Pages

23 December 2014

YES, akhirnya

Well..well..well..
Sebulan je bertahan rupanya.
Lepas tu hazab.. dah terasa ketidakcukupan talian internet.
Lalu terpaksa meng-register semula.
Cis!

Now, dah register semula YES.
Setahun guna secara free, Proton kasik. Terima kasih Proton.
Pastu dah terbiasa, maka terasa jugak lah bila dah takde.

Maka, carik lah pakej yang mana sesuai.
Tak boleh yang mahal sgt sbb dah ada data line UMobile (1GB), Digi (1GB).
Jadi, pilih RM48 utk 2GB sahaja.

Udah la susah nak carik Yes Store/kiosk nih.
Memula pergi kat dealer dia kat Ampang Park tu. Tak boleh katanya.
So, pergi carik kiosk YES yang kat Festival City.
Entah. Dulu masa riki2 katanya terus sambung je akaun lama.
Ni kata tak boleh pulak. Kena ada kontrak apa semua.
Tah pehapa tah. Mungkin sbb masa free tu prepaid. Kot. Entah la.

Tapi takpe lah, register je lah akaun baru.
Bila nak register dia suruh pulak amik pakej skali ada menda wifi besar gabak kaler itam tu (gateway namanya)

Katanya lebih untung.

Tapi, kau nampak tak permainan dia di situ. Kau ada nampak untung ke?
Memang lah bayar RM98 dapat 10GB instead of sebenarnya 6GB. Tapi, kejadah hapa nak amik lagi gateway tu. Kan aku dah huddle.
Katanya boleh pakai ramai2 ni.
Aku kata yang huddle lama tu nak buat apa? Buang?
Pastu dia cam rungsing.. dia suruh staff dia lak terangkan. Gitu gini gitu gini.
Eh.. tak kuasa lah aih.
Kat rumah tu ada 2 manusia je. Dan sorang manusia tu ada 2 phone dah dgn data yg ada 2GB. Pastu sorang lagi manusia pulak guna tak smpai 1GB walau dia ada 2GB data kat phone dia. So, kejadah apa nak suruh kita ambik dan state "untung kalau u amik ni.. untung..untung"
Yang aku tahu untung kat kau lah. Dah la contract 2 tahun. Pandai lah.
Nak tolak pujukan dia tu kemain payah. Sampai asben aku kata "kita sudah bayar bil telefon, bil Astro semua - macam bayar duit kereta kancil bulan bulan tahu". Itu pun duk cakap lagi untung... untung. Heii.. aku sekeh jugak kang. Tak faham bahasa - orang taknak..taknak la.

Fed up giler. Jadi, kalau uols nak pergi ambik menda2 camni, uols tegas je. Lantak lah. Dia pikir untung dia je. Untung kita? Kedarah apa nak banyak2 internet. Orang lagi pikir nak downgrade line, nak downgrade Astro package bagai dia pikir nak menambah pulak.  Aku pun, dek kerana ada huddle yg proton bagi tu je. Kalau tak.. tak kuasa lah aih aku nak amik YES ni plak. Tak kuasa...!

Jadi, tetap lah amik RM48 utk 2GB saja.
Dulu masa free, line YES ni okay. Tgk u-tube pun okay. Tkde masalah.
Ni tatau lah kalau dah bayar ni dia jadi hampagas pulak kan.
Kalau hampagas aku terminate kan je since takde contract period (walau dia kata ada - tapi bila tgk dokumen yang YES emel kan - takde kontrak).

Dan selepas itu, dapat password - masukkan password - tapi tak boleh nak connect pulak.
Aiyark.
Next, ai buat entry bagaimana nak configure balik huddle dengan akaun dan password yang berbeza nih.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign