Pages

1 June 2012

Edisi Wedding Anak Buah : Nikah

Penat nak menulis dah. Aku tempek2 gmbr dah la kut kan.
Last weekend, anak buah aku kahwin. Yer, anak buah itu adalah anak saudara iaitu anak kepada kakak sulung ku. "chara" kan dah ada anak buah yg dah kawen? Haha. Yelah, aku anak bongsu, jadi takde pelik bila anak buah [sulung] aku dah kawen. Oke. Dah, situ je, taperlu aku citer salasilah korga plak kat sini. 
Centre piece-pengantin nebes. Huhu
So, berkampung la kami di Taiping sanun. Nikahnya hari Sabtu - 26 Mei 2012. Selepas Asar. Oh. Kelam kabut sungguh time ni. Dah la macam lambat sbb nak konvoi ngan pengantin lelaki. Lps tu masjid tu plak di celah2 rumah orang. Pengantin lelaki pun tak sempat solat Asar berjemaah kat masjid tu. Pulak tu derang nikahkan bukan kat area tpt solat tu. Di kawasan luar cuma. Sokay la. Asal kawen sudah...

Tak pasan time ni, tetau dah settle. Heh!
Adik kepada pengantin yang menikahkan. "Chara" jugak kan. Kami sefamili cam tak yakin dgn kebolehan beliau. Tp beliau yakin. Tahniah diucapkan. 

Di sini aku ada komplen sket. Eh. Bkn komplen la, mungkin sekelumit rasa lah. Sebenarnya kadi yg bertugas ni bkn dari kariah tpt anak buah aku duk tu. Sbb kadi tu pegi bercuti [bleh la plak time peak season ni ko bercuti kan. Tp apa nak buat.. ]. Jadi, kadi lain la. Tp seriyes, aku agak kecewa, beliau tak 'study' dulu borang2 pernikahan pengantin. Bukan lah aku kata nak study tu smpai kena belek borang2 derang tu, lalu hapal macam nak exam esuknya. Tak..bukan camtu. Just ko tau, yg pengantin ni tidak diwalikan oleh ayahnya sebab ayahnya dah meninggal !. Itu saja. Simplest thing oke. Dlm form tu dah ada seme kan. Ini tidak. Bleh lak beliau berteriak (bukan la berteriak, cuma nada kuat la) memanggil nama arwah ayah pengantin perempuan yang dah meninggal. Sungguh kurang sopan ku rasakan. Beberapa kali pulak. Lalu kami sahut 'ayah pengantin dah meninggal'. Yelah, kami tak suspect yg si kadi ni akan panggil nama arwah sbb macam aku dulu, kadi dah tahu yg abang aku yg akan mewalikan aku sbb ayah dah meninggal. 

Itu satu. Satu lagi perihal saksi. Langsung tak ditanya. Kalau macam tu baik tak payah ada saksi. Nama langsung tak disebut. Suppose pun saksi akan dpt duit yg kadi akan bagi. Tp ni takde. Tau lah sbb abang aku (pak sedara pengantin salah sorang dari saksi). Tak kesah la tak dpt duit tu. Tp cam rasa, eh, kadi ni nak cepat ke apa? Dah la langsung khutbah nikah pun tak dibacanya. Hanya lafaz taklik je yg pihak lelaki kena baca. Dan ada la ikrar keizinan dari pengantin perempuan. Cam aku retu takde menda tu. 

Mmg berlalu pantas. Sekelip mata dah siap. Kami cam, ek eh.. da settle?. Yelah, time tu 2 pasangan nikah serentak (anak buah aku, and ada satu lagi pengantin).
Masa ni aku yg suruh buat itu ini. Haha. Kepohhhh....
Welkam our new family member's
Aku mmg comot momot lah time tu dek kerana peluh melampau. Panas oh masjidnya. Yelah, bkn dlm area kawasan solat tu. Di luar je. Kalo cam gini gaya, di rumah pun oke. Tp biasanya kat Perak, mmg rata2 akan nikah di masjid. Aku dulu pun kat masjid, juga kadi dari luar kariah [kadi aku time tu gi Umrah], tp dia ada la study dulu. Tau abang aku yg akan nikahkan aku seme. Siap dgn khutbah nikah. Panjang gak la. Dah tu, dia pastikan saksi bebtul dulu. Tanya sah ke tak. Ni, trus settle.


Balik rumah sempat lagi posing posing walo panas melampau.
Ha. Kalo pasan bunga kat atas pelamin tu cam cacat. Takpe..hari sanding dah tak cacat dah. Seme orang yg masuk umah pasti tegur pasal bunga tu. Last last suh orang kedai pelamin tu betulkan balik pagi nak kenduri tu. Ada ke terlopong camtu. Tahpehapatah.



Aku pakai tudung Radiusite Awning Lembut tu. Retu aku
tak jaja kan..ha..skang amik.. Huhu
Eh. Aku kata penat nak menulis. Tp aku dah tertulis panjang. Jadi, aku kena buat edisi lain utk yg hari sanding. Haha. Aku ni mana tau penat nak menulis. Dpt je keyboard, laju je jemari ni menaip memacam. Haih.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign