Pages

18 December 2014

RSMY Cheese Naan

Best cheese naan in town.
Gitu tagline nya.

Mmg lama dah rasa nak gi makan. Tapi tertangguh tangguh.
Lps tu tgk entry Mya.
Cantekkk... ada diskaun on birthday katanya.
[Mya, pinjam gambar ya.. tu hari tak sempat snap. Hihi]





Maka, jangan lah tangguh lagi. Harus lah kita pergi.
Gitu. Dah bunyi cam pantun.
Lagipun, sementelah ada abang n kak ipar aku kan. Best la sket makan reramai.

Memasing siap tahan perut dari siang takmo makan banyak2.
Sbb target nak makan kat situ.
Jadi, lps maghrib, pada 14.12.14 bergerak lah kami ke RSMY caw. Danau Kota.
Hazab juga parking di situ ya.

Kami masuk parking berbayar yg singgit sejam tu.
Kami order.
Cheese naan 2
Tandoori 1
Beriani bukhari mutton 2
Beef keema 1
Air Kedondong Asam Boi 2
Teh Ais 1
Orange juice 1
Laici 1

Review.
Cheese naan mmg terbaek.. ni semua orang pun admit kan.
Dengan cheese yang ditarik tarik panjang.
Sampai je terus berebut2 kami amik gambar. Haha.


Cheese naan tu kami cicah dengan beef keema sbb review kata sedap.
Dan mmg diakui terbaek. Mmg sedap pun.
Bagi ai yang tak berapa suka cheese naan, kat sini mmg ai suka dan boleh makan. Sedap. Makan time pepanas tu. Rasa kalau tapau bawak balik mmg tak best kot. Kalau kedai lain, ai rasa cheese naan tu cam muak. Kat sini, okay ja.


Tandoori. Okay. Sedap. Takde masalah. Yang tu anak buah aku yang makan. Tapi, kami pun ada juga rasa sket2.

Beriani bukhari. Portion besar. Kalau jenis cam aku yang makan sesuap dua cuma ni, better share. Share 3 orang pun buleh. Aku tak makan. Yang makan asben and abang aku. Depa komen nasi tu kering sket. And kambing tu pun cam kering. Mungkin sbb beriani bukhari mmg camtu kot cara masak dia. Dan mungkin kena order lauk lain yang berkuah. Tapi takpe. Takde masalah pun. Habis pun derang makan. Cuma myDH lah. Naik senak dia nak abiskan nasi nih. Tapi kan kelakar tau. Mula kiterang order "nasi beriani" dia kata takde. Tapi bila tunjuk dalam buku menu. Baru dia faham. Oh. Kena sebut beriani bukhari rupanya. Huhu.

Servis tip top. Berdesup smpai beef keema. Berdesup smpai cheese naan dan lelain. Dan hadap lah.

Cemna nak dapatkan diskaun masa harijadi?
Datang masa harijadi. Masa nak bayar tunjuk IC.
Beria ia lah orang cashier tu mengira.
Total kami makan is RM85.
Tapi dapat diskaun jadi RM42.50.

Abang aku kata ada orang nak bayar tanya "eh, kena tunjuk IC ke nak bayar ni?"
Sbb aku tgh bawak keluar IC.
Pastu abang aku kata "sbb hari ni birthday dia (aku la), dapat diskaun"
Orang tu "oh..ye ke.. tak tahu pulak"

Alahai. Kalau duk kat belah dalam, mmg dia ada tempek kat dinding tu. Diskaun 50% katanya.

Bagi ai, as 1st timer, ai nak repeat lagi.
Sama juga abang n akak ipar ai - mereka pun nak dtg lagi.


Best la dapat diskaun. Pastu abang ai pulak belanja. Tenkiyu abgcik n kakcik! Tenkiyu #rsmy. Saya pasti datang lagi.

Selain dari Danau Kota ni, RSMY ada kat Medan Tuanku, ada kat jalan masjid India. Follow saja i.g derang untuk update terkini.

p/s : Aku dah naik annoyed pulak tgk merata rata kat KL ni jual pisang goreng cheese leleh tu. Bukan lah apa, tapi bila menda tu trend, semua lah pakat 'meleleh' kan. Padahal kadang tu overrated je. Pisang kecik2 bergumpal2, buh cheese dah RM5. 

1 juta komen:

first time jumpa pisang cheese kat tawau. tapi memang betui la reen...bila dah jadik trend, benda tu jadik overrated... and yg ikut trend tu buat x sebaik yg asli...tu yg jadi rosak tu...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign