Pages

Showing posts with label scam. Show all posts
Showing posts with label scam. Show all posts

22 December 2014

Dapat 2 Juta Pounds!

Kaya lah ai uols.
Kalau di convert to MYR lebih kurang 10juta ringgit.
Wow! OKB lah. Buleh beli rumah kat Perth lah nampaknya....

Bodoh bengap je dapat emel camni kan.
Dulu nampak sangat depa ni google translate.
Sekarang ada improvement sket lah.
Tapi, kot ya pun, jangan lah bagi sampai 2 juta pounds.
Kalau 2 ribu pound tu nampak lah sket 'logik' kan.
Kalau 2 juta pounds... aku tak tahu lah kalau ada "keldai" yang percaya.

Sesenang je.. kau sakit pastu nak bagi aku 2juta pounds. Kau sapa nak bagi kat aku. Sesenang biawak je kan nak bagi orang duit. Macam kan orang nak percaya. Ada peguam bagai konon. Bodoh giler kalau ada yang percaya.
Kalau betul, baik kau bagi kat IJN atau memana hospital.
Agak agak la kalau nak nipu pun.

Annoyed giler lah bila bukak2 emel pepagi dapat pulak emel bodoh cemni.
Mmg biasanya masuk dalam emel rasmi office pulak tu.

27 June 2014

No telefon 03-21673000 : Jangan Pick Up

Kalau tak ingat no pepanjang tu, ingat no hujung tu je - 3000
Sila jangan pick up.
Scam.
Dia claim dia dari Ambank [bila google - dkt web Bank Negara Malaysia mmg nombor Ambank - tapi skrg no Ambank dah lain. Dah guna 1-300 tu]

Bukan kena kat aku, tp my boss la dapat call nih.
Dia claim dari Ambank - pastu ada hutang kad kredit 3ribu lebih katanya.
Pastu dia cam mesin yg sila tekan 1 utk bla bla bla, tekan 2 bla bla bla.
Pastu ada tekan 9 ke apa ntah yg buleh sambung cakap ngan operator.
Pastu boss kata dia takde akaun dgn Ambank.
So, dia terus senyap.

So, aku tolong google utk boss apa sebenarnya kisah.
Boleh tgk kat whoscallme ni.

Contoh cam ni :
just rec'd a call from this number, I didn't answer it but she left a voicemail.
saying I owe them RM3800++
the caller actually pretend to be like an automated operator...hehehehe...
gosh...I didn't have any connection with ambank

Lps tu ada yg kata camni :
I just received the same message 3.25pm.
Exact same story as yours. 
I called AMBANK, they said their mainline was hacked and asked us to ignore these people from CHINA/TAIWAN.
Be careful please.

Dari web sini tulis camni lak :
Scam Phone Number 0321673000, Claims to be AMBANK customer support wanted last transaction verify.
This is certainly a scam. He said there is suspicious activity and need to verify last transaction. He said I need to key in my card number and pin after a beep. That’s wicked scam! They save the numbers you key - in and would clean up your account!

Mmg around bulan Jun ni nampaknya mmg dia buat modus operandi camtu.
Dulu, dia cakap direct je konon kad kredit kita kena guna tmpt lain. Tp agaknya BNM dah dapat detect. Sekarang buat camni pulak.
Kuang hajaq betul lah nak menipu.

8 May 2014

Jadi Jutawan La Uols!

Salam,

Jangan terkejut kerana menerima e-mel ini. Saya memerlukan kerjasama dan
bantuan anda untuk perniagaan yang tulen dan menguntungkan. Saya mencari
orang yang ikhlas dan boleh dipercayai untuk perniagaan yang menguntungkan yang saya ingin menawarkan kepada anda kerana saya tidak boleh melakukan perniagaan ini sendiri kerana saya bukan di Malaysia. Walau bagaimanapun,
nama saya Nurazfa Binti Amin, saya bekerja sebagai Pegawai Pemasaran
dengan Syarikat Gemstones Pemprosesan Batu permata di London.

Saya ingin memperkenalkan anda kepada peluang perniagaan ini. Saya
memerlukan bantuan dari anda yang akan memberi manfaat kepada kita berdua.
Saya menghubungi anda kerana saya tidak mahu kehilangan kontrak ini yang
disediakan oleh syarikat di tempat saya bekerja kerana kita berdua akan
mendapat keuntungan yang baik daripada perniagaan ini pada masa sekarang
dan pada masa depan yang akan datang. Itulah sebabnya saya meminta anda
untuk menjadi pembekal kepada syarikat kami supaya kita boleh mengambil
kesempatan pada peluang-peluang yang ada di syarikat ini.

Pada masa ini, syarikat kami perlu tiga tahun pembekal tetap produk yang
dikenali sebagai (Agate Mineral Cleaner) yang merupakan bahan kimia
cecair baru saintifik, minyak pelincir, terutamanya yang digunakan dalam
makmal gemological bagi pembersihan rawatan kejelasan berlian, secara
amnya bahan larutan ini tidak menembusi jauh ke dalam berlian dan
vaporizes Kemasukan hitam dalam Berlian dan batu-batu permata Emas dan
lain-lain.

Pembekal asal produk ini adalah dari (Malaysia) dan bekas pembekal produk
ini kepada syarikat kami telah tamat kontrak dan syarikat kami sedang
mencari mana-mana orang lain yang boleh mendapatkan bekalan (Agate Mineral Cleaner) dalam kuantiti yang banyak supaya dapat memenuhi
permintaan pengguna kami dan bergabung dalam perkongsian dengan syarikat
ini pada masa sekarang. Sebab utama mengapa saya menulis kepada anda untuk
mencari minat anda dan mendapatkan bantuan, saya hanya mahu anda untuk
bertindak sebagai ejen perantara (penjual produk di Malaysia dan pembeli)
kepada (syarikat kami).

Ini adalah perniagaan besar, yang akan memberi dividen yang baik kepada
kita berdua. Saya hanya perlu kerjasama anda untuk membuat perniagaan ini berjaya. Saya akan memberikan anda maklumat lebih lanjut lagi mengenai perkara ini jika anda bersedia untuk berdiri sebagai agen untuk membekalkan produk kepada syarikat kami.

Pertama, saya akan mendapatkan satu perjanjian kontrak untuk anda sebagai
pembekal kepada syarikat di mana saya bekerja. Berdasarkan peratusan,
asalnya harga pembelian sebenar bahan kimia ini oleh syarikat per karton
adalah kira-kira ($4,000USD) manakala di Malaysia harga jualan tempatan ($2,100USD) dan syarikat kami tidak perlu kurang daripada 200 karton.

Sebab mengapa saya mahu anda untuk menjadi ejen kami adalah untuk menjadi
pautan yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secara langsung
kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan dikongsi oleh kita
berdua sebanyak 70% kepada anda manakala 30% kepada saya. Saya sedang
mencari orang yang serius untuk menjalankan perniagaan ini supaya boleh
berkongsi keuntungan bersama. 

Bantuan utama anda bagi saya hanya untuk
anda bercakap dengan pengarah syarikat kami bahawa anda boleh membekalkan
syarikat produk dan juga secara terperinci dari segi harga dan cara
pembayaran maka kita boleh mengambil dari sudut itu.

Sila maklumkan kepada saya dengan segera selepas anda menerima e-mel saya
jika anda berminat dan bersedia untuk melakukan perniagaan dengan saya
supaya saya boleh memberi anda contack penjual tempatan di Malaysia supaya
anda boleh menghubungi mereka untuk meminta jika mereka mempunyai produk
ini dalam stok untuk membekalkan kepada anda.

Sebelum syarikat kami menghantar pengurus pembelian turun ke Malaysia untuk membeli produk daripada anda secara langsung. Ingat (jujur) adalah kunci kepada setiap kejayaan dalam perniagaan. Terima kasih di atas kerjasama anda. Saya
menunggu jawapan dari anda.

Wassalam

Nurazfa

**************
Dapat dari emel - menggunakan emel official ofis. Tp aku rasa mmg modus operandi dia hantar emel yg ada "gov.my" - orang kerajaan lah kan.

Nampaknya makin advance si scammer ni yer.
Bahasa makin berhemah dan lebih tersusun. Dulu nampak nau guna google translate.
Panjang cam buat blog dah ha.
Nama pun 'nur azfa'. Kemain yer. 
Terima kasih la kerana memilih saya, takpe lah. Biar lah saya hidup secara sederhana je. Cukup makan, cukup pakai. Kita hidup ni pun bukan semata mata utk kesenangan dunia ni, yang penting amalan nak bawak ke 'sana' nanti. Yang penting bukan jujur tu, tapi keredhaan Allah.
Ha.. kan aku dah ter bagi ceramah pulak. Hahahaha.

Persoalannya, ada ke 'keldai' yang percaya menda ni semua?
Hurm.
Uols nak ber bisnes ngan nur azfa ni? Kut bule jadi kaya, hari hari hari raya. Hahahahah.

16 April 2013

Edisi Telemarketing dan Cara Marketing-nya


google

Menyakitkan hati btul bila dpt call dari telemarketer ni kan.
Rasa trus suwey satu hari. Lelebih lagi time kita tgh kerja.
Yer, aku tahu ko pun kerja. Carik makan juga. Tapi bule tak, tgk time sket nak call.
Kalo ko rasa ko call org kerja, peak hour tu jangan lah call. Mmg rasa nak siku je muka. Pakkal tak buleh napak.

Oke, last week aku dpt 2 call.
Dari sykt kerusi urut.
Ada pun aku bising2 dlm FB.
Yg pertama tu aku dgr dia nak bagi tiket flight. Lps tu ada promosi katanya. Kena dtg promosi dia bla bla bla. Tp aku potong. Aku gitau, aku takde masa nak g tpt dia tu. Aku outstation. Then takpe lah, dia kata takpe, next week dia call balik. Oke lah. Takde apa pun.
Yg kedua - yg itu gak lah. Tapi mungkin orang lain. Kali ni aku tanya bagi clear apa sykt dia. USI ke UNI ke apa tah. Tak clear sbb background sgt bising. Dari syarikat kerusi urut katanya. Sama gak lah. Nak bagi tiket flight. Aku tanya mana dpt nombor, dia kata dari sedara mara yg pernah dtg promosi, then bagi no phone. Wahh... cena sedara mara aku plak peginya. Aku sendiri tak pernah nak reveal no phone orang lagi ada orang buat camtu ke. Takde makna! Bila dia kata "tak perlu bayar apa2 ni cik". Aku jawab "kenapa perlu bagitau saya tak perlu nak bayar apa, kalo perlu bayar, saya boleh bayar je". Oleh kerana kawasan dia bising, secara tak langsung aku cakap kuat. Mungkin dia ingat aku marah (tp mmg pun, annoying btul org call camni nih). Skali dia marah aku weh.. "Cik, kalo tak minat takpe, saya cakap elok2 dgn cik" Tup. Dia off.
Aku pause.
Jap.
Aku confuse, is it me yg carik dia? No.
Is it me yg amik masa dia? No.

So, mengapa pulak dia yg nak naik hangin? Kalo bebetul dia nak promote barang, she should not pun hangin ngan "potential customer" dia. Kena la bersabar, layan bebaik. 
Oke, tu satu contoh tele marketer yg sepatutnya tak yah la jadi tele marketer. Sbb bila orang marah, ko pun turut nak marah. Sbb tu kalo big company dia siap ada "harap maklum, perbualan ini dirakam" sbb dia nak tgk telemarketer/customer service derang cemana. Adakah mereka tahan maki, atau cena. Cam Astro tu hari. Abis budak tu aku marah2 still dia tahan je lagi walo aku tau dia cam meletup jugak nak marah. Haha. Naseb la dik... jalan itu yg ko pilih.

But berlainan dgn tele marketer jual barang. Jual insurans. Mmg derang call pakai phone ofis je kot. Pastu yg nak bagi tiket flight ni no hp. Modus operandi dah berubah kot.
Aku kan, nak tanya dia satu soklan je. Dan aku terkilan sbb tak sempat nak tanya, dia dah letak telefon. Aku harap dia call balik. Aku nak tanya
"apa kaitan kerusi urut dengan tiket flight percuma"
Bagi jawapan relevan - 20 kerusi urut pun aku boleh beli. Takyah nak bagi tiket percuma aih. Ingat aku hadap nau tiket percuma mereka tu. Mana tah dpt no phone ni. Aku suspect AA je lah sbb dia kata tiket flight kan. Harus dia tau kita ni salu beli tiket flight. Jadi, pancing budak ni dgn tiket. Sbb dia suka berjalan. Gitu je aku pikir. Hancai boncai!

Satu lagi. Ni mmg tgh fresh lagi ni. Hari ni pun.
Motip betul call org time peak hour sbb nak jual insurans. Kul 11 oke. Itu kan time kita tgh kusyuk buat keja. Bebtul memotong stim aku yg tgh seronok selesaikan satu persatu hal kerja. Geram btul haku.
Aku ter layan sbb dia mention Hong Leong. Sbb aku punya loan kereta kat situ. Ingat kot ada cabutan bertuah ke apa kan. Mana lah tau.
Skali dia citer pasal insurans. Memula aku tanya lama lagi tak, sy tgh kerja nih. Dia kata tak, 5 minit je. Tapi kalo cik sibuk kita call semula. Ehhh... tak payah. Aku suh dia cakap je.
Dia pun pung pang pung pang segala. Aku diammmmm je. Lps tu dia helo helo. Haha.
Oke lah smpai part dia kata "Kalo takde claim dlm masa 15 tahun cik boleh dpt balik duit cik tu"
"Abis kalo saya mati sebelum 15 tahun"
"Duit tu akan dpt pada waris yang cik namakan"
"Kalau macam tu better saya simpan sendiri 65ringgit sebulan (since dia kata premium 65 sebulan)"
Dia terus marah. Haha. Aku saja nak uji je. Apa lah. Dia tinggikan suara
"Cik... takde satu pun syarikat insurans pun dalam dunia ni bagi balik 100% pada customer dia"
Haha.
Jadi, apa keperluan. Utk claim jer? Macam lah senang dpt claim tu pun.
Aku kata lagi "sy bagi 2 minit je lagi ni (sbb aku tgk je time kat PC aku. Sebenar lebih 5 minit dah)"
Terus dia kata "saya dah habis, takpe.. itu saja.. Assalamualaikum"
Eh. Melayu. Aku ingat cina. Style cakap cam cina jer. 

Cam tu nak jual insurans? Camtu nak promote barang ke orang? Tu pun aku tak cakap aku ni buleh terbang lagi ni. Cakap sambil terapung lagi tu. Itu pun nak marah. Org yang mmg kerja nak promote barang ke apa ke, kena sabar la layan. Pelik aku, kita ke yg call derang? Kita ke terhegeh2 nak minta derang jelaskan apa yg derang jual? Kita ke yg nak sgt bisnes dengan derang? Kenapa layan "potential customer" camtu? Org saja try dolak dalik sket dah give up. Dah marah. Camtu kita nak beli "barang" derang? Kirim salam! Kang makian je dapat dari sykt tu. Harus dia buat kita macam peminta sedekah je bila kita nak claim. Padahal duit kita tu. Pikir sendiri lah.
Hahaha. Ini mmg lawak nih. Adoii... pecah perut...
Oh ya, yg nak bagi tiket flight tu call aku balik. Dia kata dtg promosi dia, dia amik masa 30minit, then dia bayar masa 30minit tu dgn tiket flight. Aku tanya gi mana? Tiket g london ke? Dia gelak. Ha..tau pun kau. Semenanjung Malaysia sahaja kak. Haha. Ini lawak. Kalo semenanjung akak naik keta je dik. Akak pun kalo outstation mmg naik flight je pun. Bln lps outstation ke Sarawak, mggu lepas ni Terengganu seme pun naik flight. Haha. Saja aku cakap gitu. Cam kita ni kepingin nau ke tiket flight dia tu kan. Udah2 la wey. Tp budak ni baik. Tak smpai ati aku nak bash dia. Tk smpai ati aku nak tnya kaitan kerusi urut dengan tiket flight tu. Nama pun Juwita. Cam nama bff aku. Huhu.

Jadi, lepas ni, aku rasa ada call memana lagi, aku nak layan smpai lah derang give up. Aku nak tgk sykt mana yg buleh layan baik. Jadi, sykt itu lah yg boleh perkhidmatan terbaik.

Sekian, bebelan saya tengahari ini.
Patut ada entry lain.
Dek kerana geram. Ini ter keluar dulu.
Entry lain. Petang kang.
Picture from someecards.com

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign