“ sesungguhnya segala amal adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu Dapat apa yang diniat . Maka sesiapa yang hijrahnya kepada allah dan rasulnya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasulnya. Dan sesiapa yang hijrahnya untuk dunia yang akan diperolehinya atau perempuan Yang dia ingin mengawininya ,maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya”.
Berdasarkan hadith ini, hijrah bererti meninggalkan. Makna khusus ialah meninggalkan negeri mekah lalu berpindah ke madinah .
Dan ini sudah tidak berkait lagi dengan kita yang hidup pada masa ini. Manakala makna umum pula bererti meninggalkan segala larangan dan apa-apa yang dibenci oleh allah untuk melakukan segala perintah dan apa-apa yang disukai olehnya. Apa yang perlu di beri perhatian dalam hadith diatas ialah yang berkaitan dengan pengertian umum yang melibatkan Seluruh aktiviti hidup kita iaitu amal (kerja buat) dan niat. Setiap muslim hendaklah mempastikan setiap kerja yang lakukan adalah dengan niat kerana allah dan caranya tidak bertentangan dengan hukum syarak. Hadith ini juga menyetuh tentang Kewajipan berjihad. Jihad yang pertama yang mesti dilakukan oleh setiap individu muslim ialah membina sakhsiah diri dan Ahli keluarga supaya menjadi insan yang soleh. Kita mesti berusaha bersungguhsungguh untuk berubah dengan meninggalkan Segala dosa besar dan dosa kecil serta menjauhkan diri dan keluarga dari perkara yang haram dan makruh. Semoga dengan Itu kita selamat dari musibahdidunia ini dan azab neraka diakhirat nanti.
(Sumber : KMMB)
Hijrah utk diriku. Insyallah.
Aku tak garang. Jangan kata aku begitu sekiranya tidak mengenal aku secara rapat. Dan kerja ini tiada kaitan juga dgn garang atau tidaknya aku. Kalo ini amanah yang perlu aku pikul, Insyaallah aku lakukan dgn terbaik. Namun, jgn terlalu cepat membuat andaian itu ini. Pernah rasa sakit dianggap sesuatu yang negatif? Jadi, jgn terlalu mudah mengandaikan orang pula. Sekali dituturkan, selamanya tersemat di hati.
Sekali lagi aku ingin katakan - aku tak garang. Jangan memandang aku begitu. Sekiranya kita adalah saudara sesama Islam, doakan saja utk kebaikanku, dan pasti, aku juga mendoakan kebaikan rakan-rakan ku yang lain.
Terima kasih atas komen anda :)