. Gi pun tpt ni dkt je ngan umah akak aku. 5 minit camtu ja. 
Check dlm kul 1 camtu. Bleh dah check in.

Mak aku tumpang solat jap. Dia tido umah akak aku.

Bilik.. pergh. Sempit giler. Tp idak la sesempit bilik kat Hongkong sanun tu kan. Itu kalo convert duit kita dlm seratus stgh camtu. Kat situ jalan pun kena mengiring. Ini idak la camtu. Cuma dia takde almari bagai. Ada tpt menyangkut baju, takde tpt mekap bagai. Tp dia letak cermin besar n ada cam meja kecik utk letak barang2 mekap gitu. Bilik air pun elok luas cam otel biasa.

Cuma yg bes, ada ni.

Wifi zone okeh. Bebtul ter tempek dpn bilik aku. Huhu.
Takde password bagai. Biasa otel memurah ni, wifi kat lobi ja. Kalo kat lobi siap ada dia sediakan ipad (lupa lak nak amik gmbr).

Makan lak. So so ja. Mmg tak buleh byk bunyik la kan. Satus je ko bayar. So makan je apa yg ada. Cam biasa la. Nasik lemak, tp ikan bilis habis. Smpai sudah tak berganti. Lain apa tah. Lupa dah. Lps tu call mintak iron. Kemain lama nak hantar. Sampai kena call 2kali. Bila sampai, elok panas lagi iron tu. Ate.. kabo la ada org tgh guna iron tu. Lagi lawak sbb smpai ngan kain tebal. Katanya iron board patah. Haha. Oke lah.... jgn banyak komplen. Seratus je satu malam. Paking pun senang. Dia cam ada lot paking sendiri yg luas.

Jadi, oke la. Menginap utk outstation ke, kenduri ke boleh la. Kalo sekadar bercuti nak merehatkan minda, elok carik hotel lain la kot. Byk lagi hotel kat Taiping yg bes bes katanya.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign