Rasanya ramai juga peminat corelle ni kan.
Corelle, corningware, vision dan semua sewaktu dengannya lah.
Ai kan, entah bila entah mula berminat dengan corelle bagai nih.
Sejak sejak jadi suri rumah separuh masa ni kot. Huhu.
Tu ari, bebudak ofis ai giler membeli corelle kat sorang staff ni. Dia bawa katalog then depa order. Ai kan tak suka kecoh2 ni, jadi ai tak turut serta order dengan mereka. Lagipun, dalam katalog tu takde set ai nak.
Ai nak pinggan petak. Ada set 6 setiap satu. Dan taknak ada mug. Gitu ai punya spec. Biasanya mmg susah nak jumpa spec camtu. Biasa depa jual siap ada mug.
Then, akhir tahun lepas, kebetulan Syana ada jual barang dari US. Jadi kalau nak order dgn dia, dia suruh tgk kat Walmart.com atau target.com. Tgk kat situ, then bagitahu minat yang mana. Dia order kan. Harga pun dia amik sama lah yg dalam web tu.
So, dapatlah satu set - Shadow Iris 18pc Dinnerware Set.
Yang begini, tapi takde mug tu.
Tapi, bila dah order cemni kan, kena tunggu lah sbb bukan ready stok.
Ai order dalam bulan 11, pastu Syana kata kargo datang dalam Feb. Sokay lah. Ai order. Lagipun bayar bulan2 smpai lah barang tu dapat.
Tapi, tahu lah bulan 3 tu kan tetiba ada peristiwa MH370. Terus jadi cam kelam kabut sket kan. Jadi gedebak gedebuk, bulan 4 baru dapat.
Dan start itu, maka ber corelle lah kita. Dinnerware ni mmg aku guna untuk makan harian. Set pinggan hadiah kawen kita simpan (dan masalah penstoran pun berlaku. Grrrr).
Pastu masa kat Perth, ai ingat nak beli set corningware (stovetop). Tapi, tak jumpa pula kat Big W tu. Mungkin tempat lain ada kot. Sedeyh. Lalu terpaksa beli yang ni sbb myDH takut ai termimpi2 mengigau bila dah balik Malaysia. Haha.
Takde corak sama dgn shadow iris. Ah. Belasah aje lah. Ada juga yang plain je. Tp myDH kata amik je lah yang bercorak ni. Belasah. Ambik, bayar. 30aud kalau tak silap ai.
Dan sekarang, matlamat ai masih belum tercapai.
Ai nak beli juga corningware stovetop tu. Last year, pernah macam nak buat giler p Langkawi - tido semalam - semata mata nak beli corningware. MyDH pun cam dah setuju. Dan masa tu Malindo Air tengah buat promo. Nyaris sgt dah terbeli tiket masa kat Matta Fair tu. Tapi bila kira2 balik dengan tiket, dgn hotel segala, better la beli kat Sogo je. Ngarut aih. Lain la kalau ai outstation ke kan. Itu okay lah. Ini semata mata nak beli mangkuk, pastu sampai ke Langkawi. Tak baloi. Tak baloi.
So, now, ai ada follow beberapa IG shop yang jual corelle. Yang bikin ai rambang mata.
Jadi, tu hari ai kan dapat refund PTPTN tu. Ai pikir apa la yang ai nak beli bagi 'nampak'.. bagi kira rasa cam .. ha.. ini lah duit refund PTPTN. Gitew kan. Ingat nak beli purse. Tapi, ai rasa, ai nak beli corningware set ni lah. Tambah sket je dari refund tu, buleh dapat dah. Okay lah kan. Ai ingat nak sama kan set shadow iris jugak lah.
Yang begini. Tapi, bukan lah set 10pcs camni (5 tutup, 5 mangkuk), nak order yg 6pcs sahaja (3 tutup, 3 mangkuk)
kredit : worldkitchen |
Terima kasih atas komen anda :)