Pages

Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

24 December 2014

#banjir2014 : Sahkan Dulu Sebelum Sebar

Dengan sumber maklumat yang begitu pantas sekarang ni, memacam berita sampai laju berdesup kat kita. 
Tapi, ikut lah kebijaksanaan kita dalam menyampaikan berita tu.
Kadang tu, boleh menimbulkan kelam kabut kat orang je.
Sekarang ni berita banjir lah kan.
Macam semalam. Jadi viral gambar banjir yang dikatakan kat kampung aku.
Kalau kita tak tahu hujung pangkal,  memang boleh jadi cemas giler.
Anak buah dah duk sebok kat w.app.
Tapi, masa tu aku tak buka lagi kat FB (sbb sedang menikmati stimboat Johnny's. Ah, sesejuk ni dapat makanan bersup panas camtu, mmg terbaekkk).
Dalam kul 6 lebih camtu. So, dia cam duk sebuk tanya cemna kampung..cemna kampung. Eh, talipon lah kalau nak tahu.. aku pun blum call mak lagi masa tu.

So, dah malam sket baru aku tgk FB. Tengok gambar tu. Ada member tag apa semua. 
Oh.. kalau gini mmg lah orang cemas. Tapi, aku perhati gambar tu, kat mana ni? Takde bentuk rumah gitu kat kampung aku pun.
Bila aku baca kat komen2... oh, kat kampung yg berhampiran rupanya.
Bukan lah kat kampung aku... haish!

Tapi, apa nak buat kan.. orang pun tak tahu.. dia tahu fwd/viral kan je lah. Anggap sahih je lah. Yang penting fwd. Untung2 kita lah jadi penyampai news terkini. Gitew....
Lps tu aku dapat jugak w.app gambar tu. Letak jugak nama kampung aku. Naseb baik masa tu aku dah tau yg gambar tu mmg bukan kampung aku.

Please la. Kalau mak korang, seorang warga emas yang duk kat situ, ada tak korang rasa cam nak terbang balik kampung sekarang bila tgk gmbr camtu?

Sebenarnya, lepas maghrib camtu call mak, tanya keadaan. Mak masih ada kat rumah, cuma takde letrik masa tu. Keadaan masih terkawal. Tapi, dalam pukul 9mlm, abang call kata orang dah suruh pindah ke sekolah. Sbb takut air naik tetiba. Mmg ada rumah yg dah naik air. Kawasan yang rendah lah. Tapi tidak lah seperti dalam gambar tu. Maka, depa pun pindah lah.

Dan pagi ni, abang call, katanya derang dah balik rumah.
Alhamdulillah, rumah mak air tak naik.

Now, berdoa je lah, jangan lah hujan berterusan. 

So, apa pun, kalau nak sebar, periksa dulu kesahihan okay.
Unless, mmg gambar tu mmg sumber dari anda sendiri, anda yang berada di tempat kejadian. Okay. Chill.

p/s : Berita kat Utusan [link : Banjir di Perak]. Tu pun salah jugak info, kalau kat kampung aku, mangsa banjir ni ditempatkan di sekolah dan bukannya kat Dewan Orang Ramai. Pftt... (T____T)
Tapi, yang ni aku rasa betul sbb ada tulis Dewan Orang Ramai Kg Felda Lasah [link : Peraktoday]

***
‘Sahkan dulu sebelum sebar’
Rantau Panjang: “Sahkan dulu maklumat itu sebelum disebarkan sebab maklumat yang salah itu cepat sangat pengaruhi orang lain,” kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Beliau memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berhubung banjir yang melanda Kelantan ketika ini terutama mengenai dakwaan penduduk lemas.

Katanya, tindakan itu bukan hanya menyebabkan masyarakat panik, bahkan turut memberi implikasi buruk kepada kerja menyelamat mangsa.

“Sedangkan pihak berkuasa kami bertungkus-lumus membantu memindahkan mangsa banjir, ada pula golongan lebih senang menyebar maklumat yang tidak jelas kesahihannya.

“Saya mohon supaya periksa kesahihan maklumat itu dulu dengan polis dan pihak berkuasa lain,” katanya ketika ditemui ketika mengiringi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, di sini, semalam.
Kredit : Metro

8 March 2012

Banjir Oh Banjir

Hujan lebat btul smlm. Sebaik smpai umah lebih kurang jam 7pm tu, hujan jer. Smpai la dkt2 pukul 9. Dan as a result kawasan umah aku banjir!
Tau dah tu. Mujo la da smpai umah kan. Maka duk dendiam kat umah jer. Umah org bawah cam masuk air jugak aku rasa since paras air kat luar tu pun naik smpai lutut.
Ada aku amik gambau. Tp da masuk kat FB. Maka, tggu la time FB tak block nati baru bleh amik.

Dah jadi kerap lak banjir tpt aku tu.  Last yg teruk time aku cuti utk double celebration tu ari (anniv & befday - 13 Disember 2011).

Tp mujur kalo air naik ni cpt kering nyer. Tp kalo ujan tak berenti harus gak lantai keta aku jadi mangsa. Mungkin sblm tu SMART tutup lambat ke apa ke tatau aku.  

Tp yg nyatanya aku pasti salah satu menyumbang pada ari naik ni adalah SAMPAH.
Longkang2 kalo tak ujan, mmg ada je sampah.
Cemana air tak tersumbat dan tak bleh lalu. Segala mak nenek sampah ada dlm tu.
Gambar sekadar hiasan. Kredit : Here
Tu tak masuk lagi sampah2 yg org buang kat tepi2 jalan. Ada satu tpt ni. Hampir sgt ngan kedai makan-yg kalo pagi penuh org makan roti canai - aku tgk sampah byk giler - aku tgk dari ari Senin tu ari, smpai hari ni, pagi ni tadi masih ada. Sbb aku hari hari lalu tpt tu nak gi keja. Errkk... boleh bygkan tak? Dgn hujan lebat  semalam. Pasti ada 'makhluk2' yg akan berumahtangga dlm tu nati.  Aku pun tatau apsal Alam Flora tak kutip. Samada tpt tu mmg bukan tpt pembuangan sampah atau apa. 

Tatau la cemana nak tingkatkan kesedaran org ramai ni kan.
Smlm pun tgk air naik tu, plastik2 sampah-ada yg sekeping-sekeping, ada yg sebungkus 'berenang-renang' gembira melintasi rumah2. 
Dan kanak-kanak pula riang gembira melompat2 dlm air tu.

Erghh.... kotor wes. Kotor. 

Dalam hal ni nak salah kan sapa? Tepuk dada tanya selera.
#sambil angkat2 tangan cam Karam Singh Walia.

Oke. Hasil gugelan. Jumpa gambar ini. Ni dkt area umah aku la ni. Lps tu ada lagi gambar tpt2 lain sekitar KL yg kena banjir smlm.
Kredit : http://fitrihadi.com/2012/03/gambar-keadaan-banjir-selangor-kl-7-mac/


**hari ni ada perhimpunan penjawat awam di Putrajaya kan. Suka lew tew nak tau pasal SBPA yer. Jgn ada tak puas ati lagi plak. Dapat pelarasan bleh la kita gi Ostolia eh?. Teeeheeeee (^_^)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign