Pages

12 June 2012

Edisi Weekend : Housewarming Di KD

Ini kisah hari minggu hari tu gak. Eh. Bila lah nak full rest on weekend kan. Ada je agendanya. 
[Err... u.p : Eida Baharum n Zana Adieyza serta adik2 yg lain. Acena plan kita on 16 Jun?? Dan u.p gak utk geng karoke saya [Dee n Hana] cena plak plan 17hb?? ]

Dan slps tu ada Promosi Kerja Kahwin plak. 2 mggu weekend harus di ofis. Lps tu gedik plan nak bercuti cuti cinta lagi before puasa. Dan lps tu dah puasa. Puasa pun... weekend harus la balik ke rumah mak dan mak mertua. Phew.

Oke. Berbalik pada citer asal. Ke rumah seorang usahanita yang berjaya ptg Sabtu tu. Siapa? FionaTahir. Mebi ada yg familiar ngan nama tu, dan ada yg tak. Tkpe. Nati aku stori sket pada yg tak familiar tu yer. Tapi p umah orang2 berjaya ni mmg menimbulkan aura positif n secara tak langsung terus otomatik ter motivate. Haha.

Tp aku pegi bukan dijemput direct oleh FionaTahir tu. Aku dijemput oleh NoraTahir a.k.a Kakyang ku, yakni akak iparku. Dia kakak kepada FionaTahir. Jadi, sbb aku mmg dok KL, maka dijemput lah skali.

Memula mmg cam segan dow nak pegi. Sbb akak ku kata housewarming. Cam rasa eh, nak pegi bawak apa ni. Nak pakai apa ni. Seme kena pikir. Maklum la, kita ni golongan marhaen je. Mana la reti nak pegi umah orang ado ado ni kan. Lps tu dlm ptg tu akak aku tanya by SMS, Da nak dtg kul brapa?. Aaa...beliau mmg suspect aku dtg. Jadi, harus la mendatangkan diri.

Rumahnya nun di KD. Ikut GPS kat phone je. Smpai pun dgn selamat. Lalu kut Ikea seme tu. Tp rupanya kalo lalu kot hway plus lagi senang. Mana nak tau... laki aku pun wat ala ala cam blur. Nyampah. Padahal dia tau.

Kami smpai pun majlis dah nak abis. Sapa suh dtg lewat kan. Mendapat la. Sbb orang tu buat majlis dari tghari. Ada bacaan doa selamat seme tghari tu, pastu ptg bufday party utk anak dia [2 orang]. Kami smpai ja.. alamak..beday party ke..? Melenggang kangkung tk bawak apa pun. Akak aku kata, takpe..hadiah dia dh byk. Mainan pun satu stor penuh. Malu malu alah gak.

Makan, jumpa mak akak ipar aku. Lama giler dah tak jumpa ni. Ngan kak Fina (Fiona) tu pun lama sesgt. Last masa akak aku kawen ke. Tah..tak igt. Tp mmg lama. Mak akak ipar aku ni ada gak dtg kg aku last year. But, time tu aku tak balik.

Jambangan bunga dari Dr Azizan (Marketing Power). Dr Azizan itself tak dpt dtg. Jadi, dia bagi bunga. Cekelat Patchi uolss..

Lps makan, akak aku bawak tour kat dlm umah Kak Fina ni. Ah..terkagum2 sambil telan ailiyo tgk umah jota jota. Haha. Duk kalo aku makan gaji cenggini hingga ke pencen mmg tak merasa la gamaknya.


Kakak aku bekalkan ini. Malu nk bawak... cam ongkampung mana lak nak berbekal2 plak kan. Tapi.. dah mak nya suh bawak balik, maka amik je lah. Tu mak derang yg buat. Mak dia mmg pandai masak2 cakes n cookies yg modern2 ni. Sedap oh.

Oke. Sedikit info berkenaan Fiona Tahir. Beliau ni image consultant. Skang ni kalo ceramah Dr Azizan pun dah ada ceramah dr dia skali. Pun buat UnitTrust skali. Bleh tgk pasal beliau kat sini (Emagestyle) and sini (CWA). Aku pun salu tgk dia kuar tv, majalah seme.

Orangnya sgt nice. Aku cam segan nak sembang, tp ada la sembang sket2. Tanya dia penah wat talk ngan govt agencies. Mana tau kut aku leh panggil ke nati. Eh.. eh.. tau la nak masuk dept baru yg ada kena mengena ngan kursus bagai ni kan. Choii... ahahahah.. sekius moi for a while.

Kredit : FB FionaTahir
Cantik kan. Tgk live pun mmg cantik. Jgn tatau, she is mother of 5s. [bukan 5s yg kat ofis gomen duk salu buat tu.. isk... tingat 5s ni, lambat laun, aku nyer keja gak tu.aduiyai.. bosannya pun....]

Ada la amik gambau sesket kat umah dia. Tp tak sesuai la nak jaja2 kat sini. But overall mmg balik tu rasa cam eh...besnya.. nak jadi businesswomen lah! Ahahahaaa..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign