Yaih.
Pergi jugak.
Hihi.
Buku pergi yang sebelum tu pun tak abis baca.
Aku ingat aku pergi tahun lepas.
Rupanya awal tahun ni. Bulan Feb. Oww.. yg fireball book sale [link : BBW]
Pergi kali ni sbb bawak abang n kak ipar aku. Sebab derang dok di Perak dan jarang lah dapat pergi pesta pesta buku cemni.
Kami gerak dari rumah lepas Isyak. Dekat2 kul 9 camtu lah.
Biasalah. Jumaat malam harus la jem kan.Pastu smpai The Mines dalam kul 10malam.
Jadi sesak. Sbb mall baru tutup. Harus orang berpusu2 keluar kan.
Tapi masuk parking MIECC tu okay okay saja.
Parking pun ada je yang kosong.
Duk dalam tu dari jam 10pm lebih kurang hingga jam 1pagi.
Okay lah kan. Dalam 3 jam camtu.
Aku pun dalam taknak taknak beli buku pun terjebak juga.
Hiwhiw.
Alah, nak pergi sini takyah tips n trick sgt lah.
Pergi je.
Cam yg sebelum ni, takde buka 24jam, so aku pergi pagi. Okay okay saja nak parking. Orang memang ramai, tapi selesa je lah nak memilih buku.
2nd time ni pun mudah je. Selesa je nak carik buku walau makin malam makin lah ramai orang.
Pendek kata - serbu saja.
Toilet pun bersih. Ada je orang jaga.
Takde hal.
Yang tgh tu anak buah aiols. Tolong tarik troli. Itu kakak ipar aiols yang teruja tgk buku cupcakes. Dia suka buat kek. Sbb tu dia teruja tgk buku cookery yg byk tuh. |
Memula masuk terus g kat Malay Books. Banyak novel. Tapi novel edisi lama la. Takde la novel baru2 tahun 2014 ke novel encik sotong ke. |
Tengah saring buku. Eii.. mmg rasa taknak saring. Nak beli je semua. Tapi, kang tak terbaca. |
Ambik ambik buku - lepas tu duk satu tempat - select balik.
Pun selesa je. Mmg ada kawasan khas utk kita saring kan balik buku tu.
Pastu ada kotak besar untuk letak buku yg kita taknak.
Senang kan.
2 kali aku pergi BBW nih, takde la aku rasa menyampah, sempit ke apa ke.
Kalau pesta buku PWTC yang besar tu - rasa jugak cam sempit nya. Dengan orang ramai berpusu2.
Ni takde lah. Okay2 je. Orang mmg ramai, tp dewan luas giler. Pastu setiap section buku tu ada byk tempat.
Pendek kata selesa lah.
Sapa yang tak pernah pergi, sbb takut orang ramai - lepas ni kalau ada lagi - pergi je. Sbb tak sesak sgt pun. Tapi kalau pergi weekend - siang - ramai lah kot. Kot lah.
So, ai beli ni je.
Total cost RM53. Tu pun termasuk Fridge Magnet BBW. Kalau tak RM49 saja. Berhemah sket. Sbb itu pun just nak selak2 sket je tu. Hiwhiw.
Oh. Novel melayu tu RM5 je per novel. Buleh la kan.
Suka tau. Best sgt bau buku!
Oh. BBW ni di extended hingga 21hb lah uols. Sapa tak berkesempatan pergi, ada masa pergi lagi..
1 juta komen:
Baru tau dia extend sampai 21hb..
Serius mcm nak trjah lagu je tau..
Terima kasih atas komen anda :)