Eh. Ter awal pulak rupanya entry wrap up tu. Haha. Tu autopublish dari hari Rabu sebenarnya. Tapi antara hari Khamis sampai Ahad tu rupanya pelbagai cerita melanda negara kita ni. Banjir makin teruk. Pastu tetiba flight AA pulak hilang. Dugaan. Mmg dugaan sungguh tahun 2014 ni ya.
Apa pun, kita doakan semua mangsa banjir diberikan kesabaran dan ketabahan.
Kita hanya merancang, Allah menentu kan.
Suppose hari Khamis yang cuti Krismas tu, aku balik kampung. Sbb dah plan dengan family abang nak pergi Lost World, Tambun. Kami dah beli tiket. Abang yang ngajar STAR tu dapat tiket dengan harga murah. So, semua famili beli. Cadangnya kami nak pergi ramai2. Tapi, ada yg tak free apa semua, jadi mana yg free pergi dulu lah. Tapi tu lah, kita mampu plan je kan.
Hari Khamis tu area kampung masih duk air naik. Alhamdulillah, rumah mak air tak naik. Tapi merasa lah gak depa tido pusat pemindahan satu malam. Cumanya, nak masuk kawasan rumah mak tu air naik. Masa tu pun takde elektrik air semua. So, kami decide, tak perlu balik lagi.
Dah tak balik, ligat la pikir apa nak buat. Maka, mari lah kita ke Kenanga. Hihi.
Lama kot tak gi Kenanga nih. Last bile eh?
Jap. Tgk entry kat arkib jap. Oh. Last year rupanya [link :
1st time ke KWC]
Mmg sesuai g setahun sekali je Kenanga ni. Boleh la beli in bulk. Sbb beli in bulk tu baru dapat murah. Contoh nak beli dress, 1 RM45, kalau beli 3, dapat RM100. Gitu lah lebih kurang.
Aku nak carik skirt labuh sebenarnya. Flare skirt to be exact. Tapi taknak chiffon. Nak kain yang jatuh. Berat. Mmg ada. Tapi harga semua RM50 ke atas. Cam sama je kat mall2 tu. Pusing2. Jumpa gak la satu kedai ni. Kalau ambik 3 barang, ada la diskaun. Maka, aku amik 3 jenis pakaian kat kedai tu. Satu flare skirt satin dull, satu flare skirt cotton corak pelikat (ni labuh sgt, kena alter sket), then satu blouse. Okay lah. Total jadi RM105. Skirt tu jatuh RM40 satu. Suka la kan. Pastu kat kedai lain lak, beli kemeja. 2 pasang RM50. Eh. Buleh sgt la kan. Hihi.
Pastu dapat free flash drive comey nih.
Pembelian RM150 ke atas, boleh redeem kat kaunter information. Amboi.. Nak redeem ni pun bebagai dia nak. Emel lah, no phone lah. Siap amik IC nak isi apa menda entah. Ko bagi nombor aku kat orang insurans siap lah kau.
Hari Jumaat - gi Giant jap. Sbb teringin nak makan steamboat tomyam. Siap buat kuah sos ala ala Johnys tu. Nanti ai share resepi kuah tu ya.
Hari Sabtu - melepak kat rumah ja.
Hari Ahad ke Vendeur Festival 3.0
Gigih tak gigih la. Mula mmg tak plan nak pergi pun.
Pastu tgk Mya post kat FB. Dia pergi. Tanya dia ramai tak. Dia kata ramai, tapi tak sesak pun.
So, pujuk la myDH. Mula dia cam tak nak.
Ye lah, dulu kami pernah pergi yg kat PWTC. Apa benda entah masa tu. Hijab fest ke apa camtu lah. Sesak yarabbi masa tu. Nak jalan pun payah. Menyusahkan. Pulak tu satu hall je. Sempit cam apa. Hazab. Serik dah lepas tu kemana2 event vendor bagai ni. Sbb tahu, harus sesak.
Tapi, takpe. Kita try yang ni.
Sampai Matrade dalam 11 lebih. Parking dari luar dah nampak penuh. Tp kami masuk je. Dapat la parking tetepi bangunan tu. Mmg RELA yang jaga tu bagi je parking tepi tu. Bayar RM5. Eh. Rezeki lah. Tak jauh pun nak masuk bangunan. Cuma bukan lah dari main entrance kan.
Bila masuk je, eh, okay lah. Ramai mmg ramai.
Tapi selesa.
Penganjur buat kat 3 dewan.
Walkway pun luas. So, mmg takde la rasa cam sempit ke apa.
Tak sesak. Tkde rasa hazab.
Tapi, bila tak rasa hazab tu lah yang bahaya.
Yang hazab nya - wallet. Muahaha.
Giler.
Awal2 tu dah ternampak jubah/dress yang cam kecik ja.
Pastu terus seller suh try. Wah, saiz S dia mmg fit lah dengan aku.
Biasa kalau RTW (ready - to - wear ) walau saiz S, tetap failed dengan aku. Besau gedobos entah hapa hapa. Kadang saiz XS pun aku tak buleh pakai. Kesian okay dengan orang saiz S, XS ni.
Yang ni mmg sedap pakai saiz S dia. Labuh tu tak buleh cakap apa lah kan. Labuh takpe. Jangan gedobos. Me dun like.
Kat kedai ni je aku beli 2 menda. Jubah dengan kimono wrap dress. Kimono dia lawa lah. Lain dari yang lain. Tu aku terbeli. Kain dia pun jenis sedap. Nanti dah pakai, ku ciwi kan ya. Harga pulak boleh lebih kurang. Ini pun nanti ku promote juga IG dia ya.
Pastu jejalan beli bawal ruffle. Sehelai je pun aku beli. Pastu balik, cam rasa eh.. nape la tak beli 2,3 helai kan. Takpe..follow IG depa, nanti beli online ja. Haha.
Pastu naik tgkt atas beli shawl pulak. Eh. Shawl ni pun best. Shawl satin.
So, okay lah. MyDH pun takde nampak rengsa pergi kali ni.
Jadi, next time, if penganjur ni buat lagi, aku rasa mmg aku pergi.
Sbb lebih teratur. Dengan booth yang ala ala event MIHAS punya tu.
Mmg nampak pro lah derang nih.
Tahniah lah diucapkan sbb mampu anjurkan big event camni.
Dengan jumlah usahawan yang dekat nak sama usahawan masa kami anjurkan HKK.