Pages

24 December 2014

Gantian Cuti Rehat Tahun 2014

Uols bawa berapa Gantian Cuti Rehat (GCR) tahun ni?
Oh. GCR ni utk orang kerja govt lah.
Citer pasal GCR ni akak pernah buat entry [link : edisi gantian cuti rehat]
Okay akak ringkas kan lah. GCR ni cuti yang kita kumpul dan masa nak pencen nanti boleh tukar kan kepada cash. Mengikut gaji akhir kita.
Kiraannya begini :
Kata la kita pencen nati gaji akhir kita RM5000 (utk kump pelaksana II dan PnP mungkin lebih)
1/30 x 5000 x 150 = +-RM25,000.00
Jadi, kita dapat cash dalam 25k. Itu bukan gratuiti ya.. yang tu lain.

So, kalau ada, walau pun sehari dua - bawa je lah ke GCR. Rugi tau tak simpan.

Tu hari akak pikir2 berapa lah yang akak nak  bawa.
Utk bawa ke GCR - boleh separuh dari jumlah cuti kita atau 15hari (mana yang kurang). Cuti tahunan akak adalah 35 hari - kalau separuh dalam 17hari. Tapi, akak buleh bawa 15 hari je lah paling maksima.

Baki cuti rehat akak tahun 2014 ni adalah 24 hari (dalam borang tu belum tolak akak nak cuti satu hari akhir bulan ni). Jadi, nak bawa full 15 hari ke GCR atau half GCR half baki bawa ke tahun hadapan?

Sehingga tahun 2013 (belum tambah tahun 2014 punya), GCR akak ada 67 hari. Baru 67 je uols. Kerja nya dah 10 tahun. Belum pun separuh. Setakat ini, maksima GCR yang boleh dikumpul adalah 150hari. Dalam 5,6 tahun lagi lah kot baru akak buleh genapkan 150hari tu. Sementara takde anak ni, akak kasik pulun lah kumpul kan. 

Akhirnya akak decide - 12 hari bawa ke tahun 2015 (mean akak dapat cuti rehat 47 hari untuk tahun hadapan) dan 12 hari lagi akak bawa ke GCR. Okay lah kan.

p/s : Itu hari, ada orang SPA (ke JPA) cakap, GCR ni kalau kita tukar jabatan - tak boleh bawak sekali. Yang ni akak pun tak berapa pasti. Kena dapatkan confirmation bebtul lah. Sbb rugi lah kalau tak boleh bawak. Giler nak kumpul balik. Ke ahkak mmg kena duk sini je sampai pencen. Huhu....

5 juta komen

kemain banyaknye cuti gantian bawak ke depan???? ida bawak 6hari je. itu je yang ade lain habiss HHAHAHHAA

Kelayakan cuti akak 35?byknyerr...hehehe.kita xdpt bwk gcr, cuti baki ciput..br ada 10hari gcr ..jenuh nk kumpul ni.

Xbrp fhm sbb kami CRK 7hari je.7hari tu kalau xusik then boleh tukar dgn cash.xbrp pndai jugak bab2 ni.nti nk tgk pekeliling balik..hehehe

klu kt private mcm sompany sy, balance cuti tahunan blh bring forward smp bulan 3 je..klu x habis, burn..

slaloo mmg sy tinggalkan bring forward byk dlm 7 hari cmtu so nnti cuti thn dpnnye xdela cpt terusik..gitu la..

banyaknya..... eh iye ke kalau pindah jbtn x blh maksudnya dr badan berkanun ke jpa.. sbb sy dgr pun sama klu skim negeri pindah skim persekutuan pun sama x blh ... tp kalau jwtn sama xtau lah huhuhuhu ... mujolah sy ni gunasama .. tp ntah bilalah nak cecah 150 ni pun kedek2 kumpul kikikiki

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign