Ye lah, kalau pergi negara orang sebok la kita nak naik bas HoHo ni kan. Kat tempat sendiri tak pernah naik pulak. Kat Hongkong ada bas ni, kat Perth pun ada [tp aku tak sempat naik jugak sbb kalau naik bus tour camni mmg amik masa at least half day].
Lama dah aku plan nak naik bas nih. Pastu dah sementelah ada abang ngan anak2 dia, ada anak buah kakak ipar aku dari Perlis, jadi, mari lah kita naik beramai ramai sempena birthday aku. Hihi.
Okay lah. Mari share experience naik bas Hop On Hop Off nih.
Kami pergi ber8. Enam dewasa (walau 2 lagi masih sekolah tp dah lebih 12 tahun kira dewasa lah kan). Dua kanak2.
Menarik jugak lah.
Boleh tgk info kat official website [link : Hop On Hop Off ]
Ada 23 hentian which kita boleh turun memana yang hentian kita nak.
Kat mana nak beli tiket bas Hop On Hop Off ni?
Tiket boleh beli masa kita nak naik bas. Katakan lah kita nak naik kat KL Sentral, so, tunggu kat hentian situ, bila bas datang, naik dan terus beli tiket.
Harga?
RM19 untuk dewasa (13 tahun ke atas). RM17 untuk kanak-kanak. Ini adalah harga untuk pemegang MyKad. Kalau tak, harganya adalah RM45. Tiket valid untuk 24 jam. Kata kan lah kita naik jam 11pagi hari ni, maka, esuk buleh naik lagi sampai kul 11pagi jugak. Gitu lah.
Masa kami beli ni takde pun dia nak tgk MyKad. Dah sah sah punya lah dia tahu mmg warganegara. Hiwhiw.
Kami naik dari ofis ai lah. Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Hentian 5. Atau dalam map tu dia tulis Karyaneka. Err.. buleh bagi teguran sket tak. Rasanya lebih elok kalau tulis Kompleks Kraf instead of Karyaneka. Sbb kalau tulis Kompleks Kraf or Craft Complex, pelancong lagi faham yang di situ ada tempat kraf.
Kami sampai di ofis, dalam kul 10 lebih. Parking saja di situ. Takde hal lah. Kata staff. Kereta abang pun parking situ jugak. FOC lah uols. Hihi. Bas takde lagi masa kami sampai. Tunggu dalam 10mint bas pun sampai. Terus teruja dapat naik bas 2 tingkat walau agak kecewa tak dpt duduk open deck. Tp masa tu dah nak panas. Baik lah duduk dalam yang ada air-cond. Dalam bas tu dia ada la cakap2 kita kat mana, apa tempat menarik situ.
Dari ofis aku tu, dia pergi area Bukit Bintang. Lepas tu ke Tengkat TongShin. I got no idea kat mana tempat ni sbb sumpah tak pernah lalu. Area jalan Alor situ. Entah apa yang menarik kat situ pun tatau dan apa motif kena lalu di situ. Sudah lah sempit nau jalannya. Then dari situ ke ChinaTown dan terus ke Pasar Seni. Kat sini kami turun lah.
Acah acah pelancong. Oh. Kami sendiri yang duk di KL pun dah bertahun tak datang sini. Lain sesgt dah kan.
Pusing2 dalam tu. Sempat anak2 buah kak ipar aku buat key-chain tulis nama tu. Jadi lah kan, kenangan. Dulu masa bercinta ada juga tulis2 camni. Eh?
Pastu tunggu balik bas kat tempat turun tadi. Masa tu dah panas dah. Mmg takde la nak duduk tingkat atas tak berbumbung tu. Orang ramai juga naik dari CM nih.
Dari CM dia lalu ke Little India. Area Brickfield tu. Pastu naik KL Sentral. Dan seterusnya Muzium Negara. Sini kami turun lah.
Ramai nya orang muzium nih. Masuk bayar RM2. Masuk je lah walau hakikatnya ai and asben cam malas2. Takpe lah. Sesekali. Anak buah aku lagi lah tau. Ibu dia kata baca lah apa info yang tulis kat situ. Dia kata "takpe Bu..sekarang ni maklumat di hujung jari je. Tak payah baca-baca"
Adeh... lelama takde orang nak masuk muzium kalau cemni.
Dah makan, solat Zohor kat situ, tunggu semula bas. Hari macam nak hujan.
Dan bila sampai ke Istana Negara, mmg hujan. Kat sini dia berhenti 10minit. Jadi, buleh la kita turun amik gambar jap.
Walau pun hujan, kami turun jugak. Tapi abang aku ngan sorang anak dia takmo turun. So, depa stay saja lah dalam bas.
Memula hujan petus je, tetiba melebat. Giler. Berlari lah dalam hujan.
"Boleh ambik gambar?" "Boleh..." Tegak je dia jawab. Huhu. |
Lps tu dia ke Lake Garden (Taman Tasik Perdana), ke Bird Park dan ke Masjid Negara. Kami tak berhenti pun kat semua tempat ni. Hujan. Smpai Dataran Merdeka baru turun. Mujur hujan pun dah berhenti.
Lepak lepak ambik gambar acah acah pelancong kat situ, then tunggu bas semula.
Dan, bila bas sampai, kami naik dan dapat duk kat open deck.
Ha, mmg tepat masa nya lah dapat duk kat open deck. Sbb cuaca sejuk lepas hujan. Cuma tu lah, kerusi basah. Tunggu orang turun, pastu duduk kat tempat orang duduk tu. Huhu.
Lama lah dapat duk kat open deck tu sbb kami dah tak turun lagi dah. Dapat lah selfie bagai. Lebih pelancong dari pelancong. Muahahaha.
Dari Dataran Merdeka bas ni ke area Medan Mara - Jalan Raja Laut - Bulatan Pahang. Apa bikin nak berhenti kat tempat2 tu kan.
Pastu dia berhenti kat Titiwangsa. Tapi, dia stop depan Istana Budaya tu. Then ke CitiBank. Then ke KLCC. Lps tu dia berhenti kat MATIC (kira ini adalah 1st hentian). Terus ke KL Tower (ni kat bawah je. Dia tak naik la bukit Nenas tu). Then ke Jalan P Ramlee. Tapi tourist guide yang cakap2 tu kata 'clubbing area'. Tak sesuai lah. Ye lah, mmg kita tahu tu clubbing area, tp untuk diperkenalkan kepada pelancong tmpt tu as clubbing area, rasa tak sesuai tambahan pula kita ni negara Islam. Seterusnya ke Aquaria (dia masuk ikut Mandarin Oriental Hotel tu) dan sampai lah semula ke Pit Stop kami - Kompleks Kraf.
Kami naik dari jam 11 pagi, dekat pukul 5 petang baru kami sampai semula ke Kompleks Kraf. Lama kan? Tu tak turun banyak tempat tu. Kami turun 3 tempat je. Kalau tak, lagi lama kot. So, kalau nak naik, peruntukkan masa 1 hari. Lagipun rugi lah kan, bayar memahal naik sekejap je. Masa menunggu pun tak la lama. Kurang lah dari 10minit.
For me, rasa okay lah. Merasa sekali kan. If byk2 kali tak kuasa dah la. Uols yang takde kemana cuti ni, boleh la bawa anak-anak naik. Best juga. Tapi, jangan lupa bawa monopod ya! Hihik.
4 juta komen
ade jugak plan nk try naik ni...tp mostly tmpt die lalu tu dah biase dan dah pergi..klu naik, xyh turun..rugi plak ek..
ehhhh macam best je.... harus cuba jugak lah kalau macam ni....nak jadi acah2 pelancong jugak.....hehehe...
baru tgk kat panorama tv1 hari tu.. cam teruja jer.. nak pg jalan² naik bas ni .. ala² pelancongkan.. tq kak review... lg senang nak paham... maknanya tiket tu valid 24 jam yer...
Nice sharing...
Baru nak naik ahad nanti.
emm...Istana Negara tu dia singgah yg baru ke yg lama?
Terima kasih atas komen anda :)