Pages

8 December 2014

Dari Unit HR : Pertukaran Pelantikan

Bolehkah seseorang pegawai yang berkhidmat di Badan Berkanun memohon untuk ditukar lantik ke Perkhidmatan Awam Persekutuan?
Seseorang pegawai yang sedang berkhidmat di Badan Berkanun boleh dipertimbangkan untuk ditukar lantik ke Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya memenuhi syarat dan mempunyai alasan yang kukuh sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002. Pegawai juga mesti mempunyai kelayakan akademi yang melepasi tapisan untuk kemasukan ke skim perkhidmatan berkaitan.

Tukar lantik ni ada 2 jenis. Satu tukar lantik ke jawatan/perkhidmatan lain sbb jawatan asal dah jumud/dimansuhkan di satu2 jabatan. Yang ni jabatan lah akan uruskan. Tak payah pening kepala. Kita cuma pilih nak ditukar lantik atau tak. Satu lagi tukar lantik adalah kita yang berhajat nak pergi ke jabatan lain. Yang aku nak ceritakan ni dari badan berkanun ke persekutuan. Aku pernah handle urusan tukar lantik sorang staff, maka buleh la aku share di sini prosedur tukar lantik ni.

Sebelum tu, bagi yg tak tahu apa ke dia maksud badan berkanun - secara ringkas maksudnya agensi yang dikatakan 'closed-service'. Makna kata, kalau kau kerja badan berkanun, mmg kau di situ lah sampai pencen. Takde lah nak pergi ke Jabatan Penyiaran ke Kementerian Pertahanan ke. Mmg di situ lah dari lantik sampai lah ke pencen. 
Badan berkanun ni pulak ada yang badan berkanun persekutuan and badan berkanun negeri. Cam aku, di bawah badan berkanun persekutuan. Kiterang pun skim gaji apa semua ikut JPA.
Duduk badan berkanun ni ada pros n cons dia gak lah.
Salah satu cons - laluan kerjaya tu agak 'sempit' sket lah. Sbb closed service kan. Kena la tunggu orang atas2 tu pencen dulu. Tp skrg ni JPA pun dah bantu closed-service nih. Yang ni pun salah satu sebab lah yang aku bertungkus lumus buat re-org ke JPA tu hari. Banyak dah laluan kerjaya dibuka. Sekarang ni mmg tgh bertungkus lumus buat kenaikan pangkat pulak. Ehem. Ehem. Ramai nih naik pangkat. Huhu.


Jadi, ada yg tak sanggup nak tunggu dan rasa mmg tak kemana kerjaya mereka, maka mereka nak berpindah kerja ke tmpt lain. Yang juga badan kerajaan. 
So, cemna?
Ha. Disini lah cerita pasal pertukaran pelantikan.

Tapi, harus diingatkan - yang duduk badan berkanun boleh je mintak kerja kat jabatan/agensi lain melalui proses pelantikan biasa. Itu tidak dinamakan tukar lantik.
Tukar lantik ni merupakan satu alternatif utk pegawai berpindah ke skim perkhidmatan yang sama tapi berada di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan tanpa perlu melalu proses pelantikan biasa.
Maksud proses pelantikan biasa tu yang kita kena apply, isi borang - tunggu panggilan temuduga - pergi temuduga - dan dapat kerja.
Kalau dapat kerja - mohon pelepasan jawatan kat Ketua Jabatan dan boleh terus sambung perkhidmatan kat tempat baru.
Cara ni pun oke juga, cuma susah macam kita nak mintak kerja baru lah.

Prosedur nak tukar lantik :
*Pegawai/staff yang berhajat boleh mohon terus ke jabatan yang dia kehendaki dan tertakluk kepada kekosongan jabatan tu lah.
Kata lah - kita dalam skim W - nak pergi ke Jabatan Akauntan Negara secara tukar lantik. Memula kita dapatkan maklumat samada ada kosong ke tidak kat situ. Boleh la tanya secara bertulis ke apa. Kalau rezeki kita, ada iklan pulak - ha, boleh la terus mohon secara tukar lantik.
*Mesti mohon melalui Ketua Jabatan (cam kami melalui our Ketua Pengarah lah). Sbb Ketua Jabatan perlu menyokong permohonan tukar lantik nih. Masa hantar tu kena attach skali surat pelepasan dari Ketua Jabatan, salinan buku service kita dan juga LNPT.
*Tunggu feedback dari jabatan berkenaan. Kalau rajin, selalu lah call jabatan tu. Kalau ada kosong - jabatan tu akan tawarkan lah. If not, takde lah. Tapi, kalau nak juga, berusaha la sket kan. Rayu ke apa ke.
*Kalau dah dapat  - buat surat pelepasan jawatan di jabatan asal. Ini penting ni. Jangan kita lari2 gitu je. Sbb nanti kita nak bawak semua buku service, rekod cuti, rekod gaji dan segala berkaitan perkhidmatan kita di jabatan asal. Kut tak nanti, effect kat pencen atau sesilap dapat gaji yg memula kerja. Lagi naya.
*Akhir sekali, pergi lah report duty di jabatan baru.

Gitu je lah.
Nampak senang kan.
Tapi, ada staff sini yang buat makan tahun jugak.
Sbb memula tu jabatan yg dia nak pergi tu kata takde kosong.

Pastu dia usaha gak [tatau usaha cemana, sbb kalau kita yg berkehendak, mmg kita lah yg kena usaha. Kan?]
At last - dapat.
So, berbaloi gak lah.

Jadi,
advise aku sebagai orang yg uruskan hal ehwal HR ni, kalau rasa nak bertukar jabatan atas sbb yg 'meyakinkan', pertukaran pelantikan ni adalah salah satu alternatif.
Kalau kita nak sesuatu, kita kena usaha. Mmg kena usaha. Bukan buleh duduk saja dan harap, oh, ada harapan ni nak pergi tempat lain. Cuba lah. InsyaAllah, kan usaha itu juga salah satu tanda doa nak dimakbulkan.


:)

2 juta komen

sy keje di agensi yang close service. Cons - mmg berzaman la nak naik pangkat. Kawan2 yang kat persekutuan yg sama thn service dah gred besar2. Tapi pros - tak yah tukar2 tmpt kerja. Kalo kena hntr sabah sarawak agak susah gak la. apa pun entry yg bagus. Saya pun dapat ilmu baru dalam HR..

Kak reen,mcm saya ni close service juga kan? Tapi negeri ke persekutuan kak? Eheh boleh lak tanya akak kan..
Kak,konon kita ada kelayakan utk satu gred tu,tapi sekarang kita kerja gred bawah kelayakan,kalau kita nak apply jwtn kosong dlm agensi yg sama cuma gred tinggi sikit, senang ke susah kak? Still kena lalu ketua jabatan juga?

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign