Pages

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

16 December 2014

Big Bad Wolf : Disember 2014

Yaih.
Pergi jugak.
Hihi.

Buku pergi yang sebelum tu pun tak abis baca.
Aku ingat aku pergi tahun lepas.
Rupanya awal tahun ni. Bulan Feb. Oww.. yg fireball book sale [link : BBW]

Pergi kali ni sbb bawak abang n kak ipar aku. Sebab derang dok di Perak dan jarang lah dapat pergi pesta pesta buku cemni.

Kami gerak dari rumah lepas Isyak. Dekat2 kul 9 camtu lah.
Biasalah. Jumaat malam harus la jem kan.
Pastu smpai The Mines dalam kul 10malam. 
Jadi sesak. Sbb mall baru tutup. Harus orang berpusu2 keluar kan.

Tapi masuk parking MIECC tu okay okay saja.
Parking pun ada je yang kosong.
Duk dalam tu dari jam 10pm lebih kurang hingga jam 1pagi.
Okay lah kan. Dalam 3 jam camtu.

Aku pun dalam taknak taknak beli buku pun terjebak juga.
Hiwhiw.
Alah, nak pergi sini takyah tips n trick sgt lah.
Pergi je.
Cam yg sebelum ni, takde buka 24jam, so aku pergi pagi. Okay okay saja nak parking. Orang memang ramai, tapi selesa je lah nak memilih buku.
2nd time ni pun mudah je. Selesa je nak carik buku walau makin malam makin lah ramai orang.
Pendek kata - serbu saja.
Toilet pun bersih. Ada je orang jaga.
Takde hal. 
Yang tgh tu anak buah aiols. Tolong tarik troli.
Itu kakak ipar aiols yang teruja tgk buku cupcakes.
Dia suka buat kek. Sbb tu dia teruja tgk buku cookery yg byk tuh.
Memula masuk terus g kat Malay Books. Banyak novel.
Tapi novel edisi lama la.
Takde la novel baru2 tahun 2014 ke novel encik sotong ke.
Tengah saring buku. Eii.. mmg rasa taknak saring.
Nak beli je semua. Tapi, kang tak terbaca.

Ambik ambik buku - lepas tu duk satu tempat - select balik.
Pun selesa je. Mmg ada kawasan khas utk kita saring kan balik buku tu.
Pastu ada kotak besar untuk letak buku yg kita taknak.

Senang kan.
2 kali aku pergi BBW nih, takde la aku rasa menyampah, sempit ke apa ke.
Kalau pesta buku PWTC yang besar tu - rasa jugak cam sempit nya. Dengan orang ramai berpusu2. 
Ni takde lah. Okay2 je. Orang mmg ramai, tp dewan luas giler. Pastu setiap section buku tu ada byk tempat. 
Pendek kata selesa lah.
Sapa yang tak pernah pergi, sbb takut orang ramai - lepas ni kalau ada lagi - pergi je. Sbb tak sesak sgt pun. Tapi kalau pergi weekend - siang - ramai lah kot. Kot lah.

So, ai beli ni je.
Total cost RM53. Tu pun termasuk Fridge Magnet BBW. Kalau tak RM49 saja. Berhemah sket. Sbb itu pun just nak selak2 sket je tu. Hiwhiw.
Oh. Novel melayu tu RM5 je per novel. Buleh la kan. 


Suka tau. Best sgt bau buku!

Oh. BBW ni di extended hingga 21hb lah uols. Sapa tak berkesempatan pergi, ada masa pergi lagi..


21 February 2014

Big Bad Wolf Fireball Book Sale

Walau aku 'hantu' buku, tp ini 1st time aku ke Big Bad Wolf ni.

Dulu cakap la 24 jam tanpa henti ke apa. Takde nya aku smpai.
Sbb utama - myDH malas nak pergi sbb dia takut susah nak carik parking.



Tapi kali ni aku ajak jugak.
Sbb - nak carik buku juicing atau apa2 buku kesihatan.
Mmg tak target buku lain pun la.

Any books yg romance ke fiction ke apa, mmg malas.
Novel aku pun berlambak tak berbaca lagi.

Ni pesta buku bulan 4 ni pun aku dah tak boleh beli novel lagi.
Berpuluh. Ye, mmg berpuluh novel aku tak baca lagi kat rumah.

Yang elok ber plastik lagi pun ada.
Bila dah ada bebanyak tu aku ada penyakit lain. Penyakit baca sekerat sekerat. Dah rasa tak bes aku stop - aku amik buku lain. Tu masalah. Kalau beli satu2 oke lagi. Bes, tak bes kau kena hadap jugak. Ni bila dah banyak, tu lah bahananya.

Seterusnya.
Pasal BBW nih.
Aku beli ni saja.

Bebetul murah kan.
Dengan harga yang sama tu, kalau pergi PBAKL, dapat 3 buah novel ja.
Dengan ni dapat 8 buah buku. Paling bes buku Juicing yang ada gmbr jus tu - RM12 sajork. Eh, tu pun dapat diskaun lagi. Giler ah.
Kalau ada anak lagi la aku giler nak membeli buku anak2. Pasal buku, mmg takpe berhabis. Sbb aku dulu masa kecik pun mmg sentiasa mak ayah aku belikan buku. Itu lah pasalnya smpai sekarang aku cam ada kegilaan pada buku. Beli. Suka sangat beli. Sbb aku suka sentiasa ada bahan bacaan baru kat rumah. 

Cuma adalah aku baca kat FB dia - ada orang komplen katanya kenapa buat tengah bulan. Kesian orang berpendapatan rendah - yang takde duit.
Bila baca tu, kesian mmg kesian. Tp takkan dia nak ikut kita je kan. Ikut dia lah nak buat bila pun. Lagi pun, dia tak pernah paksa pun. Tkde pun dia kata 'hey, kau wajibbb pergiiii'. Takde kan. So, tunggu la. Nenati dia buat lagi. Lagipun seminggu kot dia buat. Ni minggu ni dah gaji pun orang govt. If tak gaji, tunggu la bebila. Orang kita ni pun satu hal jugak. Org lain pergi, beli buku omputih, kita pun nak pergi. Nampak trend la. Sebenarnya pun, murah je buku2 ni. If buku utk anak2 lagi la. RM50 aku rasa dapat pelbagai. Tp mesti orang kata 50ringgit tu memacam boleh beli. Jadi, tu lah - menda ni bukan paksaan. Sapa rasa nak pergi, pergi, takde.. nanti lain kali ada lagi. Simpan duit dari sekarang. Sok sok dia buat tgh bulan dah boleh pergi. Gitewww...


Bes lah. Nati kalau ada lagi, nak pergi.
Tips dia - datang awal2. Tak sesak. Parking pun senang. Orang pun tak ramai lagi. Lps tu tahu buku apa kita nak beli.  Lain lah mmg kita dah nawaitu 'sahaja aku dtg sini utk duduk dari jam 9pg hingga 9mlm'. Huhu.

21 June 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita

Memang tajuk tu tajuk buku pun.

Buku tulisan ustaz Kazim Elias.
Lama dah beli. Masa Pesta Buku 1Malaysia bulan Februari tu ari lagi.
Tapi nk menghabiskan.... amboi aih... payah sgt aih.
Kalo novel tu, sehari boleh abis kan.

Eh. Sebut pasal novel, da lama aku tak post entry pasal novel ya.
Hurm. Aku stuck kat satu novel ni.
Rupanya kalau tebal sgt aku jadi bosan plak nak baca.
Jadi, stuck. Lps tu trus rasa malas. Tggu la bebila sambung.
Dpt cuti 3bln plak ke nanti. Eh? Manade cuti 3 bln. 2 bln ja. Hihi. Tp tu entah bila la kan.

Oke, lupakan perihal novel.
Akhinya habis juga aku baca. At least, ada juga buku ilmiah yg aku baca semasa m.c ni.
Sungguh, tenang je jiwa bila baca.

Pada siapa yg dah beli, tp tak baca lagi, cepat2 baca. Mmg bes.
Kadang2 ada lawak juga. Cam yg dalam rancangan Kalau Dah Jodoh tu la.



6 May 2013

Edisi Novel : Yang Sedang Dibaca

Bosan ek citer PRU je. Huhu.
Tu tak masuk kat FB lagi kan.
Tak abis2 citer bangla. Rimas.
Bangla2 tu kata "saya kon repair... kon repair"
Haha.
Seswai la. Last week mmg ada citer pasal pekerja kontrak ni kat Karoot Komedia.
Tak tengok? Oke takpe.

Skang tgh baca buku ini
Baru half. Tak buleh nak kata bes ke tak bes.
Nati dah habis baru aku review lah.
Takat ni oke oke lah.
Bila baca, aku terbayang ada pelakon2 yg melakonkan watak2 nya.
Cam Marsha, cam Sara Ali. Hihik.

Lps tu, retu Mrs Fahida a.k.a Chenta Hati kata nak baca buku ini
which aku beli masa PABKL tu ari, kena baca ini dulu.
Sbb dia ada lah sequel.


Ah sudah. Buku ni aku takde. Gelabah. Haha.
Terus suruh dak Nadia Cik Pelangi (hehe.. u know who u're) carik kat Pesta Buku masa Puspanita buat rombongan ke sana ari Jumaat tu ari. Tapi katanya lori bawak buku tu tak sampai lagik. Alah. Kecewa.
Tapi takpe. Ai dah beli online. Hiwhiwhiw.
Ada lagi satu buku gak ai beli online.
Tapi yg tu nati ai citer buku apa.
Sbb ai tak buleh nak beli buku tu online lah tu hari, ai menghamuk2 kat bank rimau tu.
Hihi.
Lps tu dah buleh.
Lps tu dah beli.
Lps tu dia kata EDD (bukan expected due date hokey) adalah 9hb. Good. Kita tggu ya.
Itu ai beli kat MPH. 
Hihi. Mati ah. Dah register MPH online plak.
Kang ada je gatal tgn klik2 trus. 
Haha.

Oke lah.
Takde nak citer apa pun sebenarnya.
Oke lah citer ini pun kan.

Dah la ofis sunyi cam cuti hari raya.
Hurm.

2 May 2013

Edisi Jelajah Pesta Buku 2013 (Again....)

Ngeh. Ngeh. Ngeh.
Cam dah takde citer lain plak kan.
Takpe lah. Dah minat kot. Nak buat cemana.

Sebenar dari hari Isnin dah nak pegi. Lepas kerja lah.
Tapi hari Isnin tu hujan lebat sangat. Jalan pun cam biasa lah. Jammed sgt.
Pukul 6 masih tak lepas IJN lagi. Itu kuar kul 5suku tu dari ofis. Giler.
Terus tak jadi. Terus balik rumah.
Sbb Pesta Buku tutup kul 7pm kalo weekday.
Harus tak sempat nati.

So, cuba lagi hari Selasa lak.
Oke. Berjaya.
Itu pun terpaksa susup sasap kat jalan2 pintas.
Pun jammed jugak. Sbb hujan lebat jugak dlm kul 4 lebih tu.
Mujo berjaya smpai sebelum kul 6ptg.
Orang dah tak ramai. Pergi terus tempat di tuju.
Sebenarnya tujuan nak pergi lagi tu sbb nak beli buku ini.

Hari tu cam tak perasan buku ni. In fact tak pergi pun area PTS.
So, terus carik dan beli.
Dan p beli novel kiriman by Izan a.k.a cemomot - Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
Saya suka je nak belikan kiriman orang ni. Hikhik.

Pastu beli gak beberapa novel lagi sbb tgk eh..bajet ada lagi nih. Hikhik.
Beli gak novel utk anak buah aku yg dajah nam. Yg Ain Maisarah punya tu. In fact, penulis dia pun ada. Ingat aku nak amik la signature dia. Tp kang kalo dia tanya2 pasal buku dia, mampuih aku tatau. Haha. Lain lah kalo Noor Suraya ke, Anis Ayuni ke, itu terer la aku nak jawab. Kang tak yg dia malu, aku yg malu. Haha. So, takyah. Beli je.

On d way balik w.app abang gtau aku belikan buku citer kat Fatin (anak buah aku tu).
Tup2 derang reramai duk voice talk kat wechat.
Dah tu abang aku suh carik buku word search plak.
Erk.
Kan boleh donlod je game ni. Hihi. Aku pun ada game word search ni kat phone.

Tapi takpe. Ailoike je. Ingatkan 2 kali je lah pergi. Skali smpai 3 kali dah. 
1 Mei - cuti hari pekerja. Tp idok la wey aku nak pegi pepagi even myDH sajes nak pegi pagi2 naik tren. Maleh ah. So, kami g petang. Pas Asar.
Selesa lah. Parking kat Hentian Putra tu pun senang (kiterang mmg parking situ je kalo pergi apa2 event kat PWTC tu).
Orang pun dah mula surut.

Kuatkan hati, kuatkan iman. Takkan beli novel.
Yerp. Berjaya.


Aku pun terbeli sama buku yg menguji minda nih. Aku beli buku teka silang kata tahap 3. Wah... tahap 1 takde, 2 takde, tup2 dah tahap 3. Ate.. itu je yg tinggei. Hihi. Buku sudoku pun beli gak. Pastu beli word search utk anak buah aku gak.

Oh. Buku 1 Hari 1 Resepi tu murah amat ya. Rasanya kalo beli skrg, kat Popular (mmg dia eksklusif jual kat Popular je kan) pun dpt murah. Tp kat Pesta Buku dpt RM27.80. Hoih! Aku beli dulu RM39.90 ye (T___T). Pulak tu dah hampir 2 thn kot beli, takde pun habis 1 hari 1 resepi. Ngaaaa....

Oke, tu je lah. Rasanya ini sajalah edisi jelajah Pesta Buku utk tahun 2013. Insyaallah, panjang umur, kita jelajah untuk tahun 2014 plak.

Sapa yg tak pegi lagi tu, masih sempat. Sbb mulai semalam smpai Sabtu dia bukak smpai kul 9pm. Hari tu kat fanpage dia aku ada komen juga, minta weekday pun dia buka smpai kul 9pm sbb ada yg balik kerja nak singgah tak sempat sbb jammed. Huhu.
Kalo nak mudah dan cepat, carik nama publisher and tgk floor plan dia sesiap kat web KLIBF ni. Senang terus pegi je tpt tu. Dalam masa sejam buleh settle. Tapi kalo sesaja nak jalan dari satu booth ke satu booth, oh itu tak perlu lah tgk floor plan. Huhu.

Oke. Itu saja cerita saya yg suka amat dengan buku.

29 April 2013

Edisi PBAKL Aku Datang!!!


Dari  nak pegi 1 Mei, terpegi 1st day plak.
Petang Jumaat, lepas balik keja aku redah. Haha.
Senang sket. Orang pun tak ramai.
Bkn lama sgt nak pegi pun sbb kali ni aku dah ready "shortlist" buku apa nak dibeli.
Senang. Walau pun dari publisher yg berlainan.

Pesta Buku - mmg tpt wajib pegi tetiap tahun - without fail.
Sejak aku blaja dulu lah. Kira lah cemana pun. Aku harus nak selitkan waktu utk pegi.
Tak kira lah sorang ke cemna ke. Dulu aku sakan juga pergi sorang. Senang. MyDH hantar je, nati dia amik.
Pastu dalam 2 tahun ni, myDH dah tak kesah nak teman.
Masa yg g Jumaat tu pun dia oke. Kuar ofis dlm kul 5.30ptg
Mujo tak jammed sgt. Salu Jumaat kan 'jammed baghdad' (bukan nama tpt). :P

Tak jammed pun.... setgh jam gak smpai situ.
Parking kat tpt biasa lah - hentian putra. Senang je dpt parking.
Yelah. Dah kol 6 ptg kot.

Memula naik tgkt atas. Kali ni takde apa sgt kat atas. Byk buku budak skola. Sasbadi seme tu lah. Pastu hok yg bebudak punya tu byk la. Grolier la apa tu seme. Pastu yg blaja BI tu. Aku rasa cam nak tape sesiap je suara bila dia tanya "ada anak kecik tak?". Sekali tu myDH jawab "belum lagi". Beria dia mintak maaf. Heh! Kuasa tau.
Tapi, takyah naik pun tkpe lah. Kat situ tak byk pun tpt2 jual novel. Tapi ada Fajar Pakeer. Aku mmg ada nak beli tang situ - Mr Sirap Bandung. Oh. Buku2 agama cam publisher Hidayah, Telaga Biru pun ada la atas ni. AKu singgah booth Hidayah since ada gak novel yg Hidayah tu jual sbb publisher dia tak participate. Mujo aku dpt tau dari FB derang. Aku beli Sesaat Cukup Bagiku. NB Kara pun ada kat atas. Luar pintu masuk je. Senang nak carik. Actually ada juga buku dari NB Kara ni masuk list, tp tah..cam taknak beli plak.

Oke lah. Pastu turun. Masuk Karangkraf le. Tpt wajib jugak walopun takde apa sgt nak beli. Cari novel Asam Pedas Untuk Dia. Apsal cam takde je. Malas plak nak tnya assisstant situ. Takpe lah. Jadi cuma beli buku Cendol Pulut Santan Lebih. Ini bukan novel. Tp bahan bacaan la. Aku suka baca tulisan Datuk Jalil Ali ni. Bersahaja je. Kadang kena batang idung. Santai dan selamba. Berus jamban pun masuk. Ala, dia ada tulis artikel kat majalah SDK kalo tak silap la. Rasa cam artikel tu la pun dia buku kan. Juga beli novel Kopi Ladyku since aku ada gak baca sinopsis cam bes. Huhu.

Dah settle Karangkraf, tgk map- carik Karya Seni and Jemari Seni. Feveret - JS tu kan. Maklum la Noor Suraya kan JS. Siap myDH tanya kat kaunter pertanyaan mana bilik Mawar (JS kat situ). Adoi. AKu pun naik kompius dah dgn lokasi dia. Masuk dulu Karya Seni - good, orang tak ramai. Mmg ada buku nak di cari di situ. Tapi eh..jap.. ada plak My Precious Iris ni - ada yg kata stok hari pertama tghari dah habis. Eh..eh..kena beli nih. Tambah plak tgk org sebelah aku amik 9 buah! Ha..ni misti orang kirim. Pastu siap tergolek2 buku tu. Nyaris tak kena kaki. Kalo kena kaki - harus cagu. Haha. Aku sbnrnya takde dlm list pun nak beli My Precious Iris nih. Tapi da seme kata bes..bes.. amik je lah. Haha. Kat sini beli 2 je. Iris tu ngan Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Dah petang - tenang la membeli. Masa masuk dlm tu, seme pompuan. MyDh je rilek sorang lelaki. Haha. Tapi takde la dpt t.tangan penulis cam rakan kita si Fahida Jelita. Eceh! Tu dari kul 8pg dia tunggu. Huhu.

Then baru gi kat Jemari Seni. Takde plak buku aku nak tu. Boleh dia kata hari ni tak bawak, esok baru ada. Ye lah kan..esoknya (Sabtu) Kak Su ada. Mungkin dia bawak utk Kak Su sign skali. Takpe lah. Da byk kali pun dpt sign Kak Su. Paling special yg ada perca kain ungu tu (Surat Ungu Untuk Nuha).

Dah habis. Round2 jugak ruang legar bawah tu. Booth kaki novel - cam nak amik buku yg rega 10ringgit. Tp takut tak bes sbb aku tak carik review buku2 tu. Kang sesia. Aku penah baca sekerat - rasa tak buleh masuk - mmg aku tak baca smpai sudah. Lantak la rugi pun.  Lepas tu beli gak buku agama/motivasi. Rasa bersalah sbb asik beli novel ja. Oke, beli.

Settle sblm kul 7.30pm. See, sejam je kan (gmbr Instaplace kat atas tu di post masa dah kuar dr parking, siap ada time kan..) Masih sempat maghrib di rumah. Alah, rumah ngan PWTC kan sepelaung cuma. Pegi ptg camni bes. Orang pun tak ramai. Santai je pilih2. Takde rebut2. Kalo pegi weekend, pepagi pun dah sesak. Nak carik parking lagi. Dgn budak rombongan sekolah lagi. Ha.. ni dtg petang. Dapat la menghidu bau buku dengan tenang. Entah ek..masuk je dewan tu - bau buku baru - terus rasa cam dpt aura tenang. Haha. Aku bukan suka novel ja, tp aku mmg suka buku.  Tp kalo nak amik signature penulis mmg kena dtg pagi2 lagi. 

Hurm. Rasa cam nak pegi lagi.
Tapi kalo ari biasa dia tutup kul 7pm. Ari Jumaat, Sabtu, Ahad je dia ttp kul 9pm (Cuti 1 Mei pun rasanya tutup kul 9pm). Kalo ari biasa takut tak sempat lah. Rasa cam ada lagi je nak beli. Ari Jumaat dpn ni dah balik kg mengundi plak kan. Tgk la. Lusa ke cemana. MyDH kali ni very supportive. Cakap nak gi lagi, dia tanya bile?? Wah. Bes nih. (mmg la bes..sok nak tggu gaji..ko tau la parahnya.. dah la nak pakai duit byk bln dpn)

Stok buku yg belum baca. Yg belah kiri tu sedia ada (ada lagi 2 sebenarnya - kat ofis nih), 5 tu baru beli.

Mmg nak buat stok masa 'bercuti' lama nati. Hihi. Tu sbb kena tambah lagi kot. :P

p/s : seme tpt ada diskaun. Paling2 dia bagi 10%, ada juga yg bagi sama rata je - diskaun RM5 (Karyaseni). So, marilah kita menyesakkan diri lagi ke sana :)

1 February 2013

Pesta Buku 1 Malaysia

Semalam petang sukarela nak gi majlis pelancaran Pesta Buku 1 Malaysia.
Sukarela yaw. Sbb dia nak wakil 10 org 1 jabatan. So, aku sudi la nak pegi. Sbb kan aku gila buku. Jadi, cam peluang nak pegi trus la tgk booth apa yg ada kan.
Mujo bos lepas. Sbb byk menda nak buat b4 interview ni kan. Tp sy ada adik2 yang berdedikasi. Hikhik.
Perasmian by our Menteri la sbb dianjurkan oleh KPKK.


Ini bukan pesta buku yg biasa tu. Yang tu PBAKL - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tu biasanya bulan 4. Yang tu mmg la cannot be missed kan.


Pastu misti ada gmbr poyo poyo camni kan. Aiyo.. napak lubang2 di muka ku itewww...

Settle majlis, jalan2 jap la dlm tu. Pegi, naik keta ofis (keta baru woo... Exora WXX lagik.. kuikuikui - eh. perlu ke bagitahu? memang la ini semua poyyyyooo) balik naik tren. Alah. Dkt je kan. PWTC - Ttwangsa - Sentul - Sentul Timur. Tambang singgit patposen. 

Saya beli ni ja.. Kat booth Karangkraf. Jangan ko imagine tpt dia besar cam PBAKL tu yaw. Kecik ja pun. Dia amik dewan kat atas tu ja satu. Tp bes la. Org tak brapa ramai. 
Novel Setia Hujung Nyawa tu melambak. Heh! Retu carik2 takde.. ni da byk pulak. Aku siap order online baru nak ada. MOtipp..tipp...tipppp..... Pftttt.....

Ada satu novel aku teringin nak beli. Tajuk dia Teduhan Kasih. Katanya akan di drama kan serta di pilem kan. Lakonan Adi Putra. Tp pikir dah melambak novel tak baca lagi. Pastu di tambah terngiang ngiang myDH dah warning tu ari "nak novel apa lagi..kat rumah melambak tak baca.." huwaa... tatuttt....
Ada 11 oke tak baca lagi. Tu yg tgh tggu nak smpai (tak buleh gitau berapa buah.. kang myDH tau..mampuih..) List ni retu aku buat. Kena la audit novel sendiri sbb kang tau2 dah lesap ja. Itu pun ada yg lesap rasanya. Cena nak trace nih.. Adoi...

Tapi rasa nak singgah jugak kang. Nak beli gak la.. tak buleh tido smlm tingat novel tu. Hahaha... adoi.. giler.. lagi satu nak beli Ensklopedia Solat tu. Ada 20% diskaun. Maka dpt RM80 kan. Kalo dpt baucer buku ni mmg bes nih.. 

7 March 2012

WW : Yang Dinanti Saban Tahun

Tempat yg wajib dipegi saban tahun biarpun orang bersesak2 cam ulat taik (taik buku takpe).

22 February 2012

Perihal Nana Dan InTrend

Haha. Skali trus jadi perihal Nana.
Ni aku la ni. Tah pehapa la tah.
Smlm ptg la nih. Dah abis opis. So, bkk jap FB. Tgh duk berbalas2 komen tu dpt call. Aku tgk caller tu as "Nana Blogger".

Caller : Kekda, InTrend tu gambar dpn sapa?
Aku : Eh, nak wat pe InTrend?
Caller : Nak tgk gmbr la.
Aku : Eh, bukan ada gambar akak dlm tu. Gmbr kawan akak la.
Caller : Eh, ni Kekda kan. Nak tgk gmbr yg akak kata dlm tu la.
Aku : *Baru cam tersedar dari lamunan. Hahah. *
Aku : Ni Nana kan.... ooo.... sori sori..akak igt member akak tadi.
Kah kah kah. Berdekah2 aku ketawa. Hamik ko.

Mengong ptg2 kala plak nyer.
Si Nana tu adalah Nana Ibu Damia. Bleh aku tune otak aku yg caller tu as Nana Aris, which is kawan blogger gak. Tp tu aku tulis Nana-TTC (skang not TTC anymore. Wink.Wink. Hihiks). Lps tu aku pikir, eh apsal plak si Nana ni nak tgk InTrend. Bkn ada gmbr sapa pun yg dia kenal. Tu yg aku duk cakap bkn gmbr aku, tp gmbr kawan aku. Aku cam pelik la kenapa si Nana ni eager nak jugak tgk gmbr dlm tu. *hahahaha. aku tgh taip ni pun nak gelak*
Mmg la si Nana Ibu Damia refer ke aku pasal majalah tu sbb aku yg duk alert kat dia kat FB. Jadi, harus la dia call je aku tnya cover sapa. Sng dia nak carik kan. Yg aku lak bleh blur bengong camtu plak.

Yg si Nana pun kata dia cam pelik aku ckp camtu. Siap dia lak gelabah, btul  ke tak yg dia call ke aku. Hahahaa... mengong aku neh.

Dah betul camtu baru la aku berpijak dlm alam nyata. Kabo ke dia cover InTrend tu Najwa. Dia kata takde lagi kat kedai dia carik. Tp dia dpt gak beli akhirnya.

Adoi...akibat nama Nana ni aku jadi mengong jap. Kat FB 3 org kawan yg nama Nana. Tu pun skang Nana da tukar jadi Ibu Damia. Kalo tak bila aku taip Na.... zup zup dia naik 3 nama tu - Nana Aris, Nana Aflianaz, ngan Fauzana. Haha. Adoyai..

Ni mesti sbb kena main pingpong utk sukan opis ni. Lalu trus jadi onggiler. Hahahaha.

Semuanya gara-gara page inilah. Hahhaha
Nana Afliana, nati akak bawak majalah ni amik otograp yeaaaa.... HUhuhuuuuu...

Eh. Cop Micah Mekchu pun ada gak featured kali ni dlm InTrend. Napaknya kali kedua blog Churaliya tu featured dlm InTrend. Glamer uolsss... Hikhik
Ala....sengetttt...naper???? Huhu.


*Suppose nk wat Wordless Wed, tp jap2 lagi lah. Tk kesah la kan walo pepagi dah jadi Bebelmore Wednesday. Agagagagagag (T________T)
*Jap gi ada Wacana kat INTAN, Bukit Kiara, penceramah adalah Dr Muhaya. Bes. Bes. So, kalo tetiba ada entry tu kira autopublish le yer.

20 February 2012

Perihal Novel : Noor Suraya & Anis Ayuni.

Aku percaya ramai blogger2 ni adalah kaki novel. 
Aku pun sama la tak terkecuali. Dulu mmg sker baca dan sker beli. Tp skang da kurang sket. Cuma beli kalo penulis yg aku sker.

Smlm tgk penulis feveret aku kat TV - Anis Ayuni. Yerps. Bleh katakan byk gak novel dia ada dlm koleksi aku. Lps tu cam terpikir, why not aku kumpul seme koleksi novel dari penulis yg aku minat rather than beli novel yg aku tatau cemana gaya bahasanya.

Takat ni novel yg ada byk koleksinya adalah Noor Suraya. Mmg minat btul ngan hasil tulisan dia ni. Smpai buku dia yg utk kanak-kanak pun aku beli. Apa ke tajuk dia ntah. *yer, aku mmg ada penyakit lupa segala tajuk buku.
Google
Paling bes adalah Surat Ungu Untuk Nuha. Sker betul aku dgn citer ni. Pulak tu aku order by pos, maka dpt sign Kak Su n perca kain ungu. *kenapa ada perca kain ungu? kalo baca citer ni tau ler. Hihiks.
Kalo tgk novel Noor Suraya ni cam dia nyer watak tu setiap novel tu cam sama je. Cam ada kesinambungan la. Tp kalo tak baca novel2 terdahulu pun takde masalah. Oke je. Cuma kalo baca tu lagi bes lah. 

Noor Suraya
Nyanyian Tanjung Sepi ni paling tebal. Dan bes jugak. Aku nak ulang baca, tp mmg tak terbaca. 
Dan Jaja n Din juga bes. Memula baca kat blog dia je sbb dia tulis kat blog, lps tu harus la beli. Ni beli kat Pesta Buku tahun 2010 (kot). Again...masalah aku ni.


Cuma ada 2 buah novel yg aku takde (tp aku da baca. Pinjam dari opismet).  Tanah Adriyana n Rindunya Kian Membara. 

Seterusnya Anis Ayuni. Pun sker. Gemersik Kalbu retu kan citer dia. Tp lain sket la citer tu ngan novel dia. So, ada 4 lagi novel Anis Ayuni aku takde iaitu
1) Kau Kekasihku - tahun 2006
2) Seribu Kali Sayang - tahun 2008
3) Sungguh Aku Cinta - tahun 2009
4) Saat Kau Kata Cinta - tahun 2010

Oke, ada yg buku lama tu. Cam mustahil aku nak dptkan. Tp kut ada nak jual 2nd hand utk buku yg lama tu, bleh la aku consider walo aku mmg kalo bleh nak yg baru. (Pulak dahhhhh.....)

Paling aku sker novel Anis Ayuni adalah


Juga

Aku pun igt2 lupa citer dia cemana. Tp yg Manisnya Cinta tu mebi sbb ada memori aku p beli kat Pesta Buku ngan ehem ehem ehem. Maka, trus jadi suka. Hahahahah.  

Ada lagi 2 orang penulis yg aku sker. Next nati plak baru buat entry. But then, idea baik gak ni. If takde idea nak buat entry, bleh la bebel2 pasal buku2 yg aku sker ni. Ngeh.ngeh.ngeh.

10 October 2011

2 Novel Lagi


Smpai lagi 2 ketoi.
Cam biasa. Order dari BELI DISKAUN lah.

Errkkk.
Syy... dendiam.
Jgn gitau my dear.
Nati beliau marah.
Eh. Rasa beliau baca blog ini juga walo beliau selalu nafikan.
Tkpe. Kalo beliau tanya, makna beliau akan terkantoi sbb baca blog ini juga. Haha.
Tp takleh nak baca skang.
Sbb nak abiskan buku yg pinjam dari kakak seopis.
Buku org kena baca cecepat utk pulangkan cecepat.

So, sekarang - ada 3 buku sendiri yg masih ber plastik menunggu giliran
dan 2 buku pinjam yg salah satu nyer da start baca [Baju Melayu Hijau Serindit]

Tkpe. Bleh buat bekal masa holiday nati gak.
Kut bosan2 menunggu ke apa, leh baca :)

3 October 2011

Beli Novel Online

Terjebak ke satu lagi kekdah belian tanpa mengangkat punggung mahu pun kaki ke kedai.
Bahaya utk aku. Selalunya aku beli kat kedai buku je sbb aku mmg sker duk dlm kedai buku walo tak beli buku.

Beli dari blog ini - Beli Diskaun.
Mmg dapat rega diskaun ler.
Buku Bisik-Bisik Gelora tu rega sebenar RM25.90
n Langsir Biji Remia tu reganya RM17.00

After diskaun dapat ini.

Harga buku2 selepas diskaun 12%:
1. Bisik2 Gelora: RM22.80
2. Langsir Biji Remia: RM15.00
Caj penghantaran: RM6
Total semua: RM43.80

Yups.
Aku puas ati je walo lebih kurang je rega bila kira sekali ngan pos. Tp oke lah.
Lagipun aku tgk kat sampul poslaju tu rega pos adalah RM8.00. Makna ada diskaun lagi 2inggit utk pos. Kaedah caj penghantaran ni utk 1-2 buah buku RM6. Lebih dari tu, aku lum periksa lagi. Tp ada kat blog tu juga.
Penghantaran pun cepat gak. Kurang seminggu dari tarikh bayar da dpt.

Thanks Rina (owner of d blog - Beli Diskaun)

***
Buku2 ni mmg author feveret eva aku. Langsir Biji Remia tu buku budak2 benarnya tu - tapi aku beli je sbb aku mmg minat buku Noor Suraya. Aku ada seme buku hasil nukilan Noor Suraya. Mmg minat!

And Fauziah Ashari pun feveret juga. Buku Bisik2 Gelora ni first aku tgk kat KINO - KLCC, tp tak beli. Tgk kat Popular takde plak. So, tu yg "ter beli "online. Huhu.

25 April 2011

~Pasal Pegi PABKL 2011~

Eh. Takde entry dari pagi.
Good..good.
Tehehehe.
Maklum la. Dah gaji. Kena la klik klik bayau segala utang piutang.

Tkpe. Lupakan. Kita cerita pasal sesi pembayaran di Pesta Buku plak yea.
Smlm pegi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 atau PABKL 2011 atau nama singkatannya Pesta Buku. Di PWTC sanun. Dibuka dari jam 10pg sehingga 9mlm.
Sapa lum pegi masih berkesempatan sbb dia akan tamat pada 1 Mei 2011.
Ayuh. Jangan berlengah lagi yer kengkawan.

Apa yg bes? Mari layan gambau
 Kump. apa ni? Hijaz kut eh? Ada persembahan sempena apa tah. Sesampai je napak derang ni.
Org mmg meramai. Kata weekend kan. Sangkaan org tak ramai sbb lum gaji adalah meleset sama skali. Maknanya rakyat Malaysia mmg byk duit dan suka kan buku. Itu adalah fakta.
Kat sini lapang sket. Kat tgkt atas. Yg ada buku2 international je. Ada McGraw Hill seme. Haish..takkan kome tatau buku McGraw Hill, tu yg masa study keme dek potostat je tu. Huhu. Itu aku n d gang la. Abis buku library di potostat. Hahah. Tp ada gak yg dibeli. Mostly buku mgt byk dari McGraw Hill lah.
 Tak penah jalan2 kat situ. Napak satu tpt tu ada gmbr2 pak PM kita. Jadi amik gmbr (eh. apsal napak 'ceme' je mata Pak Mahathir kita ni??)
Ini pak Jib ngan Pak Cit (singkatan BonCit.. hahaha...ayok..ni sessi ngata suami sendiri kah?)
 Seumo idup, ni le kali pertama naik sini. Mcm ooo...gini la atas dia. Hahah
 Ni kan berpuluh kali aku petik petik petik baru dpt camni. Lps tu cena nk dpt balik. Dah tak reti!
 Banner dia lawa. Dlm ramai org tu smpat aku bergambar lagi. Haha. Lantakkkk..

Tetiba ada ni. Haha. Ini bkn kat PWTC. Ni kat Wangsa Walk. Gi carik lunch smpai sana. 

Kali ni aku duk sana 3jam jer. Dari kul 10.30am smpai kul 1.15pm. Paking jauh jugak. Merentasi balai bomba, merentasi sungai. Cewah. Haha. Abis pepagi seme paking full. Nxt time nak dtg pas Asar plak sbb waktu pagi sesakkkk amattt.... bebudak sekolah kemain ramai. So, kalo ptg nak ke malam tu dah takde la  kot rombongan sekolah. Atau pegi waktu pas ofis hour. Walo ramai, tp tak la sepadat semlm. Seyes tak larat aku

Maka, aku sempat borong ni je. 

Bagus. Bajet 2rat. Tapi abis dlm 1rat lebih je. Mmg bagus. Mungkin satu sbb org ramai sgt. Aku jadi rimas. Satu lagi sbb my dear ada skali. Salu tu dia drop je. Lalu aku akan membeli entah hapa2. But then kali ni good sket la sbb takde org Grolier, org Linguaphone propose produk derang. Salu pantang lalu. Good. Good. Org nak produk tu, org akan dtg sendiri. Tak perlu la kut ko tarik2 kan.

Novel tu sebenarnya bukan nak beli sgt. Tp saja je. Tah. Rupanya aku ni dah tak berjiwa nak beli novel. Bila tgk summarize kat bakang novel, kebanyakkannya 'dari bermusuhan akhirnya Nur Ezra Akila jatuh cinta dengan Syafiq Imran, jejaka yg dulu nya tak pernah dimimpikan untuk menjadi suaminya'. Ahh...da tak buleh dah nak baca buku camtu. Jadi aku plan carik novelis yg aku suka. Noor Suraya kat Jemari Seni takde keluarkan buku baru. Last year aku beli Jaja n Din. Lps tu tgk kat Karangkraf. Mak datuk ramai giler umat. Maka amik Anis Ayuni ni je. NI pun my feveret novelis. NB? tatau kat mana letak boothnya.
Then beli majalah Apartment. Baru dan lama. Majalah ni mmg aku target nak beli smpai la umah aku siap. Hey..umah tu pun satu hal tu. Apa hal takde bayar apa2 dah ni. Wisau plak. Then beli Rapi special edition tu. Cabaran Langsing. Miahahaha.

Itu saja.

26 January 2011

~Pasal KLIBF 2011~

Satu-satunya event yang aku tak pernah 'miss' pada setiap tahun bermula tahun 2003. Jadi pada geng geng peminat buku dan event ini juga, mari kita tick date ini di kalendar/organizer/diari kita.
22 APRIL - 1 MEI 2011
keterangan lanjut klik saja di sini - KLIBF

7 October 2010

~Pasal Buku~

Owh..serba salah lak aku nengoknya komen2 yg sedey bila gmbr derang tak di list kan sebagai pemenang. Huhu..
Kalo buleh mmg la nak bagi suma menang..nak bg suma peserta adiah, tp tu lah..tak jumpa lagi la usahawan kraf yg nak sponsor adiah. Hehe.
Apa pun kalo pnstoberi buat lagi contest jgn serik join eh. (nak buat lagi ke?? bila da serba salah camni mmg susah la nak buat lagi).

Ok lah..lupakan pasal tu kejap. Mari kita citer pasal buku pulak.
Korang sker buku? suka membaca? esp buku2 dari Karangkraf (owhh..sila jgn tersilap ya..salu org ingat aku keja karangkraf. Karangkraf tu buat buku, kami ni agensi peneraju kraf Malaysia. Jgn silap ya..).

Aku mmg sker buku. Better guna suka buku dari suka membaca. Sbb aku mmg giler tgk buku. Haha. Tah.. mmg dari kecik lagi aku giler tgk buku. Kalo kat kedai buku sure nak singgah dan nak beli mcm2 majalah. Itu la sbbnya every year aku tak lepas peluang gi Pesta Buku kat PWTC tu. Sari suntuk dalam tu pun aku tak kesah. Kadang 3,4 ulang dtg pun ada. Huhu. Kalo ada Pesta Buku tu mmg aku lone ranger je. Malas la nak bwk my dear ke sapa ke. Sbb nati org pening tgk aku yg berpusing2 dlm tu dan mmg amik masa yg lama. Salu my dear anta je, balik nati on call. Haha.

Dpt emel dari pnm tadi. Dia anta kat suma agensi yg sama KPKK. So, sapa2 area dkt dgn National Library leh la dtg jenguk.
Ouchh...tau..mmg ssh nak paking. Ni mmg dkt amat ngan umah aku, jalan kaki pun buleh. Tp peluh tiak lah. In case kalo nak pi suh my dear anta jap..kang balik on call. Huhu

29 May 2010

~Kisah Jaja & Din~

Sapa penah baca novel ini??
Me baru start baca smlm n ari ni da separuh buku dibaca. Mungkin malam ni khatam abis kut. Hehe.
Da lama beli, tp baru sempat nak baca. Beli masa kat Pesta Buku bln 4 retu.

Aku mcm org2 lain juga, minat baca novel. Kalo dulu masa bujang, sebuah buku yg range rega bwh 30inggit ku boleh abis baca dlm 2 ari je. Now ni, dgn terleka fesbuking bagai nak baca dlm masa 2 ari tu da sedikit susah la.

Tp nyer kalo buku by Noor Suraya (Kak Su)..kompem buleh bc cpt je. Aku suka. Ini novelis paling aku minat dan suma buku hasil tulisannya aku da beli dan simpan. Eh. Ada satu aku tak beli- Tanah Adriyanna. But then aku da pinjam kat akak opis, dan da baca. Nak beli juga tp buku2 lama ni payah nak carik dah.

Dulu Kak Su jd penulis novel CESB. Macam buku Keranamu Ain, Biru Ungu Cinta, Rindunya Kian Membara, Nyanyian Tanjung Sepi, Tanah Adriyanna suma dari CESB. Then Kak Su join Jemari Seni. Kat situ la start dgn Surat Ungu Utk Nuha kalo tak silap aku. Lps tu dia buat 3-in-1 novel dgn penulis2 lain. Pun aku ada suma. Ada satu lagi buku dgn Jemari Seni. Lupa lak dah. Tp aku beli masa Pesta Buku last year. Citer kat Ladang Teh Cameron. Aiyarkk..lupa tajuk. Dahlia apa ke tah.

Satu yg bes sbb buku2 dia mcm berkesinambungan. Watak2 dlm novel terdahulu biasanya akan ada dlm novelnya. Mcm buku Jaja & Din ni, ada watak dari novel Nyanyian Tanjung Sepi - bapak tebal novel ni, da jadi koleksi aku pun. Ai loike. Tp tak bermakna kalo tak baca buku terdahulu jd tak paham plak nak baca novel Kak Su yg lain ni. Ok je. Tp kalo penah baca novel terdahulu satu bonus la..buleh tau sapa Dr. Aqmar, lps tu tau la asal usul mak dan bapa Jaja ni.

Satu lagi yg aku sker adalah Surat Ungu Utk Nuha. Mmg bes gilak! Masa ni akak opis yg juga hantu novel tolong order trus pada jemariseni. So, aku dpt buku tu by post lah. Ada sign Kak Su n oso terselit kain perca ungu. Suka..suka..udah la aku ni purple fan kan.

Buku Jaja & Din ni kalo tgk cover mmg rasa mcm 'eh..novel org tua ke bebudak ni'. Tp sbb dulu aku da follow blog Kak Su ni, so, aku tau ianya adalah novel 'org tua'. Hehe. Biasa Kak Su akan tulis skit2 dlm blog dia dulu b4 kuar novel dia.

Suka aku baca sbb novel ni kisah dia 'lari' sket la dari tema novel cinta yg biasa2 tu. Eh, tp mmg slalu buku Kak Su novel dia lain la dari novel yg slalu kita baca yg mana heroin sure digambarkan hensem banget..heroin putih melepak2, cantik2, koman2 pun iras2 Maya Karin kan. Kalo novel Kak Su dia akan gambarkan hero 'biasa2' je. Tak caya baca la Surat Ungu Utk Nuha tu.

Dan dalam Jaja & Din ni, watak Jaja-heroin, ok Kak Su gambarkan orgnya cantik..tp dia buat kisah perempuan yg nak mengurat/meminang lelaki iaitu Din-hero. Bes..aku sker. [berapa kali dah aku tulis suka ni].

Oklah nak smbg baca ni. Bes..

**update 30 Mei 2010**
Selesai pun akhirnya. Bersemangat membaca di bawah sinaran lilin. Walo rasa mcm nak sakit mata tapi ku selesaikan juga.
Eh. Ko ingat ini novel ke nak kata bawah sinaran lilin bagai. Oit..betul arr..smlm umah kat kg ni tetiba terputus bekalan letrik sejak kul 7 ptg. Telefon TnB dia kata ada kabel putus. Mungkin sbb ptg tu ujan melebat giler. Aku tnya lama ke nak baiki dia kata lama. Mmg lama. Kul 2.30pg baru ada letrik. Cdgn nak gi shopping kat TF lps Maghrib pun terpaksa dibatalkan. So, dah tak leh me-online, dah tak buleh me-Jangan Lupa Lirik serta me-cekerama, aku pun gigih la baca novel dgn sinaran lilin. Hehe.

Memang bes! 2 thumbs up utk Kak Su utk novel ini. Bukan sekadar novel, tp diselitkan unsur2 dakwah disitu.
Tetiba terpikir tentang "hidup secara zuhud". Cemana kalo my dear kata "sayang, marilah kita hidup secara zuhud". Tiada tv hatta stesen tv berbayar juga, tiada peti ais [pitammmss], tiada juga mesin basuh. Tidur pun atas lembek je [kalo baca novel sure ada perkataan lembek ni. Lembek ni apa?? mcm 'toto' la kut ek].
Zuhud ni boleh diertikan sebagai satu kehidupan yang tidak mementingkan keduniaan, tidak mementingkan material dan mengutamakan/mengejar kehidupan akhirat yang lebih bersifat abadi.

Tp nyer bila masuk bab Din hadiahkan Jaja anting-anting, aku pun tanya my dear
"abg..abg tak penah tingin ke nak beli 'org' anting2". Dlm samar2 cahaya lilin, my dear pun menjawab.
"eh..nak bakpe..awak kan pakai tudung..mana org napak"
Aku mcm nak gelak pun ada. Napaknya bukan 50% buleh jadi mcm Din, 20% pun lum tentu. Din bagi kat Jaja anting2 tu sbb dia nak dia sorang je tgk isteri dia cantik, bukan untuk tontonan org lain.
Tp aku tak salahkan my dear yg berpikiran camtu. Me myself pun sama. Bkn per, sejak kecik kita da dibudayakan mcm tu. Kalo nak gi jalan2, mesti amik baju jalan. Utk apa..utk org tgk. Cantik..cun. [ok, pas ni sila pakai suar katok ngan baju blok Balqis masa thn 1998 kat UiTM dulu tu je pi KLCC].
Ya, kami masih byk kekhilafan yg harus diperbetulkan.
Lepas tu masuk bab 'hutang' solat Jaja. Dibantu oleh suaminya utk kira berapa hari dia tinggal solat. Mangai...2 thn tanpa henti qada setiap kali selepas solat baru buleh cover. So..disini mmg aku tetiba rasa insaf. Rasa mau qada kan setiap solat aku yg mana ditinggalkan secara sengaja dan tidak sengaja [rasa byk yg 'sengaja' :( ]. Juga sekali lagi aku berazam [sbb byk kali da berazam yg satu ini] nak mengerjakan solat sebaik shj masuk waktu. Yg ini mmg asik coiii je. Walo kat opis, aku bukan jenis 'solat pakej' [pepaham sudah yer solat pakej tu apa], tp mmg asik je ter solat ujung waktu esp Asar. Tuhan..Ampunkan lah dosa aku.
Sbb tu aku kata, buku ni bukan sekadar novel yg membawa kita ke alam percintaan yg indah2, yg asyik masyuk, tp membuat kita tersedar kekhilafan kita. Moga ada 'markah' utk Kak Su di situ nati.
Ending cerita ini pun bes. Kesimpulannya, ini lah novel paling aku suka selain Surat Ungu Untuk Nuha.

kalo nak tau lanjut leh masuk blog Kak Su - http://noorsuraya.blogdrive.com/

Ni plak web Jemari Seni - http://www.jemariseni.com

15 March 2010

~PnStoberi dan Pesta Buku~



29th KLIBF 2010 Details

Date: 19 - 28 March 2010

Venue: Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, Malaysia.

Time:

  • Mondays-Thursdays (10.00am - 8.00pm)
  • Fridays-Sundays (10.00am - 9.00pm)


Korang suka??
Aku suka dan ini adalah acara wajib aku pada setiap tahun utk di pergi kan [aiyokk..takde tatabahasa langsung]. Since 2002 ke 2001 ke mmg aku pegi pun.
Aku suka buku dan suka pegi tpt byk buku.
Aku tatau la cemna perasaan aku tu.
Tp aku leh mcm jadi giler kalo aku tgk buku byk2. Ini mmg lain dari rasa masuk shopping mall tgk ada sale! sale! sale! tu.
Aku rasa mcm nak beli je suma.
Even kalo pi kedai mamak jual2 majalah tu pun aku leh rasa nak beli buku itu ini.

So, jgn lupa korang yer, pada peminat2 buku especially nyer.
Meh kita ramaikan majlis.
Aku, Insyallah pegi on Ahad 21hb tu kut.
Suh my dear antar je. So, dia akan tinggalkan je aku kat situ.
Lps aku da puas2 duk dlm tu, call dia dan dia akan amik.
Hehe. Mmg biasanya aku pi sorang je.
Sbb org ikut mmg akan rimas tgk aku yg berpusing2 dlm tu.

Tp, kalo ada sesapa nak pegi on d date yg aku nak pi tu, gitau la.
Kut2 leh kita berkenalan2 dgn lebih dekat di situ.
Awww...getik lah.

Ok..aku tak sabar nak pi..Yey!!

Sila tgk web ini utk detail nya - PESTA BUKU

PnStoberi: nak wat sticky entry gak la utk ini. Hehe

20 April 2009

~bUkU~


Hari sabtu bersamaan 18haribulan April tahun 2009.
Aktiviti penuh.Dan aku rasa seronok skali.
Aktiviti bersama rakan,aktiviti berseorangan serta aktiviti bersama my dear.
Pukul rata.
Bes sgt..walo mlm nyer kul 9 lebey aku dh tak sedau diri.

Mula dgn pagi itu.Jam 7.30 pagi.Spti biasa.xtvt 2 minggu skali iaitu pi pasar cokit.Kali ni tak byk sgt duit abes. Cuma beli ikan,sotong,sayur nak buat mee je. Lain tak yah..sayur kobis yg beli kat TF masa balik kg last week byk lg dlm p.ais.Tu pun balik kg skali lagi pun ada lagi kut.
Hua Hua Hua.

Lps tu bekpas,bc sokkaba,mandi (iyer..sila abaikan sekiranya ada ter tahu yg aku pi cokit tk mandi..huhu..) trus siap2 utk bertemu dgn Dee plak.

Karoke session! Bes! Puas ati! Release tension amat!
My dear anta.
Dee smpai lmbt sket sbb katanya jem kat jln loke yew ke mana tah.Kena pusing balik.

So, dlm 5,6 lagu gak aku nyanyi sorang. Mana nak tekan remote pilih lagu lagi, mana nak pegang mic lagi.Sudahnya aku tekan audio..biau dia nyanyi sorang2.
Antara lagu aku-
-Matahari (angel..akak pun sker nyanyi lagu ini di karoke..sgt me release kan tension)
-Gantung- Melly Goeslow (lagu ini juga sng utk di karoke kan)
-Bertakhta di Hati -Faradhiya tu (ini lagu wajib)
-Tak Mungkin kerana sayang (lagu ini juga bes walo ada tinggi dan rendah..tp pedulik..nyanyi je)
-Lagu wajib berduet ngan Dee - Gelora
Dan tah lagu apa lagi tah..byk lagu indon je yg bes.

2 jam lam tu..kali ni aku mkn spegeti,Dee lak makan nasik goreng.Slalu aku yg mkn nasik goreng. Terbalik sudah.

**terjumpa opismet aku kat Sogo nih.Seb bek bukan golongan kak nap.Kalo tak ari ni mesti my dear aku dh kena soal kenapa biarkan aku jalan ngan kawan aku. Hah!


Lepas tu Dee antar pi PWTC-pesta buku lah. Kalo tak nak pi naik tren je.Tp dh on d way, Dee antar je.Dari jauh napak org ramai giler. Sesak. Rasa mcm nak pitam tgk org ramai. Tp oleh kerana ini tpt feberet rasa pitam itu segera ilang.
Booth kraftangan karangkraf aku tgk paling ramai org. Napaknya mereka ini sudah glamer. Wess..cik Zeni si wartawan karangkraf..dpt bonus la kome ek.Aku nak capai buku pun susah. Tujuan asal aku ke pesta buku ni nak beli buku masakan. Aku dh amik buku masak2 kat karangkraf ni. Tup2 tersalah bc promo dia. Dia tulis 7 buku 26inggit. Rupanya buku tu tak leh campo2. Buku yg rak bwah je..buku atas lain rega.
Aku dh beratur2, tup2 masa nak bayau tu baru tau.

"kak..yg ni kena kira satu2 ye kak..sbb dia lain harga"

Aku pun sdikit terkujat dh..cover malu pun ye gak ni.

"eh..bukan dia tulis kat situ 7-26inggit"

"tak..tu buku (apa tah dia sebut publisher tu), ini campo2 ni"
"err..takpe la..takyah lah"

Haha.Aku kan selamba je..Aku tak beli pun. 7 keping buah tu aku tinggal je

"ini je lah satu" aku tunjuk majalah Pa N Ma tu. Puh..seb baik aku ada amik majalah tu. Kalo tak kena la bayau buku resepi tu.Kalo kira satu2 rega dia lebey kuang 5inggit setgh.7 x 5.50 = 38.50. uih..berhampiran RM40..mahal..mahal.

Eh..puanstoberi beli majalah Pa N Ma lah..haha.bukan nak beli sgt ekceli.Aku tgk ada satu tajuk cam bes je..aku amik je tanpa selak..(takde la aku nak selak,letak,selak,letak atau mcm ada setgh org siap bersila trus..haiya..org ramai tu..agak2 la kalo nak bersila pun..apa ko ingat ni kunikoniya ker..adehhh) Tajuk yg menarik perhatian aku adalah "kenapa gagal hamil" Ha.. itu yg menyebabkan aku sambar je majalah tu. Bila bc ada satu page je artikel tu dan takde apa yg best pun pasal tajuk tu. Hua Hua Hua. Seb baik la majalah bulan Feb. Dh turun singgit.

Lps tu pi hall satu lagi. Beli majalah Ujang n Apo. Tetiba napak booth jemariseni. Wahh.. bes ini. Aku kan penah baca novel Surat Ungu Utk Nuha tu. Dan aku juga tak penah miss buku keluaran kak Su- Noor Suraya. Aku ada suma koleksi dia. Kak Su ada.Tp aku tak smpat amik signature atau bergambar ngan dia.Tgh kelam kabut nak pi mana tah. Dan aku beli 2 buah novel kat jemariseni.Satu buku baru kaksu,n satu lagi apa tah. Budak yg jg booth tu kata bes. Memula dia suh beli novel hlovate tu. Aku taknak..mulut aku mcm laju je nak kata buku tu tak bes. Tp..kang tup2 budak tu penulis dia tak memasal je kan. Aku ckp aku dh bc kawan opis punya. Tah..aku penah baca novel hlovte tu..tak buleh masuk arr ngan jiwa aku. Tu jiwa remaja belasan thn buleh lah. Aku kan dh remaja tua. Hua Hua Hua.

Dh abis tu, aku naik balik hall atas. Sbb my dear suh balik kul 4. Pusing2 lagi. Ter masuk booth al-hidayah. Buku2 agama. Apa tah aku nak carik. Tgk ada buku nama2 indah. Ada byk.. dan aku rasa buku satu tu bes. Ada ayat2 yg elok diamalkan masa pregnant. Aku memula cam malas je nak beli. Kang mesti my dear bising2. Tp..apa salahnya nak beli. Nati bila nak kang,susah lak nak carik.Tk mahal. 15inggit dpt 13.50 je. Beli je..simpan..

Buku2 hasil tangkapan ku di Pesta Buku 2009


Tak thn dh aku. Rasa nak pitam. Org dh makin ramai.makin ramai. Trus kuar. Tunggu my dear kat teksi stand dpn tu.

Tetiba kan..bila my dear dh smpai, naik keta je aku mcm tingin nak makan chezzy wedges.Ampang Park le my dear kata. Sekali ujan..baju aku..waaa...trus tak jadi nak beli sbb ujan area ampang park tu.kompem la umah aku pun ujan. Baju dh la byk kat penyidai. Siap ngan towel bagai. Balik je trus. Takyah beli chezzy wedges. Tp..bila smpai kat umah, napak penyidai dh kosong. Napak aku nyer penyidai beroda tu dh kena tolak kat tepi pintu. Huhu. napaknya jiran aku dh tolong angkatkan. Org berbudi kita berbahasa. Aku mmg slalu tolong derang angkat baju masa ujan kalo derang takde kat umah. So, kali ni derang turun.

Dh napak baju dh clear aku pun ckp kat my dear "baju dh slamat..jum lah pi pasar malam jalan TAR"

"eh..kata nak pi psr malam keramat" (mlm sblm tu dh plan nak pi pasar mlm kat jusco au2 tu. Besar gak psr tu.mlm minggu gak.paking la kat jusco tu)

"takyah la..bia penat seharian ni"

Jadi tk turun keta..trus pi jalan TAR.Hua Hua Hua.

Sng banget kalo umah kat tgh bandar ni.
Bygkan kalo umah kat PJ ke Shah Alam ke..maunye nak pi balik KL. Idak laa...

Bak kata Dee"nati kalo Reen pindah umah jauh, mesti rindu nak jalan2 KL camni"

itu la antara sbb aku nak carik umah area KL ni je.

Paking kat Maju Junction..jalan kaki, beli kain buat baju, beli makanan2, lepas tu balik, beli KFC kat Maju Junction.

Mlm tak masak dh. Makan je KFC dan makanan2 yg dibeli kat Jln TAR.

Lepak2 dpn tibi,selak2 buku yg aku beli..dan lps tu tak sedau dh apa berlaku. Aku tertido dpn tibi. Aku bukak mata sket..tgk my dear tgh tgk cekerama.Dan aku bangun..smbg tido kat bilik.

Abis citer ari Sabtu itu.

Pnstoberi:Puas rasanya kalo kita dpt menghabiskan masa bersama org2 tersayang!

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign