Pages

25 June 2012

Review Makan-Makan : Ikan Bakar Crystal Bay

Rata rata seme pun kata tak perlu pergi ke Umbai skang ni utk makan ikan bakar kat Melaka. Skang seme orang dah makan kat Crystal Bay.
Ceaaa... jadi harus la men-try-kan diri makan kat situ. Walhal, kat Umbai tu pun tak penah pegi. Huhu.

Aku mmg tak bleh nak imagine where's Crystal Bay ni. Ada yg kata dkt Alai. Apa ni, Alai ke Crystal Bay. Which one. Rupanya, alamatnya adalah begini Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai, Melaka

Laluan nyer sama je nak ke Umbai. Aku gi ngan anak buah aku yg blaja kat UTEM. Lps mandi manda kat Melaka Wonderland tu, amik dia kat umah sewa kat "Bear Hill". Haha. Dia la tunjuk jalan. Katanya dia pun tak berapa tahu. Tp boleh la sket2. Masuk lebuh AMJ tu, amik jalan nak ke Teluk Mas (eh, btul ke ni), then ada cam pintu gerbang tulis Crystal Bay.  Kalo dari AMJ tu before Umbai lah. Ada gak signage tulis Medan Ikan Bakar. Masuk la. Dia dalam kawasan perumahan Alai Perdana kalo tak silap lah. Mmg kena masuk cam area perumahan baru napak medan ikan bakar tu.

Byk la kedai2 situ. Cam food court. Ada cam sungai gak. Tpt nelayan2. Then ada seberang sungai tu pun ada kedai gak.

Tp oleh kerana dari review orang kata pegi la kedai Ala... Kasim, maka aku pun pilih kedai tu. Padahal time aku smpai tu dah 6 lebih. Kedai lain dah ready utk pilih ikan. Tp kedai Ala Kasim ni tak ready lagi. Siap kami duduk dulu. Haha. 


Lps tu dalam kul 7 baru kuar ikan2 dia. So, kami pun pilih2 lah. Sbb hanya bertiga, idak la amik byk. Amik ketam 2 eko - goreng cili,

pepahat- pun goreng cili, tp takde pecah telur. Igt nak buat cam kat Bagan Lalang tu. Sedap tau pepahat goreng cili pecah telur ni. Nyum nyum nyum. Tp dia tak boleh buat. So, goreng cili gak la.
Ikan cencaru 2 eko - bakar. 




Sotong - goreng tepung.


Aku tgk orang lain pepahat tu buat rebus je. Errr.. rebus..sedap kah? Kan pepahat ni cam ada rasa lembik2, pasir2 gitu..nati kang rasa pasir plak.

Masa kami nak makan tu nasik lemak tak smpai lagi. Tp sokay la makan ngan nasik biasa. Tunggu tak lama la sbb kami pun sampai awal. Orang kedua yg order.

Kedai ni dah di over-rated sgt kot. So, bila aku baca ramai kata sedap sedap.. aku dah tune otak aku sedap. Malah mungkin lebih sedap dari kedai yg salu aku makan kalo pegi Bagan Lalang (Senandung Malam). Tu yg bila dah rasa tu cam.. oh.. kenapa aku tak try kedai lain. It's not tak sedap yer. Sedap tak sedap tu subjektif.


Oke je. Rasa seme oke. Tp mungkin orang kata sedap, aku igt cam sedap sgt lah kan. Cicah kicap ikan bakar sedap. Sotong goreng tepung pun double thumb-up. Sedap. Sama gak rasa cam kat Senandung Malam. Cuma ketam n pepahat tu, kalo dia leh goreng cili ngan telur tu, mmg sedap lagi lah.

Cuma tang kebersihan tu. Kami amik air jug. Sbb sng kan. Walo pun 3 orang. Tp jag nyer.. alahai.. ni mesti tak basuh pakai sabun bebtul ni. Main celup2 air gitu je. Presentation ni sebenarnya kena jaga gak la. Tgk bawah pinggan yg ada ikan bakar tu rasa cam adoii.... awat ni, tak basuh pakai sabun ka?? 

Tapi, yg besnya adalah harga. Mmg murah woh. Aku pikir utk seme2 aku amik tu hampir la RM100. Sbb ngan ketam pepahat bagai. Skali RM60 sajork. Aaaa...muwah.. bab ni mmg tak leh lawan Bagan Lalang. Walo Bagan Lalang tu dikategorikan murah jugak, tp ni lagi murah woh. Aku penah makan dlm kuantiti camni gak, berdua, cuma ikan tu ikan pari, rega RM70 lebih kat Bagan Lalang (bkn Senandung Malam tulah).

So, sapa2 nak terai makan ikan bakar sini. Boleh ja. Boleh gak la terai kedai lain2 tu. Sama ja kot. Takpun kedai seberang sana sungai tu. 

Kalo takde GPS cam haku ni, yg guna Maps Application, tulis lah Taman Alai Perdana, sbb kedai ni dlm area perumahan tu. Oh. Paking berbayar jugak yer. RM2

p/s : aku penah gak terai Muara Ikan Bakar, Jeram. Pun tak menepati citarasa. Cuma situ butter prawn adalah tarbaekk...  Takat ni paling bes bagi aku adalah Senandung Malam, Bagan Lalang. Tapi, tu bagi aku. Bagi orang lain mungkin tak, sbb darjah kesedapan  dan ke'best'an tu berbeza beza kan :)

Slmt makan ikan bakar!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign