akhirnya saya melihat ada pintu lain yg telah Allah buka dan jauh lebih baik..
Maka saya berharap tutuplah sebanyak mana pintu buatku,
agar sy mendapat pintu2 yang lebih baik..
Namun janganlah sampai Dia menutup pintu taubat & syurga buatku,
kerana tidaklah berdaya buatku mendapatkn pintu yg lebih indah dari itu..:)
#Dari FB Heliza Helmi yang ditulisnya setahun lepas (Jun,2011).
#Aku mmg ada qoute dan letak kat 'rumah sebelah'.
Kengkadang, kita meratap merintih di hadapan satu pintu yang tertutup. Lama merintih mengenang nasib diri. Biar pun penat lelah, pintu itu jugalah yang dihadap. Memohon agar ia terbuka. Hidup seolah olah berakhir kerana terlalu lama kita menanti pintu itu dibuka. Menangis dan terus menangis mengenang nasib diri.
Kita terlupa, ada banyak lagi pintu yg Allah berikan dan terbuka utk kita, yang sebenarnya lebih bermakna. Yang membenarkan kita masuk untuk menjelajah apa isi di sebalik pintu itu.
Lupakan pintu yang tertutup itu seketika.
Beralih lah pada pintu2 yg terbuka.
Kerana mungkin,
satu hari nanti, ketika kita sudah selesa di pintu terbuka yang lain, di saat kita melupakan pintu yang tertutup itu, tiba-tiba ia akan terbuka sendiri, dan menjemput kita masuk untuk menikmati apa yang di dalamnya.
Image : Google |
Terima kasih atas komen anda :)